Selasa, November 30, 2010

HITLER NAK KAWIN DUA PLAK DAH...

Tadi aku layan youtube.Terjumpa lagi video Hitler marah.
Kali ni Hitler marah sebab bini kedua dia tak datang masa akad nikah plak..hahahaha





Last yang tak tahan tu dia sebut Fasha Sandha..
Cisss!

Hahahhaha

HARI INI DALAM SEJARAH:ALAHAI BAKAL BAPA MENTUANYA

Hari ni Men rasa gembira.Tengahari nanti dia akan bertemu dengan tunangnya.Lagi beberapa bulan mereka akan berkahwin.Hari adalah first time Men berjumpa dengan bakal isterinya itu.Maklumlah ni pilihan mak dia.Bukan dia yang cari sendiri.Walaupun kawan-kawan mengejek sebab nak kahwin pun mak kena pilih,dia tak peduli..ganas-ganas macam mana pun dia..gangster macam mana pun dia..kata-kata ibunya kena ikut.Nanti derhaka namanya kalau tak ikut.

Sambil menyikat-nyikat rambut,Men bersiul.Turut melepak dalam biliknya ialah Man yang tinggal satu kampung dengan bakal tunang dia yang bernama Ziah tu.Man la bersusah payah menjadi posmen tukang hantar surat dari men untuk Ziah.Man kawan baik men sejak sekolah menengah lagi.Macam mana Man boleh bersekolah sampai Bagan Pun Men taktau.Padahal jauh jugak jarak antara Tasek Gelugor ke Bagan..mau naik dua biji bas jugak tu..Ahhh! buat apa dia nak fikir pasal Man.Baik dia fikir keseronokan dia mahu bertemu dengan Ziah.

Man yang dari tadi melihat telatah Men hanya mengelengkan kepala.Macam mana la dia nak beritahu Men perkara sebenar ni.Dia tengok Men dah Happy sangat ni..Kalau bagitau hal sebenar kang hancur luluh plak perasaan Men ni.Dah la Men kawan baik dia.Men anak orang senang.Masa dia susah Men yang banyak tolong.Jadi,dia tak sampai hati nak bagitau hal sebenaqnya.
Masih dia ingat lagi 2 hari lepas.Dia terpaksa meminjam basikal tua ayahnya semat-mata nak mengantar surat pada Ziah.Kalau dia naik motor srambler dia kang bunyi bising plak.Tak pasal-pasal Pak Non,ayah Ziah yang garang nak mampus tu tersedar dengan kehadiran dia,tak pasal-pasal jugak la rancanagn Men nak bertemu dengan Ziah secara bawah tanah tak jadi.Perlahan-lahan dia mengayuh ke rumah Ziah.Beberapa kali dia berulang dua tiga kali didepan rumah Ziah.Nak cari line.Akhirnya dia nampak jugak Ziah sedang menyapu sampah di depan rumahnya.Tapi agak malang nasibnya bila sebaik sahaja dia nak mendekati Ziah.Pak Non Muncul di depan mata dia sambil mengcekak pinggang.Takutnya dia sampai nak terkencing.

"apahal hang ni Man..dari tadi aku tengok hang tawaf rumah aku??"Soal Pak Non.Tiba-tiba Man rasa seluarnya basah.



Men masih lagi bersiap.Disemburnya minyak wangi sampai Man rasa nak termuntah dan pening dengan bau minyak wangi tu.

"Men..aku rasa hang tak payah keluaq la ngan Ziah tu hari ni.."Man tiba-tiba bersuara.

"Awatnya??hang kata Ziah setuju..awat tak boleh plak??"Soal Men panik.Tak kan Ziah tak setuju plak..dalam surat kata setuju.

"Memang la setuju..tapi..."Man terdiam.Dia hanya mengaru-garu kepala.Tiba-tiba dia terdengar motor RXS Men berbunyi.Aiikkk..dah start enjin motor?semangat gila!! Tak sempat dia nak menahan.Men dah lesap.


Men gelisah.Mana la Ziah ni..tak muncul-muncul lagi.Janji pukul dua nak tunggu kat Jetty.Ni dah pukul 2.20 tak muncul lagi.Nanti lambat plak dah naik feri ke seberang Pulau sana.Nak dating kat Komtar ni.Beberapa minit kemudian Men Nampak seorang perempuan muka mirip Ziah dalam gambar.Haaaa..tah-tah ni la Ziah..Mak aiii....lawa gila bakal bini dia ni.Pandai betul mak dia pilih.Tak sabar rasanya nak menarik dengan Ziah ni..

"Abang Men??"Ziah tiba-tiba datang menegur.Men segera mengangguk.Serta merta Ziah tersenyum.Tu dia..lawanya bakal bini dia senyum..Menyentap jantung laki dia.

"Jom..abang bawa halmet ni.."ajak Men terus...

"Errr..tapi bang.."Kata-kata Ziah berhenti bila seorang lelaki tua muncul depan mereka berdua.

"Takkan kita nak naik motor ni 3 orang sekaligus kot....??"Soal Paknon yang tiba-tiba muncul.
Waaaa......tiba-tiba Men rasa dunianya gelap gulita..
huuuu!

JANGAN DOK BUAT TEKANA SELALU LAH..MELUAT AKU!

Ada seorang pakcik kat opis tegur aku..

"Mira..pakcik tengok hang sentiasa seronok(happy la tu..).Tak pernah pakcik tengok hang tak seronok.Kadang-kadang pakcik pikiaq macam hang tak pernah ada masalah kot..sentiasa senyum.gelak..Tak pernah tunjuk muka tension..pakcik syok tengok cara hang.."

Fuhhh...!!
Setakat ni..dah berpuluh orang yang aku kenal tegurr aku macam ni.Bos tempat lama aku,kawan-kawan pernah tegur aku macam ni.Depa cakap syoknya hidup depa kalau jadi aku.Takdak masalah,takdak tekanan..tak tension..tekanan kerja yang susah..

Tipu lah aku takdak tekanan..tipu la aku takdak masalah..aku pun manusia biasa jugak..mesti ada masalah la..ada problem..orang gila pun ada masalah dia sendiri.Tapi aku ada cara aku sendiri takmau hidup aku dirudung sedih,bermasalah..


1.PANDANG REMEH PADA MASALAH.

Huiii..tak boleh pandang remeh masalah ni..besaq ni..
Ni la ayat aku selalu dengaq kalau berkaitan masalah ni.Masalah banyak kategori sebenarnya..contohnya masalah duit(aku selalu ada masalah ni),masalah kerja(sama aku pun ada),masalah cinta(lagi ada banyak),masalah family(kurang..),masalah dengan kawan-kawan(takdak rasanya..) dan macam-macam masalah lain lagi malas aku nak tulis..huuuu..!

Hang tak payah la dok fikir masalah tu saja sampai satu kerja apa tak boleh buat..cari la jalan penyelesaian dia..Aku tau bukan sennang nak cari jalan penyelesaian..tapi dah dok pikir macam masalah tu terlampau besaq..otak pun blur la..bila blur..mula la fikir kemungkinan yang bakal berlaku la..itu la ini la..mula mai angin tension..muka dah jadi macam pungkoq ayam ja kalau tengok..kawan-kawan pun pun rasa takut nak tegur..cepat marah..plezz la..tu masalah kita sendiri..kita tak payah la nak marah-marah orang lain plak..apala..


2.SENTIASA BAIK DENGAN SEMUA ORANG.

Mak aku selalu berpesan.Kita kena baik dengan semua orang.Tak kira la dia fahaman apa pun.Kaki judi ka..pencuri ka,mat pitt ka..bohsia ka..kawan ja..janji kita tak ikut perangai depa sudah la.Hati tu penting bai..tetap pendirian.KATAKAN TAKNAK!
Apa aku melalut ni??hahahhaha..

Kat tempat kerja atau pun kat tempat belaja..tempat tinggal..mesti ada golongan yang tak sukakan kita walaupun kita ni dah jadi sebaik yang mungkin.Biasala,dalam diri manusia ni memang tak lari dari sikap sakit hati dan iri hati ni.Jadi,walaupun apa yang depa buat kat kita,layanan depa kat kita yang macam hampeh cilaka tu..kita tak payah la balas balik.Buat la macam biasa ja.Layan depa macam kita layan orang lain yang baik ngan kita.Tapi jangan la baik sangat macam heroin dalam drama Indon tu..tu sudah lebey..ingat kita malaikat ka?Cari jalan jalan yang baik,..bersemuka itu penting..masa bersemuka tak payah la cakap kasaq-kasaq.Cakap elok-elok..nescaya,depa akan hormat kita balik..Cewaaahhh! macam ustazah siot main nescaya-nescaya ni...hahahha..bila semua orang baik dengan kita..hati senang tak?mesti la senang kan..bila hati sennang,happy selalu la..apala..itu pun tak boleh pikiaq ka?


3.JANGAN ANGGAP KERJA ITU SATU BEBANAN.TERIMA DENGAN HATI YANG IKHLAS.

Kalau bab kerja ni la paling orang banyak problem sekali.Kerja banyak,kerja susah,bos macam hampeh,bos suka bagi tekanan,tempat kerja yang serabut tu la aku selalu dengar masalah orang pasal kerja.Aku pun ada masalah kerja jugak.Hang ingat aku minta ka kerja aku sekarang ni?Ingat aku puas hati dengan kerja aku la ni..langsung tak puas hati..Aku nak kerja luar..kerja lasak..tapi tengok la..aku dapat kerja dalam opis banyak..dapat bilik sendiri walaupun pintu dia yang tercabut(Incik Pegawai kata secara tak sengaja tercabut sebelum aku masuk kerja lagi..huu),tekanan kerja dari tiga orang bos sekaligus,ingat aku suka?Aku tak suka..Tapi buang la rasa tak suka tu..buang la rasa bebanan tu..isyaallah..kita akan rasa seronok buat kerja..bila rasa seronok,kerja yang kita buat akan rasa mudah.Betul aku cakap,sebab aku praktik benda ni..aku rasa kerja aku walaupun sesusah mana,walaupun tekanan hebat dari bos..tetap rasa mudah..cepat ja selesaikan kerja.

Lagi satu,kita kena ikhlas buat kerja.Aku tau bukan semua kita apat kerja yang kita impikan.Kadang-kadang kerja yang kita dapat langsung lari dari apa yang kita belajar dulu.Yela..zaman sekarangkan susah nak dapat kerja..mana ada peluang main sapu ja.Tapi tu bukan alasan untuk kita tak bleh terima lansung kerja tu..sampai prestasi kerja jadi hampeh..janji dapat dapat gaji bulan-bulan..Tak boleh..walau besaq manapun gaji kita,kalau tak ikhlas kerja..sentiasa rasa tak cukup duit..tu yang jadi tekanan tu..takdak duit memanjang..hahahaha


4.JANGAN SENTIASA BERGADUH ATAU CARI GADUH.


Zaman sekarang ni..orang cepat naik angin ramai..tak kira la laki ka pompuan,sama ja.Pantang silap sikit ja..zup..zap..zup zap bergaduh.Cuba cool sikit..Banyak beristifar..Jangan nak gaduh ja memanjang.Tambah-tambah dengan kawan-kawan.Sikit-sikit gaduh..sikit-sikit gaduh..hang tak puas hati kat aku..aku tak puas hati kat hang.Rasa sakit hati yang amat tu muncul la..mula la kata macam-macam kat kawan kita..kawan pun balas balik la..kata balik kat kita.Bila jadi macam ni..kita rasa tak seronok..rasa macam dikhianati dengan kawan sendiri.Please la..apa pun perangai kawan kita..cepat marah ka..cepat terasa ka..jangan ambik pusing..buat tak reti ja..bila dia dah ok..ok la..ni tak..orang tu tengah hangat..kita pun sama naik hangat la..ego la konon..mana boleh orang marah aku..cibai!!..
Tak boleh...kool..ikut rentak dia..nescaya..kawan akan baik dengan kita selamanya..

Kat tempat kerja dengan tempat belajar pun sama la..kawan serumah ka..sebilik ka..buat kool ja walaupun dalam hati membara gila..macam nak tonyoh-tonyoh ja budak ni..hahahaha..aku pun pernah rasa camtu la..hahha



5.JANGAN ANGGAP MASALAH CINTA TU BESAQ..BUKAN KITA KAHWIN LAGIPUN DENGAN CINTA KITA


Masalah ni aku syor orang perempuan ambil pusing gila babi punya la..gaduh sikit tak lalu makan..gaduh sikit takdak mood nak sembang..gaduh sikit habis orang lain kena marah sama dengan kita.Gaduh sikit berkurung dalam bilik tak bercampuq dengan family..berundang airmata konon..macam la kekasih kita yang beranakkan kita..kasi kita makan.Adooiiii...
Klau kita gaduh dengan boyfren/grilfren tak payah la nak tunjuk tekanan gila babas sampai orang lain tengok pun tension sama..tu antara hang dengan Si dia..hang setel la dengan dia.Hubungan hang dengan orang lain kena macam biasa la..dengan family pun macam biasa la.Ni adik beradik seronok bersemmbang kat luar..kita dalam bilik macam kera sumbang..lama-lama hubungan kita dengan adik beradik..family boleh renggang kalau macam ni punya perangai..bila renggang mula la fikir.adik beradik tak sayang la..mak ayah tak ambil peduli la..cuba fikir balik apa yang kita dah buat berpunca depa buat lagu tu kat kita..ni bila jadi camtu tensionnn!!! ja..Alahai..


6.BANYAKKAN AKTIVITI DENGAN KELUARGA


Haaaa..aktiviti dengan keluarga paling aku suka sekali dalam hidup aku.Port family aku selalu lepak kat ruang tamu la..segala masalh semua aku luah kat situi..macam tu jugak la dengan ahli keluarga yang lain..buat lawak..la..tengok tv sama-sama.tak pernah miss la..Shopping sama-sama-tengok wayang sama-sama..semua bersama-sama.Jangan la jauhkan diri dari family..aku gelar orang macam tu jenis sakit jiwa.Kalau ada problem,bincang..macam tu la yang family aku buat.Awal tahun dulu,punca aku tak tulis blog sat sebab ada angin ribut dalam family aku.Punca dari aku sendiri la.huhuhu..Tapi aku cepat-cepat setel.Jangan pendam dalam hati..jadi penyakit tekanan lama-lama..
huhuhuhu..


7.SENYUM DAN BERTEGUR SAPA DENGAN ORANG LAIN.

Pernah dengar lagu senyum nyayian Malique dengan Najwa.Aku suka lagu tu..lirik tu dah mengambarkan kalau kita sentiasa tersenyum..hati riang ria hari raya.Bertegur sapa la dengan orang selalu.Kita akan mudah dapat kawan.Kalau ada ramai kawan,kalau ada masalah,depa boleh setel.Jangan sombong.Hidup kita akan berseorangan.Bila seorang..takdak keceriaan dalam hidup kita..
heeee!


Tu saja kot..banyak lagi..tapi aku ada banyak kerja nak setel..ni pun stop sat..sambung balik tulis..pastu stop sat buat kerja..pastu sambung balik tulis..
hahahhahahhahaha..

Isnin, November 29, 2010

BESDAY BOY

Hari ni besday Azhan yang ke 12 tahun.Aku taktau la nak beli hadiah apa kat dia.Sebelum ni aku selalu beli mainan kat dia..tapi sejak beliau dah besaq ni..aku taktau nak kasi apa..huhuhu..Susah la..kalau budak perempuan tau la jugak kan nak kasi apa..Ni laki-laki.

Tadi aku try tanya Incik Bachok nak beli apa kat Azhan.Ye la..depa kan sama-sama lelaki..mesti tau punya..ni jawapan Incik Bachok..

"Tah la..mana I tau..masa i kecik-kecik takdak hadiah pun..."

Waaaaa...tak boleh pakai betul la mamat ni.Aku pening ni...
taktau la..waaaaa..Azhan!! awat la hang da besaq??
susah la!!!
huhuhuhu..

Tapi yela kan..Sat ja Azhan dah umur 12 tahun..dulu kecik ja.Sekarang pun kecik jugak..tak macam umur 12 tahun pun..macam darjah 3 ja aku tengok..hahahaha..Doktor cakap pertumbuhan Azhan agak lambat sikit sebab penyakit asma dia tu..wuuuu..sedih gak dengar.Tapi takpa la..janji Azhan sempurna.

Azhan ni nakal gila-gila la..kuat mengusik..manja..penakut..hahahhaa..gelagat dia memang bagi family kami happy la.Dia suka binatang.Banyak jugak la haiwan belaan dia.Oleh sebab kami takdak adik kecik..kami layan dia macam budak kecik..sampai kadang-kadang pun dia rasa macam marah gak la dengan cara layanan kami kat dia.Kadang-kadang kami sendiri lupa yang dia dah besaq.Selalu risau dengan dia.Kalau dia pi mana-mana mesti pikir bukan-bukan.Tajuk jadi apa-apa kat dia.Padahal dia dah besaq..

Dia ni prihatin gak.Rajin gak tolong mak aku mengemas..memasak..tolong urut tok aku.Macam-macam la dia buat..kalau budak lain siap minta upah.Ni bila mak aku suruh buat apa-apa..then nak bagi duit..mesti dia kata macam ni.

"Mak..tak payah la..Ann ikhlas la..bukan orang lain..mak Ann sendiri"

Waaa...mak selalu rasa sayu kalau dia kata macam tu..
Harap-harap sifat hang tu kekal sampai hang besaq la Ann oiiii..

Yeop!!!!!
Semoga cepat sihat-sihat selalu lepas ni yerrrrr!

Azhan dan Abah
P/s:Kami panggil dia Yeop sebab dia lahir kat Ipoh,Perak.

HARI INI DALAM SEJARAH:TIDUR BERPELUKKAN BATANG PISANG

Tahun 80an..bukan semua ada tv kat rumah.Hanya yang betul-betul kaya atau sederhana kaya ja mampu beli tv.Tu pun bukan tv kaler pun..tv hitam putih yang boleh tutup macam almari tu.Kalau kat pekan Bagan mybe ramai yang ada tv kaler macam rumah Cik Ah dan Haji Im.Tapi kalau kat Tasek Gelugor ni,hanya Tv hitam putih ja jadi hiburan.Dalam Kampung Permatang Manggis,hanya rumah Haji Arshad ja ada tv.Eh..bukan haji Arshad ja..rumah Mek Nab kelantan tu pun ada.Tu pun laki dia beli kat luar negara.Laki dia kan kelasi kapal...

Oleh sebab rumah depa ja ada tv,maka bila time malam ja rumah depa jadi kunjugan orang-orang kampung terutama remaja dan kanak-kanak datang menonton.Oleh sebab Haji Arshad dan Non bersepupu,atau lebih senang sepupu angkat sebab Non cuma anak angkat bapa sedara Haji Arshad.Maka anak-anak Non lebih selesa datang menonton Tv di rumah haji Arshad.Turut sama join anak-anak abang angkat Non.

Satu malam,dalam pukul 10 malam,anak-anak Non bersama anak-anak abang angkatnya berjalan pulang dalam gelap gelita.Biasa la kampung zaman 80an..mana ada lampu jalan lagi.Bertemankan lampu suluh,depa berjalan berpimpingan tangan.Adala dalam 4 5 orang time tu.Anak ke 5 Non,yang bernama Maz ni memang kaki tidur.Tidurnya tak kira masa atau tempat.Masa berjalan pun boleh tidur.Malam tu Maz tertidur.Walaupun marah dengan tingkah laku kakak depa ni,tapi Idah dan Lie terpaksa jugak la pimpin tangan kakak depa,takut terjatuh.Apala..selalu kakak yang pimpin adik-adik..Ni adik-adik yang pimpin kakak..Dunia memang dah terbalik.huhuhuhu.

Sambil depa berjalan dan berpimpin tangan,depa ketawa sebab lucu dengan celoteh anak-anak abang angkat ayah depa terutama yang bungsu bernama Naim tu.Biasa la kan bila dah ketawa terbahak-bahak akhirnya depa terlepas tangan kakak depa.
Sampai ja dirumah,kedua beradik tu terus ja masuk dalam bilik nak tidur tanpa depa sedari kakak depa takdak sekali.

Seperti biasa,sebelum tidoq..Non akan jenguk bilik anak-anak dia.Tiba-tiba dia berasa hairan,eh..mana seorang lagi kan..ada dua ja ni kat atas tempat tidur..dia segera mendekati kedua anak dia,dijenguk pada muka kedua nak-anaknya tu..Ni Idah..ni sebelah ni Lie..mana plak Maz ni..Suasana jadi kecoh tiba-tiba bila Non tiba-tiba menjerit.Anak-anak yang besar-besar pun terjaga sama.Kesian,esok nak pi kerja ayah depa buat kecoh plak..

"Maz mana?Maz mana?"Soal Non panik kepada Idah dan Lie.Anak yang lain-lain tercengang.Aphal la ayah depa ni.

"Tadi dia ada dengan kami ayah.."jawab Idah separuh mamai..Ma yang ada ditepi Non dah separuh pitam.Siapa plak yang culik anak dia ni..dah la Maz tu kategori comel jugak tu..huuuu!

"Tadi Maz tidoq ayah..kami pimpin dia..lepas tu kami balik..gelak-gelak..pastu..."Idah tak dapat terus cerita,fikiran dia blur.

"Naim!!!" tiba-tiba Non teringatkan Naim,anak abang angkatnya yang nakal tu.Dia segera keluar rumah ke rumah abang angkat dia yang bersebelahan rumah dengan rumah depa..

"Long..hang tanya Naim sat..mana Maz?"Arah Non sebaik saja abang long dia menyoal.Naim yang ada dalam bilik tiba-tiba ketawa.Marah dengan anak dia,Abang Long segera menarik telinga anak bungsunya itu lalu menyoal.

"hahahahaha..kat kebun pisang paklong Chad ayah..hahahahhahaa.."jawab Naim sambil ketwa,Dengan pantas depa semua pakat-pakat ke kebun pisang Milik Haji Arshad.Memang betul kata Naim..Maz tidoq baik punya berpelukkan batang pisang.Entah bila masa Naim tinggalkan Maz di situ pun taktau la..
Huuuuuuuuuu!

Ahad, November 28, 2010

BILA LA NAK MERASA NAIK TREN BUKIT BENDERA?

Aku baru balik dari keluar berjalan-jalan dengan Incik Bachok kat Penang tadi.
Bila Incik Bachok ajak aku pi Bukit Bendera,memang aku rasa syok gila sebab seumur hidup aku,aku tak pernah pun pi Bukit Bendera walaupun aku orang Penang.Teruk kan aku?hahahah..
Salahkan abah aku sebab ia memang tak pernah bawa aku ke sana.Malah jalan kat belah Penang Island sana pun bukan aku tau sangat pun,kalau jalan kat Alor Gajah cekap plak....hikhikhikhik..

Tepat ja pukul 12 tengahari,Incik Bachok punya kereta dah terpacak kat depan rumah aku.Nak ambik aku la.Dulu kereta aku terpacak kat bawah Kondo tempat tinggal Incik Bachok.Sikalang dia dah ada kereta,dia plak terpacak kat depan rumah aku.

Sebelum kami naik feri,dan la jugak menyantap rojak tonggek kat Bagan,lepas tu terus pi Penang.Macam biasa la Penang kan..Bizi semacam..sesat la jugak kami nak ke Bukit Bendera,last-last sampai gak..tapi agak malang la bila Bukit Bendera ditutup..huiiiii..apa ni..Kesian orang jauh-jauh datang terpaksa patah balik..termasuk la kami..hahahahhahaha..

Lepas tu,kami pi pandai Hammer Bay..melahap sat..last-last pi karok ja..tak best langsung..Impian aku nak pi Bukit Bendera tak terlaksana jugak..huuuuu!
Sedeynya!!!!!!



Macam biasa,muka aku tak boleh tunjuk penuh-penuh..hahahaha


Aku tak kira..kalau dah dibuka nanti,nak paksa abah aku atau Incik Bachok pi Bukit Bendera.Malu la orang Penang,tapi tak pernah pi..
Maluuuu!!!!

Sabtu, November 27, 2010

BURUNG GARUDA MENYERANG..!!

Aku tengah layan filem Indera Bangsawan...Tengok-tengok mai part Burung Garuda menyerang..
hikhikhik..
lawak betoila..






Ni kalau Abang Kus tengok balik filem lakonan dia,mesti dia pun gelak besaq ni..
hahhahahha

FILEM FEVERAT:DANDAN SETIA

Sebenarnya,selain dari filem-filem fantasi Hollywood,aku pun minat jugak filem klasik melayu.Filem dongeng hitam putih.Memang best layan filem klasik ni.Tambah-tambah yang jenis kayangan-kayangan..binian segala ma nenek..burung garuda..nenek kebayan la..apa-apa yang pelik-pelik magis-magis tu.Kan bagus kalau filem-filem tu dibikin balik..mesti da macam magika dah..wahhh!! suka-suka.

Salah satu filem klasik dongeng melayu yang aku minat ialah filem Dandan Setia.Lakonan Jins Shamsudin dan Saadiah.Aku minat jins Shamsudin tu...lagi seorang yang aku minat,Musthapa Maarof..Hensem tu..jalan pun ada stail..hihikhikhik..gatainya aku..



Poster Filem Dandan Setia
Filem Dandan Setia ni menceritakan tentang peperangan dewa-dewa dikayangan yang berebutkan puteri kepada raja segala dewa yang bernama Adinda Kesuma Gemala Dewi.Bagi mengelakkan peperangan berterusan.Raja segala dewa ni(bukan Zeus ya..hahahhaha) telah menukarkan puterinya itu menjadi buah Pauh lalu dicampaknya ke bumi.Huhuhuhu..sedihnya..terpaksa korban anak kesayangan demi kesejahteraan bersama.Kalau aku jadi Dewi tu,aku lari..hahahhahahaha..
Pada masa yang sama dibumi,Seorang Sultan dan permaisuri dia yang agak lanjut usia..mybe dalam umur 40an gitu takdak anak lagi.Baginda Sultan yang aku taktau nama dia ni sangat sayang pada permaisurinya lalu bawa la permaisuri dan dayang-dayang dia melepak kat pantai,salah seorang dayang depa jumpa buah Pauh ni terapung dalam air lalu disembahkan la pada permaisuri tu,prmaisuri tu pun makan..dengan agak ajaibnya,permaisur tu pun hamil.
Malangnya semasa baginda nak lahirkan,baginda pun mangkat la..Lebih parah,anak yang dilahirkan baginda tu seorang puteri yang hitam legam macam dayang senandung!
Walaupun hitam,Sultan sangat sayangkan puteri dia tu yang diberi nama Puteri Intan Terpilih.
Tapi malang menimpa lagi pada Puteri Intan Terpilih bila Sultan plak mangkat.Nasib baik la abang kepada ayahanda dia pun Sultan jugak.Ambil bela diamacam anak sendiri.Disayang-sayang gitu.Maklum la..paklong dia ni(paklong??hahahhaha..) takdak anak perempuan.Tapi macam biasa la,kehadiran Intan Terpilih kat istana Paklongnya tu tak disenangi sepupunya sendiri yang bernama Tengku Dandan Setia.Hari-hari kena kacau,kena bulu..kena ejek la..Tapi sebenarnya Tengku Dandan Setia ni bukan jahat pun..biasa la budak laki-laki kan..
Tapi bini Tengku Dandan Setia ni pulak buat onar..dia taruk racun dalam susu yang diminum Intan Terpilih..koma la plak pompuan ni..Tengku Dandan Setia dapat tau bini dia punya angkara apalagi,jatuhkan hukuman la..padan muka kan..muka saja lawa..hati manyak busuk la..dia ingat dia lawa dia boleh terlepas..piraahhhh!
Eh..pehal plak aku emosi ni?hahahhaha..
Masa time berubah Intan ni kat tengah taman(apa punya dukun..berubat tengah taman..dah la panas),tiba-tiba seekor burung Garuda Muncul(part ni aku suka)nak sambar Intan..tak dapat..tersambaq kulit dia saja..jeng-jeng-jeng...!!! maka terserlah lah kulit putih gila Intan Terpilih ni..hihihi..Tapi Intan terpilih still sakit lagi..nak tak hendak..atas nasihat dukun jugak la..Tengku Dandan Setia kena belayar membawa jasad koma Intan Terpilih ni semata-mata nak bagi pulih..
Pelbagai rintangan la Tengku Dandan setia ni tempuh nak selamatkan sepupunya yang hitam jadi putih tiba-tiba tu..
Dan part paling tak best bila jasad Intan Terpilih dapat dekat seorang Puteri jahat.Dengan dukun dia yang terer nak mampus,Intan Terpilih pulih la..tapi kena paksa kawin plak ngan Putera jahat ta hensem tu..huuuuuu..
Ayahanda Putera Jahat,Intan Terpilih dan Putera jahat dalam adegan penuh emosi dan berani
Dipendek cerita,dengan bantuan Dewa Shakri yang merupakan tunangan Intan terpilih semasa beliau dikayangan sebagai Adinda Kesuma Gemala Dewi,maka depa berjaya merampas kembali Intan Terpilih dari Putera Jahat tu.
Macam biasa la..last-last jadi apa kan..Hero ngan Heroin Kahwin..Hero kedua bawa kedamaian kat Kayangan..memang Peace betul..
huhuhuhuhuhu...
Al kisahnya macam tu la...menurun pahaman aku la..puisi pasal Dandan Setia ni ditulis sebelum kedatangan Islam kat wilayah melayu ni..sebab tu cara dewa-dewa ni mirip agama hindu sikit..kan dulu sebelum islam datang..wilayah melayu ni ada pengaruh hindu..huuu..kalau salah aku silap la..aku bukan ahli sejarah pun..
Kwang..kwang..kwang..

Jumaat, November 26, 2010

PUKUL 5

Bila la nak pukul 5 ni??
Aku tak sabar nak balik ni..
Pening kepala la plak ni..
huhuhuhu..

RAKSASA LOCH NESS..BOLEH DIPELIHARA KA KALAU WUJUD?

Masa aku tengok filem Water Horse,kisah pasal seorang budak lelaki yang bernama Angus Macmarrow yang menemui sebiji telur misteri kat tasik Loch Ness kat Scotland,tiba-tiba aku teringat tentang raksasa Loch Ness.Yaa...raksasa Loch Ness yang buat aku rasa seram bila dengar kisah dia padahal dia bukan hantu pun.hahahahahaha..Bengong jugak aku ni kadang-kadang.


Poster Filem Water Horse
Apa bendanya makhluk raksasa Loch Ness ni sampai aku takut tahap gaban ni padahal tak seram pun ni?Ni nak habaq mai ni..
Loch Ness ni adalah nama sebuah tasik yang terletak di Tanah Tinggi Scotland.Loch Ness ni merupakan sebuah tasik yang panjang,besar dan dalam.Panjangnya ialah 37km dan kedalamannya pulak 230km dan lebarnya melebihi 2km.Setenang-tenang tasik ni sebenarnya dia mempunyai satu cerita lagenda mengenai sebuah mahkluk umpama dinosour yang digelar Raksasa Loch Ness atau nama manja dia Nessie.Cissss! Makhluk ni pun ada nama manja..kebudak-budakkan pulak tu bunyi dia..tak matang langsung..huhuhu..
Recod awal cerita pasal raksasa ni ialah pada tahun 565 masihi.Huiiiii...lama dah tu..Dan masa tahun 1933,ramai pulak orang dok buat report kat balai polis mengatakan depa ternampak kelibat raksasa ni semasa depa mandi,basuh kain,memancing atau tengah berak mybe..sapa tau kan depa tengah berak time ternampak raksasa tu..huuuuu.Dan pada tahun 1934,seorang Doktor dari British bernama Robert Kenneth Wilson plak mengaku ada ternampak makhluk tu time bercuti kat tasik tu dan berjaya mengambil gambar raksasa tu..
Nah tengok gambar kat bawah ni..
macam tipu ja aku tengok..hahahhaha

Gambar Nessie yang diambil pada tahun 1934 oleh DR.Robert Kenneth Wilson



Pada tahun yang sama jugak,seorang Pengurus Hal-Ehwal Pertanian bernama Kimberly memberitahu pula yang menurut laporan yang diterima,saksi memberikan imej yang hampir sama mengenai bentuk tubuh raksasa tu.Panjangnya kira-kira 180cm dan lebarnya pulak 90 m(betoi ka ni?),kepala macam ular dan ada bonggol kat belakang badan dia.Apa kena mengena antara Pengurus pertanian ni dengan raksasa ni aku pun taktau..kalau dia sembang pasal tanaman padi,gandum dan jagung takpa gak..hahahahha..hanya ahli Kriptozoologi yang tau.





Tasik Loch Ness.Air yang tenang jangan disangka takdak Nessie..hikhikhik


Sampai la ni,bukti kewujudan Nessie ni tak ditemui walaupun dah berpuluh-puluh ahli Kriptozoologi dok menyisat pasal menatang ni.Walaupun tak jumpa,depa percaya yang makhluk ni wujud dan bila-bila masa ja akan muncul...



HARI INI DALAM SEJARAH:SAPU TAIK PADA MUKANYA

Hari ada ada filem baru kat wayang.Filem Hindustan.Biasalah kan..hidup pada zaman 70an,semua orang minat tengok cerita hindustan.Seperti biasa,Non dan Ma yang sudah ada anak lima tapi masih romantik macam orang baru kahwin ambik keputusan nak pi tengok cerita wayang tu.Oleh sebab panggung wayang dekat pekan Tasek Gelugor dah diruntuhkan sebab nak bina sebuah komplek perniagaan,maka depa ambik keputusan nak tengok saja di Padang Serai yang jaraknya dengan Pekan Tasek Gelugor cuma 15 minit walaupun Padang Serai dibawah naungan Kedah sedangkan Tasek Gelugor di bawah Pulau Pinang.

Oleh sebab anak kelima depa baru berusia 8 bulan,takkan nak bawa sekali kot masuk wayang kan..kang meraung sakan dalam wayang,mau kena halau ni.Jadi Ma pun menyuruh anak kedua dia,Kri yang jaga adiknya itu.Kri yang terkenal dengan nakalnya tu pun setuju.

"Ok mak! Line clear..Kri jaga elok punya..mak balik satgi Kri siap bagi mandi lagi budak Maz ni..wangi ja"
Kri memberi janji-janji indah pada maknya.
Sejuk hati Ma..penat-penat dia mengandungkan Kri,melayan kerenah nakal Kri masa zaman kanak-kanak akhirnya Kri jadi anak remaja yang boleh diharap.Walaupun kadang-kadang perangai gila-gila dia muncul sekali-sekala,Ma memang boleh harapkan Kri.Maka kedua laki bini tu pun pi la menonton wayang..

Lima jam kemudian....

Sambil membawa Vespa..Non menyanyi-nyanyi semula lagu hindustan yang ditontonnya tadi sedangkan Ma yang membonceng dibelakang hanya ketawa dengan gelagat lakinya itu.
Sampai saja didepan rumah mereka.Suasana tiba-tiba sunyi.Takdak dengar satu suara pun.Yang kedengaran cuma bunyi lembu jiran sebelah mengembooo..Ma segera turun dari Vespa sambil menjenguk-jenguk ke dalam rumah..ada rasa curiga..tiba-tiba Kri berlari keluar lalu berlutut di depan Ma..

"Ampunkan Kri makk..."Kri tiba-tiba meminta ampun umpama tanggang meminta ampun pada maknya.


"Awat plak hang ni?kena sampuk tanggang ka?"Soal Non kehairanan..

"Bukan salah Kri mak..Maz yang buat sendiri.."Kri berkata lagi sambil buat muka takut.Non segera berlari masuk kedalam rumah sedangkan Ma masih tercengang dengan kelakuan anaknya itu.Sebentar kemudian terdengar suara Non menjerit..

"Krii..!!!!!"

Dengan pantas Kri bangun melarikan diri bila Non keluar mahu mengejarnya.Ma segera masuk.Alangkah terkejutnya beliau bila melihat muka Maz penuh dengan tahinya sendiri.

"Bukan Kri yang buat ayah..Maz yang korek lampin tu sendiri..lepas tu dia sapu kat muka dia.."
Kri memberi penjelasan sambil berlari sebab dikejar ayahnya.

"Awat hang tak basuh bongok!!!!??"Marah Non.

"Ceq geli!!!!!!"jawab Kri balik.

Ma merasa hiba.Tak boleh pakai punya anak.
Cisssss!

Khamis, November 25, 2010

PONDAN MALAYSIA MESTI JELES KALAU TENGOK DEPA NI

Aku rasa pondan-pondan Malaysia mesti jeles gila kat depa-depa ni sebab gila sempurna depa ni macam perempuan tulen.Sepanjang aku jumpa pondan kat Malaysia selama ni kat mana-mana negeri selama ni,memang tak selawa depa.Taktau la kot memang ada selawa ni tapi aku tak pernah jumpa.Memang nampak jantan jugak.Yang ni memang lawa gila.Tapi orang perempuan tak payah la jeles.Secantik mana pun depa ni,depa ada kekurangan jugak.Hahahahahhaha..Bersyukurnya aku walaupun badan aku tembam dan tak lawa,sekurangnya aku ada alat peranakan dalam tubuh aku..(betul ke aku punya ayat ni?)heeee!












































Gila lawa..
Tapi sayangnya depa ni sebenarnya lelaki...


HATI SENANG

Wahh...
senangnya hati semua kerja setel..
hihihihi...
nak balik dah wooiiii..
tapi abah aku tak sampai lagi pun kat opis..layan la apa-apa dulu..
huuuu

BOSAN

Sakit kepala la plak..
aarrgghhhh!!

Rabu, November 24, 2010

KALAU LA HITLER JADI CIKGU BESAR

Tadi aku baca blog Skychatz.Org.Macam biasa la beliau bercerita pasal mambang KLCC yang comolot baik punya kat tepi jalan tu kan..Sampai mak aku mengamuk bila tengok Video tu..nasib baik beliau tak lempaq ja laptop aku ke dinding.Kalau tak menangis tak berlagu la aku selama 30 tahun..hahahahhahaha...

Penulisnya yang diberi geralan Abe Long tu siap attach video tu lagi kat blog dia..yang penting,beliau jugak telah attach video lain plak yang berkaitan mambang dua ekor tu..memang kelakar gila...
hahahahhaha..
aku malas nak buh link..aku copy tunjuk sendiri la..
huhuhuhu..






Aku rasa kalau geng-geng Hitler ni jadi cikgu sekolah..memang berdisiplin gila budak-budak Malaysia ni..
Heeeeeee

SILA KEMAS BILIK HANG

Tadi Mr.Eksekutif masuk bilik aku..then dia pun cakap..

"Mira..hang kemas-kemas bilik hang sikit.."
Lepas cakap dia terus blah..Lepas tu aku terpikir-pikir sendiri,awat bilik aku ni semak samun sangat ka?Aku tengok ok ja pun dengan mata kasar aku ni.Tapi aku try ambik gambar tengok.Ternyata bila aku tengok sendiri melalui kamera hanset aku,makanya memang bilik aku semmak gila babun.Patut la ramai cakap bila masuk bilik aku otak depa serabut..
hahahahahhaa

Pejabat TM ni semuanya old skool punya barang.Dari meja sampai ke PC.Aku rasa dari zaman Tokwan aku punya meja pa ni..
tapi yang penting..Laci tu takdak penutup dia sebab aku..hahahahahaha..tarik laci tu terus tercabut.Ganas jugak tangan aku ni.Aku rasa barang dalam bilik aku ja yang old skool.Orang lain relax ja meja depa..semua baru tu..Biasa la aku tak conform lagi..terima la seadanya,takleh cakap banyak demand-demand,kang tak conform plak..huhuhuhu..Bawah meja aku penuh dengan sapu tangan dan selipar yang dah putus...hahahahhaha..




Dua PC ni aku control.Tapi PC belakang kaler putih tu bukan aku guna pun.Ada satu lagi PC,tapi yang tu khas untuk sistem LNMS.Aku tak berani nak kacau walaupun Incik Pegawai 1 dok paksa-paksa aku guna dan belajar sistem tu.Rumit la...
Tapi memang betul la apa yang Mr.Eksekutif suruh tu..Bilik aku gila babeng punya berselerak..kertas kerja sana sini..Sampai aku sendiri pening nak mencari satu-satu kerja..
Waahhhh...gila berselerak mengalahkan bos besar!!
Padahal aku technician ja pun..!!
hahahahahahha

LUPA LA PLAK KAN...

Aku dengan Incik Bachok lupa ulangtahun kami yang ke 2 tahun.
Sempoi dak kami??
Dah 4 hari ulangtahun kami terlepas,baru sedaq pagi tadi..
Tu pun tak rasa apa-apa pun..terkilan ka..menyesal ka..Satu pun rasa..relax ja..
Kalau orang lain mau meraung gak la..tambah-tambah golongan perempuan..hahaha
Lagipun bukannya ulang tahun perkahwinan..ulang tahun kapel..nak kecoh pehal..ye dak??
Tahun depan kalau ada jodoh..ada la ulang tahunnya lagi..
hahahahhahaha...

Macam-macam betul la..
huhuhuhu

TERLAKSANA SETELAH TERBENGKALAI

Aku beli hanset baru tu..tapi bukan henset keluaran terbaru pun.Hanset keluaran lama.C902 ja pun..tapi sebab aku berkenan dengan hanset ni,aku beli jugak.Biarla orang kata aku ketinggalan pakai hanset James Bond ni,janji hati aku senang.


TQ Miss Poyo..Lu minat gua dari dulu lagi..nanti gua pujuk James Bond amik lu jadi gadis bond dia.Feeewwwiitt!!

Untuk merealisasikan impian aku yang dah lama terbengkalai,aku terpaksa menolak Hanset C510.Walaupun berat hati,tapi nak buat macam mana kan..hidup mesti diteruskan kawan...

Moga hang dapat tuan yang lebih better dari aku..


Cilaka lu Poyo..gua banyak berjasa..lu tolak gua..ptuiihhh!

Hahahahaahaha...

Selasa, November 23, 2010

UBAT KUAT..MEMANG SEMPOI!

Bila demam-demam ni,satu benda apa pun takleh buat.Tercangak ja atas katil.Esok taktau macam mana.Dah la ubat yang doktor Bernard bagi kuat gila..Sampai mengeletar lutut aku.


"Girl...u takdak alah ubat kan?"Tadi doktor Bernard tanya.

"Takdak.."aku jawab sambil buat muka toya mat amin..

"Kalau macam tu I kasi ubat manyak bagus,u kasi makan sampai habis..Ok!"Doktor Bernard kata balik kat aku..

Makan-makan ja..ambik hang!
Waaaaaaaaaaaa!

PADAN MUKA AKU

Haaaa..
Ni la balasannya kan..
Semalam aku berniat buruk nak amik MC la walaupun tak sakit sebab letih sangat kan..Sampai Penang dah lewat.
Pagi ni aku bangun terus demam teruk..
Hahahahhahaha..
padan muka aku..

Isnin, November 22, 2010

BARU BALIK DARI JELAJAH

Baru sampai rumah ni..
Aku ngan family jelajah sakan kat KL,N.Sembilan,Melaka dan Perak.
Bayangkan bawa 4 helai baju ja..jelajah merata negeri..
ulang tayang jela..Bukan orang nak tau pun aku ulang pakai baju yang sama..
Ada bau tu..
hahahhahahahha..

Jumaat, November 19, 2010

TENET LEMBAP

Arrggghhhh..
Tenet lembap la plak..
nak upload gambar punya la lambat..kalau lawan ngan siput babi..siput babi sampai kat tempat yang ditujugambar ni tak berupload lagi..
huuuu!

SELAMAT PETANG SEMUA!!!

Yaaayyyy!

Nasib baik bilikhotel ada WIFI..
kalau tak merana you...
Tengah pikir nak buat broadband celcom balik macam dulu..tapi tu la...streamyx lagi..celcom lagi..
waaaaaa..banyak duit aku melabur untuk tenet ja..
huhuhu..

Khamis, November 18, 2010

MENJADI TUNANGAN ORANG PADA HARI INI

Tadi paksu selamat menjadi tunangan orang.Tak Sangka paksu yang gelong macam aku selamat bertunang dengan seorang gadis dari Selama,Perak yang gelong macam kami jgak.Cantik la tu..hahahhaha..

Tadi kami berkonvoi 6 buah kereta termasuk kereta aku.Kalau paksu bawa kereta dia sendiri mesti jadi tujuh.Rombongan bertunang macam nak kawin..Semua adik beradik mak ada termasuk adik-adik tok dan adik tiri Arwah Tokwan.Memang kecoh.

Esok aku dengan family pi bercuti...Semua adik beradik mak pi bercuti kecuali Paksu yang terpaksa bekerja..hahhahaha..Jadi maknanya Minggu depan baru aku balik penang semula.Taktau samada hotel yang kami dok ada wireles ka tak..Klaau ada alhamdulllah..Kalau takdak...
huhuhuhu...

gAMBAR Akan di upload kemudian laa..

SETERIKA BAJU

Kenapa kalau ada apa-apa aku jadi tukang seterika baju?
Dari dulu sampai la...
Nasib baik family member aku da 6 orang ja..
kalau mak aku ada anak ramai..
mau kurus jugak la tangan aku..
hahahaha

Rabu, November 17, 2010

KENAGAN VIDEO KLIP:TENDA BIRU(VERSI LAWAK)

Masa aku belajar kat Politeknik dulu,dalam PC aku ada satu video klip lagu Tenda Biru yang dah diubah suai..Bila aku stress belajar(stress??macam la amik PHD..Padahal sijil ja pun..hahahha) mesti aku akan buka Video klip ni..memang lawak la lirik dia..Aku tengoK banyak kali pun tak jemu.Dengan roomate aku sekali layan lagu ni..Bila PC aku meletup gara-gara cicak masuk,video tu pun hilang la bersama kerosakan PC aku.Sedih gak..Tapi bila aku jumpa balik Video klip ni..
Waaaaaahhh..syoknya..serta merta mengimbau zaman masa belajar..
huhuhuhu....




Bangang betoi la..
hahahha

GAMBAR

Ni muka orang pi Shopping tadi..lain-lain semua dalam gambar kecuali aku,paksu dan Fahmi..
Aku taktau la mana budak Fahmi ni menyorok..Lengan Putih tu Paksu dan pompuan pakai baju kaler biru tu sape tah..Cissss..gila glamer betoi la..
hahahhahha...





TEMAN TIDOQ

Dua tiga malam ni..Baby asyik nak tidoq ngan aku ja..selalu bila malam,kalau aku buka ja pintu,dia kuar sendiri.Macam paham la..dia kena tidoq kat luaq..dari kecik dah diajar camtu..Tapi sekarang,bila buka pintu ja..dia lari masuk dalam bilik aku..
hahahhahaha..lawak la tengok dia..

Pastu mau tidoq ataih katil gak la..
Hampeh punya kucing..lawan tuan noh..

Sedang bersiap untuk tidoq..huuu

BERSHOPPING PADA HARI RAYA

Baru balik dari Shopping ngan sepupu-sepupu laki-laki.Kami pi Jusco Perda..mak aiii..ramainya orang.Yang bestnya yang melayu datang dengan baju melayu,kebaya kurung bagai..beraya dalam jusco ke..pakat-pakat tengok wayang lagi.Lagi pun kat Penang bagi aku la,sambutan raya haji memang tak meriah pun.Macam cuti biasa je..banyak pi keluar jalan-jalan.Yang kerja pun ada.Tapi kalau raya Aidilfitri memang meriah gila la..
huuhuhu..

Tapi aku belikan mirul dan azhan baju.Aiman pulak belikan adik-adik dia dan abah dia baju gak..Paksu ja dok melangut ikut.Pastu aku beli buah untuk hantaran bertunang esok.Teruja gila paksu nak bertunang ni.Semua pakat-pakat pakai baju kaler biru esok.HAHAHAHHAHA..

Esok Incik Bachok nak balik mai Penang semula.Kalau sempat nak jumpa dia esok sebab jumaat aku nak bertolak ke KL..
Lepas ni dating naik Satria plak la..
hahahhaahha

Loh..nak buh gambar..kabel plak hilang menyorok tang mana tah..kena cari dulu ni..
huhuhuhu

BERPAKAT

Yayyyy!!
Paklong dah sampai..Makjang dah sampai..
masa untuk kecohkan satu rumah dengan gelak ketawa kami yang macam jin ni..
hahahahhahahahhahahaha....

Cuma yang tak sampai lagu just Makcik dan Pakngah ja..kalau tak 6 6 beradik dah bersatu..paham-paham la..campur plak ngan anak-anak depa..lagi kecoh..
nak kuar ni..bersuka ria ngan sepupu kat mall..berpakat nak shopping sama-sama untuk paksu bertunang esok..
Daaaa...

PERKHIDMATAN TERGENDALA

"Mak, kecian Pinas..dia kena deman campak..yang jeNis keluaq ayaq bisa tu..kesian dia.."Tiba-tiba Aloyah bagitau perihal pasai anak jiran kami yang jugak sepupu mak terkena demam campak time kami tengah makan nasi.

"Tu ka?hang jangan pi rumah dia..dia kena kuarantin tu..kalau berjangkit naya tu.."Abah bagi amaran dengan muka panik.Mybe dia takmau anak-anak dia berjangkit.

"Kalau hampa terjangkit,hampa saja deman takpa..jagan bagi aku terkena sama.."Mak pulak cakap.Apahal plak mak ni..sampai hati kata lagu tu..

"Kalau aku berjangkit segala perkhidmatan dalam rumah ni tergendala.."Kata mak lagi.Abah cebikkan mulut sambil blah dari situ membawa pinggan ke singki.Ada tannda-tanda beliau tak akan basuh pinggan tu..huuuuu..

HARI YANG BOSAN

Raya haji paling boring adalah tahun ini.Tak macam tahun-tahun lain,mak tak masak apa pun kecuali rendang yang aku buat dan jugak lemang yang abah beli 2 batang semalam.Sepupu aku ada yang terpaksa bekerja walaupun raya haji dan ada jugak yang tersangkut kat jalanraya nak balik ke kampung ni dari semalam..sangat-sangat kesian la kat depa..lepas kerja terus nak balik Penang..last-last tersangkut..tidoq kat highway ja..la ni pun tak sampai lagi..huuuuu..

Tapi aku rasa esok raya kedua baru meriah kot sebab esok kan paksu bertunang.Semua berpakat nak pakai baju kaler biru..sampai aku tempah last minit baju aku..nah..dia hantam sampai RM75.Padahal baju kurung moden biasa ja pun..takdak hiasan pa pun..Tapi takpa la..janji dapat pakai baju kaler biru esok..
hahahhahahahhaha...

Bersedia la pihak perempuan.Dah target 5 6 buah kereta gak la datang bertandang dari family aku..Hahahahhahahaha..

Aku pun tengah boring..abah dok tengok History Channel ja dari tadi..
huuuuuuuu

FOG AND GENTING

Semalam hujan lebat.Bangun pagi ni kabus tebal gila..tebal sangat-sangat dan sejuk.Kabus macam kat Genting highland plak..Lama tak pi Genting..

Eh..awat pagi-pagi raya ni pikiaq kat Genting plak ni..
huhuhuhuhu

TIDOQ LA

Baru sudah bergayut dengan Incik Bachok..
tidoq ah!

Selasa, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA HAJI!

Sekali ssekala kita kena layan lagu raya haji.
Asyik-asyik lagu raya Aidilfiti ja..mana adilkan..
nahh!! amik ni...





Bila la aku nak pi haji ni?
banyak betul la angan-angan aku ni..huuu!

ORANG KITA TAK KIRA RAYA APA..SIBUK JA TIME TU..

Aku sebenaqnya baru ja balik ni..baru sampai..Aku keluar rumah tadi lepas ja Alia berbuka.Kami pi Kepala Batas kat Komplek Kailan semata-mata nak beli kain untuk kebaya Mimi dan kasut untuk Aloyah.Dah la hujan lebat,tapi sebagai kakak yang baik hati lagi penyayang aku bawa la jugak depa dua orang bi.Tapi apakejadahnya malam raya baru nak cari kain??
Dah la komplek Kailan sesat gila.Aku hairan la..time raya jadi sesak tak tentu hala..pin pon pin pon sana sini..kereta berlaga punggung kereta.Orang berlaga punggung orang.
Macam orang gila..aku pun gila sama tersangkut kat situ.Tak pasal-pasal aku dok maki orang plak dalam kereta.Tapi macam biasa la,aku dok dalam kereta ja tunggu depa.Aku mana minat shopping ni..hhahahaahahaha...tetiba ja gaku tak minat plak..

Lepas ja depa abis shopping,kami berangkat plak ke Bertam Perdana.Nak pi rumah Makcik Fina aku.Dia ada nak bagi set cawan dan jugak aku ada tempah kek coklat kat kawan dia.Sembang ngongam ngongam..Mak call..suruh beli lemang kat simpang nak masuk ke Bertam perdana.Lemang tu memang terkenal,laku gila..tapi aku bagitau mak pukul sepuluh baru aku balik dari rumah makcik..nak setelkan drama Asmara tu dulu..hihihihi..mana boleh tinggal...

Habis ja drama Asmara aku pun balik la..sampai kat simpang tu ja aku tengok punya banyak kereta kat tepi jalan.Sesak pulak,,dari kereta mewah macam mercedes sampai ke kereta convert Mira macam aku(hehehe..) berebut nak beli lemang..mai tang turn aku..

"Pukul 11 malam dik baru siap!!! yang ni semua orang tempah.."

Ahhhhh..tarak pasai aku nak tunggu sampai pukul 11 malam..dah la orang ramai macam kat pesta.Tah pape betul..huuuu..Aku trus belah...nasib baik mak dah beli 2 batang petang tadi kat kedai tu jugak..llain kali beli la siap-siap 20 batang..hahahhaha..

Balik pulak kot Kubang Menerong yang takdak lampu jalan dan terkenal dengan cerita seram,aku bawa kereta laju gila sambil menahan kentut sebab takut sangat.Masuk ja pekan Tasek Gelugoq..Ahhhh..lega kak oiiii..legaa....

BURIED LA..NOT BURIT...DUHH!!

"Alia..DVD cerita burit dah keluar ka dak lagi"Azhan yang tengah melantak nasi tiba-tiba bersuara.Aku yang tengah merasa rendang aku hampir tersedak,Aloyah yang tengah berbuka puasa ternganga mulut,Tok tengah mengunyah nasi luah balik dan mak kat tepi peti ais dah mula cekak pinggang.



"Apa hang kata Annn???"Mak bersoal dalam nada tinggi.Dahi aku dah berpeluh.Sempat aku elak takut termasuk dalam rendang.Adik aku dah terpengaruh dengan budaya otak kuning ka?cukup la aku sorang ja..huhuhu..





"Gambar burit..kaklong yang ajak tengok dulu.."Azhan dengan muka tak bersalah.Aiikkkk..aku pulak???Apahal plak aku nak ajak adik aku tengok cerita tak senonoh macam tu.Mak pandang aku dengan muka bengis.Abis la aku..

Tiba-tiba Aloyah gelak.



"Hahahahahaha..Filem Buried la..bukan burit..hahahahhaha"Aloyah bagitau dalam keadaan masih gelak.
Ceh!! apa punya budak..sebutan pun tak betul..buat gempaq satu rumah ja.
Huhuhuhuhu...

TANAM POKOK GANJA

"Hujan lebat gila...takut banjir balik kat belah kedah perlis sana noh..tempias kat kita jenuh la.."Jiran aku yang merupakan adik Tok aku bersuara kat depan pintu dapur rumah aku sambil pakai baju hujan kaler hitam.Tadi memang lebat sungguh..la ni rintik-rintik ja..

"Bumbung rumah macam nak tercabut ja.."adik ipar Tok aku pulak bersuara.Serta merta mat Leh datang perbetul bumbung rumah Toksu aku dalam keaadaan hujan rintik-rintik.Langit masih hitam.

"Hang tengok Ziah..pokok betik dah tumbang.."Adik Tok aku brsuara balik..

"Tu la..Ceq tanam..besaq elok ja..ingat nak makan buat dia la dalam dua tiga hari lagi.."mak plak bersuara.

"Tanah ni lembut Ziah..aku dah tanam dulu..bila angin ja..tumbang terus..."Adik tok aku bersuara balik.

Tiba-tiba abah aku muncul kat depan pintu sambil pakai tuala saja.Baru lepas mandi katakan..

"Ni apa dok buat ramai kat sini ni?Mesyuarat agung mana plak ni??"Abah soal sambil garu pipi.


"Ni..pokok betik tumbang.tanah lembut sangat..hujan sikit ja..tumbang la.."mak aku jawab sambil belek-belek buah betik yang tumbang sekali ngan pokok..kasihan..

"Tu la...tanam pokok ganja gerenti tak tumbang.."abah aku bersuara balik.Serta merta semua pandang abah dengan muka pelik

BALIK AWAL..YAY!!

Yeaaahhhhhh!

Incik Pegawai bagi aku balik awal..tapi kena setel dulu kerja..
yieehaaaaaa!!!!!

Nasib baik dia baik hati tak banyak bila aku minta izin nak balik awal..
lega...Macxam besa..tak kira raya apa..dari dulu,kini dan mybe selama aku bernyawa..kerja aku buat rendang ayam.
Sebab amak aku kata rendang ayam aku sedap!!
Bangganyaa....mak puji tu..payah mak aku nak puji kalau hal masakan ni..
Dah 5 tahun aku buat rendang ni..Kira otai la...
hahahahhahahhaahha....

Hanya aku ja tau apa aku buh dalam resepi tu..sebab aku ubah sikit je bahan dia..
malas nak tulis panjang..tengah tulis surat amaran ni..
haiissshhh!

DUIT LAGI..

Nak Raya haji pun duit boleh abis cepat ka?
Musykil betoi aku..
Aku rasa ada toyol dalam mesin ATM ni..
huhuhuhuhuhu..

TERUK BETUL LA ANAK WAN AMAIRRUDIN NI...

Tadi masa aku nak mai kerja..dengan memandu secara berhemah berbanding hari-hari lain,aku tengok kat tepi-tepi jalan ramai pulak orang jual daging lembu.Jalan yang sebelum ni memang sesak bertambah-tambah sesak tahap luar biasa sampai aku rasa aku nak pasang kaki kat Mira aku.Gamak tersangkut,boleh la dia keluarkan kakinya lalu berlari ke tempat kerja..Gila pengaruh Tranformer otak aku ni..

Lepas tu..gerai orang jual kuih raya pun merebak secara merata jugak kat tepi-tepi jalan.Apa jadahnya pagi-pagi buta jual kuih raya ni?bukan nak raya pun..So..aku dengan sifat aku yang tak amik port sangat teruskan perjalan ke opis.
Masuk ja kat perkarangan opis,aku tengok kereta aku ja masuk ke dalam pintu pagar.Selalu nak amik turn jugak la nak masuk dalam kawasan pagar..beratur bai..sesak jugak la gara-gara orang TM nak masuk dalam ibusawat.Tapi hari ni kereta aku meluncur laju ja masuk dalam kawasan opis umpama pinggan nasik adik aku meluncur laju masuk dalam singki lepas makan nasi tanda beliau takkan basuh pinggan tu..Apajadahnya aku cerita pasal pinggan nasik adik aku plak ni??

Aku pi Parking kereta aku pun senang,kalau tak berebut-rebut nak parking bawah bumbung.Selalu aku menang la sebab kereta aku kecik.Honda Arcord baru pun kalah..hahahahahahaha
Aku pi punch card..aikkk..aku dengan Incik pegawai ja dok punch..mana yang lain..??
lepas tu aku menapak pi opis aku..masuk ja dalam opis..sunyi sepi...ada 2 orang ja..termasuk aku dengan Incik Pegawai..jadi la 4..Aiiii....pelik ni...selalu pagi-pagi opis aku kecoh bagai..

Pakcik Nizar,yang dulu partner abah aku masa zaman Payphone dulu tegur..
"Wooii..hang tak cuti ka?"

"Cuti pa plak Pakcik ni??"

"Raya woooiiii..raya..raya haji...!!"Pakcik Lah..partner baru Pakcik Nizar bersuara..

"Loh..esok dah raya haji ka?"

"Rosak anak Wan ni rosak...jahanam habis"Kata Pakcik Nizar sambil blah keluar dari opis nak pi buat kerja.

Hahahahhaa/..
macam mana aku boleh lupa esok raya?patut la ramai takdak..
esok raya la...hahahhahahahha...
Teruk betul aku ni..

Isnin, November 15, 2010

TAK LAWA PUN TAKPA LA...BANYAK JASA TUUUUU...

"kereta kancil akak I lawa..lawa dari Mira u..tapi boleh la berkawan nanti.."

"Hmmm..ok..."

"Kereta akak I laju.."

"Dia pakai enjin apa?"

"Enjin standard je..."

"haaaaaa....itu sudah tipu....!!!!"


"hahahahhahahaha..apa-apa pun kereta u buruk dari kereta dia..hahahahahahha"


Pasrah jela...huuuu!

SUSU

Baby kucing boleh bagi minum susu lembu ka?
aku muskyil betoi la..
kang mati plak anak kucing tu..
waaaaaaaaa


p/s:apasal asyik cerita pasal kucing ni?aduh..kucing jenis tak buka mata lagi..susah la..

IBU TUMPANG

Pagi tadi tengah aku melantak sarap aku..tiba-tiba ja anak kucing tu menangis balik..dengan naluri keibuan yang tinggi(cisss..takbleh blah betul la..)aku pun segera amik susu dalam peti..pi dekat anak kucing tu..kasi dia makan..sarap aku entah ke mana..huuuuu..aku bagi dia minum susu sampai la dia diam..adoi..buas jugak anak kucing ni walaupun mata tak terbuka lagi..Adoi la..
minta-minta la mak dia mai balik..
susah hati betoi la..
tak pasal-pasal aku jadi ibu tumpang..
huuu

Ahad, November 14, 2010

MALAS NAK KERJA ESOK!!

Haiyaa..esok dah start kerja balik..sat ja mai hari isnin dah.
huuuuu..memang tak best gila rasanya..
kan bagus esok cuti lagi..banyak kerja..beban banyak..adoiiii...



Duduk rumah lagi best!

JANGAN MENIPU BAPAK KITA(TAJUK MACAM SERIUS JA..HAHAHHAA)

Video klip ni diambil dari Filem Housefull yang kelakar habis.Lagipun filem ni bukan macam kebiasaan filem hindustan yang steroetype dengan cerita tema yang sama ja..

Housefull mengisahkan seorang lelaki yang bernama Arush(Ashkay Kumar) yang selalu bernasib malang dan rakan baiknya yang kelakar Bob(Ritesh Dekhmukh).Arush bercinta dengan Sandy(Deepika Padukonee) manakala Bob sudah berkahwin dengan Hetal (Lara Dutta).
Kesemua mereka bekerja di London.Pada satu hari si Hetal ni telah menelefon bapanya dikampung,seorang lelaki kaya kampung yang garang dengan mengatakan bahawa suaminya telah kaya dan mereka sudah memiliki seorang anak.Itupun atas tunjuk ajar Sandy yang turut menipu abangnya(Arjun Rampal). Kagum dengan menantunya ni,si Bapa pun bercadang mahu melawat anak menantunya kat London,terjerat dengan helah depa sendiri,depa pun telah menyewa sebuah rumah besaq milik janda kaya yang gersang.

Yang lagi kecohnya bila si bapa dah datang,bapa Hetal plak ingat Arush tu adalah menantu dia(sebab Arush memang muka baik ciri-ciri menantu pilihan) dan Bob tu cuma tukang masak dan Sandy plak pengasuh..memang lawak la ayah Hetal tu..bikin kecoh satu rumah..

Lagi kecoh bila abang Sandy plak datang melawat..bapa Hetal yang dah kena tipu dengan anaknya tu bersubahat plak menipu abang Sandy tanpa dia sedari..lagi kecoh la rumah tu..

Ni lagu dia..
time ni depa baru lepas brgaduh sesama sendiri,tiba-tiba bapa Hetal muncul..ingatkan bapa Hetal dah tau penipuan depa..rupa-rupanya dia mengigau..


hihihihi




Abah aku pun suka lagu ni..lawak tang bapak dia la..
hahahha

BAGI KUCING MUNUM SUSU LAGI SUSAH DARI BAGI ANAK MANUSIA MINUM SUSU..

Tadi aku buat satu perkara yang keji gila yang tak patut dilakukan oleh manusia-manusia lain.
Masa aku tengah lepak baik punya tenngok tv petang tadi,tiba-tiba aku terdengar suara anak kucing menangis..meow--meow..meow..
aku syak anak kepada ibu yang baby jeles sangat tu yang berbunyi..so aku pun pi la kat tempat anak kucing tu diletakkan.Rupanya tinggal dia sekoq ja dalam kotak.Ibu dia sekali dengan adik beradiknnya yang lain hilang.Cilaka punya ibu,pilih kasih rupanya..menghilangkan diri bersama ank yang lain..ank ni ditinggalkan yeee..nasib baik yang dia tinggal ni bulu dia putih semua..kalau yang hitam semua tu..
fuuuuuuu..macam kucing minyak daa..

Aku yang panik taktau nak buat apa dengan kejinya telah pi ke rumah jiran aku.Aku ambik ibu kucing milik jiran aku yang tengah lepak bermain dengan anak dia kat luaq rumah jiran aku dan aku ikat kaki dia..then aku letak ibu tu dalam kotak anak kucing tu..nampak sangat anak kucing tu lapaq..dia hisap puting tetek ibu tu padahal tu bukan ibu dia.Yang ibu kucing jiran aku ni dok beronta-ronta nak lepaskan diri..
hahahahhaha..malang nasib hang kucing jiran..aku terpaksa ikat kaki hang..nanti hang cakaq anak kucing ni..hahahahhahahaha..mesti ibu kucing ni tak rela gila bila anak kucing lain isap susu dia.Tapi adegan ganas tu bertahan 15 minit sebelum ibu tu berjaya lepaskan diri lalu melompat mencakar muka aku..aAdooiii!!!

Inilah balasan yang aku terima..buat baik dibalas jahat..
huhuhuhuhuhu..

Oleh sebab Mirul kesian tengok aku,dia pun pi la kedai tolong beli air kotak susu dutch lady.
Aku pun dengan guna putik pengorek telinga tu..aku kasi anak tu minum..celup putik tu dalam susu yang mirul beli..sumbat dalam mulut dia..mula-mula dia macam takmau terima..apa kelas minum susu pakai putik korek telinga kan..tapi last-last dia terima jugak..lega..lepas dia hantam minum susu lembu..dia tidoq baik punya dalam kotak dia balik..

Sekarang..aku cadang nak beli botol susu kucing kalau mak dia tak balik..
huhuhuhu..

HARI RAYA HAJI NAK DEKAT DAH..

Sekarang Incik Bachok dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Tadi masa aku call dia,dia tak pasti dia ada kat mana dah sebab dari tadi dia melantak tiduq..
huuu...

Hari aku rasa tak best jugak la sebab aku tak hantar dia sampai kat Jetty..selalunya kalau dia nak balik ke Kelantan aku akan tolong hantarkan dia kat Jetty.Tapi hari ini aku tak boleh sebab time dia nak bertolak tadi adalah time aku masak kat rumah..time pi market bawa mak aku.
Tapi tak pa la sebab hari jumaat sebelumsemayang jumaat kami dah melantak sip-siap kat Jusco Perda,kira dah jumpa dia la...Incik Bachok suka sangat makan kat Restoren Ayam Penyet.Tapi dia bukan makan ayam penyet pun..dia layan lele penyet sama masak lomak cili api pucuK ubi haa...Lele penyet tu ikan keli penyet la..dulu masa first time makan kat restoren tu,mati-mati aku ingat lele tu siput lala..wawawawwawa...
Jadi tak rasa ralat sangat la..
Cissss..makan la Incik Bachok nak balik kampung kat Afrika..huuuu!




Cayalah..Incik Bachok suka makan aku..hikhikhik!
Apa-apa pun Incik Bachok aku tengok happy ja nak jumpa parent dia..yela..last dia balik masa raya aidilfitri hari ja..
Dan Incik Bachok tak sabar nak jumpa kereta Satria dia..
hahahahahhaa...
Mybe dia akan bawa mai kereta tu mai Penang.
Bagus jugak..aku first time naik kereta tu time first time kami dating kat Pantai Irama..
hahahahaha..
Apa aku cerita pasal kereta plak ni?
Arrrggghhh!



Nok jumpo mama abah..yayyyy!!

Semoga selamat sampai la noh..

huuuuu!

LAGI..LAGI..TV..

Waahhh....
hari ni hampir seharian tak tulis blog padahal dok kat umah ja pun..tak pi mana pun..
Sakit kopalo den...tengok tv banyak sangat..
huuuu!

Sabtu, November 13, 2010

GANGSTER YANG TAK BERAPA GANGSTER

Walaupun Pakngah aku boleh dikatakan otai sebab sampai sekarang walaupun umur nak masuk 50 tahun,tapi perangai suka membelasah orang ikut mood dan keadaannya itu,tapi Pakngah ada satu sifat yang memang jarang ada pada otai-otai geng iaitu takut dan hormat pada abang dia yang jenis muka ganas tapi dalam hati ada taman iaitu abah aku..

Menurut cerita dari mulut saksi-saksi dan dari mulut tuan empunya diri,masa zaman kedua beradik ini muda belia dulu dan masih lagi tahap budak-budak sekolah,kedua mereka mempunyai geng masing-masing.Abah aku mempunyai geng yang boleh dikatakan 1Malaysia sedangkan Pakngah aku gengnya terdiri daripada budak-budak melayu..
huuuuuu...

Pada suatu hari..ketika abah aku sedang melepak kat ruang tamu rumah,abah aku terdengar la macam sesuatu pergaduhan telah terjadi kat dapuq rumah dia..dia pun apalagi,blah la ke dapur..rupanya Tok aku tengah berleter dekat Pakngah aku yang asyik cari gaduh kat sekolah.Besa la budak lelaki baru nak besaq,mau melawan jugak la cakap tok aku.Abah aku,yang pantang kalau ada siapa-siapa yang berani tinggikan suara pada mak dia apa lagi..

Dushhh!!!!..paaang!!!!!! dush!! dush!!! dush!!! kebabommmm!!(ok..yang kebabom ni aku tipu)

Terpelanting la Pakngah aku sampai badan dia terperosok masuk bawah meja makan.Sekali dengan meja makan terbalik sekali.Nak..ambik hang..melawan cakap mak hang yeerrr..Ganas gila abah aku..huuuuu!

Tidak puas hati dengan abah aku,maka Pakngah aku yang takut nak belasah abah aku balik telah menjemput para-para rakannya yang terdiri dari parti UMNO dan PAS(masa depa dah tua ni la..) untuk memukul abah aku balik semasa abah aku layan perasaan kat tepi pantai depan rumah tok aku..Malangnya bila kawan-kawan pakngah aku dapat tau yang sebenarnya depa kena pukul abang kawan depa yang otai tu..maka depa pun berkata..

"Lohhh..penat kami bawa segala rantai..kayu hoki..rupanya nak bantai abang hang sendiri??takpala..hang bantai la sendiri..kami takmau.."

Abah aku pulak yang dapat menghidu tujuan depa mai tu plak dengan gaya gangsternya berkata..

"Hah!! mai la..hampa ingat aku takut..mai masuk sorang-sorang..!!"
Maka Pakngah aku dengan muka hampa dan kaciwa terus belah dari situ..

Di riwayatkan jugak abah aku pernah terajang pintu bilik air rumah dia kerana pakngah aku pernah bawa balik ramai kawan-kawan time abah aku pi kerja sampai mak aku tak berani turun dari tingkat atas rumah..memerap dalam bilik ja..Sebaik sahaja abah aku tendang pintu bilik air sampai pintu tu tercabut..kawan-kawan Pakngah aku sekali dengan dia jugak segera blah dari situ..
Fuuuuuuu!

Tapi orang cakap adik beradik kalau bergaduh,gaduh-gaduh manja jugak la kecuali aku dengan adik-adik aku kalau bergaduh main angkat kaki tangan jugak la..bukan kategori manja dah tu..
Walaupun abah aku berlainan idealogi dengan Pakngah aku,depa still baik dari dulu sampai la..
Apa-apa hal..Pankngah aku mesti rujuk abah aku dulu..
Hehehehe..



Pakngah : Men..gambaq kita kat mana ni?
Abah:gambaq kita dalam blog bakal anak aku pada 30 tahun akan datang..
Pakngah:Hang dah kawin ka masa tu..??
Abah :Ofcoz la..Anak aku nak masuk umoq 24 tahun time tu..
Pakngah :Gila hebat hang..
Abah : Mesti la bai..

TAKTAU NAK BUH TAJUK APA

Aku tengah OT sekarang ni..
tAPI kena balik sekarang..
ada hal nak kena setel..

Cilaka!!

Nak dekat raya haji ada orang buat aku mencarut banyak!!

KALI NI SERIUS..

Aku tengah berkira-kira nak hantar orang belasah seorang lelaki yang berani ugut adik perempuan aku.Ugutan yang aku tak boleh terima.Hang sapa nak ugut-ugut adik aku!!
Hang ada masalah dengan mak sedara aku yang hampeh dan macam cilaka tu(aku dah mula hilang rasa hormat aku kat dia)..lepas tu hang nak cari adik aku..balas dendam konon..BABI!!

Hang silap orang la...lepas belasah..aku akan buat laporan polis!!
Hang sengaja nak aku buat perangai lama aku balik!!
Sial mamat campuran omputih ni..!!
Mat ganja!!
Cilaka!!!!

Jumaat, November 12, 2010

SEIRAS..TAPI BUKAN KEMBAQ

Video klip kelakar lakonan Shah Rukh Khan yang pernah aku tengok..
Bengong punya penceritaan video klip..
Dengan baju yang dia pakai tak bleh blah langsung..
Muzik macam koboi tak koboi..
hahahaha..






Apa-apa pun Shah Rukh Khan tetap comel dan hensem dimata aku dengan lesung pipit dia yang dalam tu..hikhikhikhik..
Incik Bachok tak suka dia pun apa aku peduli..
hahaahhha
Siap la malam ni aku mimpikan kau Shah Rukh Khan..
Yipppi!



Demm!! Miss Poyo nak mimpikan aku plak dah,habisla aku kena melayan mimpi merapu dia..serabut ah!!demm...!! demm..!! demm..!!

Hahahahahahaahhaa


ALAMAK..!! HAIYA..!! AYOYO..!!

Hahaahhaha..
memang lawak la lagu ni..
mula-mula aku ingatkan lagu hindustan..
sekali dalam bahasa melayu..
gila serius aku dah terkencing dalam seluar tengok video ni..
demmmm!!






hADOIII...

DULU LAIN,SEKARANG LAIN..

Masa aku kerja dengan Incik Arkitek dulu..takat naik tangga dari ground floor sampai ke tingkat 7 bangunan sekolah yang aku jaga masa dalam pembinaan dulu takdak hal la..Dalam masa beberapa minit..zup..zap..zup..zap..sat ja sampai tingkat 7..paling terer..tingkat 10.Takat kecerdasan aku pun boleh buat The Flash kalah jugak la..
Kalu Incik Arkitek call aku dari KL dan bagi arahan..

"Mira..u pergi tingkat 8 kejap..cek tengok tingkap yang diorang pasang sama tak dengan yang dalam pelan kita.."dengan pantas aku pakai safety shoes,pakai topi kura-kura warna putih,pakai jaket,bawa pelan tanpa banyak soal,panjat satu tangkat ke satu anak tangga.Masa tu lif tak berfungsi lagi..aku dikategorikan sebagai superwoman kat site tu la..aku yang kata,bukan depa la..hehehe..Badan aku pun kategori cantik jugak sebab hari-hari exercise..aku yang kata jugak..bukan depa kata la..

Sekarang ni..baru panjat tangkat ke tingkat 4,nafas aku dah semput,kepala lutut tak mengeletar..pinggang rasa nak tercabut..badan pulak dah makin besaq..bertambah-tambah semput macam nenek tua baru berjalan takat sepuluh langkah.Lepas ja turun dari tingkat 4,laju ja aku jalan nak ke opis aku..bangku empuk dalam bilik dah terbayang cantik punya memanggil aku duduk atas dia..rehat katanya..dalam bayangan aku la dia kata macam tu..Masa aku jalan nak ke bilik aku,aku mengeluh panjang..tengok-tengok Mr.Eksekutif keluar dalam bilk dia..

"Haaiiiii..apa mengeluh panjang ni..kuat plak tu...??"Soal Mr.Eksekutif.Aku pun cerita la panjang lebar pasal kepayahan aku naik ke tingkat 4 gara-gara Lif rosak..


"haaaaa..elok la hang naik macam tu selalu..baru badan boleh kurus balik...hahahahaha"Wah..pantas betul beliau mengata aku..
huhuhuhuhuhuhu..

TERGEMPAQ SAT..

Nak dekat setahun dah aku kerja kat TM..
Bulan Januari tahun 2011 4hb..genap setahun..
agak-agak aku akan dilantik ke pekerja tetap tak?
dengar-dengar khabar pekerja yang masuk masa bacth dengan aku awal tahun terpaksa tunggu sekejap untuk kelantikan tetap..
Sebab apa?owh..tu tak boleh cerita..ni hal pengurusan TM kat KL sana...
kang aku kena sama plak..
hahahahahhahahahahahahha...

Tadi aku ada terima emel..selalunya kalau emel yang pihak pengurusan bagi kat Mr.Eksekutif,depa CC kat aku..aku tak paham sangat mende la maksud emel tu..borang-borang..apa kejadahnya lagi..
tapi dalam beratus-ratus nama pekerja baru TM..nama aku tersangkut sama..
huuuuuuu!

Khamis, November 11, 2010

PROMOSI SECARA TIDAK SENGAJA

Owh..baru aku sedaq yang aku banyak menulis tentang Astro kat sini..
Rasa macam promosi beliau plak..
Astro..Ehh..Ananda..
you patut bayar I sebab promosi you punya barang kat sini juga..
huhuuhuhuhu..

Aku rasa baik aku tidoq..hujan makin lebat..takat tengok tv yang siaran macam tengok cd calaq..baik aku calarkan cd then tengok..apa punya tur..

Mari kita tidurrrr!!




Wei poyo!! hang promosi ka hang perlekeh aku??aku sebotaj tak boleh tengok siaran-siaran aku baru hang tau!! huh!!
P/S: Ada gak family aku yang kerja kat Astro..sorry nahh..hahahhahaha

DIA BUAT LAGIIII...!!!

Alah...aku baru nak layan filem Sleepwalkers...
Tiba-tiba ujan..tapi aku tak salahkan ujan..beliau adalah ciptaan Allah..
Aku marah Astro..kenapa kau buat perangai masa hujan!!!
Tension aku..tension...
Time tak hujan hang takmau tayang cerita best plak..benci!!..benci!! benci!!
Tak kesampaian nak tengok Brian krause jadi vampire..
huuuuuu!


Tah Astro ni..aku baru cadang nak masuk dalam mimpi Miss Poyo..gigit kang!!
Grrrrrr!

Nampaknya aku kena masuk tidur awal la malam ni..

nasib baik esok lunch ngan Incik Bachok sebelum semayang jumaat..Sejuk la hati malam ni sikit..

Yippi!

LUAHAN HATI BUDAK BUSUK..EH,BUDAK KERRR??

Apasal aku tak mandi lagi ha?
dari balik krja petang tadi sampai la..
Aku rasa adan aku dah busuk pa..
berpeluh gila ni..
Hairan betul..
dulu balik kerja terus mandi..
La ni...lewat malam tak mandi lagi..
Kurang sihat betul la gaya hidup aku ni..
huuuhuhuu..


Gila busuk minah ni!!! tahan nafas!! pura-pura tak nampak!!

LU BERSALAH MAX PAYNE

Tadi aku pi kerja lewat..
sebab apa?
sebab aku punya la ralit layan filem MAX PAYNE kat Starmovie..
Sebelum ni aku memang tak pernah tengok pun filem ni walaupun Astro dah berulang kali dok tayang..sat kat HBO..Sat kat Cinemax samapai adik aku si Mirul pun penah buat protes kat Astro samapai pernah nak belasah piring Astro kat atas bumbung rumah aku ha...Aku pernah tengok Azhan main game dia ja..

Tadi pagi aku terlayan..layan punya layan samapi la pukul 8 pagi..
nak amik hang..lewat dah tu..ingat sennag dari rumah aku ke Bukit Mewrtajam..
Pelbagai ranjau dan duri aku tempuh tu..
best gak..tapi takdan nak tengok habis..sekarang aku tau kenapa Astro dok ulang tayang satu filem tu dalam sebulan banyak kali..
huuuu


Lu pehal Poyo nak salahkan gua plak penyebab Lu lewat mai kerja..
belasah kang..!! Huh!!

Rabu, November 10, 2010

BURUNG GARUDA VS ALIEN...AKU PILIH ALIEN LAGI..

Waahhh..
cadangan nak tengok cerita melayu klasik terpaksa dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada filem Hollywood yang merapu dana tu..
Heeeee....

Layan Alien lagi bagus sikit kot dari layan burung garuda yang diperbuat dari patung..
hohohoho..

CARTA ORGANISASI : DIEDIT OLEH AKU..DI KUTUK OLEH MR EKSEKUTIF..WAWAWAWA

Adoiiii....banyak jugak kerja aku harini..
Banyak Pening..
tadi aku tengok carta organisasi opis aku..
wahhh..aku duduk dibawah 3 bos sekali gus...
patut la kerja aku banyak..
ketiga-tiga depa dok bagi kerja kat aku sekali gus tanpa aku sedari..
dasyatnya..
hohohoho..





SP - MAKSUDNYA PEGAWAI

MS - MAKSUDNYA PEMBANTU PEGAWAI

SMS - MAKSUDNYA PENYELIA

SK - MAKSUDNYA JURUTEKNIK

Try tengok yang mana satu aku..
hahahhahahahhahahahhaha..
Tak dapat punya la..picture kecik..
wawawawwawa..
xtau nak besarkan..
hahahahhahaha
gila kurang pandai aku ni..

KERJA MALAM..KERJA SIANG..OVERTIME!!

"Kanda Kerja malam..dinda kerja siang..jadi bila nak bertemuuu...."


"Yela..I tengah cari kerja yang siang je time kerja la sekarang ni..."


"Ok...hehehehehe...."


**********


"Kanda kerja overtime terlebih masa..itu yang dinda harus berwaspada...."


"Cari duit la nak kawin..."

"Yaka?hehehehehe...."

Selasa, November 09, 2010

KERJA YANG TERPAKSA PI MERATA

bARU BALIK DARI sUNGAI bAKAP..

nAK CAU DULU BALIK RUMAH..
LETAIH LA...

ASMARAKU TAK JAMBU..TAPI POYOO..

Bangun ja pagi-pagi,terus tak sabaq nak tunggu malam.Tak sabaq nak tengok drama Asmara.Apa kes jadi teruja tengok drama melayu ni..dah macam tergolong dalam golongan gadis-gadis yang suka terjerit-jerit bila nampak artis pujaan..Euuwwwww!


Asmara:Wahhh..Miss Poyo tak sabaq tengok drama rumah tangga kita la..
Zaliya:Diam lah kau jambu!!
Nak terkencing la plak..tapi banyak pulak mamat-mamat kontraktor dok melepak tepi tandas sambil merokok..
Huh! Laki kalau merokok..tepi tandas pun jadi la...
Apala....

Isnin, November 08, 2010

BILA MASA PLAK HARRISON FORD JADI BOMOH NI??MUSYKIL BETOI LA..

Semalam..aku mimpi aneh gila..


Aku bangun dari tidoq nak pi kerja..sebaik sahaja bangun aku terus amik tuala nak pi bilik aiq..skali aku terpandang la muka aku kat cermin meja solek..aku tengok muka sama hidung aku naik berbulu.Bulu-bulu tu pendek dan sangat kasar..Aku pun apa lagi..jerit sambil lari lintang pukang keluar dari rumah.Satu family try ligan aku tapi tak dapat sebab aku naik kancil berenjinkan kuasa kuda belang..
Aku bawa kereta laju-laju sambil menangis-nangis sambil try cabut bulu-bulu tu..tapi tak berjaya la plak..bulu pendek sangat..susah nak tarik..Aku guna pencabut bulu kening yang sedia ada dalam kereta aku pun tak berjaya jugak..memang hampa gila la..Aku bawa lagi laju sampai la aku termasuk dalam hutan banat mana tah..macam hutan Amazon ja..Aku bawa slow-slow kereta aku..takmau bagi calar..baru cat ooo..last-last aku terjumpa sebuah pondok buruk..aku pun pi la bagi salam..ada orang jawab..dia keluar dari pondok tu..rupanya seorang pakcik tua yang muka dia macam Harrison Ford..Aaaaiikkk..Pakcik tu jugak seorang bomoh handal..
Menurut Pokcik yang muka macam Harisson Ford..aku terkena kenan beruk.Untuk membuang kenan aku..aku kena kawin dengan anak raja..Yang uniknya..anak raja tu mesti kena pandai cakap sabah,sarawak,penang,kelantan,perak dan negeri sembilan tanpa ada cacat dari sebutan sikit pun..nak tak hendak aku terpaksa jugak la ikut dia punya petunjukkan..

Pokcik dah tuo...nak bawa spaceship pun tak mampu..sebab stering dio tak pakai power stering..mano nak tahan..sebab tu pokcik jadi bomoh haa..
Bersama dengan pembantu Pakcik Harrisson Ford yang lembut bagai maknyah tapi muka macam Mark Hamill,aku pun bergerak la.Kami meredah hutan banat,gunung ganang,sungai-sungai..Dan berbagai halangan lagi..sampai la kereta kancil aku tak mampu nak teruskan perjalanan bersama kami..Tayar pecah la plak..tension betoi la terpaksa tinggalkan kereta ditempat yang tak ketahuan..berjalan dengan mamat lembut..hadoiii...banyak songeh la..




Nyahhhh!! cantik tak fesyen aiii??Takde siapa pernah pakai tau fesyen ni..Aii yang first tau!
Kami berjalan dan terus berjalan dan kadang-kadang berlari-lari anak sampai la kami bertemu dengan seorang saintis gila bersama anak muridnya yang pendek.Aku pun cerita la masalah aku kat depa..depa nampaknya macam simpati kat aku..jadi depa bagi aku kereta DeLorean DMC-12 depa kat aku.Kereta depa canggih gila..boleh pi masa zaman dulu-dulu dan boleh pi plak masa depan.Tapi aku guna kereta ni sebab nak cepatkan hari ja..perjalanan nak ke Istana putera yang pandai pelbagai dialect bahasa tu amik masa seminggu..aku nak singkatkan la jadi dalam beberapa minit ja kan..crdik tak aku?hahahah


Marty McFly: Doc..takpa ka bagi DeLorean kita kat depa?
Dr Emmet Brown:Takpa Marty..kita kan 1Malaysia.ngeeeh..

Setelah mengeset masa dan tarikh..kami pun berangkat la..tak sampai 5 saat..kami sampai kat depan Istana Tuan Putera..Walaupun mendapat tentangan yang nyata dari pihak istana..tapi aku berjaya jugak melepasinya..Aku pun berlari-lari la masuk dalam istana mencari Tuan Putera,Rupanya tuan putera telah dikurung dalam salah satu bilik dalam istana ni..Kejam ooo..tak baik buat macam ni..cari-cari punya cari..last-last Mark Hamill yang nyah itu telah menggunakan kuasa Jedi dia untuk mencari putera raja tersebut..Akhirnya Mark Hamill yang nyah itu berjaya kesan bilik tu..aku pun apa lagi..dengan kudrat seorang wanita,aku pun pecah la pintu bilik tu..

Alangkah terkejutnya aku bila aku tengok aku tengok muka dan hidung putera raja tu pun berbulu macam aku jugak..Untuk mendapat kepastian,aku telah menyuruh tuan Putera membuat ayat yang sama tapi dalam dialek yang berlainan.Putera tu berjaya jugak..

Menurut tuan putera,beliau kena kahwin dengan wanita yang gagah,baru boleh hilang kenannya itu..bertepatan dengan aku yang gagah ni..kami pun kawin walaupun mendapat halangan sebab aku tak kursus kawin lagi..hehehehe...

Esok pagi..lepas malam pertama..muka aku sama muka putera raja terus takdak bulu dan licin bersinar bak mutiara gitu.Cewaahhh! Yang bestnya putera itu macam Incik Bachok..wawawawawawwa...

SEKIAN SUDAH MIMPI AKU..HUUUUUU!

P/S:Sebenarnya mimpi aku takat masa aku jumpa Mark Hamill ja..pastu aku terjaga sebab terkejut bila tengok Mark Hamill jadi pondan..hahahahhaa..Yang selebihnya aku reka..hahahahha...



MAIN-MAIN LA BEST....DAH KOTOR KITA MANDI...!!

Tadi masa aku melantak bersama Tok,Mak dan adik-adik,tiba-tina tok bersuara..

"Issshh..apala nak jadi dekat si Pasha Sendat tu..."Kata tok sambil geleng kepala lalu sumbat cucuq udang masuk dalam mulut dia..

"Lohh..awat plak tokkk?"Mirul plak menyoal.

"Awat la dia pi party holo-holo tu..tak elok tu..dah la pakai seksi bagai..Jin in the botoi konon..dia la jin tu.."jawab tok sambil geleng-geleng kepala.

"Ala tok..zaman moden..besa la tu.."aku jawab sambil suap baby makan..kucing aku manja macam baby orang..

"Isshhh..aku pun moden jugak dulu masa kat singapore dulu..berbikini kat pantai lagi..tapi holo-holo ni aku tak main laa...tu orang putih punya sambut raya..pagan-pagan tu..."Tok jawab sambil jegil mata kat aku..marah nampak..

"Mak dia tak marah ka?takpun Ramlie Ngah Taib tak marah ka anak dia dok berkawan ngan Pasha Sendat tu?"mak pulak soal..adooiiii...

"Ala mak..Rizal tu bukan nak buat bini pun kat Pasha sendat tu..otak dia tak center tu Si Rizal tu..dia nak buat main-main ja si Pasha tu.."Aloyah plak jawab..

"Haaa..nak buat main-main..sampai mampuih la depa dok main..tak sempat nak taubat..,mati masa dok main..Isssshhhh..takmau la hampa jadi lagu tu.."Kata tok sambil bangun dari kerusi nak pi ambik ayaq sembahyang..


Uiikkkk..tok aku sekali segala dasyat jugak mulut dia...
Wanita moden zaman 60an...besa la tu.
Nora Zain...haikkkk!



Pasha Sendat :Bee..tok kata u nak main-main ja..senyum dalam terseksa ni..

Jejai:mana da main-main..betoi ooo..tok saja buat spekulasi liaq tu..

Pasha Sendat:U tipu!!!

Jejjai: Shhhhhh!!!!

HANTU YANG CANTIK

Tadi aku taip perkataan hantu kat Incik Google..sekala terkeluar perkataan Hantuchova..
Hantu pa plak ni?mesti seram giler..mesti hodoh dari hantu jangan pandang belakang.Takpun lebih angker dari hantu mantra..aku pun klik la...
Tarraa...


Gua la hantu tu..
Nama minah niDaniela Hantuchova.Pemain Tenis untuk negara Slovakia..
Beliau adalah..ehhhh???
Apahal plak aku nak cerita pasal pemain sukan petang-petang ni?
Konfius-konfius!
Blah-blah..

SUPERHERO ALPINE IBEX!

Ingat Manusia macam Clark Kent tu saha ja ka ada kuasa..Kambing pun adala..Aku rasa kambing-kambing spesis ni mesti jadi kegilaan diantara spesis kambing-kambing yang lain macam la orang-orang yang minat gila kat Superman kan..
Wah..Dasyat ni...






Ni sebuah empangan..ada apa pada empangan?
Ada kambing la....


Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki. Kambing ini gemar menjilat garam pada batu(Aku rasa garam tu macam tonik dia kot..wakakaka). Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain


Kambing diatas:Jaga-jaga..licin tu..

Kambing di bawah:Baiklah!



Best giler jilat garam..konfom dpt darh tinggi lpas ni..huu


Siapa sampai dulu kat atas dapat hadiah sebongkah garam!!



Penat ni..rehat dulu...
Dasyat gila Kambing-kambing ni..
Empangan yang setinggi 4600 meter tu dia panjat relax ja tanpa gunakan tali keselamatan..
Muka pun menarik..
badan pun gumuk..
Goreng pun sodap ni..
hohoho..





PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!