Selasa, Mei 31, 2011

KERJA

Argghh!!

Keja banyak samapi kena bawa balik rumah plak!!
Waaaa

Isnin, Mei 30, 2011

LAGU FEVERAT:I WASN'T PREPARED-EISLEY

Sebelum aku kapel dengan Incik Bachok,aku langsung tak kenal kumpulan muzik Indie macam kumpulan Eisley dengan kumpulan The Magic Number sebab time tu muzik yang aku minat ke arah heavy metal dan gothic..Bila kapel ja dengan Incik Bachok..Dia ajar aku dengar muzik-muzik macam ni....Mula-mula susah jugak nak terima..Tapi lama-lama rasa best plak...




Lagu I wasn't Prepared nyanyian Eisley ni aku mula dengar bila mula-mula aku kapel dengan dia..Memang sesuai la dengan keadaan kami yang tinggal berjauhan dulu tu..hahahahahaha...












Oh, when the day is blue
I'll sit here wondering about you
And how the pollen fell
All around your face in strange yellow patterns

But, i wasn't prepared for this
Oh, i wasn't prepared for this

When the morning came
The bees flew down and
Wrapped themselves around me
And that's when i spoke the word
To have them trace your face for me in pollen

But, i wasn't prepared for this
Oh, i wasn't prepared for this

Come, come back to me, my, my darling
Come, come back to me, my, my darling

I wasn't prepared for this
Oh, i wasn't prepared for this

When the day is blue
I'll sit here wondering about you




Masa ni..hari-hari sedih sebab dok berjauhan..Tapi Incik Bachok rajin jugak mai Penang nak jumpa aku..Dalam setahun tu 2 3 kali gak la..Lain-lain kami 3G ja...Tak pon WebcAM...Tapi Incik Bachok ja boleh tengok aku..Aku takleh tengaok dia..sebab dia takdak WebCam..Waaaaa!!

Tapi sekarang dah dok dekat...syoknya!!
hahahahhahaha...

BILA POYO TERINGIN NAK PAKAI JUBAH

Tadi aku cadang nak beli jubah...
Nak pakai masa kenduri kahwin paksu belah perempuan..
hahahhahaha....



Tapi butik yang aku nak pi beli jubah tu tutup plak harini..Argghhhh!! tension aku..Penat tau dak berjalan kaki dari opis pi butik tu..Last-last tutup..buang masa dan peluh aku ja...huhuhuhu..Dah la aku berjalan sorang ja tadi..kalau ada teman sembang best la jugak...



Sebenarnya cadangan aku nak pakai jubah kaler ungu ni mula-mula tak berapa dipersetujui oleh Incik Bachok la...dia macam bangkang jugakla...hahhaha..Aku rasa dia masih terpengaruh lagi la dengan gaya aku masa aku tak pakai tudung dulu..Yela kan..dulu agak seksi sikit cara pemakaian..Pakai baju pun nampak segala yang tak sepatutnya..Huh!!
Tapi bila aku ambik keputusan nak pakai tudung sepenuh masa..dia setuju plak..loncat seronok plak masa aku bagitau dia..


Tapi bila aku tunjuk gambar Ayu Raudah pakai jubah dalam drama Nur Kasih tu..terus setuju..katanya cun plak kalau pakai macam tu..hahahhahahahhaha....





Eleh..nak ikut gua plak...



KRAKEN..BUKAN SEKADAR WATAK DALAM FILEM PIRATES OF CARRIBEAN..JUGA BUKAN SEKADAR LAGENDA EROPAH..

Sebagai seorang yang minat makan sotong celup tepung..Aku nak cerita la pasal Kraken ni kan..muahahahahhahaha...










Kalau kita tengok filem Pirates Of Carribean..Filem yang kedua tak silap aku.Ada satu adegan menunjykkan dimana seekor raksasa menyerupai sotong besaq menyerang kapal lanun..Mesti masa tu ramai yang terpikir..Ini adalah watak yang sengaja diadakan oleh pengarah filem tu..Walhal..Kraken ni benar-benar wujud la...bukan tipu-tipu..ini betul-betul maaaa....
Menurut lagenda Eropah..Kraken ni digambarkan sebesar sebuah Pulau..Ayoyo...gila besaq tu..kalau besaq Pulau Pinang ni..Fuyoooo!! takutnya mak!!Ni sekali dia telan mau beribu orang gak ni baru dia kenyang kot..hohohoho...


Kraken pertama kali disebut pada sebuah buku karya Incik Carolus Linnaeus pada tahun 1735 bertajuk Systema Natureae..Amboi..tergeliat aihhh nak sebut tajuk buku ni..dah la lidah aku spesis pendek..berkerut muka nak menyebutnya..hahahha..Dalam buku tu ada tertulis mengenai nama-nama lain selain Kraken untuk menatang ni..





Kemudian..pada tahun 1752 pulak..seorang lagi brader yang bekerja sebagai naturalis bernama Erik Ludvigsen Pontopiddan...bunyi nama pun macam pondan ja aku sebut ni pun tulis pasal Kraken jugak dalam buku dia yang bertajuk Natural History of Norway.Ada satu ayat dalam buku dia ada tertulis Kraken tidak boleh disangkal merupakan makhluk terbesaq dalam laut..Dimana brader pondan ni nak kata la yang kraken ni betul-betul wujud kan.. aku pun taktau apa maksud naturalis tu..dah sumber aku aku tulis macam tu..aku pun tulis jugak la ikut sumber aku kan..hihihi.. Brader Pondan ni ada jugak tulis yang ikan-ikan suka berenang kat tepi kraken ni..Jadi nelayan yang dok tangkatp ikan ni kena lalu atas kraken ni la nak tebar jala..kalau nasib baik..dia tak serang la..kalau nasib tak baik..jadi makanan dia la..huhuhuhu...





Dulu,ada jugak kapal dari Norway baru belayar dari Pantai Angola..tetiba ja depa punya kapal diserang Kraken ni..Jadi setelah berhempas pulas berlawan dengan Kraken ni siap tiga orang anak kapal tu mati lagi..depa berjaya jugak lepaskan diri la..Sampai ja kat Britanny depa pun lukis balik la macam mana rupa bentuk Kraken yang serang kapal depa tu..



Lukisan yang dilukis anak kapal...





Sebenarnya banyak lagi la report pasal serangan Kraken ni..aku malas tulis..banyak sangat..Kraken ni ada 3 jenis sebenarnya..Yang paling kecil dipanggil Giant Squid yang ditemui dan pertama kali dirakamkan gambaq dia pada tahun 1880 dengan kepanjangan 18 meter.Betoi ka ni??




Tuan doktor yang mungkin pakar sotong dengan brader tak dikenali meng-interframe-kan diri mereka dengan Giant Squid pada tahun 1880









Gambar tahun 2004 menunjukkan kakak berambut merah mybe tengah pikir nak masak apa la Giant Squid yang ditemuinya ini..hihihihi..








Kraken kedua yang besaq sikit dari Giant Squid dipanggil Collosal Squid.Dia boleh membesaq sehingga 14 meter.Dibawah adalah gambar Collosal Squid yang berjaya ditangkap dilaut Ross.Kat mana tu?hahahhahaha...Sumber tak lengkap plak dah..benci betul la..









Brader omputih ini sedang melakukan bedah siasat keatas Collosal Squid








Sebenarnya ada perbezaan antara Giant Squid dan Jugak Collosal Squid..Walaupun Giant Squid ni digambarkan besaq sikit dari Collosal Squid..tapi kepanjangan dia diukurkan dengan kepanjangan janggut dia..So,Collosal Squid ni dikira panjang lagi la dari Giant Squid..Arrgghh..aku yang tulis aku yang pening plak..hahahhha....









Perbezaan antara Giant Squid dengan Colossal Squid..Ikan paus dan trak turut serta dalam carta ini sebagai meramaikan lagi suasana diagram...hahahhaha









Yang ketiga dipanggil Giant Octopus.Giant Octopus ni la dikatakan Kraken yang banyak menyerang nelayan-nelayan..kapal-kapal dagang serta kapal lanun macam Pirates Of Carribean tu..hahahahaha...







Abang bermisai lebat bergambar bersama bangkai Giant Octopus yang terdampar dipantai St.Augustine pada tahun 1896.






Jadi memang betul la Kraken ni wujud..cuma tak sebesaq mana pun berbanding pelaut Eropah yang dok cerita tu kan..Tapi laut dalam ni..kita tak boleh nak jangka..Tah-tah ada yang betul-betul besaq paaa...dok tersorok kat gaung dasar laut tu..Tera masa Tsunami dulu pun macam-macam ikan pelik yang terdampar kan pandai..Yang disahkan memang dari laut dalam sana...Inikan pulak Kraken kan..huhuhuhu...





Ahad, Mei 29, 2011

AKU DAN BABY

Sebenarnya...disebalik perangai aku yang kasaq ni..sebenarnya,aku cukup suka dengan Kana-kanak..terutama baby la..yang berumur 4 tahun ke bawah..Kalau 4 tahun ke atas..huh!! siapa ada adik atau ada anak mesti tau kerenah budak yang umur 4 tahun ke atas ni..disebalik kecomelan depa tu..jangan terpedaya...depa punya peel..fuhh!!! tambah-tambah yang jenis pandai bercakap...MasyaAllah...hahahahahahaha...Sebab tu la aku punya minat pada baby lagi...heeee!!


Aku stat pandai mendukung baby masa aku umur 4 tahun..Itu jam...mak baru saja melahirkan Mirul..Time tu,tanggungjawab sebagai anak sulung secara automatik tergalas kat bahu aku..Takdak excuse..time tu..kalau mak perlukan bantuan aku untuk pegang Mirul sekejap..aku kena pegang..tiada alasan langsung..Imagine la kan budak umur 4 tahun dah pandai pangku baby..Rasa bangga jugak la...hahahhahahhahahha..Bila aku umur 6 tahun dan Mirul plak umur 2 tahun..aku dah mandikan dia..basuh berak dia..suapkan dia makan..dan jugak bawa dia jalan-jalan dengan kereta sorong..Tapi bila umur dia naik 4 5 tahun....bermula la aktiviti tumbuk menumbuk antara aku dengan dia..hahahahhaha....




Lepastu..bila aku umur lapan tahun dan Mirul umur 4 tahun..mak lahirkan Aloyah pulak..Time tu..aku bukan takat pangku baby dah..dah tahap mandikan baby dibawah seliaan Tok aku..Tapi kalau ada hari-hari yang tok tak boleh datang rumah aku..aku sendiri mandikan dia dibawah seliaan mak..cara dia senang saja...taruk besen mandi baby kat tepi tempat mak aku melepak sepanjang dia berpantang..taruk air panas dalam besen tu..then air sejuk..mak aku rasa dulu air tu dengan jari dia...bila dah rasa sesuai dia punya suhu tu untuk mandikan Aloyah..baru aku mandikan dia sambil mak perati ja..Tau-tau la kan kalau baby kena air..dia punya raung boleh pecah gegendang telinga..hahahhaha..Aku masa tu dah pandai pakaikan baju..cuci bila dia berak..hahahahhahahaha..Tahi baby macam taik ayam kalerr hitam tu..yang busuk amat tu..taik ayam pandu kalau penang panggil jenis taik macam tu..hahahahaahha..Apekehelnya aku cerita jenis taik ayam ni..hahahahhahahhaa....Bila Aloyah umur 4 tahun..kami dah mula bertumbuk antara satu sama lain..selalunya mak menangkan Aloyah..Cisss...macam tu la nasib kakak sulung..huhuhuhu...




Bila Aloyah dah 4 tahun..mak lahirkan Azhan pulak..time tu..aku dah umur 12 tahun..bab jaga baby ni dah jadi terer la...Masa tu..mak hanya jaga diri dia ja..Azhan pulak..aku jaga sepenuhnya..Azhan menangis tengah malam pun aku bangun salin pampers dan kasi susu kat dia..huhuhuhuhu...Besarkan tanggujawab aku?aku rasa saipa-siapa yang anak sulung tak kira lelaki atau perempuan memang merasa macam mana nak jaga adik-adik..huhuhuhuhuhu...




Kemudian..bila Azhan mula besaq..aku dah mula jaga anak-anak jiran..Selalunya bila mak bapak baby-baby ni nak pi mana-mana dan tak boleh bawa baby..aku la jadi pilihan depa untuk jaga anak-anak depa..kalau aku balik kampung pulak..aku jadi pilihan mak-mak sedara aku untuk jaga anak-anak depa yakni sepupu aku sendiri..Sampaikan ada salah seorang sepupu aku masuk hospital pun aku pi jaga jugak sebab mak dia kerja kan..nasib baik time cuti la..kalau tak aku pun takmau jaga..sekolah kan time tu..Paham-paham la kalau jaga baby yang sakit..asyik meragam ja..serba tak kena..perlu kesabaran jugak la nak jaga..kadang-kadang rasa macam nak nangis jugak la sebab kita buat macam-macam nak bagi dia diam..tapi still nangis jugak..huhuhuhu..





Bila aku tamat tingkatan 5,kalau kawan-kawan lain semua pakat-pakat pi kerja kilang..jadi cashier kat carrefour ataupun jadi salegirl kat Supermarket sementara nak tunggu keputusan SPM..aku amik jalan lain untuk bekerja..aku jadi pengasuh kepada anak cikgu..Ciktu tu punya pengasuh dah takmau jaga anak dia sebab nak pi KL tinggal dengan anak dia..Dah dia pun terdesak cari pengasuh tak jumpa..aku offer diri aku..sebulan RM200..kira banyak jugak la untuk budak yang baru habis sekolah macam aku..kerja kat rumah..cuma jaga kerenah baby jela...hihihihihi...




Tapi..lepas ja aku sambung belajar dan bekerja..Kemahiran aku untuk dukung baby dah makin berkurangan.Tu pun aku baru sedaq bila aku pi melawat Kak Ain bersalin semalam..Masa aku dah dukung anak dia..aku dah mula rasa kekok dan tangan pun terketar-ketar sampai Incik Bachok suruh aku letak balik baby tu kat tilam sebab takut terjatuh..Waaaa..!!!!
Kenapa harus jadi begini..dulu aku pakar dalam hal-hal baby ni..awat aku jadi macam perempuan dungu tak pandai nak handle anak kecil ni..huuuu!!





Tapi aku pegang jugak anak kak ain siap bergambaq lagi..hihihi..Tapi aku tak boleh nak taruk gambaq tu kat sini sebab Incik Bachok tak bagi..aku taktau la sebab apa dia tak bagi..dia just simpan gambaq tu kat dia..kata dia..dia sorang ja leh tengok gambaq tu..Tolong la bro..gambaq tu bukan seksi pun..pakai tudung tu..tapi takpala..dah dia tak bagi..biarkan..kang gaduh besaq pulak..haahhahahahahhahahaha...


Apa pun yang aku rasa pelik bila dia tiba-tiba dia letak tapak tangan dia kat perut aku sambil kata..

"I tak sabar nak tengok ada baby dalam perut you ni..."

What??!!! Tak sabaq nak anak ke bro???nak anak kena kahwin dulu la bro..bukan pakai main tabur benih ja..hahahahahhahaahahhaha..Ingat Angelina Jolie ngan Brad Pitt ka?hahahahahhahahhahha..





Kuang ajaq lu!!Perli kami ka?cinabeng!!

Sabtu, Mei 28, 2011

JIWA YANG SAKIT

Kadang-kadang aku terpikir laju gak kan...Kebanyakkan rakyat Malaysia ni(merangkami semua..bukan satu kaum saja..) yang mempunyai satu masalah..Iaitu masalah jiwa yang sakit..Jiwa yang sakit tu bukan maksudnya sakit jiwa...tapi jiwa yang penuh dengan nanah..luka-luka yang buat jiwa dia sakit...jadi dia pun jadi seorang yang busuk ati..pendendam...pemarah tak bertempat..Sebenarnya aku banyak dah tengok-tengok benda macam ni..Tak kira laki ka pompuan ka..dua-dua sama saja...

Apa yang aku merepek pun aku taktau la....hahhahahahhaha...


Semalam...Incik Bachok call aku..katanya kereta dia terkena buatan orang...Terkena buatan orang tu bukan la maksudnya kena bomoh..tapi kena perbuatan tangan orang la..Viper dia dipatahkan..Bonet depan kereta dia di calarkan..What The Fuck betul la ...Kereta tu baru dicat...takdak sampai 5 bulan...dah kena calar dek perbuatan orang?Jadi aku tanya Incik Bachok kenapa benda ni boleh jadi macamni..? cer cite..ce cite..


Menurut IncikBachok..2 hari lepas...dia balik kerja lewat..dah malam dah time tu..Yerrr...yang tu aku tau sebab Incik Bachok buat OT...wah...rajin betul boyfriend aku ni buat OT..hahahahhaha...Jadi bila dah malam..sampai ja kat block Kondo dia..keadaan parking kat rumah dia tu gelak..ada la cahaya sikit-sikit dari blok tu..Parking bukan didalam blok yerr...macam sesetengah kondo atau apartment..Parkingnya diluar ya...berbumbungkan awan sahaja...Jadi..dengan keadaan letih..Incik Bachok main parking ja kereta dia kat salah satu petak yang ada kat situ...

Jadi..esoknya dia pi kerja dengan motor saja begitu jugak la dengan hari seterusnya...Dia langsung tak pi tengok pun keadaan kereta dia sehingga la semalam...Balik ja dari kerja tergerak la hati dia nak pi tengok kereta dia..sampai ja kat kereta dia..alangkah terkejutnya dia(ayat macam novel seram da..hahahhaha) bila dia tengok viper kereta dia dipatahkan dan bonet depan dia dicalarkan dengan teruk..tengok gaya macam digores-gores dengan kunci kereta sampai nampak cat putih tu..Fuhhh!!! macampenuh kebencian ja cara orang tu goreskan kereta dia tu..So,dia pun ubah la kereta dia kat tempat yang terang sikit sebab nak tengok la kot-kot kat body lain pun kena gores ka..tapi syukur la..takdak...cuma kat dua tempat tu sahaja...Dan bila dia tengok kat petak parking tu..dah tertulis nombor plat kereta yang maksudnya petak tu berpunya...

Jadi..walaupun takmau syak..tapi IncikBachok terpaksa syak jugak yang buat tu adalah pemilik petak tu..Kalau betul la apa yang disyak oleh Incik Bachok tu..memang aku nak claim orang ni..dimana aku gelar dia mamat la..(sebab aku rasa lelaki sebab dia boleh patahkan dan bengkokkan viper tu..fuyoo..) sebagai seorang yang kurang ajar,sakit jiwa serta hati penuh busuk..Kenapa aku cakap macam walaupun nak diikutkan Incik Bachok salah sebab parking kat tempat dia..

Pertama..petak-petak parking kat situ tidak dikenakan caj sewa atau pun tidak perlu dibeli macam kat kondominium yang makcik aku dok kat KL tu..Jadi maksudnya ialah..petak tu adalah hak semua orang..sapa-sapa pun boleh letak..lagipun petak parking tu melebihi jumlah unit rumah kat situ..Dan petak tu bukan la spesial sangat pun kot-kot la bawah pokok rendang ka..kalau Incik Bacok terparking la kat petak tu..dia bleh parking kat tempat lain tanpa rasa sakit hati..Semua petak sama saja..

Kedua..Kalau ye la Incik Bachok tersalah parking kat petak yang dia claim tu milik dia...tak payah la nak gores-gores dan patahkan viper orang..Kalau tulis nota..

bro..ni petak gua bro..lu dah pi parking ni..lu tolong ubah boleh tak bro..

Itu dah kira ok la dan berbudi bahasa..Ini main gores macam tu..memang kurang ajar dan tak berbudi la tu kan...


Keempat..Dia tak pikir ka tindakan dia tu boleh mengundang perbuatan balas dendam...Nasib baikla dia pi gores kereta mamat panas baran yang kuat dendam tapi dapat awek cool macam aku yang boleh coolkan dia dari beli cat nak simbah kat kereta VIOS ko tu....Kalau mamat panas baran kuat dendam ni dapat awek 2x5 ja macam dia...bukan takat kereta kena simbah cat saja..cermin kereta dia pecahkan..siap nak tunggu ko balik kerja nak belasah terus lagi...hahahhahhahha...Tak ke naya...Nak bawa geng plaktu..



Aku hairan betul denga norang zaman sekarang ni...Jiawa memang sakit la..benda remeh temeh nak diperbesarkan sampai nak rosakkan harta benda orang..Gilala tu kan..

Tapi tu la Incik Bachok..Duluu gelakkan amoi cina body macam Cameroon Diaz..tapi muka macam Adlin Aman Ramlie buat repot polis sebab kereta dia kena calar dek orang..U cakap amoi tu bengong...kan dah kena kat U...hahahhahahaha

Jumaat, Mei 27, 2011

MIMPI INDAH

Semalam aku mimpi Najib 1Malaysia dengan Anwar Al-Jubori lawan bergusti antara sama lain dalam gelanggang dimana aku plak jadi pengadil..
What the fish Arowana betul la tetiba ja aku boleh mimpi mangkok dua ekor tu pehal?
Arggghhh!! Aku berangan nak mimpikan Shah Rukh Khan..dapat mangkuk tua ekoq tu plak..
Takdak pikir depa pun sebelum tidoq..tetiba ja mimpi depa..

Tension betul...Tapi yang bestnya oleh sebab depa dua tu bukan lawan gusti sangat pun..dok lawan kutuk...so aku pulak yang belasah depa..hahahahhaha...blasah truk plak tu..sampai koma dua-dua..hahahhahahahhahahahahahha!!
Ni dikira mimpi indah la kan sebab aku dapat belasah dua-dua pemimpin yang aku tak suka sekali kan kat muka bumi MaLAYsia ni..hahahhahaha...



Indahnya mimpi aku!!!




Mari kita ramai-ramai belasah Miss Poyo!!!!

Khamis, Mei 26, 2011

PENING

OOOO.....








Baru aku aku sedaq aku tak tulis apa lagi untuk hari ni..


La ni bz la pasal kerja ni...dok pk lagi pasal nak beli baju untuk kenduri belah pmpuan ni masa paksu kahwin nanti ni..baju kale ungu..


Aduhai...





Payah la!!

Rabu, Mei 25, 2011

HANG MEMANG PANDAI PUJUK

Walaupun aku kategori ganas suka penyepak orang masa zaman muda-muda dulu..Tapi kalau dengan adik aku sendiri,aku memang lemah gila..Kalau kat luar aku suka buli orang..Kat rumah aku kena buli dengan adik-adik sendiri...Waahhh...memang lemah betul aku ni bila kat rumah..hahahahhaha...


Selalunya aku akan beralah dari segala segi..makan..pakaian..segalany la...huhuhuhuhu..Tapi walaupun aku selalu beralah..tapi mak abah bagi jugak apa yang aku nak..hahahahahha..

Lepastu aku yang adik aku minta aku kasi ja termasuk barang-barang milik aku,kereta,motor,alat solek,kasut,selipar..topi..buku novel hantu....Kecuali laki la kalau aku kahwin nanti..Mau kena penyepak?



Dan hari ni..Mirul berjaya memujuk aku beli kamera DSLR idaman kalbu dia tu...

Waaaaaaaaaaa!!!!



Balik rumah baru rasa menyesal..

Kenapa aku beli??!! kenapa??!! why??!!



Canon EOS 550D.....?Apa benda tu??Apa yang menarik sangat ngan menatang tu..Awat tak beli NIKON ja..hahahahahhahaahahhahahha..






Apa ke bangangnya hang ni poyo??Aku la Canon EOS 550D tu..brengsek lowh!!




BELI SATU FREE SATU

Pagi tadi..masuk ja opis..aku cek aku punya emel..mak aiiii..seratus lebih dah mesej pasal kerja aku terima..maklum laaa...2 hari tak tengok mesej..Dalam banyak-banyak mesej tu..aku tengok makcik aku yang keja kat The Star(paper..bukan keja kat bintang ok..hahahaha) hantar jugak satu emel pasal tajuk dia McD saja..Mesej apa plak ni..mesej depa kata McD pun tak halal ka?hahahhahahaha...

Rupanya pasal promosi burger dia ja ka...Beli satu Mc Chicken..dapat free Mc Chicken jugak dengan syarat print kupon yang di attach sekali tu..Elok ja aku habis baca..Khausar plak masuk bilik aku bagitau pasal ni dan ajak aku lunch nanti pi layan McD...Aku pun ok jela...siap print lagi kupon tu..hahahhaha..

Dah tengah hari tu kami pi McD Perda..masuk drive thru la..Tapi brader tu plak cakap..1 kereta 1 kupon ja melainkan kami pusing balik dan order sekali lagi..What the fish plak macam tu..baik order sekali gus kan senang..Apahal plak kena order satu..pastu masuk balik buat order..Cisss..Tapi si Khausar ni layan..dah amik burger..dia masuk sekali lagi..

hahahhahhahahaa..boleh sungguh budak Khausar tu buat macam tu..Si Brader amik order tu dah gelak kat kami masa nak buat bayaran tu..


"Apala Bro..buat habis minyak ja pusing banyak kali..."
Khausar sempat gak merungut kat Brader tu..ahahahhaha...





"Kak baru dua kali pusing..ada brader chinese tadi..tujuh kali pusing tau.."adk tu jawab..




WhaaaTTTT!!!!! Sanggup pusing tujuh kali..hahahhahaa...




Petang satgi aku dengan Incik Bachok nak pusing 10 kali..hahahhaha...Makan la sampai muntah..hahahahhaha...




Ni Kupon Dia...

PROBLEM

Blog aku ni ada problem ka?
Shit betui la!!

Selasa, Mei 24, 2011

23 TAHUN HIDUP BERSAMA ISTERI YANG GILA MEROYAN...THIS IS A TRUE STORY...

Ini adalah kisah benar..mengenai seorang Staff TM..
Aku taktau nama sebenar dia..jadi aku gelar dia Pakcik K la..bukan datuk K yerrr...Dan dia bukan staff di Pulau Pinang..



Pakcik ni..telah berkahwin dengan bini dia selama 24 tahun..tapi Isteri dia jadi kurang waras selepas melahirkan anak depa yang pertama...Kembar tak silap aku...Tidak waras selepas melahirkan anak orang panggil Gila Meroyan kan?Betul la tu..aku tanya tok aku tadi..hahahhahaha...

Pakcik ni..Walaupun isteri dia dah tak waras malah tak kenal dia sebagai seorang suami...(Pada pandangan Pakcik K la..) dia tetap jaga isteri dia..dia tak ceraikan isteri dia mahupun nak berkahwin lagi satu walaupun dia boleh kahwin lagi satu dengan keaadan bini dia macam tu..Wowww!!! Aku rasa terharu gila babi la...Dia tetap sabar layan karenah bini dia tu..walaupun kadang-kadang tingkah laku bini dia tu kalau orang lain la bagi aku..memang dah kena penampor dah..tak pun kena pukul..Tapi pakcik ni tak..Siap cakap macam ni lagi..


"Isteri saya tak waras..takkan la saya yang waras ni nak kena pukul dia plak kalau dia ada buat apa-apa..kalau buat macam tu..sama jela saya dengan dia.."



Bayangkan..kalau dia nak pergi kerja...tiba-tiba bini dia ambik kunci motor dia..dia bukan boleh ambik kunci tu secara paksa dari bini dia..Kalau ambik secara paksa,bini dia akan bertindak jauh diluar dugaan la..Pernah sekali sampai nak bakar rumah depa tu..Dia kena tunggu bini dia bagi dulu kunci tu baru dia boleh pi kerja..Tapi pakcik ni jujur..bila jadi keadaan macam tu..Dia akan call bos dia..bagitau dia masuk kerja lewat sikit..Tapi bila dia dah pi kerja lewat..dia akan ganti balik masa mula-mula yang dia takmai tu dengan balik lewat..Memang dia nasib baik la sebab dia ada bos dan rakan sekerja yang memahami...


Masa aku dengar kisah dia ni..aku rasa sebak gila..tapi tak nangis la..hihihihi..Bukan apa..memang susah nak dapat lelaki yang sanggup jaga bini yang keadaan macam tu..Yang aku tau la..ada seorang polis kat kawasan rumah Paklong aku..Kahwin seorang lagi sebab bini dia gila meroyan ja..haram tak balik rumah trus..Dia tak pikir ka?bini dia jadi macam tu sebab apa?sebab nak lahirkan zuriat untuk dia..At least kalau hang kawin lagi satu pun..tolong la mai jenguk bini kan..ingat bini hang sampah..tak boleh guna..terus buang macam tu ja..macam hareemmm ja perangai laki macam ni kan?



Tapi pakcik ni memang aku respek gila..Dia take care bini dia...macam baby..dia la yang masak..dia yang kemas rumah..dia yang basuh baju..Dia la jaga anak yang kembar tu..Semua dia..Kira dia ambik alih tugas jadi ayah dan mak sekali gus..Anak-anak dia memang patut bangga la dengan ayah depa ni..Kalau aku..memang aku bangga gila kalau dia ayah aku..

Bayangkan la...dia memang teringin nak bagitau bini dia..yang dia memang sayang kat bini dia..dia nak ucap terima kasih kat bini dia sebab lahirkan anak-anak untuk dia sampai jadi macam tu..Tapi tak boleh sebab bini dia takkan paham...Kesian betul..

Apa yang aku nak bagitau pakcik tu..Walaupun pakcik K tak boleh nak ucap yang pakcik sayang dan menghargaai la bini pakcik tu..tapi aku rasa walaupun bini pakcik tak waras..dia tau..pakcik sayangkan dia..memang sekarang dia tak waras..tapi bila di akhirat sana..pakcik akan dapat habuan pakcik...Allah nampak segala apa yang pakcik buat pada bini pakcik yang tercinta tu....


Waahh...macam la pakcik tu baca blog aku sampai siap buat ucapan lagi..hahahhahahhahahaha....


Aku cerita kisah pakcik ni kat Incik Bachok..Lepas ja dengar cerita ni..Dia terdiam..lama jugak..aku taktau la apa yang dia pikir..aku pun memang takmau tanya..Pastu aku pun tukar cerita lain..Tapi dia macam berminat ja nak tau pasal pakcik tu..Kalau nak tau lebih lanjut..Pi tanya State GM kita la darling oiii...
hahahahahahahahhahahahha....


Edit*

Ala...lupa nak taruk lagu ni kat Pakcik K....
huhuhuhuihu..Aku rasa macam lagu ni sesuai ja dengan kisah PaKCik K...
HUHUHUHUHU...






Opick - Maha Melihat (feat Amanda)
Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Pemaaf
Pada-Mu hati bertobat

Kau Yang Maha Pengasih
Kau Yang Maha Penyanyang
Kau Yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua bertekun

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata



aWAT Tetiba ja aku teringat bulan puasa ni..??
Sebab aku dengar lagu-lagu Opick time bulan puasa ja tiap-tiap tahun..
Teruk betoi aku ni...nak insaf time bulan puasa ja..
hahhaha

JAGA PANDANGAN MATA

What The Fish betul aku malam ni..asyik post entry pasal iklan ja..hahahhaha
Aku kan suka tengok iklan..hahahahahaha..





Padan muka setan tu kan..Menangis sebab tak dapat goda lelaki tu....
Cayalah!!!

Incik Bachok..anda patut ikut macam lelaki ni buat..muahahhahaa...

IKLAN SEMBAHYANG

Alangkah bagusnya kalau iklan macam ni ada kat Malaysia...
Ni iklan yang penuh dengan duniawi ja aku tengok..
Huuuuu!





I like!!!!

IKLAN AYAMAS

Iklan ni memang feveret aku masa aku masih kat Ipoh lagi..
Masa tu aku belajar kat Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Pegoh,Ipoh..
Bila tengok iklan ni..Teringat plak zaman sekolah rendah dulu..memang gelong..banyak akal..suka buli orang..
Hahahhahahhahaha...





Apa la jadi dengan Kawan-kawan masa sekolah rendah ni dulu..Lost Contact terus...
huhuhuhuhu..

MINGGU NI AKAN JADI MINGGU YANG BIZI

Fuh!! rasa macam nak cuti ja esok..Hari ni kursus punya pasal..Suara dah takdak..Aasyik kena jerit ja..Gila betul la...huhuhuhuhu....


Letih..kaki masih sakit gara-gara lawan badminton ahad lepas..minggu ni memang minggu letih la..Waahhh!! Bos dah hantar mesej..Esok kerja banyak..Pening dah!!!

Isnin, Mei 23, 2011

BARU HANG NAK INSAF YE POYO OOIIII

Tadi aku hadiri satu kursus yang pihak company anjurkan untuk staff TM pi..Semua staff satu Pulau Pinang wajib pi dan Bacth pertama dah pun pi taun lepas termasuk abah aku..Tahun ni giliran aku plak dan mybe ujung taun ada lagi la...hoooo..

Kursus ni tujuan dia senang ja..Dah merubah sikap adan memberi semanagt kat staff TM supaya ada semangat berpasukan,Rajin bekerja dan memberi perkhidmatan yang terbaik pada pelanggan....Masa last tadi..Instructor tu ada bagi tugasan..Dia nak tengok buktinya esok pagi la sorang-sorang..Tugasanan ialah setiap orang mesti hantar mesej terima kasih atas segala sokongan yang diberikan pada kita selama ni la...orang-orang yang dok support kita selama ni..

Orang-orang tu mestilah 3 orang yang kita sayang..Aku dah target nak ucap kat abah dan mak(pakej ok..hahaaaha),kat adik-adik aku dan dekat Incik Bachok..Kemudian kepada 3 orang bos kita...Yang aku target nak hantar mesej ofcoz la kat Mr Eksekutif..Incik Pegawai satu yang la ni ada kat tempat lain dah..dan jugak kat Incik Pegawai Pendekar mata satu...
Dan mesti jugak beri mesej ucapan kat 3 orang rakan sekerja..Jadi aku dah target nak hantar mesej kat Abang Syed..Rostam dan Encik Ismail....


Jadi..sebagai langkah pertama..aku hantar dulu mesej kat Mr Eksekutif..mesejnya begini..

salam..terima kasih kerana mengajar dan support saya selama saya bekerja dibawah bos....



Tau apa yang Mr Eksekutif balas?nindia...



Sama-sama....ooooo...baru ko nak insaf ye mira...


Haaaahhahahhahaa,....What the fish Arowana betul la jawapan bos aku tu...hahahahahahaha...Ni baru betul-betul insafkan aku..hahahahahahaha.....

Ahad, Mei 22, 2011

PENAT

Pasukan aku dapat nombor berapa pun aku taktau sebab takdan acara nak habis aku dengan Incik Bachok dah blah..hahahahhahahhaha..

Incik bachok punya pasukan untuk bola sepak kalah dengan pasukan aku..Aku taktau la apa puncanya hari ni stamina Incik Bachok agak teruk..lari pun tak larat...Selalu main futsal ok ja...lari laju..heran ahhh..Dan badminton beregu wanita plak..kalah dengan pasukan Incik Bachok..Adil nohhh...hahhahahhaa...


Baru ja balik rumah..abah dah ajak keluaq plak..Penatnyaa!!!
Waaaaa....

Sabtu, Mei 21, 2011

SAKIT!!

Sakit hati jugak la bila sakit kepala gila-gila sampai takdak mood nak tulis apa satu cerita pun..Tekanan jugak la sebab banyak cerita kat otak ni..tersekat macam tu ja..
Waaaaaaa...


Esok...pukul 7 nak kena ada kat opis dah..berkumpul ramai-ramai nak ke USM Parit Buntar..Temapt sukan dah bertukar tempat plak..Kata ILP Kepala Batas...Tapi last minit bertukaq pi USM plak...Esok..Confirm aku pi naik kereta dengan Abang Syed..Tapi masa balik...Naik kereta dengan Incik Bachok..Hihihihi...Gatai!!!


Arrggghhh..Takleh cerita panjang..kepala makin sakit..Tido Dulu!!!!

ARRGGGHHH!!!

Letihnyaa!!!!!
Hari ni hantar adik pi tengok wayang dengan kawan-kawan..
Jumpa kawan lama dan..Teman Incik Bachok beli baju untuk kenduri paksu nanti...Fuuhhh!!
Dapat juga kemeja kaler maroon yang dicari-cari selama ni...Cun Ahhhh!!!

Tapi awat masa Incik Bachok pi test baju..dia tak bagi aku tengok..Penat aku tunggu dia depan fitting room dengan Mamat Cina saleman muka ala-ala Joo Ji Hoon pakai spek mata...Last-last dia keluar dari fitting room baju dia dah buka,sia p bayar terus....bila aku tanya awat dah salin baju...aku nak tengok sesuai dan kena dak dengan badan dia bila pakai...Tapi dia jawab...





"Baju u nak pakai masa kenduri paksu i tak tengok pun..kena ke tak u pakai dengan badan u tu...I pun tak nak tunjuk jugak kena ke tak..tunggu masa kenduri ok..."




Haiiiyyaaa!! Geramnya aku...!!! Rasa macam nak sepak ja dia..Huh!!!






Lu jangan buat fitnah poyoo...cakap saleman tu macam gua plak..
Gua hensem lagi wooiiiii!!





Ok..baju untuk aku...Incik Bachok...mak..alia..dah setel..Tinggal baju untuk Abah..Azhan dan Bangah ja la kena beli nanti...huhuhuhu...

Jumaat, Mei 20, 2011

TUKAR KE SEBERANG

Tadi Incik Bachok call aku..
Katanya tadi Encik Eksekutif dia ada jumpa dia..


Kata Encik Eksekutif dia yang sentiasa serabut tu(tengah belajar PHD sekarang..mybe dia minat Elbert Einstain..sebab tu serabut macam tu..hahahhahhahaha) mybe Incik Bachok akan ditukarkan ke Seberang...



Wahhhhh....kalau betul bersyukur sangat la...hari-hari berulang dari seberang ke Pulau memang parah..Kadang-kadang sampai opis pun lewat sebab feri lambat..kalau nak ikut jambatan memang jauh la dengan opis..dari jetty ke opis Incik Bachok dekat ja..5 minit ja pun..kalau naik motor la...kalau naik kereta lambat sikit...kalau berlari pun lagi cepat dari kereta..sebab apa?sebab jem la..apadaaaaaa...Dah tu..kena bayar RM1.20 lagi kalau naik feri..kalau jambatan pun caj camtu jugak..macam tak kena jaaaa..


Tapi..kat Seberang ada 3 Zon...Zon BM...Zon Seberang Jaya dan Zon Butterworth...Zon manakah akan Incik Bachok diposting kalau betul la apa yang Incik Eksekutif dia bagitau tadi..
Aku taktau la pasal Zon lain..tapi Zon aku berada dalam keadaan kritikal sekarang ni...Tahun ni 6 orang nak bersara...fikir la apa jadi kalau 6 orang staf takdak...Fuhhh!! Kelam kabut jadinya nanti...huhuhuhu...

Kalau la dia dapat posting kat BM...Alangkah indahnya hidup aku..hari-hari leh jumpa...hahahahhahahhahahahaha...

Khamis, Mei 19, 2011

DARI DSLR KE FULL HD 50"

Semalam...lepas ja Mirul mai ambik aku dari kerja dengan mak dan abah..kami terus pi JJ Perda..Mirul nak beli kamera DSLR la plak...Jadi kami pun pi JJ la...Mirul target nak beli kamera DSLR jenis ni...






Rasa terharu plak Mirul minat nak beli aku..hihihihihi..










Aku taktau sangat pasal kamera ni..tapi mirul minta aku tolong beli..bulan-bulan dia bayar balik kat aku..jadi aku pun ok jela..mak abah memang tak kata apa..sebab tu duit aku..suka hati mak abah aku la aku nak buat apa pun kan..hahahahhahaha...





Sampai ja kat SenQ JJ Perda...aku tengok mak dengan abah menuju baik punya kat bahagian Tv..Yang Mirul dok panggil-panggil aku suh ikut dia pi bahagian kamera..Sebagai anak yang baik..ewaahhh!!..aku follow mak abah aku..Dan aku nampak TV Plasma 50" baik punya terpampang depa mata...Full HD plak tu...ni taruk Beyond Ananda Krishnan ni lagi sempoi ni...




Ayoyo...mau tukar dari biase ke Beyond ka???manyak terharu la..tima kasey bagi saya lagi kaya...hahahahahahahahaha!







Dah lama aku mengidam nak menatang ni..Nak suh abah beli macam tak patut ja...hahahahhaa...Last-last aku yang beli...hahahahahahahha..Aku beli jenis ni...Panasonic Viera 50" Full HD...




Nasib baik lu beli gua..kalo lu beli DSLR..Pastu lu gantung kat leher plak..memang lu bertambah poyo la...








Maaf Mirul...Kamera tu akak beli tahun depan jela..Mesti kuaq lagi canggih time tu..hahahhaha..

Rabu, Mei 18, 2011

Selasa, Mei 17, 2011

HIKAYAT HERO DITIPU

Alkisahnya pada satu hari..Hero tengah dok berjalan baik punya dengan kawan-kawan dia dekat Downtown Cheras..Tengah baik punya jalan-jalan sambil cuci mata tengok barang tengok awek baik punyerrr tiba-tiba Hero ditahan oleh seorang lelaki berbangsa cina seiras pelakon korea, Eric Moon.Walaupun tak dapat dipastikan bahawa muka lelaki cina itu seiras Eric..tapi penulis percaya yang mesti muka lelaki cina itu seiras wajah eric sebab kebanyakkan lelaki cina Tanah Malaya berwajah sebegitu..muahahahhaha...






Gua lagi macho dari mamat cina tu ok!!








Adapun lelaki cina itu merupakan promoter untuk menjual kad sim untuk sebuah syarikat telemunikasi yang baru nak bertapak di Tanah Malaya ini.Pada mulanya Hero tidak mahu melayan sangat tingkah laku Lelaki cina itu..Tetapi bila digasak-gasak jugak..akhirnya Hero terpaksa akur mendengar penerangan lelaki cina itu..






"Kalau u pakai ini nombot arr..i kasi u free lagi 3 kad sim maa...mau beli saja u dapat maa.."





Adapun hero yang ketika itu amat setia pada Ananda Krishnan dengan santun dan berbudi bahasa sebab beliau berasal dari timur..eerrr..maksud penulis pantai timur..menolak pelawaan lelaki cina itu tetapi bila mendengar saja mendapat free 3 kad sim..maka hero pun berminat walaupun beliau pada ketika itu berfikir lagi tiga kad sim itu mau beri pada siapa sebab Hero ketika itu masih belum berpacaran dan masih solo molo lagi..Nak ditolak peluang keemasan itu dirasakan rugi..Jadi Hero rasa beliau patut grab saja peluang ni..untung-untung dapar seorang Heroin..boleh la kasi hadiah kad sim..Ciissss!! sungguh tak kelas Idea si Hero itu..






Ayoyo...manyak hepi sama terharu la macha!! itu hero setia sama saya punya line..







Setelah menulis borang itu dan ini..akhirnya hero mendapat keempat-empat kad sim tersebut..maka girang la hati si hero ini...Sebelum melangkah pergi..hero sempat bertanya pada lelaki cina itu..


"Ni kalau I tak guna..tak apa kan?bill tak jalan kan?"



Maka jawab la lelaki cina itu menjawab dengan penuh yakin..


"Tak ada maa...kalau u tak guna..bil tak jalan maa...bila u guna baru jalan ma...."




Jadi dengan hati yang girang beliau menyimpan kad sim itu didalam dompet beliau..berharap satu hari nanti salah satu dari kad sim tu akan dihadiahkan pada bakal heroinnya...
Beberapa bulan kemudian..Hero mendapat seorang heroin..Malangnya Heroin amat setia pada Ananda Krishnan dan menghadiahi pulak pada hero sebuah(sebuah ka?) kad sim jenis Family plan pada Hero..maka rancangan hero terkubur begitu saja....




Beberapa bulan kemudian sekali lagi....Hero menadapat tahu bahawa beliau telah menerima bill tertungak sebanyak 300 lebih..Hairan dan marah bukan kepalang..Hero dengan atas nasihat heroin pergi menamatkan line nombor tersebut kerana heroin yang cerdik ini mengesyaki hero tertipu kerana itu bukan talian prepaid yang disangka hero..tapi talian postpaid..Lagipun sekarang punya trend..guna tak guna kad sim tersebut..tetap kena bayar ikut plan yang dipilih..Lagipun,Ananda Krishnan juga mengguna konsep itu juga..Setelah menamatkan talian..Hidup hero aman damai hendaknya bersama Heroin dan kesetiaannya mereka pada Ananda Krishnan sehingga dua hari lepas....Setelah dua tahun berlalu..hero mendapat surat peguam..nama hero telah diblack listkan kerana tidak membayar bil tertunggak..Bengang dan marah..Hero telah membuat satu repot polis...jeng..jeng..jeng..





Apakah nasib hero selepas ini..Adakah beliau dapat menyelesaikan masalah dihjadapinya..Adakah pihak polis yang selalu dikutuk oleh Hero dapat membantu Hero?Adakah angan-anagan Hero untuk membuat pembiayaan peribadi berjaya jika ke-blacklist-san hero dapat diselesaikan..??Saksikannya hanya di Blog Miss Poyo...muahahahha....




















Bersambung mengikut keadaan semasa..

DAH BOLEH AGAK BIL BERAPA HUJUNG BULAN NI

Aku syak hari ni penggunaan panggilan teleefon aku untuk hari ni banyak...
Siap la hujung bulan ni..
Waaaaa!!




Takpa Kitchi..Bill u tinggi hujung bulan ni tanda u setia sama kita punya Maxis la tu..hehehehe


Tensionnya!!!

Isnin, Mei 16, 2011

XMAN...GAME SHOW YANG PALING KELAKAR!!

Masa aku kerja kat Site dulu...aku habiskan masa aku dengan layan tenet ja...masa tu..Game Show yang aku paling minat sekali ialah XMAN...XMAN ni pesertanya adalah para bintang pelakon dan penyanyi Korea..Ada dua kumpulan dalam game ni..dan dalam kumpulan pulak mesti berpasangan..Yang bestnya ialah..dalamsatu kumpulan depa hanya sediakan 3 orang peserta perempuan dan 5 orang peserta lelaki..Jadi sebelum game bermula..Peserta lelaki perlu pikat hati peserta perempaun..kalo tak depa terpaksa brpasangan sesama lelaki la...

Dan peserta yang paling jadi rebutan peserta lelaki Ofcoz la pelakon dan salah seorang ahli kumpulan Babyvox,Eun Yoon Hye....







Tapi selalunya pasangan Eun Yoon Hye dalam game ni ialah penyanyi Kim Jong Kok..Jadi depa yang lain berusaha la nak pikat hati Eun Hye jadi pasangan depa dalam game ni..hahahaha...






Lepas ja sesi memilih pasangan..Bermula la permainan game yang merapu dana...hahahhahahahhaha...

Layan la...banyak siri ni...

DON'T SPEAK LAAAAA....

Warrgghhh!!!

Malam ni gila babi borink..
Tetiba ja teringat satu lagu...
Yeaahhh!! Lagu yang ingatkan aku pada bekas kawan baik aku masa kat sekolah teknik dulu...Dia seorang budak laki..dia memang gilabaik dengan aku..Tapi last-last masa tingatan 5..kami tak bercakap atas sebab yang tak diketahui..mybe kawan-kawan lain tau sebab dia kot..aku ja taktau...
Fuuuu!!!





Best betul zaman sekolah teknik dulu..sayangnya...masa nak dekat SPM dan nak tamat sekolah..Benda tak best plak jadi dalam hubungan baik kami..demmm!!!


Dulu kami berdua selalu sembang guna isyarat tangan..Sekarang aku da lupa semua isyarat tangan tu..Demmmm aaaHH!

TAK NAMPAK KE SAYANGKU?NAH AMIK NI!! HAHAHAHHAHAHA

Ooooo...tak nampak yerrr..nah!! ambik nih!! hahahahhahaa...





Nak lagi besaq?ni lagi besaq...hahahhahhahahahhaha..lihat yerr...hahahhahhaa!!!!








SESI MENYAKITKAN HATI

Kadang-kadang memang rasa best bila dapat sakitkan hati pasangan kita..muahahhahahaa...
Tambah-tambah dapat pasangan yang cepat naik angin..hahahahhaha..
Ataupun cepat rasa meluat..hahhaha..

Aku ni suka jugak cari pasal dengan Incik Bachok..saja ja nak bagi dia marah kat aku..
Sekrang aku dah tau siapakah orang yang paling dia meluat sekali...
haahhahahhahahahhahahahahaahahaha....














Sorry la..I rasa gambar u tak menarik untuk dijadikan Wallpaper I..Mamat kat atas sekali dok tengah-tengah tu lagi sesuai..


Muahahahahahahahahahah..

BIZI LAGI

Arrgghhh!!
bizi la plak!!!!
KERJA MENIMBUN!!

Ahad, Mei 15, 2011

LAGU FEVERET:MONSTER-ARASHI(2010)

Ringtone aku dengan Ringtone Incik Bachok pakai lagu ni la..
Lagu tajuk Monster..hahahhaha...
Maknanya kalau Incik Bachok call aku..Lagu ni berbunyi la..dan kalau aku call Incik Bachok..Lagu ni akan berbunyi la..Tapi aku taktau la kot-kot Incik Bachok dah tukaq ke lagu lain sebab dia dah naik menyampah kat salah seorang dari ahli kumpulan Arashi ni..hahahahha..
Lagu Monster lepas depa buat tarian tu..





Kalau nak tengok video klip dia yang aku suka tu kat video.nate.com

MEMANGGIL DAN KENANGAN URUS HAL KENDURI DENGAN ARWAH TOKWAN

Tadi aku bawa tok pi memanggil orang..Jelajah belah Seberang Perai Utara hingga la ke Sungai Petani Kedah...Waahh..aku dah belajaq cara memanggil orang ni..Yela..mana nak tau nanti bila aku nak kahwin nanti.Tang kawan-kawan mesti la aku yang nak pi panggil kan..Jadi belajar la...muahahahhahhahahha!

Aku rasa banyak lagi tempat nak pi ni..Mybe hujung minggu akan datang plak kot nak pi memanggil..Alaaaa....letih tau tak..Paksu!!! Awat tak memanggil sendiri!! kenapa anak saudara hang yang masih dara ni jugak kena pi..!!! Huhuhuhuhu..

Tadi masa aku bawa kereta tadi nak ke Sungai Petani nak ke rumah adik Arwah Tokwan..Aku terpikir..Kalau la arwah Tokwan masih hidup mesti dia ada kat sebelah aku..Tapi yang ada kat sebelah aku Aloyah ja..Rasa macam sumthing wrong ja tadi..macam ada yang tak kena..

Arwah tokwan Non..seingat aku time masa makjang dan makcik nak kahwin dulu..Dia la manusia yang paling bizi sekali..Urus itu dan ini..Orang yang akan follow dia buat semua tu selain tok ofcoz la aku..Sampai bab memanggil pun aku ikut sebab yang bawa kereta time tu mesti la abah aku...Abah aku kan menantu kesayangan Tokwan..muahahahhaa..Dah tu plak abah aku..aku follow la..time tu kan aku kecik lagi..mana la nak tau bawa kereta lagi kan..

Jadi aku pikir..kalau Arwah hidup lagi..mesti dia akan guna khidmat aku bawa dia pi memanggil sebab dulu sebelum dia meninggal..aku la yang bawa dia pi mana-mana tempat yang dia nak pi..Walaupuun balik dari kerja letih-letih..Bila sampai umah aku ja..Tokwan dah tunggu siap kat ruang tamu aku ajak aku keluar..Aku tak tolak permintaan dia..aku keluar jugak baaiii..Dia Tokwan aku..mana leh hampakan hati dia..

Tadi masa dok lepak kat rumah adik dia..adik berlainan ayah..sebab mak tokwan aku kahwin..cerai..kahwin..cerai..kelima-lima adik beradik tokwan berlainan ayah..tapi mak yang sama la..aku tengok adik bungsu dia tu muka sebiji macam Arwah tokwan aku..cuma yang bezanya arwah kurus kering..Adik dia badan berisi..Demmm..ayaq mata ada kat hujung mata plak..cissss!!

Dan aku rasa kalau la arwah masih hidup..mesti dia sekarang sibuk dok cari lembu nak sembelih untuk kenduri paksu nanti sebab seingat aku la..(kenangan ngan tokwan aku takleh lupa bai..) masa makcik ngan makjang nak kawin dulu..Tokwan sibuk naik moto honda buruk dia yang kaler itam tu(aku bonceng kat belakang..hahahha)..Cari lembu kat tauke-tauke lembu sebab tokwan time tu dah tak bela lembu..aku tak ingat la plak jenis apa motor dia tu..tapi yang aku tau tempat duduk dia senget..bila tokwan naik ja..dari belakang nampak senget macam nak jatuh pun ada..hahahahhaa..Demmm..!!!.aku gelak dengan air mata keluar plak....

Dan aku rasa time-time la tokwan mesti sibuk nak buat mesyuarat untuk urus hal-hal memasak untuk kenduri kahwin paksu dengan geng memasak kampung aku sebab seingat aku..dulu tokwan buat macam tu masa kenduri kahwin makjang atau makcik..Mesyuarat buat kat dewan kampung..makan disediakan oleh mak..bihun goreng sama air sirap..hahahhahahha.....Sekarang benda-benda ni..abah plak kena ambik alih sebab paklong dengan pakngah aku dok jauh...nak harap siapa lagi..abah aku merangkap adik ipar depa ni jugak la...huhuhu...


Ya..betul la cakap Mirul..Rasa macam tak best plak sebab paksu adalah anak bongsu tokwan..tapi tokwan takdan nak tengok paksu kahwin...apatah lagi nak urus hal kenduri dia..Tapi yela..Allah lebih sayangkan tokwan..tak boleh la nak merungut sebab tokwan dah takdak...Huuuuuuuu!!!

Aku harap takdak drama air mata time paksu kahwin nanti macam time-time raya yang lepas..huuuuuu!!!!! Bakal maksu aku takdan nak jumpa tokwan..Jadi dia taktahu betapa baiknya arwah bapa mentua dia tu...


Sampai sekarang aku masih lagi bersyukur sebab Incik Bachok sempat berjumpa dengan arwah sebulan sebelum dia meninggal...Aku iingat lagi wajah arwah masa sembang dengan Incik Bachok dulu..Senyum ja....
huuuuuu!!!



P/S: Aku rasa macam tak patut tapi sampai la aku masih lagi menyumpah orang yang pecah masuk rumah aku dan ambil laptop Mirul sebab dalam laptop dia ada berpuluh-puluh gambar arwah..termasuk gambar sehari sebelum dia meninggal..Demmm!!!! harap orang tu mati kena langgar lori treler..kepala pecah..kaki putus!!

TARIAN LAWAK

Tarian ni adalah tarian yang paling lawak aku tengok..Bukan apa..cara pemakaian depa tu tah pape punya stail...hahahhahaha...Adoi...aku gelak sampai lari lintang pukang pi tandas sebab nak terkencing..hahhahahha...







Aku rasa geli pun ada..ahhahaha..
Pelik-pelik ar orang Jepun ni..
hahahhahahahhaha...

FILEM FEVERET:MY LITTLE BRIDE(2004)

Filem My Liltle Bride ni dah lama dah aku beli..Tahun 2005 kot..Masa baru beli DVD dia dulu..Hari-hari aku tengok sebab kelakar nak mampus..hahahhaa..





Poster My Little Bride








Filem Ini mengisahkan mengenai Boeun(Moon Geung Young),seorang budak perempuan berumur 16 tahun dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang juga cucu kepada kawan baik datuknya, Sangmin(Kim Rae Woon) hanya kerana datuk Sangmin dulu pernah menyelamatkan Datuk Boeun masa Perang Korea dulu.



Boeun






Sangmin








Mula-mula ibu bapa Boeun dengan Ibubapa Sangmin tak setuju dengan cadangan datuk Boeun memandangkan Boeun masih bersekolah.Boeun plak lagi la tak setuju sebab dia minat dekat pemain besball sekolah dia yang comel dan Sangmin plak memang tak mau la sebab taste dia terhadap pempuan memang tinggi..nak yang hot-hot ja..tambah-tambah plak Sangmin Graduan luar negara...Dia pulak dah anggap si Boeun ni macam adik dia jaa..Tapi bila datuk Boeun diserang sakit jantung(padahal pura-pura ja..ahhaaha..)akhirnya depa pun bersetuju la untuk berkahwin..



Masa hari perkahwinan









Jadi bila dah berkahwin,bermula la kehidupan Boeun dan Sangmin sebagai suami isteri dengan syarat Sangmin tak boleh melakukan hubunngan suami isteri(sex la tu..hahahha) dengan Boeun selagi Boeun belum berumur 21 tahun.Memang kelakar la dua laki bini ni bila dok dalam satu rumah..Macam-macam kerenah..Sebab Sangmin ni jenis kuat mengusik..Ada ja benda yang dia nak usik si Boeun ni..Keaadan lagi kelam kabut bila Sangmin dapat jadi Ckgu dan diposting plak ke sekolah Boeun..Jadi depa berusaha nak rahsia tentang perkahwinan depa la..




Bila Sangmin ni yang depa sangka bujang dan wajah boleh tahan ni mai mengajar kat sekolah Boeun jan mengajar kat kelas Boeun plak..lagi kelam kabut la..Dengan ramai budak-budak pompuan minat kat Sangmin..Cikgu-cikgu pun minat Sangmin..memang lawak la..



Ni Trailer filem ni..








Yang ni plak mv dia..Lagu ni lawak gila..hahahhaha..






Mana la DVD filem ni dok la ni..aku cari tak jumpa ni..waaaaaa!!!

Sabtu, Mei 14, 2011

IKLAN

Iklan Hitachi dengan expresi muka yang takboleh blah...
hahhahaha...






Memang comel yang last tu..
Incik b=Bachok sila jangan muntah ok!!

SABTU YANG BIZI

Hari mak aku pi Cameron ngan Abah..
Hari gak hidup aku bizi yang amat dari pagi tadi lagi..waaaaa... !!!

Tadi pagi..lepas melantak..bawa bakal maksu pi testing bau apa semua tu..

Lepastu pi plak menempah baju..last sekali pi tengok wayang ngan adik-adik..IncikBachok join sekali la..hehehehe...

Malamni..kami 4 beradik jela ada kat rumah...

Huhuhuhu..





Lu igat lu je ke bizi..Gia sebagai president Amerika lagi bizi dari lu tau!!



Esok bawa tok pi memanggil orang mai kenduri plak...Fuhh!!!

Khamis, Mei 12, 2011

AKU DAN INCIK BACHOK MACAM ATLIT NEGARA PLAK..KONTIJEN-KONTIJEN PLAK..KELASSS!!

Aku baru ja balik dari berlatih badminton tadi..

Haaa...Aku wakil opis aku untuk beregu wanita (wanita kerrr?anak dara la..hihihi) terbuka...
Tadi first time main rasa gila babi lencun abis badan aku....tudia orang tak pernah bersukan..sekali bersukan..dia punya peluh baik punya macam badan aku kena simbah ayaq sebaldi..


Selama ni aku ingatkan main badminton ni sekadar pukuoi-pukoi bola tangkis hentam keromo ja..Tapi rupa-rupanya ada cara la plak..ciiisss..Pening jugak la aku dok hapal tadi..genap kanan..ganjil kiri..Arggghhhh!! Tension aku...nak pukoi bola tangkis kena ada cara la..bersilang la..What the fish betul la...Bikin aku serabut tau..!! Siapa la yang cipta permainan Badminton ni..kalau aku ada mesin masa Back To The Future ni..Dah lama aku smash kepala pencipta badminton ni..Buat aku penat ja tau...Dah la lupa bawa airr..Kain tuala nak lap peluh pun lupa bawa..Gila rasa macam baru keluaq dari air ja...gila basah...!!




Ahhh!! Tarak pasai la aku nak kasi Delorean ni poyo..Cukup la Marty sorang dah jahanamkan dulu..Hakk Tuuuuiii!!





Lepas tu Incik Bachok plak call aku..Katanya dia wakil opis dia main bola sepak...Cadangan nak datang sebagai penonton(ofcoz la nak tonton aku main kan...) dah bertukar jadi atlit plak...Macam seronok ja sebab dapat wakil untuk main bola sepak..Macam la terer main macam Torress..Huh!!





Ni kalau Incik Bachok punya skill main lagi hebat dari aku..malu nih..fuh



Dan aku nak berterima kasih kat Yazid sebab sudi mengajaq aku tadi,kira jadi jurulatih la..aku tau..Mesti hang bengang gila dengan aku tadi sebab hang ajaq aku punya lama tadi tapi haram tak buleh-buleh jugakk..Kira bengap jugak la aku ni..hahahahhahah..Ni kalau macam ni punya anak buah..Misbun Sidek pun serender...hahahhaha..





Emmmm..tengok dari gaya memang teruk jugak la cara Si Poyo ni main..dah tu bengap pulok..macam mana la si Yazid tu sabau..kalo Den..relo ajar kambing lagi..Dari mengajor Miss Poyo ni haa...




Hahhahahhahhahhaha....Apahal plak Misbun Sidek cakap nogori campur Perak ni..??bukan dia orang Selangor ka?Hantam saja la Labu oiii..




AKU DAN HUJAN

Masa aku kecik-kecik dulu..hujan dengan aku memang tak boleh pisah la..Macam kawan baik..hahahhaha..Setiap kali hujan ja..mesti aku akan pi mandi huuuuu..


Aku mula berkecimpung dalam bidang bermandi hujan ni pun aku taktau bila..sebab aku sedaq ja..aku dah pandai main hujan..Mandi hujan dengan paksu and geng plak tu..Selalunya bila hujan mula rintik-rintik ja turun,mesti dua orang kawan aku si Ayeh dengan Anas mai rumah tok diam-diam panggil aku..Tak boleh bagi tok atau tokwan sedaq kehadiran depa..satgi bukan aku ja kena tibai dengan penyangkut baju..dengan depa sekali tokwan balun...hahahahha.Tapi dulu kalau ada orang tua balun budak-budak yang nakal..mak pak tak marah pun..bagi sokongan ada la..tapi cuba tengok zaman la..marah sikit ja budak-budak nakal..mak pak mai serbu....macam anak depa baguih kan nak beking-beking...



Selalunya aku mandi kat padang depan tokong cina belakang rumah tok aku..time tu..bila hujan ja..padang tu dah penuh dengan air..air jernih plak tu..campuq dengan rumput padang plak..nampak cantik la..bergolek-golek atas rumput tu..hahahhaa..Tapi takdan 5 minit bergolek..tokwan dah mai bawa ranting kayu panjang..Lari lintang pukang budak-budak tu..tingal la aku kena tibai..hahahhaa..Kadang-kadang kalau bukan tokwan yang mai cari aku..mak la akan mai..macam biasa la..mak memang garang..tak cukup kena tibai dengan penyangkut baju...telinga kena pulas lagi..Tapi sebab suka main hujan punya pasai..rela kena pukul..hahhahaha...




Bila aku dah beasq sikit..main hujan mak dan abah tak marah dah sebab apa aku taktau..Bila hujan ja..aku keluar berlari-lari depan rumah..mak atau abah tengok ja..takpun gelak-gelak tengok gelagat aku..Masa tu rasa bestnya hidup aku sebab takdak sapa halang perhubungan aku dengan hujan..hahahhaahha...aku mula stop main hujan bila aku naik tingkatan 3...Taktau la pasaipa aku stop..macam takdak keinginan dah time tu..Tapi Incik Bachok pernah teguq aku..dia tanya aku ni suka main hujan ka masa kecik-kecik dulu..aku jawab ya dan aku tanya awat dia tanya macam tu.Dia cakap tengok gaya aku pun dia tau sebab bila hujan..orang lain lari lintang pukang cari tempat teduh..aku jalan relax ja...Bila hujan turun ja dia nampak aku suka rapatkan muka kat cermin kereta sambil jari aku sengaja ikut air hujan yang mengalir kat tingkap tu dan aku jugak suka hulurkan tangan aku keluaq tingkap kereta bila hujan..hahahhahaha...Tapi Incik Bachok macam tak suka la aku buat macam tu..ahh..Dia tu memang..semuanya tak kena..ahahahha..Lantak pi la..tu kesukaan aku..betoi dak?




Dan aku suka lagu Hujan nyayian Arwah Sudirman dan adegan hujan dalam filem,drama mahupun video klip..hahahhahha...Aku jugak suka tengok muka Rain(penyanyi dan Pelakon Korea tu..)tapi aku tak suka nyanyian dia..hahahaha..



Antara adegan hujan yang terdapat dalam filem atau drama yang aku suka..





1.HANA YORI DANGO



Walaupun dah berapa tahun berlalu..tapi adegan ni tetap aku suka..hihihihi..gatai!







2. JURASSIC PARK



Gila terangkat pungkoq aku tengok adegan ni tambah time salah sorang ahli rombongan lari nyorok dalam jamban tu..last-last kena makan gak..hahahahahha..







3. STEP UP 2



Bagi aku,menari dalam hujan memang susah la..dengan basah..baju jadi berat..nak pusing-pusing..angkat badan..macam susah ja..tapi bila depa menari masa tang last-last tu..fuyoo!! aku kagum...!!








4. A MILLIONAIRE FIRST LOVE





Masa adegan ni memang sayu gilerr..dengan muzik latar dia berupa piano tu..waaaaa....dah la heroin mati last sekali..waaaaa!!







5. CROW ZERO




Masa aku tengok adegan ni..rasa senak perut plak..hahahaha..tapi sempoi aarrr...Mybe Mirul suka kot filem ni..saja aku buh..hahahhaha








6.SPIDERMAN





Masa adegan ni..MJ cium si Spiderman ni sebab selamatkan dia dari penjahat..tapi dia taktau yang tu Peter Parker..Aku rasa mesti Peter Parker rasa syok gila-gila babi sebab pompuan yang dia suka dari kecik cium dia..hahhahahahaa









7. NINJA ASSASSIN




Perggghhh!! Adegan lawan atas bumbung dalam filem ni best gila..Tapi aku tak suka gaya Rain dalam filem ni..macam gay sangap jaa..hahahhahha....





8. TWILIGHT





Aku suka adegan ni sebab aku rasa Jacob nampak seksi time ni..Pleezzzz la!! hahahha



Tudiaaa....banyaknya adegan hujan yang aku suka..hahhahaha

Rabu, Mei 11, 2011

SPIRIT..KUDA FEVERET AKU...

Kartun yang buat aku menangis banyak kali bila aku tengok selain The Lion King ofcoz la kartun Spirit:Stallion Of The Cimarron.Masa kartun ni ditayangkan kat pawagam,umur aku masa tu dalam 13 atau 14 tahun la..Abah yang beli VCD dia kat aku(time tu kan VCD punya zaman)Kartun ni keluaran Disney gak..Demmm!!Awat kartun keluaran Disney Best-best hah?.Filem ni pasal suka duka hidup seekor kuda Jantan yang diberi nama Spirit oleh tuan dia,seorang lelaki berbangsa Red Indian.Lagu dia nyanyian Bryan Adams pun dah buat aku sebak bila dengar sebab aku akan ingat balik jalan cerita dia yang sedih tu..






Walaupun binatang dalam filem ni tak berdialog macam kartun The Lion King..Hanya manusia ja berdialog..Tapi jalan cerita dan bergerakkan dah cukup kuat nak buat kartun ni hebat di tambah pulak suara latar Mat Damon sebagai pencerita atau konon-kononnya tu suara si Spirit ni la bercerita dah boleh buat kartun ni hebat pada mata aku la...huhuhu

KALAH MAIN BADMINTON SEBAB AISKRIM

Semalam aku mimpi aku kalah main badminton sebab aku makan aiskrim banyak sangat sampai nak smash pun tak larat...

hahahahahahhaha...apakejadahnya mimpi macam tu..

Dah la dalam mimpi pi lawan macam sukan komanwel..siap ada raptai..aku siap bawa sepanduk lagi tau..pakai kebaya..pusing satu stadium..hahhaaha...Lepas tu sementara nak turn nak lawan badminton..tetiba ja ada apek jual aiskrim plak dok lalu depan aku..hahahha..
Aku pun panggil la apaek tu..beli aiskrim punya banyak..makan kat aku sorang ja..hahahhaha..
Last-last perut aku buncit sampai nak melompat dan berjalan pun tak boleh..Jadi team aku pun kalah la..siap kena denda jalan itik dari stadium mai opis..



What The Fish punya mimpi..
Benci betul..hahahahhahhaha




Yang jual aiskrim tu bukan gua aarrr..tu apek lain..

JAGA-JAGA...BANG SAWA DALAM TU....

Masa aku mula-mula masuk kerja dalam TM ni..Time tu Incik Pegawai satu masih kerja lagi la kat tempat aku,arahkan aku supaya ikut geng Main Cable..Salah satu unit dalam department aku ni la..Unit Main cable ni ditugaskan jaga kabel TM bawah tanah punya la..masa aku join depa dulu ikut ada break down,kabel bocor..sebelum depa masuk dalam mainhole tu..depa ada guna satu alat yang dipanggil Gas Dectector(btul ka ejaan aku ni..muahahhaa)

Gas detector ni digunakan untuk mengesan kehadiran gas merbahaya dalam mainhole tu..kat alat tu..kalau naik warna merah ja..tu tanda ada gas merbahaya la..kalau masuk boleh koikkkk!! Kalau hijau maknanya selamat la mainhole tu kalau nak masuk..

Tapi selain dari bahaya gas..ada satu lagi bahaya yang terdapat dalam mainhole tu..
Nindia nak tunjuk...







Baik punya layan jengok dalam mainhole..rupa-rupanya...






ada...



















Ni punya besaq..kalau dia telan adk aku si Azhan tu pun boleh ni..huhuhuhu






Amboi..akak tu...nak masuk dalam gambar tu punya pasal..buat-buat berani la konon..hahhahaha














Kejadian ni berlaku Jumaat lepas....Lepas sembahyang jumaat dengan bantuan JPA3..Dapat dua ekor hampa tau..Ni dekat Mainhole Jalan Kasa..Dekat TMPoint Pelangi..


Well..aku taktau kat mana tu..tapi rasanya bukan kat Penang kot..Kalau kat Penang..aku pi cakap bukan..memang aku mangkok la..hahahhahha...




hUIII..Gas Dectector dah ada..


Snake Detector bila lagi nak buat...hahahhahhaha....





Selasa, Mei 10, 2011

SELAMAT JADI AHLI KELUARGA POYO

Tadi..tengah aku layan baik punya buat kerja..tiba-tiba hanset aku pun bunyik..
aku pun jawab la..

"Helloo..Cik Wan ke ni?suara pompuan tanya..

"Yerrr..sapa ni?


"Saya blablabla...(aku tak ingat dia cakap apa)..nak hantar laptop..blablabla...Sebelum pukul 12 tengahari saya sampai.."


Lepas ja dia dia letak fon dia..aku apa lagi..melompat seronok la..gila setahun lebih aku tunggu..tak dapat-dapat..orang lain sorang-sorang dah dapat..aku ja tak dapat..rasa macam dianak tirikan plak..huhuhuhuhu..
Tapi last-last dapat jugak la..happy ni..

Kepada HP EliteBook 8440p...Selamat datang ke dunia sewel aku...Hhahahhahahha..Hang boleh kawan la dengan satu lagi laptop aku yang ada kat rumah tu..hahahhahahahha...
Ni dia..laptop yang company aku bagi..pakai la sampai pencen..hahahhahaha...




Gila gua bergaya macam model dalam blog poyo..









Cantik tak body gua...???hihihihi...



Aku dok target yang mahal ka.....Cissss!!! Juruteknik ja pun berangan nak mahal...hahahhahahaha






MAK ABAH PI BULAN MADU..ANAK-ANAK NAIK HANTU..

Sabtu ni mak dengan abah akan naik ke Cameron Highland.Nak sambut besday mak kat atas sana..Dan kami 4 beradik tak ikut sebab aku bizi nak urus hal perkahwinan paksu,Mirul terikat dengan kerjja dia yang bertimbun manakala Alia dengan Azhan plak ada Exam minggu depan..Nak study la konon..piraaahhhh!!! hahahahahaha..

Tapi pagi tadi mak dah bagi tugas dekat aku..selain dok sebok-sebok urus hal kahwin paksu tu..aku kena bawa adik-adik pi jejalan gak..kena bawa tengok wayang gak..mana aku pi memang kena bawa depa...(Alahh..kalau aku keluar dengan Incik Bachok pun memang aku bawa adik aku yang dua tu..apa nak heran..hihihihi..)..Mak jugak janji nak bagi RM100 kat kami(upah ke tu sebab tak ikut depa?).Tapi tak dapat dipastikan la mak nak bagi seorang seratus atau seratus tu bahagi 4...hahahhahahahhahahhahha....

Aku harap adk-adik aku jangan la buat perangai time mak ngan abah takdak nanti sebab tahun-tahun lepas bila mak abah pi bercuti dua depa ja..macam-macam hal depa buat..Penat tau dak penat layan kerenah depa..yang Mirul ni pun sama naik..Ingat senang jadi kakak sulung..haaiiyaaa.....!!




Nah amik pistol ni..taruk kat pinggang hang..kalau adik-adaik hang buat pasai..tunjuk ja pistol ni..gerenti depa dok diam..lagi satu..jangan lupa bawa adik-adik hang tebgok filem aku sabtu ni..heeeee!!!



Deyy..!! apa punya panjang la dialog Vin Diesel ni...hhahahahhaha




Isnin, Mei 09, 2011

BILA TOK TENGOK THE SILENCE OF THE LAMB

Antara filem yang aku minat Ialah Filem The Silence Of The Lamb..Aku ada kesemua siri filem ni..
Tadi aku layan filem ni dengan Mirul....Tiba-tiba Tok Aku mai join...


"Orang putih memang gila..depa buat filem ni macam..memang betoi pun ada orang sakit jiwa bunuh orang..makan orang..Tu bangsa depa la tu..dasar bangsa sakit jiwa..!!"

Hahahahahha..tok aku emosional plak bila tengok filem ni...aahhahaha..

"Nak termuntah aku..tengok cerita lain dari bagus!!!"

hahahaa..sungguh tok pi muntah...hahaaaahaha..






Tok jaga-jaga..satgi aku gigit tok plak kang..haaaa!



SERABUT

Arrrgghhh!!

Serabut la plak...
nak tulis apa pun tak boleh ni..serabut gila..
Kerja banyak!!!

Ahad, Mei 08, 2011

MENGEMAS RUMAH PALING AKU TAK SUKA

Hari ialah hari bizi aku..
Pago-pagi ja bangun dari tidoq aku tengok mak dah berdiri baik punya depan pintu bilik au sambil cekak pinggang..

"Kaklong..hari ni kita tak payah masak..hari ni kita buat operasi kemas-kemas satu rumah!"

Masa tu aku jerit tidak!!!..tapi dalam hati jela...gila bang nak jerit secara terbuka..mau kena pelangkung ngan mak aku dipersilakankan la..
Aku ni kalau bab memasak..mak suru aku masak 100 jenis masakan hari aku rela lagi daripada mak suruh aku mengemas..Aku memang tak suka mengemas rumah tau dak..aku sanggup bertapa dulu ataih gunung jerai barang 2,3,4 jam sementara mak nak mengemas...habis kemas aku turun balik mai Penang.Tapi mak aku adalah mak aku..tak siapa boleh bangka..kalau dia suh buat tu..kena buat la..kalau tak bernanah telinga tak pun lebam biji mata..hahhahahahahaha...


Oleh sebab aku malas mengemas,aku memang tak suka gila dengan rumah yang sarat dengan perabot segala mak neek dengan pasu bunga la..bunga-bunga plastik..segala macam-macam hiasan remeh temeh ni la...Benda-benda ni kena penjagaan yang rapi aku tengok..kalau tak jaga memang berabuk la..aku dah la alah dengan habuk..Huiiii...




Aku dah pikiaq kalau rumah aku nanti aku nak ruang tamu sesimple mungkin..Sofa jenis L shape..Tv....meja kecik hidang teh..tu ja...kalau boleh meja tu pun aku taknak..rimasss!!!yang penting....rak buku kena ada...sebab aku gila membaca...Lepastu aku taknak letak karpet..Rimass!! aku taktau la pasai orang suka letak karpet..eeii..habuk-habuk..nak kena vakum plak..eiiii..malas-malas..aku kalau letak tikar je takpa lagi..huhuhuhu..




Haaa...ni ruang tamu idamana ak..sofa dah L Shape(shitt!!! tak tunjuk sepenuhnya plak),tv jenis tu ok dah..rak buku...carpet tu taknak...then ada pasu warna putih tu.aku tak nak..Kan mudah tu..siple..tak payah aku kemas teruk-teruk sangat..aahhaahahhahhah!




tu baru bab ruang tamu..belum dalam bilik ngan dapur lagi..Ni tak.megemas tak mau-mau...barang pun banyak..haiya..serabut!!! Ni kerja abah aku la n..mak aku lebih kurang cam aku jugak..suka benda yang simple..cuma bezanya mak aku rajin mengemas..hahhahahhaha...


Lepas ja kemas rumah,cadang nak keluar dengan Incik Bachok..sepupu aku plak masuk hospital Metro...tak jadi dating la..hahahhahaha...Ni baru balik dari Hospital..melalut plak kat ini...mak tidoq ah!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!