Rabu, Jun 30, 2010

Mencari Pengantin Laki-Laki Saya Part 2

Petang-petang macam ni memang lapar walaupun kita baru sahaja makan tadi.Marilah kita makan lagi!!
(Maaf,penulis agak lalu makan sekarang ini)

..............................................................................................................................................................................


Setelah saya meredah Highway semalam tiga jam tanpa henti melalui bukit-bukau dan gunung ganang yang tak berkesudahan ditambah pula berhenti sekejap ni hentian rehat Tikam Batu selama sejam kerana pemandu bas sakit perut,dan bersembang dengan perempuan hidung mancung yang sombongAkhirnya saya sampai juga di Penang.Tanpa berlengah,saya terus ke Restoren Nasi Kandar milik laki saya,Restoren Nasi Kandar Zubaidah dekat dengan Padang Kota Lama.Malangnya,semasa saya sampai,saya ternampak sesuatu yang buat hati saya hancuq berkecai umpama dilindih lori trelar.Laki saya tengah menari poco-poco bersama perempuan-perempuan cantik,makcik-makcik tua dan pakcik-pakcik perasan muda di padang yang ada dekat situ.Depa dok senaman ni.Tapi saya tak sangka dia sanggup buat lagu tu kat saya,dia boleh menari poco-poco dengan orang lain,sedangkan dengan saya dia tak pernah menari,padahal saya dari dulu lagi teringin nak menari poco-poco.

Marah dengan tingkah laku huduh laki saya,saya terus berlari dari tempat kejadian tanpa toleh belakang lagi.Habis semua saya langgar semasa saya menjalankan aktiviti larian saya itu termasuk pakcik-pakcik beca yang letih sungguh mengayuh beca depa walaupun takdak penumpang.Habis tergolek depa semua,tapi saya tak peduli,hati yang hancuq kena bawa pergi jauh dari situ,kalau tak takut lumat pulak..naya..
Dalam keasyikan saya berlari-lari,tiba-tiba saya rasa punggung saya seolah-olah dilanggar sesuatu,walaupun tak kuat sangat,tapi saya terpelanting juga sejauh dua ela dan lalu jatuh terlentang di tengah jalan.Mata saya berpinar,kepala saya pening,sempat juga saya mendengar suara-suara orang..

"Anak sapa la main tengah jalan ni"

Kesian..muka lawa..gila pulak.Tak pasai-pasai kena langgaq"

"Tang mana aku letak pasemboq aku ni..mesti da orang cilok ni.."

"Ni drama apa plak ni.dok tak dok terlentang atas jalan ni??"

"Mati mak nyah!!! mak tak sempat brek..brek moto mak rosak nyah!! mati la mak!!"

"Ni perempuan yang Ceq jumpa semalam ataih bas ni!!"

Dan beberapa lagi suara sumbang kedengaran..Tiba-tiba pandangan saya gelap.Saya pengsan ka?mybe kot?Ya la,saya pengsan la.buatpa saya cerita lagi.Orang pengsan tak boleh cerita dah.Pandangan gelap tu maksudnya saya pengsan.Sayapun pengsan...


Bersambung...

Selasa, Jun 29, 2010

Kalau dah jodoh tak kemana...

Tadi masa lunch,aku keluar makan dengan kak Ain.Kak Ain ni satu Exchange dengan aku,cuma dia berlainan unit dengan aku.Aku bahagian Maintanance sedangkan Kak Ain bahagian Tranmission.Kak Ain baru ja bernikah minggu lepas dan seperti biasa bila dah pengantin baru,berseri-seri bergemerlapan aku tebngok muka kak Ain ni.Aku tau semua pasal Kak Ain dan laki dia,tapi aku tak tau macam mana depa leh kenai,tapi tadi sambil makan,Kak Ain buka cerita..mak aiiii..menarik betul kisah depa....
Ni kisah depa....(macam nak baca novel Plak...)


Kak Ain kenal dengan abang Fahmi sejak umor kak 9 tahun lagi,Abang fahmi dah tingkatan 5.Masa tu akak naik bus pi sekolah,biasa la...masa sekolah rendah mana pakai tudung dulu,pakai skirt lagi,ramai orang ingat akak anak cina(muka kak ain memang macam cina,cina pun tak macam kak Ain..hohoho).Bus yang akak naik berenti kat traffic light.Akak dok tepi tingkap,sua kepala keluar tingkap(owh..besa la budak-budak sekolah rendah kan..)Kebetulan Abang Fahmi naik motor berhenti sebelah bus kak naik..dia pandang kak,pastu dia senyum jelir-jelir lidah..(wahhh..kelakar gila..tapi biasala kan..bila lelaki sebaya Abang Fahmi tu suka usik budak sekolah rendah darjah 1,2,3..budak-budak kan comelll)

Lepas tu akak jumpa dia lagi kak depan sekolah..sekolah menengah dengan rendah sebelah-sebelah,bila jumpa mesti dia panggil akak anak cina..Dia anggap kak macam adik ja..yela kan,kak kan jongos masa tu..(jongos?? hahahahahaha).Lepas tu akak putus hubungan dengan dia sebab akak pindah balik kampung semula kat Ipoh..Pastu bila dah sekolah Menengah,datang balik mai Penang,jumpa balik..kawan macam biasa..Pastu putus balik,sebab akak Balik Ipoh semula..Pastu bila ayah akak kompom nak duduk Penang terus,akak datang Penang semula,tak sangka jumpa balik..kawan sekejap,pastu putus hubungan sebab abang Fahmi sambung belajar Ijazah..dah lama tak jumpa,tak sangka akak jumpa balik dia,masa tu dia Engineer kilang je..Pastu Putus hubungan lagi..tahun lepas jumpa..kapel trus dia nak kawin dengan akak...
La ni akak jadi bini dia la...hahahahaha..(ni memang kak Ain yang gelak)

Tak sangka akak,orang yang dok usik-usik akak dulu jadi laki..tak terpikir langsung yang dia jodoh akak..sebab dah banyak kali terputus hubungan..

Tu la kak Ain oiiii..kalau dah jodoh tak kemana..pi la duduk kat uganda ka,..kutub utara ka..planet marikh ka..kalau dah jodoh kawin jugak..huuuu!
Menarik betoi kisah akak Ain ni..kalah kisah aku dengan Encik Bachok..wawawawawawawa..
(mesti nak kaitkan dia jugak tu...)

Sabtu, Jun 26, 2010

Tengok TV pada hari sabtu lagi best!!

Kenapa hari sabtu,hari aku cuti aku jadi malas nak menulis,nak mereka-reka cerita?Time kerja tau pulak nak mai idea banyak-banyak..apa punya tuurrr da otak aku ni..hissshhhhh!

Khamis, Jun 24, 2010

Gaji Ceq..bukan gaji hangpa..

Gaji aku masuk awal sehari..gila punya seronok sampai nak terkentut-kentut..
hahahahahahahahahahaha.....
Macam-macam dok dalam pikiran aku ni..
hahahahahahahahahahahaha...

Rabu, Jun 23, 2010

Serangan mak lebih hebat dari serangan Zombie

Aku dengan abah aku naik kereta Vios kaler hitam(aku ngan abah memang bercadang nak beli Vios kaler hitam pun).Masa tu malam,aku taktau pasaipa aku ngan abah ja ada.Mana pi mak dengan adik-adik aku pun aku taktau.Kami melalui sebuah jalan yang kiri kanan dia hutan dan jalannya sikit bengkang bengkok macam jalan nak pi cameron Highland ikut jalan dari Tapah.Tapi bukan jalan naik ke atas bukit,Cuma jalan di tanah landai ja.Pastu tiba-tiba dari jauh kami nampak ada berlaku satu kemalangan,makin dekat,kami lihat dua kereta bertembung,tapi peliknya tak kemik teruk sangat pun.Turut ada kat situ sebuah kereta polis peronda,dua buah motosikal dan sebuah kereta Honda stream.Masa tu takdak kereta lain yang lalu kat situ,yang ada cuma kenderaan-kenderaan yang aku cerita kat atas tadi.Sebaik saja kami melalui betul-betul dihadapan kemalangan tu berlaku,seorang Pegawai polis tiba-tiba menahan kereta kami.Abah pun berhentikan kereta dan sebaik sahaja kereta abah berhenti,polis itu terus masuk di tempat duduk belakang,muka dia pucat,wajah dia panik..



"Awat ni??!!"abah aku soal panik.Pegawai tu pun cerita,ada serangan binatang pelik tadi,sebab tu kereta yang tu berlanggar,masa dia nak bagi pertolongan,binatang yang berbulu lebat tu tiba-tiba datang menyerang,bawa lari seorang lagi kawan dia masuk hutan.Dan baru dia sedar,yang
orang dalam kereta yang kemalangan tu dah takdak,yang tinggal hanya titisan darah.Lepas tu tiba-tiba kami muncul,sebab tu dia tahan kami.
Aku pun tanya dia pulak,mana pi yang lain lagi?tengok ada kereta honda dengan 2 buah moto,takkan depa pun da kena serang.Tiba-tiba ja ja polis tu berubah jadi zombie plak..dia cuba serang aku,aku pukul kepala dia dengan henset yang aku pegang,darah memancut-mancut keluar dari kepala dia,tapi dia plak makin ganas,abah trus berhentikan kereta dia,kami keluar dari kereta pastu lari-lari sampai penat,pastu dari jauh aku lihat satu cahaya terang menerangi muka kami sampai kami dua terpejam..aku dan abah terdengar satu suara..amat jelas dan menakutkan..


"Bangun!!"jeritan kuat suara tu menggegarkan seluruh tubuh aku,abah dah tercampak entah ke mana.Aku cuba buka mata aku,walaupun payah tapi berjaya jugak.Aku lihat mak aku berdiri sambil cekak pinggang depan aku..Di tangan mak ada sudip..aku cuma amati betul-betul,mak berdiri depan pintu?tengah jalan ada pintu ka?Aku gosok-gosok mata aku..macam mana pulak aku da dalam bilik atas katil ni?Pastu baru aku sedar..
Lahhhhh! aku mimpi rupanya..cisssss!!!!!!

Angker gila mimpi aku...

Selasa, Jun 22, 2010

apa??

Haiya....!!! baru nak masuk dua hari aku puasa ganti...last-last mai bulan plak dah..hampeh btoi la..huuuu!

Cari Pengantin Laki-laki saya..Part 1

Hai..nama saya Saerah Preet binti Mohamad Preet,namun saya bukan lah pelumba motorcross grand prix,Nama Preet itu adalah nama datuk saya yang berasal dari Siam sebelum berkahwin dengan nenek saya yang berketurunan mamak Penang.Saya cumalah seorang pengganggur yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi.Oleh sebab sekarang ni susah nak dapat pekerjaan dalam zaman serba canggih ni,maka saya tinggal saja di kampung yang yang lerletak di Baling Kedah.Kerja saya hari-hari makan tido,mandi berak sahaja hendaknya.

Saya la Saerah,walaupun dikelilingi orang Siam,tapi cara saya membesar ikut stail anak mami..

Satu hari,rumah saya menerima kunjungan secara kecil-kecilan dari sebuah keluarga dari Penang.Rupa-rupanya kunjungan itu merupakan rombongan meminang dari keluarga sepupu datuk mak saya.Rombongan itu terdiri dari seorang lelaki botak dan seorang mamat hensem sahaja.Rupa-rupanya,mamat hensem itu yang mau berkahwin dengan saya.Wallaweh!!!Mamat hensem tu diberi nama Tenku Danraj..apa ke pelik nama tu,tapi ada aku kisah?amboi..amboi..amboi..Tenku Danraj sudah kehilangan kedua orang tuanya,tapi oleh sebab wasiat dari bapa dia yang mahu dia berkahwin dengan aku,maka dia turutkan saja.Anak yang baik rupanya mamat ni.Tanpa berpikir panjang aku pun terus setuju.Daripada aku dok saja di kampung ni tanpa sebarang kerja,baik aku kahwin saja,tak kerja pun aku dapat duit.Bijak tak aku?hehehe..Selang 3 hari kemudian aku selamat bernikah dengan Tenku Danraj.tak sangka Tenku Danraj agak gelojoh.Takdan nak bertunang terus nak kawin.tapi ada aku kisah?amboi..amboi..amboi..Selesai akad nikah dan buat kenduri kecil-kecilan.Tenku Danraj terus nak balik Penang.Katanya ada urusan perniagaan.Lepas selesai semua kerjanya,dia akan pulang jumpa aku semula.takdan nak hadapi malam pertama..cisss!!



Nama aku Tenku Danraj,bukan bangla jual karpet ok!!



Hari berganti hari,minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan aku lansung tak dapat sebarang berita dari Tenku Danraj.Hanya duit saja yang aku terima setiap bulan dari dia melalui cara tranfer dari akaun meybenk dia ke akaun meybey aku.Aku dapat tau pun cara dia masukkan duit aku secara tranfer tu pun melalui akaun meybenk2u aku.Oleh sebab takdak sebarang berita,aku sering juga menhantar mesej pada inbox facebook dia,myspace,tagged,twitter dan juga friendster dia.Tapi takdak sebarang jawapan.Malah selepas tiga hari kemudian,dia deactivedkan semua akaunnya.Aku mula risau,kot-kot la sesuatu tak baik jadi kat dia,maka aku amik keputusan mahu pergi ke Penang,negeri yang yang tak pernah aku kunjungi,tapi aku tekad juga.

Keputusan aku yang mahu pergi ke Penang menemui laki aku itu ditentang keras oleh bapa saudara aku yang menjaga aku sejak kecil.Katanya alamat pun tak tau,tau serodong ja nak pi.Dan Pakcik aku takut kalau aku pi sana,kena kacau pulak dengan mamat Indon takpun mamat Bangla yang berlambak kat senang sampai beranak pinak hendaknya.Sampaikan orang pun taktau beza yang mana satu mamat Bangla,yang mana satu anak mami pun tak taula..Malah Tenku Danraj tu pun pakcik dia ingat mamat bangla mana nak jual karpet masa dia mula-mula nak mai pinang aku dulu.Tapi dek kerana kedegilan aku yang tahap cipan ini,akhirnya aku dapat pi jugak.Berbekalkan duit yang laki aku bagi tiap-tiap bulan,aku tekad ke Penang,sebuah Negeri yang carca merba dengan penduduknya yang bebilang kaum,suku sakat dan dari pelbagai negeri dan negara itu..


Saerah: ni peta Penang,dan jugak aku google tadi kat tenet..aku tau laki aku dok tang mana,tunggu la..






Bersambung...

Isnin, Jun 21, 2010

Jumaat, Jun 18, 2010

Bil..oh bil..

Aiyoh..bil maxis tinggi..tensen gua!!!
Bila nak kembali normal macam dulu balik??!!

Rabu, Jun 16, 2010

Reunion!!!

Aku sebenarnya malas dah nak tulis pasal reunion ni.Sebab reunion ni lepas lama dah..29/5/2010 noh...Tapi bila kawan aku Anis suh aku tulis gak..aku pun tulis la..

Ni Reunion untuk kelas SKA masa aku belajar dekat Politeknik Kulim dulu.Ingat senang ka nak buat?masa hari kejadian.hujan turun plak dah..hampir-hampir ja aku nak bakaq ayam dalam kereta aku sebab lapaq sangat,tapi mengenangkan balik kejadian kereta aku berbau ayam selama seminggu masa kami buat aktiviti bakar ayam kat sungai Sedim masa kami masih belajar dulu..aku lupakan saja..
Mula-mula cadang nak bakar ayam kat Pantai Queenbay,tapi oleh sebab hujan turun lebat nak mampus,kami pi pulak batu Feringgi,last-last di Batu Feringgi pun kami alami nasib yang sama,pukul 12tghmalam lebih sikit minitnya,baru kami boleh makan ayam..huuuu!

Crita panjang pun tak guna..tengok gambar lagi best..


Lokasi: Pantai Queenbay..
Jam : 5ptg ke atas..




Isda di depan :Apa yang kita semua tengok ni?
Zakiah di tengah : Aku pun taktau..huhuhu..
BF Isda berbaju ungu : I pun taktau..tapi orang dok amik gambar ni..senyum sikit..


Ika berbaju putih: Penat tau aku jawab fon dari tadi..semua pakat taktau jalan nak
mai..mangkuk..
Jannah berbaju hitam: Apala babyboy aku buat kat rumah tu..rindu plak(cakap dalam hati)


Miss Poyo :Hahahahaha..gila hang..badan aku naik 5 kilo..ni naik lagi 2 kilo..hahahaha
Suhana berbaju ungu: Gilak!! berat badan naik pun boleh gelak sakan lagi!!
Isda: Betul la mira..pungkoq hang besar gila..hehehe..



Lan Yusuf: hang rasa elok tak kita bina KLCC atas laut ni?
Ejat : Elok..elok..(ayaq ni awat masin)




Encik Mamat bertopi: Rasa macam nak terjun dalam laut plak...panas ni..
Encik Bachok ditengah : Kawe tak pehe apo demo oyak ni..pura-pura pehe la..heee!
Laki Zakiah dihujung: Bila depa nak bakaq ayam ni..aku lapaq gila ni..tension btoi la..



Lokasi: Medan Selera Pantai Seagate
Jam : 8malam ke atas





Senyum Semua!!





Encik Mamat : Lapar...
Miss Poyo : Sapa Kentut ni?? busuk gila!!
Encik Bachok :Tahan napas!!!!

Encik Mamat : Eh,mira..gila ilmu apa ko pakai ni??bleh jadi blur tiba-tiba
Miss Poyo : Ilmu kuntau!!
Encik Bachok:Itulah gewe ambo!!! (dengan bangga)
Yang lain-lain: Gila hebat!! (secara serentak)


Lokasi :Batu Feringgi
Masa : 12 tghmalam ke atas
Gaya muka orang-orang kelaparan


Mamu: cilaka..depa tinggal aku bakaq sorang-sorang..siap ar..aku buh julap dalam ayam ni..biaq
semua cirit..



Encik Bachok: Kawe nak ayam percik..rindu masakan mama...
Lan 'Harry Potter': Tunggulah filem terbaru gua..
Lan Panjang:Lekas!! hang nak bahagian mana,aku nak amik bakar ni..!!
Lan Yusuf : Aku nak bontot ayam nah..

Muka Hensem dan Comel(betoi ka?) kelas SKA(A) SESI JULAI 2005-JANUARI 2007

Akhirnya kami berjaya jugak bakar ayam walaupun da banyak halangan yang menimpa kami ketika nak bakaq membakaq ni..memang enjoy..Tapi bukan semua yang dapat hadir sebab masing-masing ada hal yang tak dapat nak elak..biasa la,bila semua dah kerja dan ada yang dah berumahtangga,memamg susah nak jumpa balik.Harap reunion yang akan datang semua boleh mai kot??huuuu!
P/s: Dengar cerita depa nak buat Reunion kat Pulau.Pulau mana ceq taktau..harap-harap jadi nah..









Selasa, Jun 15, 2010

huh!!

Aku Rasa mybe kalau aku dok kat rumah sambil mengadap laptop,idea aku akan datang mencurah-curah seperti mencurah coklat ke dalam ladang gandum..hmmmm..

Budak ke Mr Eksekutif..

Sejak akhir-akhir ni aku rasa aku di alam kekeliruan..
yala..semua serba tak kena,selalu tersilap..di alam khayalan..(aku tak amik ganja)
Apa yang aku khayalkan pun aku taktau..nak kata berkhayal nak kawin ngan Encik Bachok tak pulak..jauh panggang dari api..dan semalam..masa dalam perjalanan pi kenduri kat Kuala Nerang,Kedah,aku terima mesej dari budak opis aku,katanya dia tak pi kerja..

aku cuti la budak..hang pi la bagitau orang lain(aku tak cakap camtu pun kat dia)

Dengan segera aku sent no fon Mr Eksekutif aku kat budak tu sebab budak tu baru masuk kerja,jadi no Mr Eksekutif aku dia takdak lagi..Selang 5 minit kemudian,aku terima satu mesej,dari Mr Eksekutif..

Awat awak antar no fon saya kat saya?

Alamak..patut la budak tu asyik mesej aku dok tanya pasal no fon Mr Eksekutif aku..dan aku heran,macam mna aku boleh tersent kat Mr Eksekutif padahal aku rasa aku dah reply kat no budak tu..ajaib betul..no boleh bertukar ka?Tak pasal-pasal tadi dianggap bersubahat ngan budak tu sebab tak datang keje dua-dua skali serentak..(aku apply cuti dah nah..)

Sabtu, Jun 12, 2010

Hari Sabtu yang tak berapa Indah

Sejak aku kerja dengan TM ni,baru aku tau erti bizi bekerja..ballik lewat..hari cuti pun kena mai..balik rumah,mandi-mandi,makan-makan dan terus tidur.Takdak masa nak tengok tv,nak online tenet,dakdak masa nak belek-belek blog ni.
Dan harini hari sabtu,orang suma cuti,aku plak mai kerja..waarrrrgggghhh!
Tension gua!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!