Khamis, Mei 23, 2013

BERAT BADAN TURUN

Sejak akhir-akhir ni..Incik Bachok selalu ja cakap nak beli penimbang..Nak timbang berat badan dia..Al Maklumlah sejak berkahwin dengan aku ni..berat badan dia naik mendadak..walaupun dia tak nampak gemuk sangat..tapi kalau berat badan dia dah naik ni mestila dia runsing kan..tambah2 bahagian yang naik mendadak tu tang tetek..dah macam tetek anak dara baru baligh ja aku tengok..Wakakakakkaka..

Maka satu hari dia pun beli la mesing timbang jenis ada jarum tu kan..dia beli kat Kedai Dua Ringgit..tapi harga timbang tu bukan la harga dua ringgit walaupun nama kedai tu Kedai Dua Ringgit..harga timbang tu RM30...Maka laki aku ni pun dok timbang la setiap pagi..hari-hari..
Tapi apa yang musykil sekali ni ialah setiap kali laki aku timbang..sat badan dia naik sampai 20kg..Esok plak tiba-tiba turun 2 kg..Esok-esok lagi trun 10kg..lepaih naik 5kg..Apahal berat badan laki aku tak sama ni hari-hari..kalau kurang atau lebih dua tiga KG takpa jugak..ni main sampai puluh-puluh bai...laki aku main sihir ka boleh tukaq berat badan sampai puluh-puluh KG dalam satu hari..hahahahhahahahahahahahha...

So,tak puas hati..dia pi pulak Cosway..beli penimbang eletronik..harga RM186 tu..mahai gila kot..tapi oleh sebab dia pinjam kad ahli adik aku Si Mirul tu...harga penimbang jadi RM89 ja...maka pagi tadi beliau telah memulakan aktiviti menimbangnya..bila tengok berat badan dia tu,,dia puas hati..dia kata penimbang ni betul..Elehh..kalau berat lebih dia cakap penimbang tu rosak..kalo berat kurang kata mesin tu betoi plak..tak boleh terima kenyataan langsung yang diri tu mok..mok..ngeee!

Jadi aku pun test jugak la timbang berat aku..tapi apa yang aku musykil ni ialah berat aku turun plak..hari tu pi klinik naik dua kilo...ni dah turun sekilo..Aku kalau aku tak mengandung...dah lama aku melompat tinggi la kalau berat turun..ni aku mngandung..berat turun plak..awat anak aku diet ka dalam perut ni?huhuhhuhu...

Takpa..esok pagi aku timbang lagi..kalo turun lagi aku syak penimbang tu rosak kot..muahahahhaha!

Jumaat, Mei 10, 2013

JUMAAT

Jumaat adalah hari dimana hari terakhir dalam hari bekerja.
Jumaat adalah hari di mana kita semangat nak pi kerja.
Tapi kita jadi malas nak bekerja sebab kita dok tunggu time nak balik..
ESok cuti..
Yeaaaaayyy!!

Rabu, Mei 08, 2013

DAYANG SENANDUNG

Sejak mengandung ni..aku baru perasan yang jerawat dibadan aku makin bertambah banyak..dah sampai ke leher pun..nasib baik tak naik ke muka..tambah-tambah kat belakang badan aku..lepaih tu pulak tiba-tiba ja keliling leher aku jadi hitam macam ada daki..sampai Incik Bachok pernah tegur aku kata aku madi tak gosok kat leher aku..Heiiiii!! tolonglah!!

Akhir aku pun la tanya kepada beberapa orang yang veteren dari aku..maksu aku dengan biras aku...depa bagitau aku depa pun jadi macam tu jugak..tapi lagi teruk dari aku..tapi lepaih ja beranak benda hilang tanpa depa sedaq..ok..jawapan tu aku rasa boleh terima...Macam mana dengan jerawat badan kat belakang badan aku ni..adakah boleh hilang jugak..

Depa jawab..

"Boleh kot...mana tau masa beranak otomatik benda tu hilang dan kulit hang jadi mulus licin daripada dulu pulak.."



Tiba-tiba aku teringat cerita dayang senandung..Heee!


PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!