Selasa, November 29, 2011

DAH SEMINGGU LEPAS

Amboiihhh...Punya la bizi dengan life sebagai seorang pekerja..bizi dengan life sebagai seorang anak..(..yang kadang-kadang hampeh..kikiki)..bizi sebagai seorang kakak (..yang mangkok gak kadang-kadang) last-last aku lupa ulangtahun percintaan(ayat tak boleh blah gila..hahaha) aku dengan Incik Bachok yang ketiga tahun..Sumpah aku lupa dan aku rasa Incik Bachok pun sama lupa jugak..tambah dia langsung tak amik tau kan..Aku sedaq pun pagi tadi ja..bila aku buka ja blog ni..tengok-tengok dah tertulis kat tepi tu..3 year..1 week and 2 day..Adoyai...dah satu minggu lebih tu..tiap-tiap tahun melepas..huhuhuhu...


Kadang-kadang macam tak percaya pulak hubungan aku dengan Incik Bachok boleh pi sampai sejauh ni..Yala..bermula dengan aku yang saja nak test kapel dengan orang yang muda dari aku,tak sangka pula berubah jadi seserius ni..Dan yang paling penting..InsyaAllah..24hb December akan datang lagi sebulan ni..Kami bakal ikat tali pertunangan..

Kalau nak iikutkan hubungan kami ni banyak dugaan yang tak terjangka sampai hampir-hampir aku putuih asa gila babi sampai tekad nak putus ja dengan dia..puas hati sikit kan..tapi bila dia teguh jugak nak teruskan hubungan kami dan sanggup tempuh sama-sama dugaan tu(yang tak boleh dicerita..menyentuh sensiviti kekeluargaan..hahahahhaha)..Mula-mulanya aku dah give up..Tapi bila dia bagi semangat..Aku yang jatuh rebah pun bangun balik dengan huluran tangan dia.Cewaahhh!! hahahhahahahah...Dan Akhirnya..Alhamdullilah...Kekal sampai la..


Sepanjang kami berkapel..macam-macam yang kami lalui..dari dugaan yang aku cerita tadi sampai la kes yang sebesar zarah.Walaupun kami berdua ni dari negara yang sama..tapi cabaran dia tetap ada macam orang kita dok kahwin dengan orang luaq negara sana noh..Walaupun kami sama-sama berdarah melayu(zamanla mana da melayu tulen dah) tapi cara hidup dan budaya kami berbeza gila la...Sebab seorang dari utara,seorang lagi dari pantai timur..Dari segi cara bercakap,makanan,cara hidup gila punya beza la...Ingat senang ka nak bercakap antara satu sama lain bila srang cakap utara..sorang cakap pantai timur..Mula-mula tu susah jugak..last-last cara paling mudah kami cakap keyell..hahahahahahahhaha..

Lepaih tu dari segi perangai..memang beza gila..kalau aku ni cakap banyak..Incik Bachok pulak diam ja..Kalau masa kami mula-mula kenal dulu lagi la dasyat...rasa macam aku bersembang sorang-sorang.Masa tu,aku rasa macam Incik Bachok tak boleh masuk dengan family aku..adik-adik aku terutamanya..Nampak macam dia terasing..Tapi la ni..Dia rapat dengan adik-adik aku..Dah pandai melawak plak tu..hahhahaha...

Nasib baik la dari segi pemakanan Incik Bachok boleh In dengan masakan Penang.Hang bagi la apa masakan pun..dia balun..hahahahaha..Aku pun boleh masuk jugak dengan masakan Kelantan..Yang utama sekali aku suka..ayam percik dengan cabai solok..Tapi Incik Bachok cakap dia panggil lada solok..Ahh!! mana-mana pun takpa la..janji spesis sama..hahahhaha..

Kalau bergaduh ni nak habaq mai boleh kata tiap-tiap hari..Ada ja tak kena sebabnya bukan apa pun..Salah paham ja..Yala..bila cara cakap lain-lain..jadi masing-masing paham kot lain..Mula la nak gaduh kan..Tapi gaduh tak lama..lima minit lepaih berlawan cakap..baik semula..aku minta maaf kat dia..dia minta maaf kat aku..Setel la..Lagi satu punca kami gaduh sebab ego..Masing-masing nak menang..tak mau kalah..Ni kalau masuk lawan gusti ni baguih ni..hahhaha..


Tu la..pejam celik-pejam celik dah 3 tahun..Sampai hari ahad lepas..Incik Bachok ada tanya aku masa aku lepak kat tepi pantai depan QueenBay..

"Kita nak kahwin dah ka noh?"


Hahahahhaha..Dia pun macam tak percaya..IsyaAllah..kalau ada jodoh..apa pun boleh..hikhikhik..


P/S : aLA....Gambar terbaru lupa nak masuk daam laptop plak..kalau tak leh taruk kat sini..huhuhuhuhuhu...

Sabtu, November 19, 2011

MENINGGAL!!!

Kelmarin..masa aku tengah dok undur keta keluar dari parking nak ke Seberang Jaya ada kerja bos aku si Doreamon tu bagi ak kena setel cepat-cepat.Bos aku ni semua nak aku buat cepat-cepat dan pantas..apa dia ingat aku ada power macam Superman?Tengah dok undur baik punya tiba-tiba ja ada dua orang pakcik yang kerja sekali dengan aku tiba-tiba berlari-lari anak sambil angkat tangan..nak tahan aku dari terus bergerak la..Dua pakcik tu,sorang nama Mail,sorang lagi nama Dollah Siam(nama panggilan).Sebab apa orang panggil dia Dollah Siam?sebab bini dia,dia import dari Chiang Mai..ni cerita zaman 80an..aku pun tak lahir lagi..abah aku mybe tau kot kisah macam mana dia boleh import bini jauh dari sana..huuu!


Aku tengok muka si Dollah siam ni punya la panik..panik gila babi punya la..aku pun turunkan la cermin kereta aku(kereta company)..

"Satt!! Sat!!" Dollah Siam jerit kat aku sambil berlari mai..time tu aku tengok dia punya larian sama macam dia berjalan ja..Yala..dah tua...lari pun macam tak lari ja aku tengok..Aku ushar Mail kat belakang dia..muka macam penat gila babi..berpeluh..nampak macam semput..muka merah..Aku syak Mail kena serangan jantung pa..Mail kan ada penyakit tiga serangkai...4 kot..paru-paru berair,kencing manis,darah tinggi ngan jantung..Setahun berapa kali Mail masuk hospital..Dia punya sebab pelbagai la..sat kencing manis..sat jantung..sat darah tinggi..pendek kata macam-macam ada..

"Awat pakcik??!!!"Aku soal panik.Aku soal jugak la..walaupun aku syak mesti Dollah Siam nak aku tolong bawa Mail pI Hospital KPJ..Kami kan kalau masuk hospital swasta free ja..company tanggung..hahahahahahahahaha...

"Pakcik Brahim hang eksiden noh..." Mail jawab tanya aku..Lerrr..aku ingatkan Mail yang sakit.Rupanya orang lain..Dok buat teruk boleh...

"Larr..dia eksiden?bila?kat mana?dok hospital mana?wad brapa?"Aku tanya depa lagi..

"Ni bukan masuk hospital dah ni..ni dah meninggal ni..."Dollah Siam jawab plak dengan suara kuat..Dia punya kuat suara tu sampai pakgud dengaq..orang yang dok lepak kat koridor tingkat 2 dengar..kat koridor tingkat 3 dengaq..Dan secara tiba-tiba orang jadi ramai mai kat kami..amboiihh..magik sungguh..tadi rasa macam kami 3 orang ja ada kat parking ni..

"Bila meninggal?"

"Meninggal mana?"

"Berlanggaq dengan apa?"

"Bila nak kebumi..?"


Macam-macam aik soalan depa semua pakat-pakat tanya..aku tengok Mail sampai semput nak jawab..Aku takut satgi Mail plak yang masuk hospital kot..


"Aku taktau..yang aku tau dia eksiden kat Tanjung Malim..aku pun dapat mesej dari sapa taktau kata dia meninggal..Ni Mira ..hang pi bagitau Rosdi cepat kata Brahim meninggal..aku nak contact family dia aku taktau nombot..Rosdi bos dia..mesti Rosdi ada nombot family dia jugak.."

Aku pun apa lagi..bila semua pakat-pakat suh aku pi bagitau Encik Rosdi bos Brahim..aku pun pi la berlari ke opis Rosdi yang memang seopis dengan aku pun..time tu aku rasa larian aku laju gila..penat pun tarak..emergency punya kes..segalanya jadi magik sat..sambil aku berlari tu aku teringat balik..baru ja semalam Brahim sembang ngan aku kat Pantri..dia cerita dia tak sabaq nak pencen lagi sebulan,baru ja hari isnin lalu aku nampak dia naik kereta dengan Incik Rosdi pi makan kat Machang Bubok.Rabu lepas aku nampak dia sembang gelak sakan dengan kawan-kawan opis yang lain..Aku teringat jugak macam mana dia jadi penyelamat aku bila aku terlewat mai opis..dia tolong punch card untuk aku walaupun aku tak minta tolong punch pun..Macam mana dia tolong orang lain sama bila orang lain susah..Brahim duit banyak..anak sorang ja..tu pun dah kawin..kat mana lagi dia nak salurkan duit dia..betoi dak..?


Sampai ja kat opis..aku tanya orang kat opis mana Incik Rosdi sebab aku tengok dia takdak kat meja dia..Depa semua pun nampak suspen ja tengok aku dengan muka serius macam nak gaduh dok cari Incik Rosdi..

"Awat Mira?"Mak Asyraf tanya..Asyraf yang meja seblah mak dia pun pandang aku dengan muka suspen jugak..yang lain-lain pun sama jugak tengok aku..ada jugak yang tak tengok aku..


"Pakcik Brahim meninggal..Brahim Rosdi.."Aku tambah nama Incik Rosdi kat blakang tu bukan apa..bagi mengelak depa tanya ...Brahim mana?.. mesti soalan tu keluaq punya la..baik aku bagitau nama bos dia..supaya teruih depa tau..tu la Brahim yang aku maksud kan..orang nama Brahim banyak kat company ni..nama pun pakcik-pakcik..nama tu galamer la untuk golongan pakcik-pakcik kan..huuu!

Opis apa lagi..kecoh..ada yang tak percaya..ada yang buat muka sedih..ada yang pi berlari kat parking cari Mail dengan Dollah Siam..aku pun dengan Mak Asyraf pi balik kat parking..
Kat parking semua pakat dok tanya-tanya pasal Brahim..berita sat ja tersebaq satu opis BM ni..Ada seratus lebih staff kat sini..semua pakat tau..


"Aku tak dapat lagi nombot family dia ni..sapa ada bagi la.."Mail dari tadi tak abis-abis dok cari nombor fon familiy Brahim..

"Haa...mira ada nombor fon Pakcik Brahim..sat nak try kol..kot-kot famil dia jawab ka..."Aku pun cepat-cepat la cari nombor telefon dia lepaih tu teruih call..time tu aku dengaq ada yang cakap ..

"Kami pun ada nombot dia..."

Eleh..kalo ada awat tak call kan..sip duit..
Tak lama aku call tu panggilan di jawab..Suara laki..jawab..aku kenai sora tu..

"Pakcik Brahim ka ni?"aku tanya..sambil buka loud speaker..

"Haaa...pakcik la ni.."masa tu ada yang buat muka takut...

"Pakcik ada kat mana?"aku tanya..

"Baru balik dari kubuq.."masa tu semua nganga mulut..aku pun seram ah..teruih bagi telefon kat Mail..Mail yang takmau cakap pun amik jugak..

"Brahim..hang tak meningal kan?" soalan Mail buat aku nak tegelak pun ada..tapi semua buat muka serius..aku pun tahan gelak..ada ka patut tanya macam tu..

"Mana ada..anak menakan(saudara) aku yang meninggal...eksiden kat Tanjung Malim..Ni baru balik dari kebumi la ni..mai mana plak aku meninggal..aku dah bagi mesej kan kat hang..."Jwab Brahim sungguh-sungguh.

"Aku minta maaf..aku ingat hang meningal..hihihihi.."Lepaih gelak..Mail pun matikan talian..Sambil sengih dia pandang kami semua..

"Mai sini hanset hang..nak tengok mesej dia.."Ada sorang pakcik dengan muka bengang minta fon Mail..Mail pun bagi..pakat-pakat baca..nombot yang Brahim hantaq sms tu nombot lain..bukan nombot dia..kami baca..

Mail..Brahim ni,anak sedra meninggal kat Tanjung Malim..Eksiden..


Chaissh..rupanya Mail lupa bawa spek mata dia...sebab tu dia tak berapa nampak tulisan sms tu..dia nampak macam ditulis Brahim yang meninggal kat Tanjung Malim..Dah tu bila kol balik nombot tu..tutup plak..mau Mail tak panik..
Lawak la kalo kerja dengan golongan tua ni.macam-macam hal..hahahahhahaha..

Aiyyooh..petang kelmarin memang gempaq gila..buat gegaq boleh pakcik-pakcik ni..Adoyaiiii!!

Khamis, November 17, 2011

STOP MENULIS

Buat masa la ni..aku nak stop menulis sat..
nak tumpu kat kerja-kerja aku ni..serabut la...banyak..tak habis-habis..
Adoiii...bila la dapat jadi penulis profesional ni?
hahahhahahhahahahahahhahahahahhahhahahahahahahaha....

Selasa, November 15, 2011

HANTARAN 10 RIBU..BUKAN SEBAB MATA DUITAN

Dulu..mybe 10 tahun yang lalu..atau 5 tahun yang lalu..Kalau ibu bapa letak hantaran 10 ribu untuk anak mereka..mesti orang cakap..gila mahal..mak pak mata duitan..tak berhati perut..akai tak cukup..sengaja minta sebanyak tu sebab tu cara paling halus nak tolak pinangan..macam-macam lagi la..dan aku sebagai orang perempuan pun rasa macam tak patut la..apa kejadahnya sampai 10 ribu..Kalau takat 5 6 ribu tu..kira boleh tahan dan patut la..




Lepaih tu...tahu demi tahun..harga hantaran makin berganda..makin naik..7 ribu..8 ribu..9 ribu..mula-mula ramai yang pertikai jugak..dia punya tuduhan sama jugak...Dan sekarang..10 ribu adalah harga hantaran paling ramai orang minta plak..patutkah?




Yala..sebagai anak..takkan la hantaran 10 ribu tu kita nak bolot semua kat kita..paling kurang..kita akan beri sikit kepada mak bapak kita untuk buat kenduri..

Dan tak payah nak hipokrit sangat la kalau kata nak buat kenduri simple2 nak jimat dan takmau bazir duit tu semua....tak payah bersanding la..tak payah buat itu la,ini la....ini la..pirah!! kita kahwin sekali seumur hidup ja bai...(isyaAllah..) pikir la sikit..




Bia aku cerita patut ka tak patut hantaran antara 8ribu hingga 10ribu adalah patut pada masa sekarang tanpa pikir kelulusan anak..tanpa pikir pekerjaan anak..tapi pikir atas faktor ekonomi semasa...ni pandangan aku la..kalau tak setuju hampa punya pasai...






1.Kalau dulu..makan-makan kenduri yang masak orang kampung..atau bahasa paling mudah..pakatan kampung..Segala-galanya dibuat oleh orang kampung tanpa caj satu sen pun..dari potong bawang,sembelih lembu..mahupun masak..Tapi sekarang..kebanyakkan tempat..takdak dah pakatan-pakatan ni..budaya tu makin lama makin pupus plak..Kebanyyakn orang dah mula pakai katering..senang,mudah..tak payah buat kerja bayak..rumah pun tak berselerak..tapi cuba pikir..katering caj harga sekepala berapa untuk makan?harga paling murah katering caj untuk sekepala ialah RM8.50..Jika jemputannya ialah 1000..sudah RM8500....



Tak payah dok buat pmikiran pendek la dok kata..


"Eh..apasal mahal sangat katering??!!"



Soalan macam tak pernah pi market beli ikan kan..kalau ikutkan harga sekilo daging lembu RM23 SAHAJA..Sekilo tu..kalau masak untuk satu family aku 6 orang bukan cukup tu..ni kan plak seribu jemputan..lu pikir la sendiri..malas aku nak pikir berapa kilo daging untuk 1000 orang..aku bukan orang katering kan..

Lepaih tu sekilo harga ayam R,8.20..Hampa cuba pikiaq plak berapa puluh ekoq ayam nak kena beli untuk 1000 orang..belum kira harga bawang lagi..setakat ni harga bawang putih paling mahal..rm18.00 sekilo..bawang besaq..bawang merah..rempah ratus..cabai..cabai kering..Beras lagi..gula..garam..


Takkan nak jamu tetamu makan ikan kering..?ikan kering pun mahal sekarang ni..orang susah pun takut nak makan ikan kering..macam mana la suri rumah tak tension sekarang ni..nak minta duit dapur lebih pun tak sanggup kat laki masing-masing..tapi kena minta jugak..inikan dilema pengantin perempuan dan ibubapa beliau kan..





Harga sekilo daging lembu ikut pasaran Penang RM23.00





Harga sekilo ayam ikut pasaran Penang RM8.20







2.Tu aku baru kira untuk katering..belum aku kira sewa kenopi lagi..







Saiz Canopy yang selalu orang guna..








Cuba tengok sain canopy kat ataih..kalau jemputan 1000 orang..satu canopy ni mana cukup..500 orang pun belum tentu muat..Kurang-kurang kena 4 atau 5 buah canopy..kita menjemput orang makan kenduri dirumah kita bukan setakat nak jamu mereka makanan yang sedap untuk raikan perkahwinan kita..tapi keselesaan jugak penting..supaya menhargai tetamu yang sama-sama meraikan hari bahagia kita..betul dak?satu canopy ni..aku dah telefon ok..rm200..kalau 5 buah berapa?RM1000..Tapi biasala dalam bisnes kan..boleh minta kurang..tapi berapa sangat kita boleh dapat sebuh?Rm180 atau rm170..huhuhuhuhu...






3.Kad kahwin plak kita masuk cerita..hahahhaha..Sebenarnya aku kurang setuju dengan sesetengah orang yang berhabis duit dengan buat kad kahwin yang kadang-kadang sekeping sampai 5 6 ringgit..kad ni..sat ja..lepaih kenduri orang campak ja dalam tong sampah..tak pun buat tulis nombor telefon ka..tulis bnda-benda yang penting ka..kalau kad tebal..buat lapik apa-apa ka..bukankah itu satu pembaziran..buat kad yang murah-mudah dah la..yang dapat tulis jemputan kita..alamat rumah kita dengan peta rumah..tu ja..tak payah la sampai liplap bagai..tapi kalau murah tu..jangan la sampai buat sendiri...Ok la..kita kira sekeping rm0.25..kalau 1000 jemputan harganya ialah RM2.50..Ok la tu..jimat di situ yerr kawan2..kad kawin adalah perkara paling kita boleh jimat sekali..




4.Kalau kahwin mesti nak bersanding kan..kalau taknak pelamin bosau-bosau pelamin kecik pun jadi la..janji ada pelamin kan..tak pun makan beradap semua tu kan..orang arab pun buat benda alah ni semua jangan dok kata melayu saja over gila babi nah..orang cakap nak kawin ni kena bajet..ni nak bajet gila babi la ni..sapa kata nak membazir tang pelamin,meja makan suma tu kan..kalau boleh semua orang nak harga yang murah gila babi..tapi murah gila babi pun harga tetap beribu..betoi dak?haaaaaaaaaaaa.......Aiyoh....ok2..tang bilik pengantin kita buat sendiri la..tak payah nak sewa..rugi bai..kalau hang pi sewa rm300 untuk bilik pengantin pastu barang-barang dalam tu depa akan ambik balik..better beli sendiri cadar dan semua barang tu kan..sampai mati boleh pakai..


1.Set Pelamin - RM1400 (ni aku tengok yang diskaun punya)

2.Set Makan Beradab - RM450 (Ni aku tengok yang diskaun punya)




Aku malaih nak tulis dah aihhh..takdak mood nak tulis..tension gila babi nih!!!

Khamis, November 10, 2011

AKU DAN DIRIMU KANCIL LUA TUJUH LUA LUA

Aku start pakai kereta kancil MIRA aku masa aku study kat Politeknik Kulim.Time tu,aku tak ingat Semester brapa abah aku beli kat aku..Yang aku ingat abah beli kat aku untuk mudahkan aku pi berulang alik dari rumah aku kat Penang ni,ke Ploliteknik Kulim yang terletak kat Kedah setiap hari.





MIRA aku ni memang hensem gila nak habaq mai..dah la hensem..tak cover cun pun..macam tuan dia..hahahhahha..kalau kereta lain mekap sana sini..MIRA aku relax ja..just tukaq enjin kasi laju..tukaq seat dia..tukaq segala spare part dia ke spare part MIRA..Segalanya aku buat untuk dia..buat aku sayang gila kat dia..dah berapa kali aku berlanggor dengan kereta,dengan motor,langgar pakcik naik basikal mahupun buntut lori..kereta aku steady ja..just calar balar dengan bumper jatuh ja..nak remuk teruk tidak sekali-kali..kalau kancil biasa tatau la kan..jadi macam mana kalau eksiden banyak kali..hahhahahaha..

Dah berapa tahun dah aku susah senang sama-sama dengan dia..Dating dengan Incik Bachok masa first time dia mai Penang nak jumpa aku pun dengan MIRA ni la..last-last semalam..dalam masa sekelip mata.. MIRA aku remuk gila babi gara-gara terbabas dalam longkang besaq..atau mybe sungai kecik kot..huuuuuu!! siap terpacak lagi dalam longkang tu..nasib baik enjin terpacak kat atas nokss..kalau terpacak ke bawah..masuk air..meraung tak berlagu la aku ni..

Cian jugak kat adik aku Si Mirul ni..sebab dia yang bawa kereta aku..kunci kereta dia,aku terbawa sekali pi ke Kelantan,so dia pun pi kerja naik kereta aku..tup-tup eksiden...
Tapi aku tak marah Mirul pun..benda nak jadi..nak buat amacam mana kan..Dia sendiri pun tak sedar macam mana leh jadi macam tu..sebab masa kejadian berlaku,tiba-tiba pandangan dia gelap..sedaq-sedaq dah ada dalam longkang tu,siap ada orang tolong tarik dia kuaq dari MIRA aku lagi..Apa yang aku dengaq la..kawasan tu berapa kali dah eksiden sampai terjunam dalam longkang besaq tu..kes paling baru sebelum Mirul..Dua beradik mati serta merta kat situ jugak..Issshhh!! Alhamdullilah la adik aku yang selalu lawan bertumbuk dengan aku ni selamat..huhuhuhu...

Bila tengok keadaan keta aku ni..Rasa macam nak beli kereta baru ja...Tapi aku sayang gila ngan MIRA aku..gila punya sayang sampai aku tension menangis terkenangkan nsib dia kat bengkel tu..huuuuu!!

HARU BIRU

Ni bukan haru biru filem yang Que Haidar dengan Dynas berlakon tu..Ni Haru Biru kat opis aku.
Opis aku ni makin lama makin haru biru sampai aku pun naik serabut,sampai aku takdak mood nak menulis..Bukan ketandusan idea ka hapa ka..Tapi takdak mood.Tekanan dari bos...Tekanan dari bos..dan tekanan dari bos..

Aku tengok bukan aku ja tekanan gila babi macam ni..Satu opis aku tengok macam tekanan..
Huh!!

Macam-macam jadi..hal cuti pun boleh kasi orang tension ka?Ingat kan benda ni dah habis..dah setel..tapi tak habis lagi rupanya...
Aduhainye pun.....!!

Takpala...janji cuti aku lepas..Muahahahhahaahhahha!!






Peace Yo..Suka noh dapat cuti..aku pun suka..Heeee!!

Khamis, November 03, 2011

TAK DAPAT CUTI

Sehari sebelum raya kena mai kerja..
Raya hari ahad pun kemungkinan kena mai..
Isnin pun aku kena mai kerja..takkan aku nak cuti selasa dengan rabu tak dapat kot??/
Tension gila babi nih!!!

Rabu, November 02, 2011

TENSION

Bila Incik bachok tension..aku pun tension sama..
walaupun dia suruh aku tak payah tension macam dia.Tapi aku rasa tak boleh..tertension jugakk...huhuhuhu...

Incik Bachok..
plezz jangan tension..Abah cakap relax sudah..
Ok!!

Selasa, November 01, 2011

LAGU FEVERET : TAMALLY MAK (HINDI)

Lagu ni aku minat dengar sejak aku belajar kat Politeknik lagi..
Masa tu aku dok dengar dengan Roomate aku,Suhana..hahahhahha
Banyak jugak la lagu hindustan dalam PC dia dulu..
Wahhh..tetiba rindu kat roomate aku la..kan bagus masa dulu-dulu dapat diputar balik..
Banyak kenangan manis dengan dia dan yang lain-lain..huhuhuhu!!







ok bai..
hahhahah..apahal wat ayat ok bai plak ni..heee!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!