Isnin, Februari 28, 2011

FILEM FEVERAT:I HATE LOVE STORY (2010)

Kali ni aku cerita pasal filem I hate Love Story plak..Apahal hah aku asyik cerita pasal filem hindustan ni?Tengok filem jugak la bai...Oleh sebab Sonam Kapoor,anak Anil Kapoor berlakon,sebab tu la aku nak cerita ni..Sonam punya filem tak sama macam filem hindustan yang lain,mesti ada babak menyanyi keliling bukit,redah sungai..bergolek-golek..dalam filem dia..takdak semua tu..kalau ada lagu pun just jadi lagu latar ja..Contohnya macam filem Aisha yang pernah aku tulis dulu..


Poster filem I hate Luv Storys




Ok-ok..Filem I hate Love Story ni mengisahkan kehidupan warga balik tabir pembikinan filem-filem Bollywood..Filem ni memfokuskan tentang J,seorang penolong pengarah dan Simran seorang pereka set filem yang mempunya perangai dan sifat yang berbeza.J digambarkan seorang lelaki yang bebas dan anggap cinta tu hanyalah dongeng..Hidup dia cuma tau berseronok ja..Tapi J ni seorang yang kelakar la..Manakala Simran pulak hidup dia macam dah terpengaruh dengan adegan-adegan filem-filem Bollywood sampai dia sendiri takbleh beza samada dia hidup dalam fantasi atau realiti..Tudia..punya taksub la dengan Filem Bollywood sampai jadi lagu tu noh..






Ni ialah Simran lakonan Sonam Kapoor..




Bila depa bekerjasama dalam sebuah projek pembikinan filem dari seorang pengarah yang terkenal dengan filem-filem cinta arahannya,macam-macam hal jadi antara depa berdua sampai la depa jadi kawan baik.Tapi orang kata laki dengan perempuan takleh jadi kawan baik..lama-lama akan jatuh cinta jugak.Jadi si Simran ni sudah jatuh cinta pada J sampai sanggup putuskan hubungan cinta dia dengan tunang dia yang ala-ala Mr Perfect yang bernama Raj.Tapi malangnya J menolak cinta dia kerana dia anggap cinta ni benda yang remeh dan cuma anggap Simran ni kawan baik ja..Malu dengan diri dia sendiri,Simran ambil keputusan takmau melibatkan diri lagi dengan J dari segi perkara yang melibatkan kerja la..Jadi J ni terpikiaq-pikiaq la awat la Simran jadi lagu tu..







Ni ialah J,lakonan Imran Khan



Bila dia pikir balik,dia rasa dia kesunyian dengan takdak Simran disisi dia..Lebih parah lagi..Kebanyakkan adegan filem-filem cinta yang dia ketawakan selama ni dah terkena batang hidung dia..hahahhahhaa...Jadi dia dah rasa yang dia memang dah jatuh cinta kat Simran jugak..tapi Simran pulak pi bertunang la dengan Raj.Jadi bertambah-tambah parah la si J ni bila makin banyak adegan filem yang selalu dia ketawakan dulu dah jadi sama dengan Live dia sekarang..Gila lawak la time ni..tapi lawak-lawak ada jugak yang sedih-sedih kan..huhuhuhuhu..
Tapi macam filem cinta yang lain la..Last-last J dengan Simran bersama jugak..
huhuhu..





Aku asal nak cerita pasal filem Nine Month lakonan Hugh Grant..Tah macam mana plak terpikir nak taruk filem ni..hahhahahaha..










<

HAAAA...POLITIK HAPRAK!

Sakit betul kepala otak aku..mana-mana tv kat Malaysia ni berita depa asyik cerita pasal pilihan raya ja..
Uwweeekk!! nak termuntah aku..
Tayang la cerita pasal kucing bertanduk ka..ayam berak kapur ka..belut elektrik ka..
Aku meluat ah tengok berita pasal hang kutuk aku..aku kutuk hang..Aku jual gula murah,kau tak bangga jadi melayu,aku bukan lulusan Al-Azhar...Wahahahhaha..Setiap kali ada pilihan raya ja..benda yang sama diulang,modal nak tarik undi..La ni muka Najid aku jemu..Muka Nik Aziz pun aku dah jemu...Ni semua muka-muka gila kuasa ja ni..Bukan pikiaq hal rakyat pun..Yang paling bodoh sekali golongan tua-tua kroni depa la..Memang bodoh piang..hahahahha...

Masa pilihan raya boleh la mai melawat rakyat la konon..prihatin la konon..habis pilihan raya..bau badan pun takdak..hakk tuiii!!

Mak..cheq minta maaf..walaupun ceq daftar mengundi..tapi ceq tak sokong mana-mana..nasib la sapa-sapa pun yang ceq pangkah tu..Kita tunggu pilihan raya akan datang nohh...

Kepada Rakyat Kerdau dan Merlimau..selamat mengundi orang-orang tua tu semua..hahahahhahahha..

DIRA ABU ZAHAR BIBIK AKU

Tadi aku aku bizi..takdan aku nak cerita hal mimpi aku semalam..





Semalam aku mimpi,aku dah kawin siap ada anak seorang lagi.Tapi aku tak pasti laki ka perempuan.Watak yang jadi laki aku dalam mimpi tu pun tak wujud..Yang aku tau,aku dah ada anak dan aku rasa dalam mimpi tu aku mybe dah naik pangkat kot sebab aku dah naik keta jenis MPV...Cayalah..yang pasti aku naik Hariier(pasal harrier ni aku termimpi sebab petang kelmarin aku naik Harrier kaler putih dengan makcik Fina aku..sampai terpiat-piat dalam mimpi..hahahahha).Oleh sebab hidup aku bizi gila kalah perdana menteri samapi makan nasi pun sambil bawa kereta.Aku amik seorang bibik dari Indonesia yang aku upah untuk jaga anak aku yang seorang ni..



Tapi tu la..Bibik aku yang muka macam Dira Abu Zahar tu(tak ke pelik mimpi aku,bibik aku muka macam Dira Abu Zahar..hahahhaha) macam bibik-bibik yang lain.Malas nak mampus..tahu tengok TV ja...last-last lari dari rumah aku ikut jantan..tinggal anak aku sorang-sorang kat rumah..Tu ja yang aku ingat mimpi aku..lain-lain tak ingat..

Gila macam realiti la mimipi aku..Isshh!



Hang nampak dak kamera video ni??aku hempuk palo mu kang!! suko-suko hati dio ja kata aku ni bibik hang!!

ADAKAH HIDUP AKU MEMBOSANKAN TAHAP CIPAN?

Ada seorang kawan pernah cakap dekat aku,dia lihat life aku masa aku sebagai student dulu adalah life paling bosan dia tengok.Kemudian dia tanya aku,aku tak rasa bosan ka dengan life aku tu?Aku tanya dia balik..Bosan macam mana tu?Aku rasa biasa ja..Dia suruh aku ingat dan fikir balik adakah aku rasa life aku sebagai student dulu tu bosan ka tak bagi aku..
Jadi aku pikir sejenak..


SEMESTER 1

Apa yang aku ingat masa aku Semester satu dulu,hari-hari aku lalui rutin yang sama ja kat hostel mahupun kat kelas..Setiap hari dari hari Ahad(aku belajar kat kedah,jadi ahad ada kelas..) sampai ke hari khamis,apa yang aku buat hari-hari ialah pagi-pagi lepas bersiap ja aku pi kelas,pukul 1 aku rehat pi makan kat cafe..then berjalan balik ke hostel..Mandi-mandi..rehat kejap kemudian bersiap balik pi kelas plak untuk pukul 2 petang..Kalau tak kelas lepas pukul satu tu..aku balik bilik ja terus tidoq..Petang baru bangun,mandi-mandi..pi cafe untuk makan,then balik bilik..rehat kejap tak pun sembang gila-gila dengan roomate aku,pukul 8 malam start study,pukul sebelas malam tidoq.

Kalau hari cuti jumaat sabtu plak,pagi-pagi aku bangun terus pi basuh baju..sidai baju..mandi-mandi,kemas bilik(padahal roomate aku yang kemas..aku tengok ja..macam cilaka ja perangai..hahahaha),tengok movie kat pc sampai muak(Aku tak beli laptop pun macm budak lain walaupun abah nak beli satu kat aku..aku anak yang baik kan..?hahahhaa),pi bilik Suphai menyembang sampai mahgrib..lepastu macam biasa study dan buat asaimen dari pukul 8 sampai pukul 11 malam,pastu tidoq..


SEMESTER DUA

Rutin yang sama setiap hari macam Semester satu tak berubah sikit pun Kecuali ada la sehari tu,hari sabtu aku pi tengok wayang filem X-men dengan Suphai kat Bukit Mertajam(dekat sangat dengan tempat aku kerja la ni..panggung wayang tu pun tak wujud dah..hahahaha).Tu pun aku call mak dulu minta izin nak pi tengok..kalau mak tak kasi memang aku tak pi sebab aku memang selalu tengok wayang dengan adik-adik ja..abah hantar kami,lepastu masa balik abah mai amik kami..sampai la aku besaq gajah pun macam tu la..Sebab tu masa belajaq aku macam tak heran ja pasal nak keluaq tengok wayang tu....Jadi sekali tu ja la aku pi tengok wayang dengan kawan-kawan..lepastu rutin harian aku macam biasa balik..

SEMESTER TIGA

Time ni aku buat praktikal kat sebuah tapak bina sebagai penyelia tapak..Kami ada 6 orang budak praktikal student time tu dari pelbagai IPTA..macam biasa,aku lebih suka lepak kat opis makcik aku(company yang aku praktikal tu adalah tempat yang sama makcik aku kerja) layan youtube..Takpun tidoq dalam kabin ja..hahahahaha..Sekali-sekali join budak-budak tu buat gila kat site orang lain..Imah Bachok turut serta..hahahahaha..


SEMESTER EMPAT

Aku tak dapat dok kat asrama dah time tu..aku dok menyewa ja dengan kawan-kawan.Sama macam Semester Satu dan Semester Dua aku punya rutin..Takdak yang berubah.Sampai kawan serumah aku pun heran,sebab aku ada kereta dan ada motor dah time tu..tapi tak pernah depa tengok aku nak hanging out dengan kawan-kawan ka..pi lepak kat mana-mana ka..pi berjalan-jalan kat mana-mana ka..overnight kat mana-mana ka..macam depa tu,heng sana..heng sini..Tak nampak rupa seharian,takpun 2 3 hari baru nampak muka..Yang aku tau...tengok DVD ja...tak pun balik rumah mak aku,ajak adik-adik pi berjalan-jalan..Dan aku agak jujur jugak la dulu..nak pi mana-mana pun walaupun mak dok jauh,still akan call mak minta izin dulu..kalau mak aku tak kasi..aku tak pi la...hahahhahaha....



Jadi..bila aku ingat balik semua tu..agak bosan jugak la hidup aku...hahhahahahahha..
Tak banyak sangat kenagan aku dok keluar dengan kawan-kawan ka..hapa ka..Sebab kawan-kawan baik aku lebih kurang macam aku ja perangai..Yang kami tau,dok buat gila..buat bodoh dalam bilik..penuh bilik aku dulu dengan kawan-kawan baik yang sama perangai dengan aku..hahahaha..Tapi rasanya tak bosan kot..Tu cara aku habiskan masa dengan kawan-kawan aku..

So,kalau hang rasa hidup aku bosan..itu hak hang..tapi aku rasa hidup aku tak bosan langsung..sebab tu la cara life aku..aku dah biasa..nak bosan macam mana kan..Hahahahahahhaha...

PBA..OHH..PBA

Awat tak boleh bayaq bila ayaq ni??
Arrggghh...
Ni nak marah ni..bengong punya laman web..
menyusahkan orang,bukan nak senangkan orang lagi..
PBA..Hampa ejas la elok-elok sistem pembayaran bil hampa ni...!!!

Ahad, Februari 27, 2011

DOREAMON

Dulu..time aku sekolah menengah duu..minat tengok kartun Doreamon dah diperturunkan kan adik bungsu aku,Azhan.Selain tu,abah aku pun minat Doreamon jugak sampai beli Vcd-Vcd cerita Doreamn.Dolu-dou layan VCD a kan..hahahhahaha.Jadi,setiap pagi sabtu dan ahad ja bila aku celikkan mata aku,mesti aku dengar suara-suara ni..

"Doreamon..tolong sayeeerrr(sambil buat suara Nobita)"
Takpun suara macam ni..

"Saya ada sesuatu untuk awak..lampu suluh serba guna!!!(sambil buat suara Doreamon)"
Ataupun suara macam ni..

"Apa??? Awak sengaja mainkan sayeerr yer Nobita??awak nak kene ni...(sambil buat suara Giant)"

Atau..

"Papa saya baru balik dari Hongkong..Dia beikan saya video game terbaru dari sana..papa dan mama memang sayangkan saya..(sambil buat suara Sinyu)"
Atau...

"Kesianyeerrr awak Nobita....(sambi buat suara Shizuka)"


Lama-lama..suara-suara tu dah tak muncul lagi setiap kali aku buka mata pada pagi ahad dan pagi sabtu seiiring dengan tumbesaran Azhan dan usia abah yang makin meningkat masuk ke kategori warga emas..hahahhahahahhahhahaha....
Tapi,pagi tadi bila aku celikkan mata aku ja..aku dengar balik suara-suara tu sekali dengan muzik dia sekali..Aku syak mybe aku mimpi ke zaman dulu..Tapi bila aku keluar bilik ja,memang betoi abah dengan Azhan layan Doreamon..huhuhuhu..Biaq betoi!!
Nampaknya lepas ni setiap pagi sabtu dan ahad ja telinga aku dok dengaq suara-suara halus ni jela..hahhahaha





Dulu masa zaman aku kecik-kecik Doreamon tayang kat TV2 setiap pukul 7.30 malam..
hahahhahaha..aku pun minat Doreamon jugak..hahahha

DALE JAMBE PUN TOK SENE...!!

Tadi,masa aku tengah membonceng motor dengan Paksu dari rumah tok ke rumah aku,tiba-tiba paksu tanya satu soalan kat aku..

"Mira..paksu nak tanya hang sikit ni..."

"Haaa..apadia..?"


"Awat orang perempuan ni..bila dia call kita,kita tak jawab panggilan dia,dia akan call kita berkali-kali sampai berpuluh-puluh missed call..pasai pa hah?"

Aiikkk..macam kena batang hidung aku ja ni..Aku pun jawab la..

"Haaaa..Sebab rasa risau la..yala..kita call,tapi tak jawab..mestila rasa risau tiba-tiba..buat apa,pi mana,ada apa-apa jadi ka sampai tak jawab talipon kan..Kami pun macam tu jugak la dengan ameer(Incik Bachok la tu..hahahhaha)"Jawab aku sekali dengan pengakuan gitu..hahahahhahaha...

"Habis tu,hampa dok call macam tu,dia kata apa?"

"Bila dia jawab ja mesti dia kata camni..Ishh..tipon-tipon banyok-banyok kali..ingak ore pekok ko?nak berak kat jambe pun tok sene..dok berbunyi slalu!! geram betul la..!!!"

"Hahahhahahahhahahha.."aku pun gelak sakan lepas jawab soalan paksu.Paksu pun gelak sakan sampai kami nyars-nyaris terbabas masuk dalam bendang.Gila betoi..
hahhahahahahhhahahhaha

ULANGAN

Akhirnya...
Astro tayang jugak drama Kashaf Imani..
Baik punyerrr..!!


Layan sat

Sabtu, Februari 26, 2011

PENYATA KWSP

Loh....
lupa taruk penyata KWSP kat borang permohonan nak beli rumah plak dah..
Dah aku dapat surat dari bahagian perumahan suh hantar borang KWSP plak..
Aduh!! nak kena pi pejabat KWSP la plak...Naya..naya...

Jumaat, Februari 25, 2011

LUPA HAL MIMPI SEMALAM

Semalam aku ada mimpi pasal aku kembali ke kerjaya kat tapak bina.Kerjaya sebagai Kerani Tapak kat sebuah projek membina empangan besar kat belah Sabah atau Sarawak kalau diikutkan cara percakapn mimpi aku tu la..Tapi aku tak ingat sangat apa yang aku mimpi..Sebab tu la aku tak tulis pasal mimpi aku tadi..Sebenaqnya bukan semua yang aku mimpi aku akan ingat.Ada sesetengah mimpi aku aku lupa terus..atau pun ingat sikit-sikit..Kalau bernasib naik,aku akan ingat semua perjalanan mimpi aku.

Macam kes mimpi semalam,yang aku ingat,aku kembali kerja kat tapak pembinaan sebgai Kerani Tapak(macam aku kerja dengan Incik Arkitek Dulu laa),turut ada 3 4 orang lelaki yang aku syak sebagai rakan sekerja..Beberapa orang pemuda yang bercakap dalam bahasa aku aku kenalpasti sebagai bahasa belah Sabah Sarawak sana,banjir yang buat empangan yang masih belum siap tu pecah,Sebuah titi gantung yang tinggi dan panjang mengadap empangan dan seorang hero yang menyerupai Yassin Senario yang selalu bawa jala brsama dia..Huuiii..Tu dia mimpi aku macam tu la semalam..Yang aku ingat banjir besaq melanda dan Yassin Senario selamatkan kami pakai jala dia saja..hahahahhahahaa....
Apa punya mimpi daa...Pelik gila..




Haaa..korang jangan main-main,selain dari watak bang pulis..aku pun bleh jadi superhero yang menyelamatkan orang pakai jala ja..tak main la pistol-pistol canggih..heh!

S,malam ni jangan la mimpi mengarut lagi..mimpi la yang best sikit..mimpi aku jadi jutawan ka..hahahahahahha


OH YEAH! TERBAIK

Sekarang ni memang aku tergila-gila betoi la tengok cerita Oh Yeah! kat Astro warna..Kadang-kadang lawak depa tu buat aku gelak sakan samapi nak terkencing..hahahahaha..Tah pape betulla..Dalam-dalam banyak-banyak segmen aku paling suka segmen sentap..samapi gaya tu pun dah jadi ikutan kat Raja lawak..Plezz la..tak larat nak gelak..Ni salah satu adegan yang ada dalam Oh Yeah!





Hadoiii..tak boleh tahan la tengok Malik Noor buat gaya bapuk..Geli aku..hahahhahha...

JUMPA ARWAH TOKWAN

Incik Bachok sempat jumpa tokwan aku sebulan setengah sebelum Arwah Tokwan meninggal..Kenapa tiba-tiba ja aku terpikir hal tu..??
Sebab tiba-tiba aku teringatkan Arwah dan tahun ni masuk tahun kedua dia meninggal dunia..Tapi macam rasa dia masih ada lagi dalam keluarga aku dengan kenangan-kenangan dia.
Aku rasa syok jugak la sebab arwah sempat melihat lelaki pilihan aku..
Huhuhuhuhuhu...

Masa Incik Bachok jumpa arwah,suasana agak kelakar sikit agi aku sebab Arwah tersenyum sampai ke cuping telinga aku rasa sambil bersembang dengan Incik Bachok sambil bertanya itu ini..Incik Bachok plak?Muka serius blur sepanjang masa..hahahhhahhahahahha!
Adoila..lawak la time tu..aku nak tergelak gila..tapi aku tahan jugak la labu...Sebab masa tu masih malu-malu lagi dengan Incik Bachok sebab baru 4 bulan kapel..Sekarang ni?heh! Tarak pasai nak malu..makan pun tak cover dah..main hantam ja....hahhahhahahha...


Hmmm...Bulan 4 ni genap 2 tahun Arwah meninggal..Rasa sedih plak bila pikir..huhuhuhuhu..

KEJORA DAN BINTANG KONON..!!

Sekarang ni bila aku balik ja dari pis,masuk-masuk ja dalam umah,mesti mak aku layan Astro Ria layan sinetron Kejora dan Bintang.Aku pun taktau la sapa pelakon dia..Aku tak kenal langsung.Yang aku kenai Baim Wong ja..




Waduh..gue rasa terharu sekali kok Miss Poyo hanya kenal aku aja dlm banyak-banyak pelakon Kejora dan Bintang..hikhikhik..


Aku kenai dia pun sebab aku tengok muka dia nak macam pelakon Hongkong yang nama Daniel Wu tu..hahahhhahaha..


Aku meluat gila la nak tegok cerita Indonesia ni..Meleret-leret gila...nyampah..Kalau adegan terkeut..muka tu over terkejut gila dengan muzik jeng...jeng..jeg depa tu..huuii...







Ni aku nak marah ni!! aku punya hensem gila Miss Poy cakap macam Baim Wng..Apa kelazzzz!!

Tapi tu la..bila hari-hari dk dengar lagu dia..last-last aku terberkenan plak kat lagu dia..hahahahhahahhahaha..






Ok..cau layan Raja Lawak!!

HOBI YANG DAH LAMA DITINGGALKAN

Awal tahun lepas...Bila hujung mingggu ja mesti aku pi perpustakaan Seberang Jaya untuk layan buku kat sana.Apa?ingat student ja ka bleh layan pi library?aku yang bekerjaya ni tak bleh?hahahaha..Mana-mana buku yang aku rasa nak pinjam dan baca aku main pinjam ja asalkan berilmiah..Tak semestinya nak kena baca novel ja..yer tak??Kalau aku nak baca novel pun aku lebih suka novel penyiasatan berbahasa Inggeris ataupun novel Inggeris di alih bahasakan..hohoho..Tapi tu la..sebab aku dok pi library selalu aku rasa kerani tu pun dah mula kenai aku.Kadang-kadang kalau Incik Bachok ada masa,dia teman aku jugak mai library ni walaupun dia bukan nak mai baca pun..saja temankan aku..Lagi pun ada buku yang tak boleh dipinjam tapi hanya boleh dibaca kat library sahaja iaitu Sulalatus Salatin karya Tun Sri Lanang.Aku dah la suka sejarah-sejarah ni..hihihihi..




Tapi tula kan..Lepas tu mula sibukdengan kerja..kadang-kadang hari minggu digunakan untuk rehat kat rumah ja..Tak pun bawa adik-adik berjalan-jalan..Tinggal macam tu ja hobi aku tu..

Tapi aku rasa aku nak sambung balik la hobi melepak kat library..Esk Incik Bachok tak kerja...cuti,bleh heret dia sekali..hahahhahaha

SAMY VELLU DALAM KENANGAN

Ini adalh emel lucu yang aku terima dari seseorang dari akbar The Star..
Mengenai Sammy Vellu..
Sebenarnya..Kebanyakkan pekerja Akbar The Star adalah dari kaum India..
Thank ya...


DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years.


Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, "We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color .. sometimes a bit too much color". Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.



1. Samy Velu quoted on Pos Laju:


"Besoh kirim, hari ini juga sampai"



2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:

"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"



3. Samy said in one of his "ceramah":

"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"



4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:

"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"



5. During water crisis :

"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"



6. On social society's problem:

"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dada (sepatutnya dadah)"



7. During blood donation's program at Sungai Siput:

"Marilah kita semua menderma dara (sepatutnya darah)"



8. His welcome speech in most of his functions:

"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been "saudara-saudari" Bila masa kita sedara dgn dia ?)



9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:

"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"



10. At an opening ceremony for a new building :

"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"



11. His outrage (marah) with PAS :

"Saya tersangatlah kesal kerana PAS suka mengelar saya sebagai kafir. Ayoyo Amaaa......Saya bukan kafir, saya pun ada agama juga ! Orang kafir orang yang tiada agama !"



And of course the world's greatest joke of all times:



"Kita akan bina roket pigi matahari."

One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"



Memang betul pun bila di pikirkan balikmemang lucu jugak mamat ni walaupun dia tak maksudkan pun nak buat lucu kan...hahahahahhahahhahaaa...


Saya tarak sangka u worang ingat saya..saya suda terharu la ini macam..tskk.tsk..

BUNCIT

Waahhhh..
Awat perut aku buncit teruk sangat nih!!!
Benci-benci..benci!!!!

Khamis, Februari 24, 2011

MASALAH LINE

Ni awat plak ni??Apa hal plak ngan line MAXIS ni??
Tiba-tiba ja buat hal...Haiishh..ni nak hangin ni..
Tadi elok ja main mesej ngan Incik Bachok..Tetiba ja takleh mesej ni..No network Coverage kepala bapa Ananda Krisnan la....!! Nak kata aku tak bayar bill,semalam baik punya online Maybank2u bayaq sampai seratus lebih..Haii..tak pueh ati betoi laa..

Call pun takleh..Lepas tu..setengah jam kemudian..Incik Bachok plak hantar mesej..tanya aku pasaipa dia nak call aku pun takleh??Bila aku nak blas n buat panggilan..takleh plak..parah..parah..
Yang hairannya no bukan family plan boleh plak call n mesej tanpa prejudis dan syakwasangka..Aku tak puashati betoi la..dah banyak kali jadi ni..


Hiyaarrrrrkkkk!!




Guna la DIGI..Baik punyerrr!!


Haaa..tengok..aku baru ja nak post entri ni..tetiba ja kat hanset aku tulis mesej delivered untuk nombor Incik Bachok..Lepastu dia call..


"I rasa line kita wat hal ni...rasa nak belasah orang jek.." Amboi..mentang-mentang la tadi ngaku dia Sivaji..Lepastu nak blasah orang ja.

Ni berbalik pada line MAXIS ni..macam tau-tau ja aku tengah panas...dan-dan kasi ok line..ada guna bomoh ka?





Ayoyo Kitci..tak baik la itu macam cakap saya pakai bomh jugakk..Saya ada sense of humor la..eh..bukan-bukan..sixth sense la..kalu saya punya custumer ada hati manyak marah..saya punya hati buleh detect la..itu pasal saya kasi tau sama saya punya staff kasi ok you punya line..hehehe..

I LA SIVAJI THE BOSS TU...

Tengah baik punya bersembang dengan Incik Bachok,tiba-tiba ja dia luahkan perasaan tidak puas hati dia kat aku.



"I geram betoi la kat pakgad Kondo I ni.."



"Awat plak dah..?"



"Pakgad yang lama tu,dari jauh ja bila nampak keta I terus ja buka gate kat I.Pakgad baru ni,I sampai depan gate pun tak buka lagi..lepas tu siap tanya lagi I ni penduduk sini ke tak..Dia taktau ke I ni gangster kat Perda ni..??Geram betul la.."



"Hahahahahaha..Gangter konon..kira U ni bajet Sivaji The Boss la ni?"



"Haaa..I la Sivaji The Boss tu..."



"Hahahahha..Elleh..perasan nak mampuih! hahahhaha.."



Kalo itu budak Bachok manyak terer macam aku..dia buleh ka buat gaya aku macam video kat bawah ni?












Tak tahan aku nengoknya....hahahhahahahhahahha

INI BUKAN ANGAN-ANGAN MAT JENIN

Aku ni gila rasa tak sabaq ni pasai hal beli rumah tu..Bulan ni 3 atau 4 ni dapat la keputusan dia..Kalau berjaya Alhamdullilah..

Dulu Incik Bachok selalu gelak kan aku bila aku berangan-rangan nak beli rumah sampai berbiji-biji..kata dia aku ni suka berangan Mat Jenin.Kerja pun tak tentu lagi tetap ka dak..Tapi Tengok Incik Bachok..Ini bukan angan-angan mat jenin tau..Ni angan-angan sekali dengan usaha..hahhahahahahha..
Wah..rasa dupdap-dupdap..Kalau tak berjaya usaha lagi sampai dapat!!!

REVENGE OF THE KING COBRA:AKU DAN SHAH RUKH KHAN YANG BUTA

Aku tinggal kat satu bangunan.Tak pasti samada tu sebuah asrama atau sebuat flat atau apartmen.Yang aku tau,bangunan ada banyak-banyak bilik.Dan aku salah seorang penghuni yang dok kat situ.Bilik aku besaq gila..aku rasa bilik yang lain-lain pun sama la..tapi aku tak berapa kenai sangat la jiran-jiran aku.Balik kerja ja naik lif..samapi kat tingkat aku dok,terus masuk bilik aku yang lengkap dari segala segi,dapur pun ada..ahhahahahha..Lepas ja dok baring rehat-rehat sat,aku pun nak pi mandi.Yang peliknya bilik ayaq tak sekali dalam bilik aku.Bilik ayaq kat luaq..macam bilik air asrama plak..huhhuhu..Jadi aku amik tuala..bawa kelengkapan mandi.Sampai ja kat bilik ayaq..aku pilih bilik mandi yang hujung sekali,memang habit aku dari masa sekolah asrama dulu lagi aku akan pilih bilik mandi yang hujung..huhuhu..


Setel ja mandi,aku keluar dari bilik mandi dalam keadaan berkemban,bajet nak pi cuci muka kat sinki la..Takdan nak start cuci muka aku dengaq orang beRjalan nak masuk bilik ayaq..Huii...gempaq jugak la..aku pandang kat arah pintu masuk..
Tengok-tengok ada seorang lelaki buta bertongkat masuk dalam bilik air dan lelaki tu adalah Shah Rukh Khan..Deyyyyy! apahal plak Shah Rukh Khan buta ni..apa ke pelik gila aku rasa..Dengan pakai spek mata hitam,dia jalan pelan-pelan masuk bilik air ni..takut tergelincir la kot tengok gaya dia tu..Jadi aku diam ja..takmau dia tau pulak aku ada kat situ sama..hahahahha..Tapi tah macam mana aku tertepis plak pencuci muka aku yang ada kat singki jatuh atas lantai..(macam filem seram plak adegan..huhuhuhu).Bunyi pencuci muka jatuh kat lantai buat dia terkejut..

"Sapa tu?"
Dia menyoal..ahahahaha..Shah Rukh Khan cakap melayu pulak dah..Mentang-mentang la buat pengambaran kat Melaka baru-baru ni..dan-dan pandai cakap melayu konon..Tapi aku diam ja..mana boleh bersuara..Satgi dia tau aku ada dalam ni.Aku dia ja..Yang dia punya tangan plak tergapai-gapai sambil dok soal sapa tu..sapa tu..sampai nak dekat dengan aku..aku pun berunduq la sikit demi sikit takut dia tersentuh aku..tah macam mana aku tergelincir..jatuh hamppa nak tau atas lantai..terduduk plak tu..sakit pungkoq aku..Shah Rukh Khan apa lagi..terus dapatkan aku..dia pegang kepala aku..



Apahal aku buta plak ni??Siku kang haaa..




"Owhh..ada orang ka..aku ingatkan takdak.."Lepas tu dia senyum..Fulamak wa cakap lu..Lesung pipit dia timbul dah..boleh gila bayang macam ni..hahahahha..Lepas tu tangan dia teraba sampai bawah.Aiippp!! jangan salah sanggka..Teraba sampai bawah hujung rambut aku la..hahahahahaha..Tiba-tiba muka dia berubah..

"Perempuan ka ni???"
Soal dia panik..Aku pun cakap yaa...Dia plak kali ni jatuh terduduk..hahahhahahaa..


"Ni bilik ayaq pompuan ka?Dia soal aku..

"Haa..betul la tu..."aku jawab balik..

"Lohh..minta maaf la noh..aku taktau.."
Ni apahal plak Shah Rukh Khan cakap Penang pulak.hahahhahhaha..Jadi dia pun amik keputusan nak nak keluar dari bilik ayaq ni..Takdan dia nak bangun,kami dengan macam sekumpulan orang perempuan dari luar mai..Aku syak tu mesti perempuan dari bilik lain sama mai..Jadi aku takut kalau depa mai masuk bilik ayaq ni,tengok perempuan dengan laki dok berdua-dua..dengan aku ni berkemban baik punyeerr sempoi..yang Shah Rukh Khan ni buta pun ingat tak kena cop bermukah ka?Aku pun lari masuk salah satu bilik mandi kat situ..Shah Rukh Khan pura-pura pengsan..hahahahhaa..Jadi aku tengok depa yang seramai 5 orang tu terkejut tengok Shah Ruk Khan pengsan..


"Loh..ni jiran bilik seblah ni..dia buta,..kesian..mesti tersilap masuk ni..terjatuh..lepas tu jatuh pengsan plak...."

Salah seorang dari 5 orang budak pompuan tu bersuara..Aku dalam bilik mandi ni rasa lega..Tiba-tiba aku dengar suara seorang lelaki menjerit..Aku rasa bukan aku ja..Depa puun dengaq sama sebab depa buat reaksi muka terkejut.Yang bestnya,si Shah Rukh Khan yang buat-buat pengsan tu terus bangun berdiri terkejut..AKu pun sebenaqnya terkejut teruk jugak sampai terkeluaq dari bilik mandi tu..Walaupun reaksi depa bertambah-tambah terkejut bila tengok aku yang tengah berkemban ni muncul,Tapi depa tak peduli..Pakat-pakat lari keluaq dari bilik ayaq,pi bilik ayaq lelaki kat sebelah ni..Sebab memang bunyi jeritan tu memang sah dari bvbilik tu..Shah Rukh Khan pun turut serta..AKu yang pimpin dia..cissss!!


Bila kami masuk ja dalam bilk ayaq lelaki..kami tengok seorang lelaki terbaring dengan ada kesan patukkan ulaq kat leher dia..Turut ada kat situ seorang ular tedung atau dalam bahasa Inggeris,Cobra tengah pangung baik punya mengembangkan kepala dia..Besaq gila ulaq tu..warna dia hitam gelap...Kami pun menjerit dan lari lintang pukang..Aku pun sama la..dengan berkemban..lari lintang pukang jigak..nak kena pimpin Shah Rukh Khan yang buta ni plak..Adoyai...Sampai ja kat lif..Budak-budak tu tak tunggu kami..Terus ja tutp pntu lif..Cilakak!! penting diri sendiri..Dah la hujan kat luar sana..tiba-tiba ja bekalan elektrik putus plak..bergelap la kami..dalam dok takut-takut tu..kami jalan jugak nak turut kat bawah guna tangga..Masa tu dari tangga kami tengok orang dari tingkat-tingkat lain pun lari lintang pukang..Punya la banyak ulaq tedung berkeliaran dalam bangunan ni..Takuntnyaa!!


"Macam mana ni Cik??!!"Soal Shah Rukh Khan panik.Aku hanya geleng kepala walaupun aku tau dia bukan nampak pun..huhuhuhuhu...

"Berapa ekoq ulaq yang ada ni Cik??!!"Dia soal aku secara panik sekali lagi..


"Ada beratus jugak la.."Jawab aku..Memang nampak banyak ular la menjalar kat setiap tingkat bangunan.Aku dengan Shah Rukh Khan berusaha la nak lepaskan diri kami dari jadi mangsa patukan ular-ular tu.Tiba-tiba Aloyah muncul depan kami dalam keadaan bercahaya..


"Kak Long..bangun..iron bangun kat Azhan nohh..!!"
Jeritan Aloyah kejutkan aku dan Shah Rukh Khan...Tapi tiba-tiba ja Shah Rukh Khan hilang...

"Wooii..bangun la..!! "Aloyah jerit lagi..Serta merta aku terjaga la..huhuhuhuhu..


Isshhh..Tak best gila la..bila mimpi best ja terus ada gangguan.Aku rasa aku terpengaruh dengan filem Revenge Of The King Cobra yang aku tengok semalam dengan Aloyah kat Box Office ni..teruih mimpi tu..hahahhahaha...


Poster Revenge Of The King Cobra yang aku tengok semalam..

Rabu, Februari 23, 2011

GAJI LAGI..APALA..

Baru je check online Maybank aku..
Waaa....gaji tak masuk lagi...
Waaa...........

Apala nasib hamba ni..duit cukup-cukup sampai hari ni jaa...
kalau esok memang takdan dah..huhuhu...
Apala...apala..apala..

FUH!!

Sejak Mr.Eksekutif takdak ni..Sebulan dia takdak start hari Isnin lepas..Keadaan macam haru biru ja..kerja jadi berlambak..Dia yang masuk kem Wataniah ni main pakai bagi emel ja..Mira buat itu..Mira buat ni..Kadang-kadang bertubi-tubi takdan nak tepis aaiihh..Lepas tu dengan arahan-arahan yang dia bagi suruh aku sampaikan kat staff lain lagi..Jenuh nak jawab pertanyaan depa balik plak dah..dah la aku technician ja weii..banyakWaaa...



Kalau la aku ada Ijazah..Mesti aku dah layak dok tempat Mr.Eksekutif ni..hahahahhahhahaha..

Selasa, Februari 22, 2011

ANAK MAMI MEK ANI...

Aku tengah tengok Drama Anak Mami Mek Ani ni..Adoii la...bila anak mami mai Kelantan..lagi haru biru..tak larat nak gelak...hahahha

SUDIRMAN




Semalam aku dengan abah layan History Channel.Kali takdak pasal perang-perang dunia pertama ka..perang dunia kedua ka..perang Vietnam ka..Kali ni History Channel tayang plak Kisah hidup Sudirman Arshad.Waahh..rasa sebak jugak la bila tengok kisah hidup dia..Merana sampai la dia meninggal..Mak cakap,dia tak percaya bila ada orang cakap Sudirman mati sebab AIDS.Dan mak cakap salah satu sebab Sudirman mati sebab cinta..Semua orang tahu Sudirman memang sayang betul kat bekas bini dia..Kebanyakkan lagu yang dia nyanyi untuk bekas bini dia tambah-tambah lagi selepas depa bercerai..Huhuhuhuhuhuhu...Susah ooo nak cari lelaki yang setia macam Arwah..huhuhu..


Pagi tadi,dalam perjalanan ke tempat kerja,aku dengar HOTFM.Depa siar lagu-lagu Sudirman sepanjang 3 jam dari pukul 7pagi tadi lagi tamat pukul 9 pagi satgi..Waahhh..suka betul pakcik-pakcik kat opis bila depa dapat dengar lagu Sudirman..Nostalgia kata depa..Memang betul la kata abah lagu Sudirman ni kadang-kadang macam terkena dengan kisah hidup sesiapa saja....
Contoh paling glamer sekali ialah lagu Aku Penganggur.Abah cakap bila dengar lagu tu..dia teringat zaman menganggur dia..huhuhuhuhu..Taktau nak sembang apa dah aaiihhh..Masa dia hidup aku bukan lahir lagi..lepas tu masa dia meninggal tahun 1992..aku pun kecik lagi...takdak kenangan apa nak cerita..huhuhhu..


Al-Fatihah Untuk Arwah Sudirman Arshad

Isnin, Februari 21, 2011

KIDTUNG TU MAKSUDNYA RINDU

Salah seorang kawan baik aku ialah seorang perempuan(tak boleh sebut budak perempuan dah..hahahahha) berbangsa Siam berasal dari Kelantan..Rumah dia dekat dengan Pantai Tok Bali.Nama dia Suphai dan sekarang di bekerja sebagai Juruukur Bahan kat belah Pulau sana.Suphai ni muka dia macam Farah Fauzana versi kurus..hahahhahahhaahha..Suphai kapel dengan seorang lelaki berbangsa Sikh moden yang berasal dari belah pulau sana gak..huhuhuhu..
Dulu Suphai selalu cakap..

"Mira..kita ni dah terbalik..aku kapel dengan orang Penang..Hang dengan orang Kelantan..Memang kawan baik la.."

Dengan dia dan tiga lagi kawan baik aku kat Politeknik(kawan baik satu kelas..yang lain-lain kelas ada gak..hoohoho) aku selalu buat gila..Selalunya depa tau gelak ja..Aku yang buat lawak..hahahahhaaha...
Suphai ni kalau pi bilik dia ja..mesti dengaq lagu Siam ja..Sampai Roomate dia si Inbamalar yang berbangsa India tu pun dah mula pandai menyanyi lagu siam..huhuhuhu..Aku pun sama la..karok sekali melalak dalam bilik dia..Dalam banyak-banyak lagu siam yang ada dalam playlist laptop Suphai..Aku paling suka lagu ni..



Suphai bagitau aku maksud lagu ni ialah kerinduan seorang lelaki terhadap sahabat baik dia seorang perempuan...Tapi Suphai bagitau aku,kalau dia dengar lagu ni..Mesti dia ingat aku..huhuhuhu..Terharu gila..Jadi aku pun bila dengar lagu ni ja mesti ingat Suphai..Tapi tu la kan..nama ja bekerja dalam satu negeri tapi haram yak jumpa lagi pun sejak Suphai mai pindah sini awal tahun ni..Huhuhuhu..Masing-masing bizi dengan kerja tambah-tambah Suphai terikat dengan projek-projek pembinaan..huhuhu
Bila la kita nak keluar berjumpa Suphai oiiii??Buat gila macam zaman remaja kita dulu..
Ewaahhh!!!

KERA TARIK RAMBUT AKU

Masa aku kecik-kecik dulu,abah aku kerap bawa aku pi Zoo..Cakap la Zoo kat Semenanjung Malaysia ni,semua aku dah layan pi terutama sekali yang paling kerap kami pi Zoo Taiping.Sebab Taiping dekat dengan Penang...hahahahhaa..Jadi mak bagitau aku sejak baby lagi abah dah rajin bawa aku ke Zoo walaupun aku taktau sepatah apa menatang sekoq pun..Apala seorang baby tau kan..tau tengok jela..



Satu hari,masa aku umuq 3 atau 4 tahun,abah dengan mak bawa aku ke Zoo lagi.Itu jam aku dah paham sikit dah apa benda menatang berbulu yang abah dok tunjuk-tunjuk kat aku.Dok pusing punya pusing dalam Zoo tu,tibalah kami 3 kat sangkar Kera.Kera semua orang tau dia adalah spesis ape.Badannya sederhana kecil,berbulu dan berekoq panjang baik punya warna kelabu nak coklat.Jadi abah aku dekat diri dia yang dekat dukung aku tu kat sangkar kera...

Gelak mengekek aku bila kerana tu dok buat aksi lucu sehinggala tanpa disedari ada seekoq kera ni dah mai rapat baik punya kat jaring yang jadi pemisah antara aku,abah dengan kera..Baik punya tengok anak kera tengah menetek..Tiba-tiba kera yang dah dekat dengan aku tu tarik rambut aku..



Adoyaii..sakit gila..Sambil dia tarik..dia dok buat bunyi auk..aukk.aukksambil muncungkan mulut dia..Haii..sapa-sapa pun boleh bayang kera kalau buat mulut muncung macam mana..hahahahhahahaha..Punya kuat dia tarik rambut aku sampai rasa macam nak tercabut kepala..Sakit siot baii..Menangis ,meraung aku kat situ jugak.Abah aku pun tarik baliik kepala aku ..jadi lawan tarik menarik la antara abah aku dengan kera tu,..Yang mak aku dok terjerit-jerit..Orang ramai pakat mai..pakat-pakat jerit sama..bukan mau tolong..Abah aku yang dok pulun tarik kepala aku..Kera tu tarik rambut aku..wooii..ingat aku tali ka..huhuhuhuhu..



Last-last penjaga Zoo mai tolong.Macam mana dia buat aku taktau la sampai kera tu lepas rambut aku..Tu pun rambut aku segenggam dapat kat tangan kera tu..Botak kepala aku...hahahahaha..
Cilaka kera..aku yang masa tu boleh dikata kategori comel macam barbie terus tak comel..hahahahhahahha..


Jaga-jaga..ni jelingan bahaya ni..ada peluang aku tarik lagi sekali rambut hang Poyo!!

KWSP..OH!! I LOVE YOU..

Baru-baru ni aku pi check penyata KWSP aku dengan Khausar kat Pejabat KWSP Seberang Jaya.Dan duit aku dalam akaun..Woowwww!!!
Lagi setahun lebih boleh capai RM10 ribu dah ni...

Wahhhh!! Sukanya aku...Alhamdullilah!!! Tambah-tambah bila dividen KWSP dah naik 5.8% semalam..Jadi aku nak Check balik la nak tengok berapa jumlah yang masuk pulak dalam akaun aku..
Hihihihihihi...

SAKIT LAGI..

Semalam,aku tidoq tak puas..asyik terjaga ja..taktau pasaipa..
Lepastu bila bangun pagi,tekak aku sangat sangat-sangat..Lidah rasa pahit..Hidung tak dapat detect bau apa-apa pun terbasuk bau kentut aku sendiri..hahahahaahaahahaha...
Teruk la kalau macam ni..Nak amik MC aku rasa macam malas plak..yela..bukan teruk pun..Tapi tu la..serabut jugak la ni..



Nak buat kerja pun takdak mood..Adoyai..

TENGOK YANG LAMA

Tadi aku tengok balik entri lama-lama aku..
hahahhahaa..lawak plak rasa bila tengok cerita aku dulu..
ada yang adah lupa apa yang aku tulis pin ada..bila baca balik..terpikir..Eh...aku pernah tulis yang ni ka?
hahahhaa

Ahad, Februari 20, 2011

MACAM ROSNAH MAK ARIS

Tengah bersembang baik punya dengan Mak,Tok dan Aloyah..tiba-tiba ja Aloyah bersuara..



"Tok...kalau tok potong rambut pendek macam Rosnah Mat Aris mesti cun.."




Hahahhahahahhaa..
Pendek macam Rosnah Mat Aris...Tolonglah!!!



Kalau tok hampa potong rambut macam aku..mesti glamer youu!!

BABY AND ME

Orang cakap,Kucing dan Anjing adalah binatang yang amat setia pada tuan dia.Bagi yang beragama islam macam aku..aku mesti la bela seekoq kucing..Dan kucing aku bernama Baby..
Kadang-kadang aku terpikir jugak..
Agaknya kalau aku dah beranak pinak nanti,Baby ada lagi tak?


Tadi aku main dengan Baby..Bila tengok Baby,aku teringat masa mula-mula Azhan bawa balik Baby dari rumah kawan dia..Baby kecik lagi..dia nampak macam takut-takut..Selalu menyorok dibalik almari..Lama-lama bila Baby dah biasa dengan rumah kami,dia jadi seekoq kucing yang lincah..
Lepas tu plak..Baby dah makin cerdik.Dari seekoq anak kucing yang suka membuang merata..Dia jadi seekoq kucing yang pandai membuang..Hahahaha..apahal aku cerita pasal membuang berak plak ni..??hahahha..



Baby macam paham dengan perasaan aku.Kalau aku tengah gembira,dia main dengan aku,kalau aku balik dari kerja,dia tunggu aku kat depan pintu,kalau aku baca paper dia sengaja baring-baring atas paper tu..Kalau aku menagis sebab bergaduh dengan adik-adik aku atau dengan Incik Bachok sebab hal-hal yang remeh-temeh tak masuk akal..Dia mai jilat air mata aku.Kalau aku nak masuk tidoq..dia ikut aku baring sama atas katil...Kalau aku bangun tengah malam nak berak dia ikut tunggu aku kat luar jamban...Dan dia suka gigit Incik Bachok bila Incik Bachok mai bertandang kat rumah aku..Aku rasa dia jeles kat Incik Bachok,dia kan kucing jantan.hahahahha..Dan kalau aku makan,dia duduk atas riba aku tanpa ganggu aku makan pun..Bijak kan dia..?Kalau kucing lain..tak payah tunggu dia ganggu..Lauk dia bawa lari dulu..hahahaha..


Tetiba ja aku teringat filem Marley & Me lakonan Owen Wilson dan Jennifer Aniston.Kisah pasal hubungan sepasang suami isteri dengan anjing depa yang bernama Marley..Macam mana depa bela dari Marley tu kecik sampai la Marley tu besaq.Dari takdak anak sampai la depa dah dapat ramai anak.Marley tu setia dengan depa..Dengan Marley tu nakal lagi..Sampai la Marley mati sebab dia dah tua...Ending yang sedih tau dak filem tu..huhuhu..








Sebab tu aku terpikir..adakah Baby akan jadi macam Marley?
Kalau Baby jadi macam Marley..Dia patut beruntung sebab aku sayangkan dia walaupun Incik Bachok tak gemarkan Baby ni..hahahahhahaha..



Aksi Baby masa time Tidoq


OH MCFLURRY!! KERANAMU AKU SANGGUP JELAJAH JAUH..

Oleh sebab dalam purse aku cuma ada RM5,jadi aku ambik keputusan nak cucuk duit kat bank Islam sebab duit dalam maybank dah illek....hahahahhahaha....Jadi setelah mengepow Rm10 dari Mirul untuk duit minyak,aku pun pi la Kepala Batas,nak cucuk duit kat Bank Islam..Kat Tasek Gelugoq takdak Bank Islam,lain-lain bank ada la..Apa punya koman la...Aloyah ikut sekali..

Lepas ja aku cucuk duit,aku masuk dalam kereta..Tiba-tiba Aloyah pun cakap..

"Kak long..teringin nak makan Macflurry la..."

Ceh,...budak ni..poket aku dalam keadaan nazak,dia nak makan MacFlurry plak...Jadi aku bagi alasan takmau pi..jauh..Kat kepala batas mana da McD..paling dekat McD yang ada kat Bandar Perda dan Seberang Jaya..Jauh tu..Macam biasa Aloyah buat muka macam dia tu la..Sambil bawa keta..aku terbayangkan kesedapan McFlurry bila dia masuk dalam mulut aku baeekk punyerr..Dah la panas-panas ni..kalau dapat makan McFlurry,mesti menyentap jiwa aku..Tiba-tiba Aloyah cakap lagi..

"Kak Long..jom la kita pi McD..Aloyah belanja..."


Tak sangka Miss Poyo suka makan aku..bangganyaa!!!



Dengar ja dia kata dia nak belanja..aku aku lagi..dari nak masuk simpang ke Tasek Gelugor..terus ja lajak nak ke Seberang Jay..Time tu,aku dah terbayangkan McFlurry baik punya berpusing-pusing kat lidah aku...

Elok masuk ja kat Drive Thru berhenti kat betul-betul kotak order..Aku pun order..

"Kasi set McChicken McValue Lunch!!!!"


Macam cilaka kan?Poket tengah parah pun order baik punyeerrrr...
hahahahhahahaahhahhahha



Lepas makan,minum airrr..leganya..!!!

BUANG TEBIAT

Tiba-tiba Incik Bachok hantar mesej dia rindu kat aku..
hahahahhahahhahaa...
Buang tebiat ke mamat ni tiba-tiba ja hantar mesej macam tu..Seingat aku tak pernah dia hantar mesej rindu mindu ni kat aku..kami mesej pun stail poyo-poyo ja...Tak dak berjiwang..eeii..aku geli la berjiwang ni.Tapi bila aku dapat mesej macam tu..Aku gelak gila..hahahahha..

Memang kami ni bukan pasangan yang romantik la..hahahahaha...
Macam mana nak romatik..kalau bila keluar dating je..kalau pasangan lain keluar berpimpingan tangan..berpeluk pinggang la..kami pulak..kalau berjalan sorang kat depan,sorang kat belakang..Kat depan tu aku la,kat belakang dia...kalau berpegang tangan aku akan rasa malu la..orang tengok..hahahahhahaha...

Kerana malu itu,perisai orang beriman..


hahahahahhahahhahahahha...takde maknanya...sebab kadang-kadang pegang jugak..
Tapi tu la..pelik la...bila dia tulis macam tu..
Yela..aku saja je nak usik dia..aku pun tulis..

Halloo..haloo...Rindu kat u ni budak oiii!!!!!

Selalunya Incik Bachok akan balas Ok ja..ni tiba-tiba ja dia balas...

I pun Rindu gila sangat-sangat kat U ni..

Hahahahahhahahaha..dok gelak lagi sampai la ni..memang betul-betul buang tebiat la..
hahahahahahhaha..

CUTI-CUTI..TAPI TAK CUTI

Hari ni hari ahad.Semua negeri-negeri yang terdapat kat Malaysia ni bercuti kecuali Kelantan,Terengganu dan Kedah.Apasal plak aku cerita pasal cuti ni..hahahhahhaha...





Hari ni sepatutnya Abah nak bawa mak dan Azhan pi Klinik kat Sungai Petani.Tapi tiba-tiba kontraktor dari Alor Setar pulak datang nak buat kerja.Kedah kan kerja hari ahad.Jadi depa mai la nak buat kerja.Kebetulan projek tu projek abah..Jadi abah panik pagi-pagi buta telefon kawan seopis dia kot-kot sapa-sapa boleh ganti dia ka..Malangnnya..hari ni hari ahad baii..orang off hanset la...huhuhuhu..Jadi aku suruh abah call Daniel(Nama sebenaq dia Azzan,tapi oleh sebab muka dia macam orang putih,abah panggil dia Daniel..hahahaha..Dah la cara berpakaian mai opis dah macam Matthew Bellamy dan geng kumpulan Muse..hahahha)Sebab abah selalu berpartner dengan Daniel,tapi budak Daniel ni pulak tak jawab..Aku syak hari ni Daniel keluaq dating dengan Awek dia..hahahahhahaa...Jadi,takmau dilabel sebagai lelaki yang gila kerja sampai abai anak bini..Abah usung mak dan Azhan sekali pi site..Hahahhahhahahhahaa...



Ok pa fesyen kami ni..teringin la nak jumpa Daniel sebab buat kami Ikon fesyen dia..hahahaha



Hari ni,Incik Bachok kerja..Tapi aku yang hari-hari gerak dia pi kerja terbabas tidoq plak dah..bangun lewat..waaaaaaa....Jadi Incik Bachok lewat pi kerja la hari ni..huhuhuhuhuhuhu....
Incik Bachok dah jadi seorang yang gila kerja sampai pernah satu ketika tu..seminggu deret dia kerja tanpa cuti..huhuhuhuhuhuhu...Walaupun aku rasa macam nak marah dia macam mana mak rasa nak marah kat abah..Tapi aku tak marah pun..hahahahhhahha..Mak pun tak marah abah pun..hahahahhha...Sebab Incik Bachok gila kerja..bukan gila perempuan..hahahaha..kalau dia gila perempuan..peratus untuk aku minta putus adalah tinggi..



Hari aku cuti..Tapi aku harap aku dapat kerja hari ni sebab aku pun suka buat OT.Aku kan gila duit..hahahhahahha..Malangnya aku takdak OT macam abah dan Incik Bachok....
Aku jeles gila nih..Huhhh!!





Sekarang bukan zaman enjoy macam budak sekolah..sekarang zaman kumpul harta..dunia dan akhirat - Incik Bachok,November 2010.

Sabtu, Februari 19, 2011

TIADA DUKA YANG ABADI - OPICK

Haaa...ni lagu latar untuk drama Kashaf Imani..Lupa nak taruk tadi..
hehehehehe...Nyanyian Opick..Lagu ni dalam senarai lagu yang aku dengar bila time Ramadhan..Aku bila time Ramadhan ja mesti dengar lagu-lagu nasyid..lagu-lagu unsur ketuhanan sampai Incik Bachok pun heran dengan perangai aku..time bukan Ramadhan tak dengar plak..hahahhahahha..Apa punya terok la aku ni..
Dan aku tank sangka lagu ni depa jadi lagu latar drama tu..hohohoho..

KASHAF IMANI...MAKSUD NAMA YANG BAGUIH..BOLEH BUAT NAMA ANK NI..HAHAHAHHA

17 Februari lepas,Astro Ria ada tayang sebuah drama yang buat aku terpaku sampai menangis hampa tau dak bila tengok..Tajuk dia Kashaf Imani..masa mula-mula hari tu aku nak tengok siaran Movie,tapi tah macam mana tertekan siaran Astro Ria..Aku tengok Si Syarifah Amani berlakon..Jadi walaupun aku jarang nak layan drama melayu sangat,tapi kalau dah Syarifah Amani punya drama aku layan jugak la..hehehe..Kebetulan Beto Khusyairi Berlakon sama..lagi la aku terus layan..hahahahha..Mula-mula tu tensen jugak tengok solekan dalam drama tu..Macam mayat ja semua..Tah bapuk mana yang solek ni...(selalunya jurumekap kan bapuk..hahhaha)..Tapi memandangkan jalan cerita dia best,pasal alam roh,menginsafkan..aku layan jugak la...Ni sipnosis ikut pandangan aku la..aku yang tengok kan..






Drama ni mengisahkan(macam wartawan buat review filem plak..hahaahha) seorang remaja lelaki bernama Kashaf(Beto Khusyairi) yang tinggal bersama mak dia(Normah Damanhuri),seorang bekas GRO dan adik perempuan dia,Shamim(Wan Sharmila).Si Kashaf ni digambarkan macam remaja yang bermasalah sebab kerja dia ada sikit berkaitan dengan menjual dadah dan menolong kawan dia berniaga burger.Dia jadi macam tu sebab dia tak diajar dengan ilmu agama dengan elok,mana la dia tahu buruk baik satu benda..Lepas tu mak dia plak kalau marah dia suka maki hamun dia..menyumpah-nyumpah dia dengan perkataan tak sepatutnya seperti anak haram..pi mampus lagi bagus dan layanan yang tak sepatutnya la seorang ibu buat kat anak dia..mak dia lebih sayangkan adik dia la..Tapi kan Kashaf ni walaupun dia macam tu..Tapi dia dengan mak dia,dia hormat la..tak melawan..Diam ja..Satu hari kereta adik dia kena tarik,jadi adik dia tuduh dia tak bayar duit kereta tu sebaliknya dia guna..Jadi dia marah adik dia la..mak dia plak marah dia balik..Kecik hati dengan kata-kata mak dia dan adik dia,dia keluaq rumah..Tapi Kashaf ni baguih..dia rasa dia dah kecilkan hati mak dia..jadi dia nak balik minta maaf..Tah macam mana,gangster dadah datang tikam dia..Maka dia pun tak sedaqkan diri(koma la tu..) dan roh dia merayau-rayau pi kat mak dia...Amboi..panjang aih aku cerita pasal Kashaf ni..hahahahaahaha..


Kelazzznya mak..!! aku jadi mak Kashaf tau..Bukan senang nak hayati watak perempuan kuat merokok..Korang jangan Jelessss!





Imani(Syarifah Amani) ni pulak seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama dengan tok(Noryati Taib) dia.Mak ayah dia mati dalam satu kemalangan jalan raya.Dalam kemalangan tu jugak Imani ni koma dan bila dia sedaq dari koma ja,dia dapat melihat roh-roh..Sebab tu dia sentiasa pakai spek mata dan pakai earphone.. Jadi Imani ni berjiran dengan Kashaf.Depa tinggal kat flat kat Kuala Lumpur dan dalam diam Si Imani ni minat dengan si Kashaf ni..hehehehehe..







Haaa...selain pegang watak makcik mulut becok macam drama Dottie tu..makcik pandai gak berlakon watak tok yang baik..hahahha

Bila si Kashaf ni tau si Imani ni ada keistimewaan tu..maka Si Kashaf ni minta la tolong si Imani ni untuk bagitau mak dia yang dia betul-betul sayangkan mak dia dan minta tolong jugak kat Imani supaya menyelamatkan adik dia dari boyfriend adik dia yang macam hareeemmmm tu..Huiii..adik dia tu memang kurang ajar gilerrr..abang dia tengah koma kat spital dia boleh menyumpah abang dia lagi..Mak dia yang mula insaf tu dok kontek dia suh dia mai melawat abag dia tu pun dia maki balik mak dia..haaa..sampai mak dia pun rasa menyesal sebab anak yang dia tatang selama ni kurang hajor dengan dia,sedangkan anak yang dia maki-maki selama ni,baik la...







Aku la pegang watak anak dan adik yang kurang ajar tu..Mesti poyo menyampah gila kat aku..hahaha


Last sekali kata-kata adik dia yang buat aku rasa..Fuh ialah bila kawan si Kashaf ni call Shamim ni untuk pi melawat abang dia yang makin tenat..Dia yang baru balik dari disko misko tu boleh kata..


"Kalau ko nak aku jumpa abang aku yang nak mampus tu..ko suruh mak aku doa banyak-banyak minta aku mati..nanti bila aku mati baru aku jumpa abang aku.."


Elok ja dia abis cakap macam tu..terus eksiden..amik hang..mati dalam keadaan mengaibkan...Subahanallah..Tapi macam biasa la...Drama melayu..Akhirnya Allah beri peluang kedua kepada si Kashaf ni untuk sedaq semula time yang sama masa adik dia mati..huiii..

Ni adalah trailer drama ni..








Oleh aku terpaut dengan kesedapan Kashaf Imani ni..Jadi aku pun search la maksud nama ni..Jadi maksud nama Kashaf ialah dapat melihat alam ghaib atau dapat membaca isi hati atau lebih selesa lagi maksudnya ialah PENGETAHUAN YANG TERSEMBUNYI dan maksud nama Imani ni ialah Kepercayaanku..Imanku..haaa....

Ni kalau buat nama anak baguih ni..hahahha

AWAT TAK KELUAQ HARI NI??

Sejak akhir-akhir ni..aku jarang keluar mana-mana kalau hujung minggu..Lepak kat rumah ja tengok TV,masak-masak..bersembang dengan mak..Nak keluar dengan Incik Bachok lagi la tak..Dia pun lebih suka pi buat OT lagi aku rasa.Tapi takpa..aku suka lelaki jenis harworking macam abah aku..Tapi abah aku dah tahap workholic dah..jangan tiru dia yer Incik Bachok...hahahhahaha..

Kenapa aku jarang keluar la ni? sedangkan dulu bukan main sakan lagi tiap-tiap minggu keluar sabtu ahad sampai mak bagi warning kat aku..hahahaha..Sebab aku jarang keluar ialah aku malas nak perabihkan duit aku untuk benda yang tak berfaedah..Shopping tak tentu pasal..melepak kat kedai makan berjam-jam bersembang..kalau takat tengok wayang dengan karok tu biasa la..Tapi tu la..aku rasa aku perlu kurangkan semua tu sebab aku nak capai target dalam hidup aku..Aku sedaq aku ni bukan bergaji mahal macam orang lain..kalau nak keluar tiap minggu tarak heran la..gaji aku ala kadar ja..dengan gaji tu la aku pikir nak buat macam-macam..Nak beli rumah..nak kahwin..nak sambung belajar..Jadi aku patut simpan duit aku..
Nak berseronok sekali sekala boleh..Tapi cuma kurangkan la sikit..

Orang cakap mana boleh macam tu..tak jumpa pakwe rasa macam tak boleh hidup..
Tolong la..dia baru jadi Pakwe kita..bukan laki kita.Jangan dok buat teruk sangat aihh..Dia bukan jadi laki kita lagi.nak jadi laki tu pun belum tentu..Buat macam biasa sudah la...
Apala....

Jadi sebulan sekali baru aku nak bawa adik-adik tengok wayang..
hihihihihi...

IncikBachok?Kalau ada masa jumpa la..tak rugi pun aiishh kalau tak jumpa..kan Incik Bachok kan....

jhahahhahahahahahhaha

LAGI LAGI HAL KAHwin

Semalam aku dengan Incik Bachok bincang pasal hal kahwin lagi.
Wah..macam betul-betul ja nak bertunang hujung tahun ni.kalau jadi alhamdullilah la..aku bukan jenis nak kalut-kalut sangat..Tapi kalau betul..aku terima...huhuhuhuhu

Lawak jugak..kalau betul aku jadi tunangan Incik Bachok tahun ni..lawak aarr..
Macam tak percaya..hahahhahhahaha..

PUKUL 3 PAGI

Semalam aku tidoq baik punya mimpi mak aku buat rumah besaq-besaq kasi kat aku tiba-tiba ja aku rasa macam ada sesuatu jilat muka aku.Jadi aku terjaga la,aku tengok Baby yang jilat muka aku sambil mengioaw...Aku syak Baby nak keluar rumah nak berak ka kencing ka sebab kadang-kadang kalau dia nak berak memang dia gerak aku,gigit ka.jilat ka..Cerdik tak kucing aku..?hahahhahahha..

Jadi aku pun bangun la dari tidoq,sebelum buka pintu rumah kat Baby aku pi bilik air dulu,nak kencing tiba-tiba ja aku dengaq buyi periuk kat dapuq.Uiiikk...gempaq ni.aku keluarkan hanset dari poket seluar tidoq aku.pukul 3.15 pagi..sapa plak yang yang masuk dapur pagi-pagi ni..aku pun teguq..


"Sapa tu?"

"Tok laa,...."
Loh..Tok aku ka?aku pun pi kat dapuq tengok tok aku tengah potong-potong ayam..Jadi aku tanya..Tok aku dia buat apa?Tok Aku pun jawab

"Tok nak masak la..Paksu hang nak bawa bekal..."

Aik...awalnya tok aku masak??Pukul 3 pagi pagi masak..gila betoi..!! hahahhahahha..

"Tok..ni baru pukul 3 lebih..awat awal sangat?"

"Lohhhh..pukoi 3 ka?Tok ingat pukul 5 pagi..."
Dengan serta merta tok aku simpan balik ayan dalam peti ais,masuk bilik dia..Tidoq balik..
hahahhahahahhahahahhaha....

Lawak la tok aku ni..teruja gila nak masak untuk Paksu..sampai jam tak tengok dah bila bangun..
hahahahahahahah...hahhahhaha..

Jumaat, Februari 18, 2011

RENTAP

Mana-mana penerbit filem kat Malaysia tak teringin ke nak buat filem pasal kisah hidup Rentap,pahlawan Sarawak...??

Hohohohoho....Tiba-tiba dapat idea plak lepas tengok filem Braveheart ni..Apahal Astro ni..dulu tayang kat HBO..Lepastu Cinemax,Lepastu kat Starmovie..Lepas tu kat AXN..Sekarang kat Prima plak..Lepas tu TV3....bosan betul la...Macam takdak filem lain dah nak tayang..

MEMASAK HOBI AKU..

Kadang-kadang aku terpikir jugak..Aku nak buat satu lagi blog pasal masakan..Kat blog tu aku tulis la resepi-resepi masakan yang aku dok memasak sejak aku kecik samapi la..hahahha..





Kalau nak tau,aku dah tau masak sejak aku umoq 9 tahun lagi dan resepi masakan yang aku buat sendiri tanpa bantuan sesiapa termasuk mak aku ialah Kurma Ayam.Mak aku time tu cuma perati ja aku masak..Nampak usaha mak aku yang mengajaq aku dok kat dapuq tolong mak aku memasak sejak aku kecik memang membuahkan hasil.Yela kan..bila kita dok tolong mak kita kat dapuq dan perati mak kita masak,secara automatik kita boleh tau nak masak sesuatu masakan..Sejak dari tu,tugas memasak mak aku bagi kat aku bila time aku cuti sekolah dan samapi la ni aku buat rutin tu.





Sebenaqnya nak masak ni senang ja asalkan kita boleh kenal setiap bahan masakan terutama sekali rempah ratus la,Selalu pergi pasar dan lepak kat pasaraya sampai berjam-jam semata-mata nak mengenali bahan masakan yang kita tak pernah tengok atau masak sebelum ni.Aku akan beli,kemudian aku try test tengok masak.

Aku sebenarnya kalau masak memang tak tengok pun buku resepi,apatah lagi nak search dalam internet.Macam satu bakat bakat tau dak..bila aku tengok ayam ja,aku tau nak masak apa..tau dah bahan-bahan nak guna..kalau tengok ikan ka..sotong ka..udang ka..Idea mai secara automatik..Ting!!






Punya senang nak kenai jenis-jenis kami ni...Miss Poyo yang bodo matematik pun kenai kami..hahhaha


Aku pulak lahir dalam keluarga yang memang ada bisnes berkaitan makanan baik belah abah,atau belah mak aku,jadi semua jenis masakan aku tau termasuk la masakan dari negeri-negeri lain,jugak tanpa tengok buku,cuma diajar secara lisan..Bagitau ja bahan-bahan dia,aku terus masak tanpa tanya dulu cara buat,berapa bnyak bahan nak kena guna,cuma ikut gerak hati....Sebab bagi aku basic cara masakan semua sama ja..Kadang tu walaupun aku tau masak sesuatu masakan tu,tapi aku sengaja buat-buat tanya kat orang sebab aku nak tau adakah cara aku masak tu sama ka dengan depa..atau bahan yang digunakan tu lain sikit ka dari aku..hehehe..





Tapi kalau masakan barat,memang aku akan rujuk buku resepi sebab bahan-bahan yang digunakan ada diantaranya memang tak sama dengan masakan melayu.Tapi setakat ni,antara masakan barat yang aku boleh masak kalau ada permintaan dari keluarga aku terutama adik-adik ialah chicken chop,spaghetti,pizza,pasta dan beberapa lagi lah..malas aku nak tulis panjang-panjang..hahahhaah..



Tapi yang bestnya dan aku rasa bertuah dan bersyukur jugak sebab aku macam diberi satu keistimewaan yang mana setiap kali aku makan kat mana-mana kedai makan..aku boleh detect bahan-bahan yang terdapat dalam makanan tersebut..Setiap kali makanan tu masuk ja dalam mulut,dengan magicnya aku boleh tau rasa-rasa yang terdapat dalam makanan tu dari bahan-bahan apa.Lepastu aku balik rumah,aku try tengok masak kat rumah..Jadi ooo...hahahahahahaha..Gila hebat..



Oleh sebab kegilaan aku terhadap masakan,mak aku sentiasa sedia banyak bahan masakan sebab aku ni jenis kalau nak makan tak rancang dulu..pi dapur,terus buat ja..Contohnya kalau aku tiba-tiba teringin nak makan Char keow teow sebelum pi kerja pagi-pagi..secara otomatik lepas ja bersiap,aku terus pi dapur masak..sebab tu Sos char koew teow banyak kat ruumah aku..udang..kerang..semua ada..Ingat yer..Char keow teow ada sos khas..bukan pakai main masak camtu jerr..huhuhu..Ataupun tiba-tiba aku nak makan tomyam campur..Pagi-pagi bangun tidoq ja tak mandi terus masak Tomyam..Mak aku pulak jenis pi pasar seminggu sekali,lepastu beli dngan kadar yang banyak samapi ada ikan-ikan kena simpan kat peti ais rumah tok aku..lagi la senang aku nak buat aktiviti masak..Jangan terkejut kalo aku bagi tau sebulan 2 tong gas memasak digunakan kat rumah aku..hahahahhaha





Tapi aku serender awal-awal kalau yang berkaitan kuih muih,puding-puding dan segala biskut-biskut.Aku memang tak pandai..kalau takat karipap,lepat liat,lepat pisang,bengkang,cucur kodok,cucur udang dan cucur badak mybe aku boleh buat..Tapi kalau lain-lain kuih muih,puding or biskut raya ka..aku takdak kemahiran..kalau aku buat memang tak jadi..better aku beli kat luar lagi..hahahahhahahahahha...



Tapi tu la..zaman la memang susah la nak cari orang perempuan yang pandai masak la ni..kalau pandai pun,depa masak yang ringkas-ringkas ja atau bahan-bahan yang mudah dicari.Kalau nampak macam banyak bahan nak kena guna ka..memang depa tolak tepi dulu la..Yang sempoinya dah macam terbalik plak bila kaum lelaki pulak yang sekarang ni lebih pandai masak-memasak ni dan banyak yang masuk dalam bidang-bidang masak memasak sebagai kerjaya depa contohnya yang paling femes Chef Wan,Chef Ismail dan yang paling dekat dengan aku,Mirul la..hohoho...




Kalau nak cari husband..kena yang pandai masak macam wan yeerr..Eii,tak kuasa aku promote diri sendiri..!!

NAK MAKAN APA??

Hari aku dok terpikiaq jugak nak makan apa..
hahahahhaha..Tiba-tiba ja pikiaq pasal masak ni apa kes kan..hahahahha..

Khamis, Februari 17, 2011

MERAPU

Aku tertanya-tanya gak..
Ok ka buat loan peribadi untuk kahwin..??
Ramai kawan-kawan buat macam tu..Macam best jek..
hahahahahahhaa...

Tapi time nak bayar balik tu yang tak best tu..

Perbezaan buat loan dengan simpan dulu duit baru kahwin ialah,contohnya..


Si laki minta tempoh selama 2 tahun untuk kumpul duit..tapi lepas dari dua tahun..duit tak terkumpul lagi,tak kawin-kawin lagi la..hati tak senang......Tapi kalau buat loan,Si laki pinjam dulu kemudian bayar kemudian selama 5 tahun(tengok jugak la jumlah pinjamannya),tapi si perempuan dah jadi hak dia.

Tapi ada orang cakap buat loan ni tak bagus..

Tapi pada pandangan aku..buat loan ni macam guna duit dulu..baru simpan duit kemudian..

Kalau simpan duit dulu..baru guna kemudian..


Heeiii..apa la aku merepak petang-petang nih!!

BODOH PUNYA TALIAN!!

Awat aku rasa pelik ni..??
Tadi aku call Ida..tapi tiba-tiba aku dengar orang cina dok bercakap..chong..cheng..chong..lepastu gelak-gelak..aku ni dok helo..helo dia..tapi takdak respon pun..dia cakap ja..ingatkan operator digi yang cakap ka..sebab Ida pakai nombor Digi..Lepastu aku malas call dia dah sebab tak jawab pun..
Tak lama lepas tu dia hantar mesej suh call dia balik..aku pun call..tapi tengok-tengok dengar orang India plak dok cakap..dok angere..angere..angere..Aku dok cakap halo..halo pun tak respon pun..Lepas aku try call sekali lagi..Ida pun jawab..Dia tanya aku..

"Weh..awat hang cakap tamil tadi..?"

Hahahahahha...aku pun pelik la...dia pun dengar macam tu jugak rupanya..aku syak ni DIGI punya problem..

Lepas tu aku call Incik Bachok plak..Kejadian yang sama berulang..What the fish Arowana betoi la..Apasal plak ni???Jadi aku syak ni MAXIS punya problem..


Ayoyo..jangan maraa...takpa kitci..Nanti saya kasi baik punya line MAXIS sama U..hehehe



Lepas tu aku call pulak rumah mak aku pakai telefon office..kejadian yang sama berulang..kali ni aku dengar orang tengah berbual pasai masak-memasak plak..kejap-kejap putus suara tu..Apahal pulak ni???Takkan mak aku jawanb panggilan aku terus sembang hal masakan??Lagi pun tu bukan suara mak aku..Aku syak ni mesti TM plak buat hal..





Panas betul aku dengan Miss Poyo ni..pecat karang haa...



Tadi,lepas rehat aku contact abah aku..Aku MAXIS,abah aku CELCOM..
Perempuan india plak jawab..Adooiii..apahal hari ni semua serba tak kena!!!!
Bodoh punya syarikat Telemunikasi!!! (MAXIS,CELCOM,TM DAN DIGI)

Rabu, Februari 16, 2011

KAN AKU DAH KATA..MESTI KENA PUNYA LA..HAHAHAHAHA..

Kan aku dah kata..Bil Maxis aku naik tinggi ni mesti kena berleter ni..Akhirnya tekaan aku berjaya jugakk...Baru taksat tadi Incik Bachok call aku..



"Sayang..I dapat tau bil U naik tadi..I check tadi..kenapa makin naik ni..baru je dapat kawal bil..dah buat perangai lama balik ke?..kuat bergayut!!"





"Hahahahahahahahhahaa.."



"Kenape U gelak?betul kan I cakap..??"





"Hahahahahahahahahahahahhaa..."





"U ni kenapa?I cakap dia gelak plak..Hisssshhh!!"





"Hahahahahahhahahhahhaa..."





"Bulan depan I nak u kontrol balik bill u!"





"Hahahhahahahahhahahahahahhaahhaha.."





Aku saja gelak ja..kalau aku layan dok jawab ja pertanyaan dia tu..mau berleter sampai esok pagi pun tak sudah.Macam mak nenek..hahahhahaahahahha..




Ayoyoyo..itu kitci suda kena maraaa..pandang lain..jangan kasi saya pulak kena maraaa...Pakej lain ada lagi kitci...Lagi murah!!..dun worri..!!

Tadi Incik Bachok baru ja bank in duit kat aku..Esok kena bayar bil...hahahahhahaa



PLAWOK..PLAWOK..PLAWOK..!!

Tadi..masa tengah masak kat dapoq..aku dengar Aloyah macam dok sebut satu perkataan banyak kali..Bila diamati betoi-betoi aku rasa macam pernah dengaq ja perkataan tu..tapi dimana ya..bila mak dengan tok dok gelak sakan bila Aloyah dok sebut perkataan tu..Aku try dengar betoi-betoi..

"Plawok..plawok..plawok!!"


Hahahahahaha...aku dah ingat..Ni satu adegan dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah..Tang time bomoh siam dok seru Hantu Kak Limah la konon...nak halau hantu..hahahahah..lawak la time ni..Aku try tengok kat youtube kot-kot ada adegan tu saja ka..rupanya ada..Thnk pada Apiz7840 sebab upload adegan ni..hahahahhha..










Yang paling sempoi..bila Hantu Kak Limah mai..semua pakat sebut..

"Khed..khed..khed..."

Kononnya nak halau Hantu Kak Limah tu la..Digambarkan Hantu Kak Limah ni lagi menakutkan dari Nang Nak..Adoyai....!!
Walaupun dah lama aku tengok..tapi kalau ulang tengok balik memang best..hahahhaha..

BIL LAGI!!!!

Haiya...bulan ni bil Maxis aku tinggi gila babun la..

Sampai Rm142.49..!!! punya tinggi..huhuhuhu..tapi bil Incik Bachok ciput ja,,just RM44.13..
Satgi malam mau kena berleter la aku...
Huhuhuhuhu....


Aiyoyo...manyak tinggi ka u punya bill??Takpa..sebagai eprishit U punya kesetiaan sama kita punya Maxis..I kasi u satu pakej bila u kol sapa-sapa pun free..tapi ini pakej kena bayar bulan-bulan 2 ratus..manyak murah la Kitci!!

AMBIL HAK ORANG,SELAMAT KA?

Dulu...aku pernah sembang dengan pakcik aku yang dok kat KL tu..pasal kes perempuan suka rampas suami orang,..tunang orang..Pantang nampak lelaki tu bekerjaya sikit,ada duit sikit..berpangkat sikit..walaupun dah kahwin..mai jugak menyempei..mai gasak..asalkan duit poket masyuk..senang..Tak kira dah laki tu dah tua ka..Dia pandang masa sekarang ja..Dia tak pandang masa silam lelaki tu..punya susah nak dapat kejayaan macam sekarang yang dia nampak..Dia tak nampak yang bini laki tu pun masa silam dulu berkorban la hidup bersusah merangkak bersama si lelaki ni..Jadi pakcik aku pun cakap..





"Mira..kalau ko nak cari laki..ko cari macam aku..boroi..gumuk..gerenti perempuan tak hingin.."



Tapi pakcik..Sekrang orang perempuan tak pandang pada kehenseman..orang perempuan pandang pada DUITTTT!








Walaupun kami boroi..kami banyak duit yoo!!




Aku terpikir satu kes..Dia sedara aku..tapi sedara jauh la...ada sangkut paut dengan family mak aku.Dia ni kerja Posman ja dulu.Tau-tau la gaji posmen dulu berapa ja kan..Tapi bini dia setia dengan dia.Dah la anak ramai merenyut-renyut..Susah memanjang..kadang-kadang pinjam duit kat adik beradik sebab takdak makan..Kira dia patut bersyukur sebab adik beradik dia ok..mau tolong dia..Tapi bini dia nak berusaha..Bini dia berniaga makanan kecil-kecilan nak bantu dia..Dari berniaga kat tepi jalan samapi la boleh buka warung kecik..Dia pun dok naik pangkat sikit demi sikit samapi la dia jadi ketua kat Pejabat Pos Sungai Dua.Lepas tu bila anak-nak dah makin besar hidup depa makin senang bila bini dia pun dapat buka restoren.Tapi macam biasa la..manusia ni kan..bila dah senang..seronok ja dia nak pikir..Jadi dia pikir nak kahwin seorang lagi daripada pilih nak pi Haji..hampeh..!! Bini ajak pi Haji takmau..tapi kalau kawin mau..Jadi dia kahwin dengan seorang perempuan muda berumur hujung 20an kerja Kerajaan.



Lelaki :Bini aku lawa dowh..!!

Perempuan: Duit dia lawa yooo!!





Bini dia makan hati la...hari-hari menangis samapi adik beradik si lelaki ni naik kesian dengan ipar depa..tapi nak buat macam mana dah laki tu buat perangai..jarang balik rumah..suka marah-marah..Lupa habis dengan pengorbanan bini dia dulu.Duit simpanan bersama bini first ni banyak dia habiskan pada bini kedua.Nak kereta bagi..nak rumah bagi..segala-galanya la..Sampai la satu hari..dia keluarkan semua duit dia sebab nak melabur dalam bisnes yang bini kedua dia ni nak buat..Kecewa dengan laki dia..Bini pertama amik keputusan balik kampung ja..Biaq la laki dia happy dengan bini baru yang cantik lagi lawa tu..Tapi tu la kan..sekarang ni tuhan bayar cash dengan setiap perbuatan yang kita buat.Dia tak adil pada bini pertama dan aniaya bini pertama dia..Jadi dalam sekelip mata bisnes yang bini kedua buat tu lingkup..segala pelaburan dia hangus dalam sekelip mata..Yang paling tak best..dia dipecah dari jawatan dia..atas sebab-sebab tertentu yang tak boleh diceritakan..huhuhu..

Jadi satu hari..bini nombor dua dia minta cerai dari dia sebab nak kahwin dengan seoarang Duda anak 4 yang boleh tahan kaya jugak.Depa berkenalan time si bini ni pi perjumpaan MLM..ala..bisnes piramid tu la..kan depa selalu buat perjumpaan.
Yang si Laki ni?Last sekali dia balik kampung jumpa bini first..Tinggal balik dengan bini first dia..Anak-anak memang takmau dia dah..tapi dia patut bersyukur..sebab bini dia mau terima dia..Tengok..Perempuan macam ni patut dijadikan contoh sebagai isteri mithali..Susah senang sanggup dia tempuh sama-sama..Bukan perempuan yang time senang dia cari kita..time susah dia lari..





Tapi aku tak salahkan perempuan jugak..sebab kalau si lelaki tak melayan tak jadi jugak..
Aku tak menentang Poligami ni..Tapi aku cukup marah bila banyak orang salah guna poligami ni untuk tujuan keseronokkan ja..Nafsu semata-mata..
Cuba kita renung balik Nabi Muhammad dulu berkahwin atas dasar apa?Dia kahwin dengan siapa?Balu-balu yang kematian suami..untuk penyebaran agama islam itu sendiri..



Tapi aku nak tanya..zaman sekarang ni..ada siapa yang sanggup kahwin dengan mak janda ada anak 5 orang,6 orang..dah la tak lawa,tak pandai berfesyen..belemoih plak tu..aku rasa dalam sejuta orang laki-laki mybe sorang ja yang sanggup kot..




Macam si perempuan jugak..Memang betul kita kalau nak cari jodoh,kena cari yang ada duit..berpangkat..berkelulusan tinggi..dan beragama tu penting.Tapi takkan la kita sanggup memperjudikan nasib orang lain semata-mata nak penuhi impian kita.Sanggup biarkan orang lain menderita dibawah keseronokkan kita.Aku rasa memang tak kekal lama..mungkin setahun dua atau mybe 5 tahun ke depan kita ok..tapi cuba pikir 10 tahun ke depan..macam mana plak?selamat?

PAGI-PAGI RABU YANG BOSAN

Haiyaa...!!


Manyak pening maaa...

Selasa, Februari 15, 2011

TERGILAKAN JANDA

Sejak dua menjak ni mak ada bagitau aku yang kucing aku si Babyni dah mula menggatal dengan kucing betina milik Toksu aku..What the fish betul la Baby ni..makin besaq makin gatal plak..macam manusia da...Kata anak Toksu aku,hari-hari Baby mai menapak melangut kat rumah dia.Kadang-kadang Baby kejar kucing dia sampai masuk dalam bilik dia..Oooo..nak bermukah dalam bilik orang ya Baby..Kurang ajaq betul..



Yang paling aku tak boleh terima sekali,dia brkenan kat kucing Toksu aku bukan yang dara sama umur ngan dia tu..Tapi yang tua sikit dari dia yang dah ada anak berekoq tu..kucing janda..
Cisss..!!

Tapi memang malang la kat Baby sebab kucing janda tu memang tak hingin la dengan Baby ni..mesti la taste dia kucing jantan yang berumur sikit kan..Memang hang tak dapat la Baby..haa..patot la hang aku tengok dah makin kurus..tak lalu makan..rupanya gila bayang..Nasib hang la Baby...







Janda pun sodap pa..

MULUT MACAM MULUT DONALD DUCK

Tadi tengah bersembang dengan Incik Bachok..Biasa la kejap ketawa,kejap bergaduh..ketawa balik,bergaduh plak..tiba-tiba dia cakap kat aku..


"Mulut u tu macam Donald Duck..cakap banyak plak.."


What???Dia cakap mult aku macam Donald Duck???




Pleezzz la..kartun Donald Duck la aku paling meluat sekali dengan perangai Annoying dia tu..huhuhuhu..Tiba-tiba Incik Bachok cakap mulut aku macam Donald Duck?Bentuk mulut macam Donald Duck???!!

Arrgghhhh!

7 LAGU..BEST LA JUGAK!!

Tadi aku tengok Telemovie bertajuk 7 Lagu kat Astro Citra.Drama ni adalah hasil karya pengarah terkenal Kabir Bhatia dan isteri dia Mira Mustafa..(orang nama mira ni berbakat kot..hahahahahha..perasan gila aku ni....) yang terkenal dengan filem Cinta,Sepi dan drama bersiri Nur Kasih..Ala..aku rasa ramai kenal depa dua laki bini ni kan..

Memang tension gila tengok drama ni sebab aku rasa macam aku tengah baca Novel Ramlie Awang Murshid plak..Jenis-jenis Thriller,penyiasatan..psiko..psiko ni..Tapi memang best la layan..tak sehebat Hollywood la...tapi kalau gabung dengan Ramlie Awang Murshid jadi penulis skrip aku rasa lagi best pa..hahahha..apa aku mengarut ni labu...

7 Lagu ni mengisahkan seorang lelaki bernama Farhan (Farid Kamil) yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh Kekasihnya Tania atau nama asal Hajar(Tiz Zaqyah) seorang penyanyi dan komposer seerta Tunang kepada Tania iaitu Raizal(marka Abby Abadi..aku taktau la nama dia..hahahahha).Jadi peguam bela si Farhan ni iaitu Sabrina(Emelda Rosmila,bini Adlin Aman Ramlie) nak buat rayuan kat Mahkamah Tinggi sebab dia rasa si Farhan ni memang tak bersalah.Dengan berpandukan 7 buah lagu ciptaan Farhan untuk si Tania ni..

Kelas aku tau..berlakon watak pompuan mati kena bunuh dengan kekasih sakit jiwa..


Sabrina dapat mengenali sifat dan perangai serta sejarah hidup si Farhan ni yang memang menyedihkan tu.Lagi pun si Farhan ni memang cinta gila kat si Hajar i dari kecik,takkan la nak bunuh Hajar plak kan..Sambil-sambil tu Sabrina menyiasat balik la pasal hal pembunuhan tu sehingga dia dapat tau..yang bunuh Tania dan tunang dia Si Riazal tu adalah Dagu (Corrie..muka ganas tu...) yang jugak merupakan bos kepada Farhan.Jadi Farhan dibebaskan setelah bukti menunjukkan Farhan ni dianiaya oleh Dagu dan Dagu ni kena tembak dengan polis masa tempat dia diserbu.
Huii..panjangnya cerita..Tapi disebalik tu...ada lagi cerita yang buat aku betul-betul terkejut!!

Malas nak cerita panjang..sebenarnya Farhan yang bunuh Tania dan Riazal..Dan semasa dia dalam penjara,dia dibantu oleh salah seorang anak peguam Sabrina yang terdahulu iaitu Afendi(Sofi Jikan) ,perogol dan pembunuh kanak-kanak untuk menghantar bukti-bukti yang kononnya menunjukkan Farhan tak bersalah.Caiisshhh!!

Aku yang dari tadi dok simpati dengan watak Farhan yang kononnya menderita sejak kecil rupanya tertipu..hahahhahhahahahaha...Budak ni psiko sejak dia kecik lagi rupanya..huhuhuhuhu..Dan si Sabrina ni pun ada tekanan jugak sebab dia sering dihantui rasa bersalah sebab berjaya membebaskan Afendi yang memang betul-betul bersalah merogol dan membunuh seorang budak berumur 10 tahun.

Dalam banyak-banyak lagu yang ada dalam filem ni..Aku paling suka sekali lagu terakhir yang Farhan buat untuk Tania..








Ketujuh-tujuh lagu ni adalah nyanyian Akim AF dan Ain AF..Wahhh..suara Akim memang kelas..macam dengar lagu Indon Pun ada..huhuhuhu..
Jadi aku pasti..lepas ni cerita 7 Lagu ni akan ditayangkan plak kat Astro Prima ataupun Astro Ria..Hissshh..rasa rugi plak langgan pakej Mustika ni..Alih-alih tayang kat dua siaran tu jugak..
huhuhuhuhu...

ASKAR PUN OK GAK

adakah Incik Bachok sesuai jadi Cikgu?

Tak pun jadi askar ke..TUDM..
Kalau la dia jadi husband aku..Mybe dia boleh jadi menantu kesayangan abah aku kalau dia askar..
hahahahahahahahaha..


20hb ni ada interview pemilihan untuk join TUDM kat pengkalan TUDM Butterworth..
Aku tengah dok suruh Incik Bachok try tengok..mana tau ada rezeki..huhuhuhuhu..
Tapi Incik Bachok macam tak berminat ja nak join askar..tambah-tambah bila abah pernah cerita kat dia yang betapa susahnya masa jalani latihan askar dulu..Tera abah yang seminggu ja pun dok dalam kem pun cakap susah..Inikan pulak kalau 9 bulan..
Tapi aku teringat kata-kata kawan baik aku Khusyairi yang sekarang ni jadi Bomba kat Jalan Khucai Lama,KL tu..dia cakap demi untuk rezeki dan sara hidup..Dia tahan jugak sampai cukup 9 bulan....
Lagipun kalau dia masuk TUDM,dengan kelulusan yang ada..dia boleh masuk bahagian technical..Macam Pakjang aku...

Hmmm....
Harap-harap Incik Bachok mau pi..

NAMA KEMBAR SAYA WAN NUR AMIRA FARAHANIM

Lasst aku pi bercuti kat Terengganu ialah masa aku form 4.Itu jam Pakngah aku masih lagi tinggal kat sana sebagai bang pulis trafik kat Kuala Terenganu.Time tu masjid Kristal tak wujud lagi dan aku pasti banyak dah tempat-tempat menarik kat Terengganu tu belum wujud.
Bila dah pi berjalan-jalan ofcoz la kita akan selitkan jugak aktiviti bergambor bersama family..Dari perjalanan nak pi..sampai la perjalanan nak balik..asyik bergambaq ja la kerja kami sekerluarga..Dan lepas tu,hantar kamera pi kedai cuci gambar..


Masa tu biasala budak sekolah kan..cempera sikit..bila gambar dah cuci,bawa la gambar-gambar pi sekolah kata kita ni pi bercuti dengan family....hahahhahha..cam bengong..Jadi tengah kawan-kawan dok kelebet gambar aku,tiba-tiba cikgu matematik aku,Cik Farihah masuk kelas tanpa kami sedaq..Dia pun teguq kami..



"Amboi.pakcik-pakcik..makcik-makcik..seronok berkumpul..korang tengok apa?!"



Masa tu,ada kawan aku..Syakir nama dia..dia nak sembunyikan gambar-gambar tu..tapi tak sempat..Cikgu Farihah dah dapat dulu..Dia pun tengok jugak gambar aku tu..terangkat kening-kening dia.Mau tak terangkat..AKu kat asrama,kat sekolah baik bertudung litup..dalam gambar..aku free hair..dengan muka tak boleh blah dia tu..dia tegur aku..



"Amboi makcik..baiknya tak pakai tudung ye,...lepas tu tunjuk plak kat kawan-kawan laki rambut tak cantik ko tu yerr,.."



Kurang asam..dia kata rambut aku tak cantik..Jadi nak cover malu dan takut cikgu amik tindakan,secara automatik tiba-tiba ja mulut aku bagi alasan macam ni..



"Tu bukan saya cikgu.."



"Habis tu..kalau bukkan ko sape?setan yerrr?"



"Tu kembar saya tu..."



"Eh..bila masa ko ada kembar...saya tak tahu pun..?"



"Ada cikgu..dia adik saya..nama dia Wan Nur Amira Farahanim..Dia sekolah kat rumah mak saya.."Entah macam mana nama tu muncul..main sebut ja..hahahaaha..



"Habis tu..kalau ni gambar kembar awak..mana gambar awak??"

Ckgu Farihah soal tak puas hati plak..Kebetulan ada satu gambar tu aku pakai tudung sepupu aku..saja suka-suka...Aku pun tunjuk la kat cikgu Farihah gambar tu..Lepas tu aku bagitau Cikgu Farihah gambar aku tak banyak sebab aku tak suka bergambar..pirahhh!! tak suka bergambar konon..hahahhahaha...Lepas tu Cikgu Farihah tak terkata apa..terus bagi balik gambar-gambar tu kat aku..
Bulan Mac ni aku nak pi Terengganu dengan family aku..secara automatik ja..tiba-tiba aku teringat hal menipu tu..hahahaha..Banyak akai pe,bohong jugak aku ni rupanya..hahahhaha



Teringin nak ada kembaq macam kami konon..chaisshhhh!!

PENGANTIN UNTUK DIJUAL

Sekarang ni aku minat pulak la dok tengok drama bersiri Pengantin Untuk Dijual kat Astro Box Office.Drama ni sebenarnya macam drama melayu lain la..Orang kaya..koporat-koporat..Keparat-keparat..tapi jalan cerita dia tu buat aku terpaut Kejap.

Pengantin Untuk Dijual tu pasal Indah lakonan Rita Rudaini yang yang bercinta dengan Shaz Jazlee.Tapi mak dia dan kakak dia yang bernama Kasih(Rosnah Johari dengan Sabrina Ali) memang tak restu hubungan dia dengan pakwe dia tu sebab mak dia ngan kak dia tu mata duitan dan nak cari orang kaya ja bagi kat Indah ni..
Tingkah laku Mak dengan Kasih ni dah macam nak jual Indah ni ja dengan hantaran yang mahal-mahal..
Takutnya...hahhahahhahaahahahha....
Jadi Indah ni ikut ja cakap mak dan kakak dia yang kerek tu.Depa nak jodohkan si Indah ni dengan seorang Dato kaya lagi gatal lakonan Dato Rahim Razali.Dalam masa yang sama,Firdaus(Aqasha) yang merupakan anak Dato gatal ni pun minat jugak kat Indah.Ditambah pulak dengan Fahrin Ahmad..

Ni baru ja episod berapa ni aku tengok..Jadi taktau lagi la macam mana jalan cerita yang seterusnya.Selain kisah Indah ni..ada terselit jugak pasal adik bungsu Indah ni yang bernama Cinta yang berkahwin lari sebab takut dia pun bakal jadi mangsa macam kakak dia dan Kisah rumah tangga Kasih yang berantakan oleh sebab perangai Kasih yang kerek dengan suami dan Mak mentua dia tu..
Huhuhuhu...

Hari-hari aku dok tengok iklan ni ja kat siaran Box Office..hahahhaha..




Konfom lepas ni dia tayang kat Astro Prima plak sebab drama Spa Qistina yang sebelum ni depa tayang kat Box Office depa pi tayang plak kat Prima..Eh?Prima ka Ria taktau..Tapi antara dua tu la...
Macam tu la Astro..Nyampah!



Eleh..nyampah-nyampah pun hang langgan aku jugak sampai beratus..cissss!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!