Rabu, Mac 31, 2010

23

Happy Besday Kaklong,Happy besday Mira,Happy besday Kak Wan,Happy Besday Wan,Happy besday Sayang,Happy besday Cik mira,Happy besday Mira..
Hari Ini genap umor aku 23 tahun.
Apa yang aku rasa?tak rasa apa-apa pun..sama ja...
Apa Impian aku bila da masuk umur 23 ni?
Sama ja dengan tahun-tahun sebelum ni.
Takdak benda yang berubah.
Aku tak matured lagi kot walaupun 23 tahun..
Bak kata Incik Bachok dan beberapa orang kawan yang lain la,
Well,dak pa untuk diceritakan sempena umur 23 ni..
Kecuali semalam aku kena pedajal dengan adik-adik aku sendiri


Kadang-kadang aku tengok muka aku ni huduh jugak..kan?

Kepada Mirul,Alia dan Safuan.Thank la sebab pedajal aku.Kepada Azhan,takdak apa kaklong nak kata kat hang sebab pada masa kejadian,hang ada kat masjid.Hang memang budak yang baik.Harap-harap kebaikan hang tu akan berkekalan.Ni doa kakak hang pada hari 1st dia berusia 23 tahun.Ingat senang ka nak dapat doa dari aku..huuuuu!

Kepada Mak dan Abah serta Tok,terima kasih atas jagaan anda terhadap ceq selama ni.Kepada arwah Tokwan,harap-harap dia tahu yang cEQ amat berterima kasih atas jagaan dia selama ni.Garang macam mana pun selama ni Ceq terima dengan hati yang terbuka sebab anda semua adalah orang tua yang banyak membimbing ceq walaupun kadang-kadang ceq ketegaq,suka melawan dalam diam,hentak-hentak kaki bila apa yang ceq nak anda tak bagi,Tidak mendengar kata dan macam-macam lagi hal tapi hal-hal sosial ceq tak terlibat nah...Sesungguhnya pengorbanan anda suma tida dapat Ceq balas dengan wang tunai sebanyak Million Trillion sekali pun.

Kepada kawan-kawan dari sekolah menengah hingga ke zaman Politeknik,aku ucapkan terima kasih sebab sudi jadi kawan aku walaupun aku ni seorang yang selekeh,tak pandai bergaya,kurang comel,kelam kabut,cepat panik,riuh,mulut murai,suka gelak kuat-kuat,berpewatakan seperti jantan,suka bawa kereta laju-laju,kuat berangan,perasan diri ini hensem,tak amik kisah hal korang padahal aku amik kisah cuma tak tunjuk ja.Aku gentlemen beb.Heeeee!

Kepada Incik Bachok,terima kasih dapat terima I dengan seadanya walaupun kita ada perbezaan umor walaupun beza umur kita tak seperti Siti Khadijah dengan Nabi Muhammad SAW.Terima kasih kerana mengejas I walaupun pada mulanya memang susah nak terima U sebagai ehem..ehem..I.Terima kasih dapat terima I walaupun I ni kuat merengek macam budak kecik,kuat menangis,banyak bercakap,cemerkap,kuat gelak,kuat jeles dan kuat mengusik.

Kenapa tiba-tiba aku bertulis dengan panjang lebar ni???

Selamat datang 23 tahun.Moga kau dapat mengubah aku menjadi perempuan yang berguna pada bangsa dan negara.Chewah!! ayat memang takbleh tahan.

Selasa, Mac 30, 2010

Den Ponat..Mu watpo?

Penat tau aku bercakap tadi..
Dari pasal kewangan sampai ke perancangan kekeluargaan.
Dari cerita melayu sampai ke cerita Hollywood
Dari cerita pasal Geografi sampai Ilmu Kimia.
Dari cerita berita tempatan sampai ke berita angtarabangsa.
Dari pasal produk telefon rumah sampaikan ke produk terbaru HSBB.
Dari Cerita pasal Astro Ria sampai ke HBO
Dari cerita pasal bank Islam samapi ke Hong Leong Bank.
Dari cerita pasal keje Operator sampai kerja sebagai Technician.
Dari cerita pasal Khalifah Allah hingga ke gerakan Freemason.
Ternyata mu diam ja kat line sana.
Aku panggil-panggil nama..tak menyahut..
Aku jerit2 pun tak menyahut.
Aku matikan talian,call semula..
Rupa-rupanya..

"Sorry..i tertido..."

Penatnya!!!!!
Huhuhuhuhuhuhu..

Isnin, Mac 29, 2010

Setiap Hari

Sejak dari minggu lepas lagi aku tengok dari pagi samapai petang tanah perkkuburan cina penuh dengan orang.Aku syak ni mesti da perayaan apa-apa ni..tapi perayaan apa?heran betul..macam raya Adilfitri plak..huuuu!

Selasa, Mac 23, 2010

Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sndiri.Adakah aku di negeri orang?

Apa yang ditulis kat bawah takdak kena mengena dengan tajuk.Tapi kena la jugak sikit-sikit.Dalam 2 peratus saja.Tak banyak sangat,tapi banyak la jugak...


Semua orang ada semangat cintakan tempat kelahiran.Aku pun macam tu jugak.Dan oleh sebab aku betul-betul sayangkan tempat kelahiran aku ni,jadi masa kecik-kecik aku ada impian.Akan duduk kat Penang ni sampai tua.ingat budak macam aku takdak impian berbaur patriotik ka?Aku berangan kalau boleh bila dah kerja nanti,biar la kerja kat penang saja.beli kereta bernombot plat Penang.Nak beli tanah kat Penang.Beli tanah mesti la beli dekat-dekat dengan rumah mak aku.Bak kata pepatah,duduk di bawah celah ketiak mak la.Peduli apa aku kalau aku nak duduk bawah ketiak mak aku.Bukannya ketiak orang lain.Mak aku jugak.Apa-apa komplikasi yang bakal terjadi kalau aku duduk di bawah udara ketiak mak aku,aku tak kisah.dah ketiak mak aku,bukan ketiak mak orang.
Apa aku merepek ni labu....

Bila dah ada tanah dengan rumah dekat rumah mak aku,dalam Penang,mesti la cari laki pun orang Penang jugak kan...senang nak balik kampung..kalau boleh nak cari satu kampung,sebelah rumah.tak payah gaduh-gaduh merebut nak balik kampung sapa dulu.Tapi mengenangkan kat kampung aku takdak lelaki ciri-ciri yang dikehendaki,aku abaikan.
Tapi bila besar baru aku sedar,impian aku langsung tak boleh menjana masa depan impian aku.Aku dah kerja kat Penang,tapi bila-bila masa ja aku boleh di posting kemana sahaja yang syarikat aku nak suka hati mak bapak depa walaupun tu bukan syarikat mak pak depa.Aku jugak tak dapat kereta no plate Penang sebab kereta aku bernombot plate KL.Bila tahun aku nak pakai kereta Satria Neo bernombot plate Penang pun aku tak tau.Nak beli tanah kat Penang pada abad 21 ni memang payah.Sekurang-kurangnya kalau kau orang Cina baru boleh beli yang mahalnya berganda tu.Nak beli tanah sebelah tanah sebelah rumah mak aku pun mau setengah juta ada kat tangan baru Mr Mercedes mau lepas.Kalau tak aku pandang jela kat tingkap bilik aku.Nak beli rumah reres setingkat pun mau ada seratus ribu dalam tangan.Nak rumah harga murah kena pi Kedah ar..paling dekat.Tapi apa kes?sudah terkeluar dari Penang walaupun Kedah dengan Penang penah bersatu.Tambah-tambah cadangan nak brlakikan orang Penang jugak lari tah kemana.Tiba-tiba pulak muncul Incik Bachok.Haaaaa..apa kes?hihihihi...
Bila dah dengan orang yang jauh berkilo-kilometer ni,macam-macam pikiran muncul.Kalau la ada jodoh,apakah nasib impian aku nak bermaustatin kat Penang ni berjaya?Adakah aku akan ikut laki aku pi bermaustatin ke tempat kelahiran dia,ataupun ke tempat kelahiran aku..?Ataupun kami sama-sama berpindah ke negeri lain.Bila difikir-fikir balik,adakah aku boleh duduk di tempat lain selain Penang.Adakah aku boleh?boleh macam kawan-kawan aku yang banyak bermaustatin ke negeri lain,KL terutamanya bersama-sama laki mereka.Adakah aku boleh sesuaikan diri dengan suasana persekitaran tempat lain walaupun aku setahun 5 kali pi cuti-cuti malaysia bersama family aku?Adakah keindahan semasa bercuti sama dengan keindahan jika kita terus tinggal di tempat itu.Adakah?adakah?adakah?

Kadang-kadang aku rasa aku ialah seorang insan yang takut menghadapi masa depan,takut akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.takut nak kawin..ya,aku takut nak kawin.Sebab tu aku merepek.Dan aku takut orang lain datang pinang aku dahulu sebelum incik Bachok.Waaaaa!



Tiba-tiba ja aku takdak mood nak tulis..
huahuahuahuahuahua....!!



P/s:jangan takut.itu cuma spekulasi liar sahaja.Ingat...27,25..pastikan dalam tangan kita!!

Khamis, Mac 18, 2010

Aku Dan Matematik

Aku memang sejak kecil tak suka dengan Matematik.Dan aku rasa bukan aku saja yang tak suka matematik kat dunia ni.Aku rasa di segenap pelusuk,benua,negara-negara seperti jepun,US mahupun Korea pun tak suka akan matematik.Ataupun di Uganda,somalai,Senegal ada juga yang tak suka matematik maacam aku.Aku selalunya kalau ujian taupun exam memang tak penah lulus matematik,asyik gagal ja.bertambah-tambah la aku tak suka kat matematik.Sebab kerana matematik la,aku selalu dapat no blakang2 sedangkan keputusan aku dalam matapelajaran lain cermelang.Aku heran jugak,macam mana la abah aku boleh anggap menyelesaikan masalah dan soalan-soalan matematik tu umpama bermain PS3.Mungkin sebab abah memang terer matematik kot sampai boleh cipta formula matematik dia sendiri dan jalan kira matematik dia pun ringkas dan padat.Dan semua anak-anak dia kecuali adik perempuan aku langsung tak cemerlang matematik,entah baka mana kami ikut pun aku taktau.

Walaupun abah tau anak-anak dia bengap-bengap belaka,kecuali adik perempuan aku la..dia tetap juga ajar kami matematik.Dan kalau abah aku ajar aku matematik,walaupun nampak lemah lembut,tapi penuh dengan tekanan macam Yoda ajar Luke Skywalker menggunakan kuasa dia menggerakkan jet pejuang tapi tak berjaya jugak sebab sikap putus asa Luke tu dalam cerita Starwars.Dan aku rasa aku ni umpama Luke tapi tak pernah berjaya macam Luke yang akhirnya jadi Jedi yang sejati.


Yoda:Ingat,hang jangan dok wat bengap macam miss Poyo.2+2 brapa?

Luke:Taktau la..tak pehe..kawe tensen ni,jange bagi tekane..huhu

Masa aku sekolah rendah dulu selalunya aku akan dapat D bila exam,tapi mai tang UPSR ja tiba-tiba dapat C.Masa nak naik tingkatan 1 asyik dapat E ja tapi bila PMR dapat D.Dan masa masuk sekolah Teknik aku selalu dapat 9G and then tiba-tiba ja masa SPM aku dapat 8E.Aku rasa tuhan mahu menolong aku sebab rugilah bila cemerlang dalam lain-lain matapelajaran tiba-tiba tang matematik keputusan macam hampeh tahap cipan.
Bila aku masuk Politeknik,aku dengan muka tak malu cari tuisyen untuk ajar aku matematik kejuruteraan dan akhirnya aku jumpa.Bayangkan pusat tuisyen untuk SPM dan PMR aku masuk belajar,cuma dalam kelas aku sorang ja student.Macam bodoh ja kan?tapi sebab aku bodoh la aku masuk tuisyen.Dah lama aku tinggal pelajarn matematik ni,tapi harini tiba-tiba ja adik bungsu aku suh ajar dia matematik.dalam BI plak tu.Apa kes???!

Selasa, Mac 16, 2010

Pelakon mana yang sesuai pegang watak abang pon-pon(twilight versi melayu da..)

Sekarang ni sana sini orang bercerita pasal Edward Cullen.Si pontianak tu.Sampaikan sepupu aku si Fahmi tu pun mula buat rambut macam budak Edward tu.Macam sama..huhuhu..La ni pun Hollywood rancak dok buat pengambaran filem ni untuk siri ketiga plak.Orang cakap si Edward tu Hensem nak mampus la..tapi aku tengok tak mati-mati pun si Edward tu walaupun orang kata dia hensem nak mampus.Mybe dia tak cukup hensem kot,sebab tu tak jadi apa-apa kat dia.Aku rasa Incik Bachok lagi Hensem dari dia.Huahuahuahuahua...

Bawak bersabaq semua,oleh sebab anda semua minat saya,nanti saya belanja roti canai kat kedai mamak tepi Telekom Malaysia Bukit Mertajam.Ok?

Apa aku dok merepek ni labu...


Aku tertanya-tanya jugak la..kalau la Orang melayu jadi pontianak.Agak-agak Hensem tak.Tak pun mana tau si David Teo nak buat cerita Twilight versi bahasa melayu,agak-agak sapa la mampu nak pegang watak tu.Kalau takat si Awal tu ataupun si Ikram tu pegang watak pontianak hensem memang tak payah la..(walaupun aku minat Ikram)Pontianak melayu mesti ada muka melayu tulen,tak mau jambu-jambu..mesti nampak gagah,bukan badan ja sasa tapi nampak lembik macam lepat liat.

Dalam banyak-banyak pelakon yang aku dok ushar-ushar,cuma 4 orang ja aku rasa layak kot jadi abang pon-pon ni..

Calon-calonnya..jeng..jeng..jeng..




1. Remy Ishak






Gua tak sangka miss Poyo calonkan gua kat tempat pertama.Sayang sama lu la miss Poyo.Lu jadi awek gua,gua janji tak pukul lu.


Mamat ni aku kenai sejak dia berlakon dalam filem pendek yang bertajuk Cemolot.Masa tu aku rasa geli gila kat mamat ni.Apa kes berlakon dalam crita macam ni.Pastu lama-lama muka dia banyak muncul kat drama tv.Tambah menyengat bila dia berlakon dalam crita Nur Kasih,menyentap jiwa wanita aku gua cakap lu.Dia ni boleh berlakon macam-macam watak la..gay ka,pak ustaz ka,penipu,penagih dadah,perogol,mamat skema,jahat yang sadis suma dia sapu.Muka pun muka melayu tulen.Tarak jambu-jambu punya stail.Ok la tu..Tapi muka hang matang sangat la bang,abang pon-pon kan budak skool lagi.huuu!






3. Fizz Fairuzz





Watak Bella gua rasa Almy Nadia sesuai.
Betul gua cakap lu,Almy memang sesuai.
Lagipun dia sama Penang dengan lu,takkan
takleh ejas kot..pLEZZZZ!!

Fizz Fairus ni aku kenai dia sejak di awal kemunculan dia lagi.Kalau tak silap aku dia jadi pelakon undangan dalam siri gerak khas 4 ,5 tahun yang lalu.Masa tu aku tengok gaya lakonan macam laki si Diana Rafar tu.Tapi lama-lama aku tengok dia ada gaya lakonan yang tersendiri.Tapi tu la bang,hang dah berumur dah,apa kes.?





3. Shafie Naswip


kak,ada pape ke kak dok ejas saya layak jadi
Abang pon-pon ni?Lain macam ja..Saya bawah umor kak.
papehal akak yang kena nanti.


Budak ni,semua orang kenai.Dia kan pelakon cerita Mukhsin tu.Budak ni memang berbakat besar.Ada kualiti orang kata.Oleh sebab umor dia pun dalam belasan tahun jugak.Memang sesuai la kalau dia pegang Watak abang pon-pon ni.Muka pun muka melayu tulen.Takdak campur-campur carca merba.

(orang yang bagi komen ni pun campur-campur carca merba,tak sedaq diri la plak.)





4. Beto Kushairy


Ni yang gua rasa macam nak cium lu Miss Poyo.Tapi memandangkan badan Incik Bachok lagi besar dari gua,gua batalkan saja niat gua.Apa-apa pun trima kasih la semuanya yang terlibat.Lihat lah dunia!!




Beto ni aku rasa mesti ramai yang tak kenai dia.Aku stat kenai mamat Beto ni masa aku tengok cerita Lima kat Astro Prima bulan puasa tahun lepas.Dia pegang watak bapak ayam.Macam sial je watak tu.Memang geram betul.Tu tandanya dia pandai menjiwai watak.Pastu aku tengok dia berlakon kat Slot Suatu ketika di Astro Citra sebagai pejuang kemerdekaan,Rosli Dhoby.Cerita tu buat aku menangis,dah la muka dia ngan muka Rosli Dhoby macam nak sama ja.Dan stat dari tu walaupun dia ni pendek,tapi muka dia yang macam budak-budak sikit tu melayakkan dia pegang watak abang pon-pon ni..heeee!









































































Isnin, Mac 15, 2010

lagi-lagi pasal duit..

Masa aku mula-mula masuk sekolah rendah darjah 1 dulu,duit poket yang mak bagi kat aku rm1.Masa tu jarang budak-budak yang dapat bawa duit poket rm1.Selalunya paling kurang pun 5 kupang ja.Belanja makan kat kantin pun bukan mahal sangat pun.sepingan sederhana nasi lemak masa tu sekupang ja..tak pun 2 kupang.ayaq plak sekupang atau 2 kupang secawan.baki duit poket yang mak bagi aku simpan dalam tabung tin coca cola.

Bila pi sekolah arab plak waktu sebelah petang,mak bagi aku seringgit lagi,seperti biasa baki aku simpan dalam tabung tin coca cola.Masa tu pasal duit lansung aku tak amik tau.asal mana duit pun aku taktau.yang aku tau,hari-hari mak bagi duit kat aku.Masalah-masalah pasal duit pun aku taktau apa tu.Jadi zaman aku sekolah dulu aku dikira happy tanpa apa-apa masalah.Syok sakan ja.Bila aku masuk belajar kat politeknik,baru aku belajar cara menguruskan duit.Masa tu adik-adik dah bertambah.Aku harap pada duit pinjaman aku ja.Masa tu baru tau peritnya bila takdak duit,minta kat mak,mak lambat bank in plak duit.Nasi dengan ayam yang dulu rm2 ja..la ni jadi rm3.jadi aku hanya makan nasi dengan telur goreng hari-hari.Walaupun ada teringin nak makan ayam tapi ku tahan jugak labu..dapat makan ayam pun bila balik cuti ja.masa tu,dapat la habuan duit buang 2 3 ratus.bahagianya...

Bila aku da stat keja,baru aku tau peritnya cari duit.Hari-hari kerja,letih nak mampus,kerja sampai berpeluh-peluh ketiak,terpaksa hadap pkerja indon hari-hari dan pekerja bangla yang macam gila sex ja.Tapi sebab duit ku tahan jugak la labu.Bila dapat duit gaji.Rasa nikmat bergaji ni hanya tuhan saja yang tau.tapi sat ja pun.Dah besar-besar macam ni walaupun masih duduk dengan mak abah,takkan nak amik duit lagi kan..kena bagi balik la.Yang tu aku tak kisah.Tapi yang buat kepala aku pusing dalam masa sat ja duit dalam akaun susut.Boleh jadi gila bila memikiorkan pasal duit ni.

La ni aku da masalah duit.Sebab tula aku dok merapu pasal duit ja dari tadi.Apa ni..dalam bank tinggai rm2 ja pun..Tapi gaji aku 26hb nanti..Arrrggghhhh..tensen2..

Jumaat, Mac 12, 2010

ni kategori cinta monyet ka?heeeee!

Setiap pagi mak mesti gerak aku bangun tido untuk semayang dan bersiap-siap ke sekolah.Tapi masa aku sekolah dulu.Aku memang liat tahap lepat liat nak bangun tido.Kemalasan untuk pi sekolah pun ada sehingga ke tahap Ungka.Selalunya aku pura-pura tidoq kalau mak kejutkan aku sampai abah aku dukung aku,baringkan aku atas lantai bilik air,pastu sembur muka aku dengan air paip.Ganas tak abah?Apala budak umor enam tahun boleh buat kalau kena sembur macam tu.Bangun jugak la.
Lepas bersiap,Arwah tokwan yang akan antar aku pi tadika,masa tu,aku tadika kat Taski Abim.Budak pompuan wajib pakai tudung.Budak laki mesti pakai kopiah atau songkok.Masa tu kami mana tau main parti-parti politik lagi.Pakai songkok dengan kopiah tu kira sama ja bagi kami.Sekolah aku taklah canggih sangat macam tadika kemas,tadika kemas kerajaan support.Tadika aku buat dari papan ja..tapi 2 tingkat.Tadika Kemas setingkat ja.Jadi tadika aku lagi canggih.Tiap-tiap hari kami belajar pasal agama.Tapi aku kalau bab agama dulu memang hancur.Alip ba ta pun takbleh cam lagi masa tu.Selalu dapat nombor last dalam kelas.Apa kes?budak-budak kat situ suma pandai-pandai.Dah la pandai.Bersopan santun,kemas ja pakaian.comel-comel plak tu.Bukan macam aku,dah la selekeh,pakai tudung nampak rambut,tudung senget,tapi aku comel la..cuma kecomelan aku tertutup dengan coklat-coklat yang berpalit kat pipi aku...huuuuu!
Aku memang malas dah nak pi sekolah tu.Hari-hari menangis nak balik.Tak malu betul.Ganas,tapi menangis jugak.Sampai ustazah pun taktau nak buat apa dah.Satu hari,ada la budak laki sorang ni mai kat aku.Shahril nama dia.Dalam kelas dia tak cakap banyak.mati-mati
aku ingat dia bisu.Rupanya boleh bercakap.Dia tarik tangan aku keluar kelas.Aku pun ikut la.Dia pi kat sebatang pokok nyok.Trus dia pnajat pokok tu.Gila wei,budak enam tahun panjat pokok nyok.tinggi tu..Aku jadi kagum.Sejak hari tu aku tak menangis lagi dalam kelas.Dan setiap pagi aku terima sekor ladybird atas meja aku.Dari Shahril..Cute kan??hehehe..

Selasa, Mac 09, 2010

Sejuk kat situ

Pagi tadi,tengah dok tido nyenyak dibuai mimpi-mimpi indah tapi tak basah,henset aku berbunyi punyai kuat da...aku pun bangun,heran betul.macam mana kaki aku kat atas katil tapi kepala aku kat bawah lantai pulak?apa kes?Aku check henset aku,da mesej dari encik Sasa da..suh aku bangun la plak,dah pagi.Kacau betul la.Aku pun bangun dengan gaya malas ala-ala panda pi mandi barang 2 3 cedok air,pastu aku kuar semayang,pakai baju kurung.Weh..sejak berkerjaya kat TM ni dok pakai baju kurung plak..lepas aku pakai baju,aku keluar dari bilik,tengok-tengok mak dah berdiri baik punya kat depan bilik.kat tangan dia ada rm10.Aku dah agak,mesti mak aku suruh pi beli sarapan pagi kat abah aku.Dimana aku pun tumpang sekaki beli sarapan pakai duit tu jugak.Untung betul aku.
Aku amik duit tu,pastu aku capai kunci kereta kat atas meja kat ruang tamu.Aku pi stat enjin kancil turbo aku.Kereta laju macam kancil aku kena panaskan dulu,baru ada feel nak membelah jalan hujung-hujung pagi ni.Angin pagi memang sejuk nak mampus sampai menangkap tulang putih aku.Aku masuk dalam rumah balik.buka HBO sat,layan cerita yang tak best mana pun.5 minit kemudian aku kuar umah,mak aiii..angin sejuk sampai aku rasa kat tempat-tempat tertentu ni.Apa kes?Tapi takpa,aku masuk dalam kereta.Dalam kereta,walaupun tak pasang Aircond,sejuk dia dok rasa lagi ni..aiiii,pelik betoi...Aku ushar kat bawah,tengok-tengak tak pakai kain.
Pagi tu,seorang laki tua kayuh basikal balik dari masjid nyaris-nyaris terbabas dalam longkang gara-gara tindakan kurang matang sebuah kereta kancil wat pusingan U turn dengan gaya drift kat tengah-tengah simpang 4 takdak lampu isyarat.

Isnin, Mac 08, 2010

Musawir tu bukan laki-laki,buka perempuan jugak..abis tu Musawir tu apa?

Kat Opis dalam bilik aku..

"Hello,nak cakap ngan Encik Musawir boleh?"

"Ya..ni Musawir..ada pa?"

"Owh...blablabla....."

Sebenarnya aku terkedu sebab aku ingatkan Musawir tu lelaki,tapi perempuan.


Kat opis dalam bilik pegawai aku.


"Encik tau dak,tadi saya call Musawir tu,saya ingatkan dia lelaki,saya sebut la Encik Musawir,tapi rupanya dia perempuan.hahahahaha..

"hahahahahahahaha..awat la hang mangkuk ni..hahahahahahahahaha"

"awat encik gelak sakan sangat aiihh.."

"Pagi-pagi dah wat lawak..macam pak hang jugak..hahahahahahahaha"

"Awatnya??"

"Musawir nama Company la..bukan orang..hang nak cakap ngan company ka?hahahahahaha"


Lepas ni kalau da wakil dari Musawir mai kat opis aku,aku nak menyorok.

Technician..technician..technician..

Hari rabu ni aku da peperiksa kelayakan untuk juruteknik MPSP.Aku tak harap sangat pun kat MPSP ni..yela kan,semua orang tau,MPSP ni kalau main kabel mengebal ni memang no 1.Panggil interview orang sampai seribu,padahal jawatan kosong da sepuluh ja pun.Pastu dalam diam-diam dah ada dah pun calon-calon untuk isi jawatan tu dikalangan adik beradik depa ja.Tapi takpa..bagi memenuhi kriteria sebagai rakyat Penang yang prihatin,aku pi jugak..mana nak tau.dalam 10 jawatan ksong tu,kot2 aku terlepas sorang ka(harap jugak tu) huahuahuahuahua..Tapi tak dapat pun takpa...Sebab aku dah keja ngan telekom.Dan...Hari rabu jugak..Incik Sasa da jugak interview tu..Juruteknik kilang..haaa..pastu hari Khamis dia da lagi 1 interview,yang ni kira lagi hebat sikit kot..huhuhu..Technician TM jugak plak dah kat Taiping..Harap-harap dia dapat keja kat TM la..mana tau kena posting dok satu opis ngan aku ka..kebetulan kat opis aku nak pakai 13 orang technician lagi..huuuuuu..

Jumaat, Mac 05, 2010

Aku pun boleh buat,tapi awat aku buat jadi meleleh?awat tak pancut?huuuu!

Sebagai satu-satunya anak yang ada,mak bapak aku layan aku sama rata dari segi jantina.Kiranya kat dalam bilik aku tu dulu banyak betul mainan yang berunsurkan keperempuanan dan kelakian.kojap aku main anak patung,kojap aku main kereta mainan.Kira da krisis identiti jugak la..bercelaru sama da aku ni pompuan ka..laki ka..im confius tahap babun.Satu hari,aku balik kampung blah mak aku.kat kampung mak,aku suka kawan-kawan dengan budak laki-laki.Depa masuk bendang,aku masuk,depan panjat pokok,aku panjat,depa main tembak-tembak,aku pun main.

Satu hari,masa tengah main tuju kasut,tiba-tiba salah sorang dari kawan aku,si ayeh tu tiba-tiba ja berlari kat sebatang pokok,londeh seluar,pastu pancut.Pastu aku tengok anas pun sama.Depa dok lawan-lawan pancutan sapa paling jauh.Tengok-tengok ayeh punya lagi jauh.Dia gelak sakan.Cilakak,aku pun boleh buat.Jadi aku pun pi kat pokok tu,londeh seluar dan...

aik..awat aku tak pancut pun..awat meleleh ja..?

"hahahaha..mia takdak anu..hahahahaha"


Petang tu jugak ayeh dan anas balik ke rumah dengan baju compang camping dikerjakan aku..

There Something About Manap episode 2

Hai..nama saya Minah,saya berusia 32 tahun.Pada episod yang lalu,saya telah menceritakan pasal manap yang menyebabkan saya telah menjadi anak dara tua(dara ke?) dengan rela hati.
Ini episod yang baru..


Selepas saya dapat tau Joyah pun dok ejas-ejas manap,saya merasa sangat sakit hati,sakit jantung,hilang pertimbangan,timbang-timbang berat naik,hilang semangat jati diri dan semanagt kesukanan sebab dikhianati oleh penyiasat persendirian saya sendiri.Tapi saya seorang yang tabah tahap tapir.walaupun Joyah sekrang tidak macam Joyah yang dulu.Joyah sekarang pandai bergaya feminim,pakai skirt pendek,tunjuk peha dan betis dia yang putih gebu umpama Zizie Ezette.Joyah dah pandai pakai-pakai eye shadow warna warni umpama badut hendaknya dan mulut merah menyala sampai bersilau biji mata bila menengoknya.Tapi saya tak peduli.saya tau manap bukan lali-laki yang memandang kecantikan semata-mata.mata memandang kualiti yang ada.dan yang berkualiti itu adalah aku.(rasanya la)

Setiap hari saya pasti menunggu manap di depan sekolah untuk menjemput dia pulang,walaupun Joyah turut serta.Tapi yang menguji kesabaran saya ialah manap ni ikut suka dia nak naik kereta sapa.hari ni,naik keta saya.Esok kereta Joyah pula.Saya tau,manap buat macam tu sebab dia nak buat perbandingan antara kami.saya bersabar.Tapi kadang-kadang saya pikir jugak,manap ni cuma nak main-mainkan saya dengan Joyah saja.Nak amik kesempatan kat kami.Manap takdak kereta,apatah lagi motor.Bukan sebab dia takdak duit,tapi sebab dia takut nak bawa motor or kereta.Saya syak manap fobia sebab masa sekolah dulu,motor yang dibawa manap terjunam dalam kolam taik akibat hilang kawalan.mungkin sebab tu manap tak mau bawa apa-apa pun.Tapi saya tepis pikiran jahat dan syakwangsaka saya terhadap manap.Saya anggap manap cuma sedang menguji kami.

Satu hari,tiba-tiba saja Joyah ajak kami berdua pergi makan tengari hari di sebuah restoren mewah.Rupanya tujuan dia buat begitu sebab dia nak manap buat pilihan antara kami berdua.Saya agak terkejut bila manap bgitau yang dia takmau pilih kami berdua.dia anggap kami macam kawan sahaja.Manap dah adalah pilihan hati.dia dah ada boifren!! Alangkah terkejut yang saya.Rasa macam nak terkencing ja.Tapi saya tahan.Tapi Joyah lagi teruk.Dia terus lari meninggalkan kami sambil membawa pinggan ciken cop dia.tak guna.Kata nak belanja,last2 dia lari dulu.Saya tak pasti samada dia lari sebab betul-betul kecewa atau sebab nak lari dari bayar.last-last saya jugak yang kena bayar sekali dengan harga pinggan dan sudu pisau dia bawa lari tadi.Manap minta maaf pada saya,katanya boifren dia terlampau baik.takkan nak curang kawin ngan perempuan pulak.Tak guna,ahli neraka la engkau!!!

Setahun telah berlalu,saya dah lupakan manap.saya dah kawin sekarang.dengan pekerja saya yang berasal dari lombok.Bersusah payah saya larikan dia dari sana datang ke malaysia.Akhirnya saya kawin jugak dengan dia yang muka macam ariel Peter pan.Baru-baru ni pihak Umno cawangan lombok ada datang nak bawa balik laki saya ke sana,tapi saya tak benarkan.Berita mengenai perkahwinan saya masuk paper selama seminggu.
Joyah pulak sekarang dah berkahwin dengan seorang ahli politik dari sabah sebagai isteri ke 4.Dia sekarang bukan lagi penyiasat persendirian,tapi dah buka prokduksi filem sendiri,hadiah perkahwinan dari laki dia.Dia jugak sekarang jadi pelakon sambilan.

Manap pula?saya taktau pi mana dia lani..apa yang saya tau,dia telah dibuang dari jadi seorang guru sebab masuk pertandiangan ratu cantik pondan 3 bulan yang lalu.

Itulah kisah manap.

Khamis, Mac 04, 2010

There Something About Manap

Hai..nama saya minah.Saya berusia 32 tahun,bekerja sebagai penjual barang-barang sukan yang berjaya dan mempunyai cawangan di serata negeri.Saya juga mempunyai sebuah kereta Nissan Latio dan sebuah rumah teres 2 tingkat dipinggir bandar.Saya sudah tidak tinggal bersama keluarga saya sebab saya dikatakan sudah cukup tua untuk tinggal bersama mak bapak saya yang merupakan pesara kerajaan.Saya belum berkahwin lagi.Bukan sebab saya tak laku,tapi sebab saya belum bersedia dan sebenarnya hati saya dimiliki oleh seorang lelaki bernama Manap yang saya sendiri tak tau mana dia pi sejak kejadian yang menyayat hati itu kira-kira 15 tahun yang lalu...

Saya kenal manap sebab saya dan dia satu sekolah dulu.Saya memang admire gila kat manap sebab dia bukan saja pandai tapi hemsem jugak walaupun giginya agak jongang sikit,tapi tak macam halimah jongang la.Untuk dekat dengan manap,saya telah berbaik-baik dengan adik perempuan dia yang terencat akal.Buka pa..manap memang baik gila dengan adik dia.Satu hari masa saya tengah main dengan adik dia di taman,tiba-tiba manap muncul.Dia bersembang 2 3 patah perkataan dengan saya sebelum ajak saya pi rumah dia.saya pun ikut.kat rumah dia adala mak pak dia.depa sangat ramah dan siap ajak makan lagi.saya pun ikut ja makan walaupun masa tu perut saya kurang enak atau sedap untuk terima apa-apa makanan.Tapi saya makan jugak..tiba-tiba saya rasa seperti angin dari perut mau terkeluaq.Saya cuba tahan tapi apakan daya,kelajuan angin itu mengatasi daya ketahanan saya.maka ia pun terkeluar..dek malu,saya lari dari rumah manap dengan serta merta.seminggu saya tak pi sekolah sebab malu,ko-kot la terjumpa dengan manap.tapi bila saya pi sekolah balik.Saya dapat tau yang manap dah berpindah.kecewa hati saya.

Sekarang saya sudah banyak wang.Saya boleh buat apa yang saya suka.jadi saya upah seorang penyiasat persendirian yang agak lawa bernama joe a.k.a joyah untuk menyiasat dimana manap sekarang.Menurut joe,manap sekarang menjadi Cikgu sekolah menengah di sebuah sekolah di Pulau Pinang.Saya pun amik keputusan pindah pi sana...
Bila saya dah dapat mendekati manap,saya dapat tau joyah jugak dalam diam dok ejas manap.Tak guna punya joyah,harapkan pagar,pagar makan padi..Saya telah melnacarkan perang ke atas joyah..


Itu sahaja cerita aku..
huhuhuhu..

Bila perut sakit tapi tak boleh Uh..Uh..

Sejak dua menjak ni aku dapat rasa yang perut aku ni tak berapa nak sihat sebab asyik sakit perut ja..tapi bila aku pi jamban nak membuang,tak jadi nak terkeluar plak.Ini menimbulkan syakwasangka hati aku kepada perut aku ni.Aku heran betoi la.Kadang-kadang bila aku bawa kereta asyik nak terkentutnya..walaupun di tahan tapi terlepas jugak.Nasib baik aku dok dalam kereta sorang-sorang.Kalau berdua atau bertiga mau tak pengsan 48 jam orang yang naik keta dengan aku ni.Dengan ini aku dengan rasa bangga diri dan kecil hati nak pi jumpa doktor untuk mengetahui apakah aku ni da penyakit ataupun saja-saja cari penyakit.Huuuuuu!

Rabu, Mac 03, 2010

Patut la makin gemuk

"Mira, tadi ramai tak yang bersenam?"

"Taktau la Encik Eksekutif..saya tak pi pun tadi..saya tak bawa baju senaman..hahahahaha"

"Ceh,tak pi.Patut la makin gemuk la ni..hahahahahahahahaha!"

"hahahahahahahha..wawawawawawwaa!" Siap la kau.


Dengan segera aku melakukan gerakan kame-kame ha...diiringi satu cahaya warna putih campur biru terus mengenai kepala Eksekutif aku.Dia membalas dengan teknik sharingan kepada aku.aku dan elak.kemudian aku membalas balik serangannya itu dengan teknik taijutsu..ternyata dia pun rebah..

"hahahahahahahahahaha"aku hanya mampu ketawa.




Tulisan tanda merah adalah rekaan semata-mata.


Pertanyaan:aku makin gemuk ka?

Nak pakai kereta baru la plak...

"Aku rasa aku nak paka Satria Neo la plak..biar ada dua kereta baru best....!!"


"Eleh...duit pun takdak..nak makan pun takdak..nak buh minyak kancil turbo pun sangkut..ada hati nak pakai Satria Neo..pirahhhhh mabuk!!!"


"Shadap u!!!!"

Kawe akan di interview la pulok..

"Hello..saya dari TM.Saya nak bagitau Encik dipanggil untuk temuduga sebagai juruteknik.Encik boleh datang tak?"


"Ye..ye..boleh sokmo...bilo tuh?"

"10hb 3 ni..hari rabu ye..pukul 2.30 petang..alamat dia..komplek TM blabla..bla..jalan lumba kuda..bla..bla..bla..Taiping,Perak ye.."

"Hoh! jale lumbo kudo???hahahahahaha...kudo banyok ko kat sano?hahahahaha"

"Encik dibatalkan untuk hadir temuduga..huh!!!"

"Hah!!"



Yang bertanda merah tu cuma imaginasi semata-mata..hohohoho..

Tahniah!

Sekian,Terima kasih.

Selasa, Mac 02, 2010

Kisah budak miskin yang tinggal ngan mak bapak dia yang senang la jugak.

Aku buka dompet aku..ada dalam RM20.Memang runsing betul otak aku,baru awal bulan duit tinggal RM20 ja.Lepas ni tak payah la bagi gaji awal-awal kat pekerja sempena perayaan apa-apa pun..tak ke menyusahkan pekerja macam aku ni..huuuu!
Dah la perut lapar,duit takdak nak makan.Pegi pantri tadi pun takdak apa.Aku teguk secawan air bagi hilang lapaq.aku masuk bilik aku semula..mak aiiii..aircond sejuk nak mampus mengakibatkan rasa nak terkencing campur rasa lapaq..Serta merta aku rasa aku miskin gila.Nak makan pun duit tarak.Aduh!!
Tiba-tiba aku teringat adik aku..



Petang ni...mesti RM200 mesti dalam tangan..

kerja

Sekarang aku buat kerja main pakai emel-emel ja..bertambah la berat badan aku sebab duk sepanjang masa ja..apa kes?

Isnin, Mac 01, 2010

Pasaipa ni?

awat entri yang baru taksat tadi aku pos tang label dia ada tulis abang angkat aku?padahal entri tu takdak kena mengena langsung dengan dia..lagi aku konfius..
huuuuu!

setahun dah lepas...

Ulang tahun cukup setahun aku jadi penulis blog tak tegar dah pun berlalu tanpa aku sedari..baru tak sat tadi perasan.Tapi awat aku tak rasa pun keterujaan,kegembiaraan,kehappyan macam orang lain kalau ulang tahun blog-blog depa..
aku rasa ada sumthing wrong la dengan perasaan aku ni..
huuuuuu!

Bau badan hang dengan aku sama ja..

Aku bawa kereta tak laju sangat..dalam 90km/j je kat jalan biasa..sambil memandu tak laju pun diringi dengan mendengar radio,aku membawa kereta dengan hati riang ria hari raya.Tiba-tiba baru aku sedar yang aku tak pakai minyak wangi.Aku panik..aku kena pakai minyak wangi,kalo tak badan aku bau ikan.sebab apa badan aku bau ikan?sebab pagi tadi aku pi market ngan mak aku pi beli ikan dan sayuq..aku letak plastik ikan kat lantai kereta tempat duduk blakang.Rupanya plastik bocoq,makanya air ikan bergelimpangan kat lantai tempat dudukbelakang kereta aku.Jadi gadis pemalas macam aku tak cuci balik..dibiar je dia mengering sendri dengan kepanasan matahari.masuk ja kereta tadi,bau dia masyaallah...ana boleh pengsan lah...!!
Oleh sebab aku tak pakai minyak wangi,aku syak bau ikan dalam kereta aku yang dah berjaya mengalahkan bau perfume kereta dengan catatan 27km persegi kelajuan bau dan angin dan menempek serta merta di tubuh aku..bau ubat ketiak aku juga tidak dapat menyaingi bau ikan pelbagai jenis itu..dengan serta merta sambil menyelit-menyelit kereta diantara lori-lori treler yang dok di lorong tengah highway padahal slow je pun..aku hantar mesej pada dia..

"pinjam minyak wangi dia sat"

"nak wat gapo?? hmm..ok la..i bawa turun nanti"

Jadi masalah aku makin setel..aku pun tambah kelajuan tak la laju sangat pun..120km/j sebab aku kat highway dah..kena laju sikit kan..perjalanan dari rumah aku ke rumah dia yang tak sampai sejam itu aku tamatkan dengan menunggu dia di bawah pokok depan pangsapuri dia duduk bersebelahan dengan tempat tunggu bus..dua minit aku tunggu dia pun tiba sambil di tangan dia aku nampak dua btol minyak wangi..tanpa pikir panjang aku terus amik botol minyak wangi kat tangan dia sebaik saja dia masuk dalam kereta.Dia nampak seperti terkejut tapi tak terkata apapa pun.Tanpa pikir panjang minyak wangi tu aku bubuh kat badan aku..ahhh..lega..dapat juga minyak wangi itu..Tapi rasa lega aku tak tahan lama bila aku rasa bau jantan melekat kat seluruh badan aku..jadi aku tanya dia awat minyak wangi lain macam ja wangi..dia jawab:

"cuba tengok kat botol dia tulis apa?"


HUGO BOSS


awat la tak bagitau awal-awal?aku nak perfume one drop perfume..bau dia lembut sikit..bau bunga-bungaan..bukan hugo boss..aduh..!!!
Dan hari itu bau badan aku sama dengan bau badan dia..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!