Khamis, April 30, 2009

Mata Aku dan Pengantukannya

Malam ni aku rasa nak tidur lewat.Tapi nampaknya mata aku mmg x tahan daulat..dah mula tunjuk tanda2 mau tidur awal.Kalau dlu x tidur semalaman pun ok ja..cuma sejak berganjak usia kedewasaan yang tak berapa dewasa ni aku jadi camni..ini bermakna aku semakin tua kot?Insaf la wahai Poyo oiii...huihuihuihui...

Rabu, April 29, 2009

Kek Aku

Mak dan Abah baru pulang dari dating sambil membawa pulang sekotak kek lalu diletakkan diatas meja laptop aku..
Menurut mak itu adalah kek hari jadi aku yang sudah lepas 1 bulan yang lalu.Kata mak semasa aku berseorangan menyambut hari jadi aku di Penang,mereka suma berfoya-foya di KL dan kek ini sebagai ganti kefoyaan mereka di sana..
Huhuhuhuhu...

Hikayat Seorang Lelaki Bernama Zainol

Zainol adalah seorang lelaki yang panas baran ketika muda dan berganjak menjadi lucu dan gila2 sejak beliau mula diambang ketuaan.
Menurut hikayat yang diceritakan oleh anak2 beliau,beliau adalah seorang lelaki yang tegas dalam mendidik anak2 dan isterinya.Tetapi menurut pandangan cucu2nya yang seramai 4+6+4+3+4(-1)+xtau lagi bila nak kawin=?, beliau adalah seorang tokwan yang lucu dan gila2 serta masuk kepala.Zainol amat meminati kumpulan Ahli Fiqir serta suka memakai sweater ala eminem dan berkopiah putih jika beliau cuti2 malaysia di Cameron Highland atau Genting Highland sambil memakai earfon besar ala2 dj radio.

Beliau juga suka makan coklat Cabrury dan Kitkat-berehat sebentar dan juga aiskrim yang didutai oleh pasangan remaja yg bagi cucu2nya x berapa popular,Dafi dan Gita.Beliau juga suka makan Maggi,MAmee Sluurrp Mawi(sebelum ilang mnat stelah mawi kawin ngn Ekin),dan Mee Sedap(suka tgk mila makan masa AF5).Beliau jgk suka makan KFC dan McD(Sebelum memboikot bersama cucu2nya).

Beliau adalah otai peminat bola sepak dalam dan luar negara dan sanggup menjerit tgh2 pagi buta ketika menonton perlawanan bola kelab2 inggeris atau piala dunia sambil penepuk2 lantai simen dengan kuat tanpa berasa sakit dan tanpa rasa malu walaupun suaranya didengari separuh dari keluasan Kg Permatang Manggis.

Beliau tidak suka makan ikan bilis dan ayat paling sempoi yang dicakapkannya ketika waktu sahur 3 tahun yang lalu ialah..

lenguh dagu aku dok kunyah ikan bilis goreng masuk angin ni..!!

Dan Beliau jugak tidak suka makan kepala ikan walaupun beliau pengusaha nasi campur kepala ikan di Penang dan ayat yang menggelikan cucu2nya ialah..

agak2 hangpa suma,ikan ni gosok gigi dak?(sambil menunjuk kearah kepala ikan yang besar terbungkang dalam mangkuk besar)

Zainol juga memiliki mata yang tahan dari serangan percikan bawang2 yang dikupas olehnya walhal jarak bawang itu dan matanya cuma 5cm(beliau rabun).

Beliau terkenal dikalangan kaum melayu,cina dan India yang tinggal di pekan TG dengan gelaran Pak Non Taukey Nasik.

Tapi Beliau sudah tiada.Hanya hikayatnya saja masih lagi diceritakan oleh anak cucunya..

Tidur

Aku ada masalah untuk tidur sejak seminggu yang lalu dan esok adalah genap seminggu tokwan xdak di alam ni..mybe masalah tidur aku ada kena mengena ngn tokwan?Bagi mengelak aku sakit kerana x ckup tidur,darling mula memantau waktu tidur aku.Tepat pukul 10 malam aku mesti masuk tidur padahal aku boleh tipu dia dengan pura2 tidur kerana jarak darling ngn aku adalah 3 jam perjalanan..

Jujur la plak minah Penang ni...

Itulah adalah kata2 sepupu aku yang sekarang menjadi teman tidur Tok sejak ketiadaan Tokwan ni..

P/S:Aku mula boleh terima ketiadaan tokwan sekarang ni setelah menerima amukan dari Darling..huhuhuhuhu..

Laptop baru

Aku dah dpt laptop baru..!!!! yahooo!!!!
tapi xdak webcam la plak..
aku rindu laptop lama aku..
huhuhuhu..
xpa..bln 7 ni beli lagi satu siap ada webcam lagi..
abahhh!!!!
support kaklong k..
hihihihi..

Isnin, April 27, 2009

Jiwaku Untuk Tokwan

Buat masa sekarang,separuh dari jiwa aku hilang bersama tokwan.

Al Fatihah untuk Tokwan


Zainol bin Jamal
1936-2009

Khamis, April 23, 2009

TOKWAN

Kerja Aku terganggu pagi ini apabila Maklong call aku dan memberitahu Tokwan berada di ICU sekarang...

Arrgghh..!!!

Rabu, April 22, 2009

kerja

Aku rasa budak2 yang bakal belajar kat sekolah yang aku jaga sekarang untung gila.1st sekali kalo sape2 dapat kals kt tingkat 4 mmg untubg..anginnya mai aii..!! sepoi2 kuat..bikin aku ngantuk..nasib baik x tertidur atas tuh dan aku pasti..gerenti ah bkn takat budak,cikgu pun bleh tertido masa mengajar.2ndnya plak..view permandangan dari tingkat 4 dh cun..belum lagi tingkat 4,5,6,7,8 sampai 9 tuh...lagi 1,dorang ada lif..nape masa aku skool dulu xdak lif..aku jeles nih..Waaachaaa!

Tuh gmbar buntot keta kancil aku..kale lain plak.. saja nak tunjuk..hohoho..bila siap suma jln mesti permandangan bawah cantik

yg berbukit2 tuh adalah Pulau..ya..ya..blah pulau sana aku belah seberang..ni tingkat 4..kalo tingkat 6 bleh nampak komtar beb!

malas nak upload byk2..sbb aku bw kamera bkn utk amik gambar permandangan ke ape..aku kena amik gambar camni ha...

Pkerja indon sedang memasang atap bumbung






Benci Gua!!

Sekejap lagi aku akan Defect List untuk Blok Akademik 2 plak..malas btul nak memanjat sampai tingkat 9.Wahai Kementerian Pendidikan..nape korang nak wat skool sampai 9 tingkat..4 tingkat ckup arrr..penat tau pkerja seperti aku dok panjat hari2..dah la lif pun xpasang lagi..!!!
Pastu..aku kena panjat sorang2 plak..kalo ada geng best ar jugak..dulu ada Shahir best gak panjat dengan dia sambil2 dengar dia cerita pengalaman dia bkerja dalam bidang ni..tapi Shahir plak p jaga site kat Sintok plak n setiap hari jumaat bru nak mai site ni..waaaaa...Tension aku kalo mcm ni...!!!!!

Aku dengan gaya malas yang keterlaluan

Selasa, April 21, 2009

Aku Dan Sepupu2 Ku

Aku ada ramai sepupu..tambah2 belah mak aku.dan kami suma rapat antara satu sama lain.Tapi aku da feveret sepupu aku sendiri.Maknannya dalam byk2 sepupu yang aku ada,mereka lah yang paling aku suka...


1.Ahmad Shaffi

Ahmad Shaffi adalah anak bungsu kepada Makjang aku,adik mak aku.Berusia 4 tahun dan pandai menari Shuffle.Betoi..aku tak tipu.Memang dia pandai menari pun..


2.Muhammad Fareez Imtiyaz

Imtiyaz adalah anak bungsu Makcik aku,adik kepada makjang dan mak aku.Berkulit putih dan tembam.Menurut tokwan,masa aku kcik2 aku sedebab Imtiyaz..Tgk..lentok gila dia kat dada empuk aku sampai Darling pun jeles bila tgk gambar ni..hahahahaha..


3.Anuar Rahimi


Anuar adalah anak tunggal Makcik aku,adik abah aku.Tahun ni amik UPSR.Dia memang kelakar macam mak dia dan kalau dia ketawa memang bunyinya amatlah kelakar.Macam kartun..hihihihi..

4. Aiman Najmi

Aiman merupakan anak Paklong aku,iaitu abang sulung mak aku.Sama umor dengan Darling dan masih belajar di Universiti Pertahanan Malaysia.Tentera laut.Dia paling bijak daripada semua sepupu aku dan bekas student MRSM Pendang.Aku rapat dengan dia sejak kecil lagi tapi tuntutan kerja dan belajar membuatkan kami renggang sikit.

5.Nur Syazwani

Wani adalah anak kepada Pakngah aku,abang kedua mak aku.Dia sama umor dengan aku dan berperangai gila2 seperti aku.Kelam kabut seperti aku,bersuara kuat seperti aku dan ketawa kuat seperti aku.Kami pernah bekerja bersama sebagai salegirl di pasaraya Longwan selama sebulan dan bekerja di kilang Sony Perai selama 4 bulan sebelum aku Konvo dan mendapat pekerjaan di Ariffin Arkitek dan dia dapat kerja ditempat lain.

P/S:Aku terpaksa padam muka aku kerana mempamerkan muka kesejukkan yang keterlaluan

Aku dan Pekerjaan aku

Pagi tadi hujan lebat.Tapi aku terpaksa gak masuk site sebab nak buat Defect List.Masa makin suntuk dan KPM pun nak datang hari Khamis ni utk melihat perjalanan kerja2 kat site sekolah ni yang dah siap 95%.Site opis aku pn akan diruntuhkan gak minggu depan dan aku terpaksa kalutkan diri aku mengemas suma fail2 pihak konsultan untuk di pindah ke tingkat 1 blok pentadbiran yang dh siap sepenuhnya..wiwiwiwi..dapat aku merasa dok sekejap dalam bilik pengetua(aku cop dulu bilik tu..hehehehe..)
Jadi kerani tapak dan satu2nya perempuan dalam projek ni wat aku kena wat byk keja.Sapu sampah,kemas fail(wlaupun fail dari pihak civil engineering dan elektrik/mekanikal,walhal aku arkitek),wat lawatan tapak,wat memo,panjat bangunan,berjemur tgh panas dengan Shahir semasa mengambil gambar skool ni,bergurau dengan Razak atau Hairil,menonton DVD dengan budak praktikal atau menolong sedikit sebanyak En.Abu.Lepas ni aku akan rindu site ni..huhuhu..
Aku semasa menjalankn tugas.Mcm Engineer pun dah
haisssh!
Tadi semasa tengah wat defect list,aku ditemani seekor kucing betina..hahahaha..cute btul.Dan aku terpaksa melihat Indon tidur dalam keadaan separuh bogel kat salah satu bilik di blok pentadbiran(aku terpaksa,keja aku memerlukan aku berhati waja..hihihihi)

Ni kucing yg baik hati teman aku..cam lion ja muka..huhuhu

Balik dari wat Defect List aku terserempak dengan Encik Aku.
Ini adalah perbualan antara Encik abu dan aku:

E.Abu:Poyo,lepas ni pindah opis k..
Aku:Bila nak stat punggah opis
En.Abu:minggu depan(sambil tersengih
Aku:Jadi kena wat kuar suma fail la ek..
En.Abu:Yup..yang pc dalam opis tu saya nak antar kat kementerian balik minggu depan.Jadi poyo delete suma software yang budak2 tu download n tinggal yg basic saja.
Aku:Ok..
En.Abu:lagi 1,delete suma video2 lucah yang budak2 tu download dulu..saya takut poy trtengok plak..(sambil tersengih..)
Aku:Errrrkkk!!

Penerangan gambar:
1.En.Abu bertopi putih,berbaju putih.
2.kancil turbo aku seblah keta wira,tapi nmpak depan ja..kaler putih(cat kancil aku warna-warni..bru nmpak gangster)
3.Site opis aku telah dibuang bumbungnya

Dan seperti biasa aku mula aktiviti delete suma fail lucah..dan aku lakukan keja delete2 ni sejak dari setahun yang lalu lg...hampeh btul korang ni!!!

Isnin, April 20, 2009

Seorang Kakak Yang Lain Dari Yang Lain

Orang selalu bertanya..
"Awat kulit hang lain dari adik beradik hang?"
"Awat muka hang lain dari adik beradik hang?"
"Awat susuk badan hang xsama dengan adik beradik hang?"
Jadi aku nak jawab macam mana?
Dah Tuhan buat aku jadi macam ni.Aku kena terima jela..
Siapa yang tak terasa hati bila muka kita seorang je lain,siapa yang tak terasa hati bila kulit kita lain,siapa yang tak terasa hati bila bentuk badan kita lain dari yang lain padahal lahir dari perut yang sama.
Aku nak hidung yang sama macam adik-adik aku,aku nak berkulit hitam manis macam adik-adik aku,aku nak bertubuh kurus kering macam adik-adik aku.
Tapi Tuhan kasi aku berhidung kemek dan kecik,berkulit putih walaupun berjemur tgh panas(sengaja) tapi muka ja gelap sikit tapi dari leher sampai kaki tetap putih jugak.Sampai aku rasa cam nak berbogel jek,pastu berjemur macam orang putih tuh..tapi mana boleh beb!.Aku bertubuh ala-ala Zizie Ezette walaupun aku diet ala pelakon Mek tu.Mek,gue jeles sama loh...
Tapi aku bersyukur,walaupun berlainan sekurang-kurangnya cukup sifat,xdak cacat cela.Yang penting,gua lain beb..jadi perhatian tuh..wiwiwiwiwi..


Aku Dan Adik2

P/S:Gambar muka aku terpaksa dipadam kerana mempamerkan senyuman/sengihan yang
keterlaluan

Ditaman Bunga Dan.....

Aku dan Darling bersiar2 ditaman bunga.Tiba-tiba Darling cuba mengejarku.Aku berlari-lari anak cuba mengelak darinya sementara Darling mendepangkan kedua tangannya bagi menghalang aku.
"hahahaha..xnak la..malu la..orang tengok tu.."aku bersuara sambil berlari2 anak.
"Ah,bia la..nak kejar sayang gak.."jawab darling dalam pelat kelantannya.Tiba2 Darling dapat menangkapku dengan memeluk pinggangku dari belakakang.
"Yeahhh..dapat dah!!"Darling bersuara sambil ketawa dengan kuat.Aku pun turut sama ketawa.Kemudian kami sama2 baring diatas padang rumput yang luas dan hijau.Kami masih lagi ketawa sambil melihat langit yang membiru ditambah pula dengan awan yang membentuk pelbagai bentuk.Kami masih lagi ketawa.Makin lama makin kuat tanpa mempedulikan orang lain yang turut berada disitu.Darling mengeletek pinggangku pula dan aku ketawa dengan sekuat-kuatnya.Alangkah bahagianya saat itu.Tiba-tiba aku terasa seperti sesuatu benda yang lembut dan besar mengenai kepalaku diiringi satu jeritan.
"Woooiii!!!!!!"
Aku membuka mata sambil melihat sekeliling.Aku dalam bilik yang samar2 gelap dan adik aku berada disebelahku.
Cisss!!!!!
Aku bermimpi rupanya..
Huhuhuhu...

Khamis, April 16, 2009

Aku dan Tokwan

Aku sedang jaga Tokwan.Tetiba seorang pesakit baru masuk dan ditempatkan didepan katil tokwan.Turut sama yang ada disitu seorang pegawai polis wanita.

Kes:

Lelaki itu dipukul dengan topi keledar ditempat kerja oleh 2 orang anaknya yang marah kerana lelaki itu sering memukul ibu mereka.Siapa yang salah sebenarnya?Si bapa atau si anak2nya?

Aku dan Cerita Perang

Aku cenderung untuk menonton movie perang dari barat,pengaruh dari abah.Tapi sepanjang aku mnonton berlonggok2 citer perang dari sana,hanya beberapa kerat saja yang boleh dikatakan mempunyai nilai kemanusiaan tanpa membuat propaganda negara lain yang jahat, Amerika yang baik.Setiap mvie perang yang dibikin oleh sutradara sana agak berat sebelah.Namun ada beberapa filem perang yang memaparkan kejadian atau situasi sebenar zaman perang tersebut.

1.SAVING PRIVATE RYAN.(1998)

Mengambil latar belakang zaman perang dunia ke2.Mengisahkan 1 platun askar Amerika dalam misi mereka mencari dan menyelamat Private Ryan utk dibawa pulang ke pangkuan ibunya setelah kesemua abg2 Private Ryan ni mati dalam pertempuran di pantai Omaha menentang Pihak Jerman.Filem ni xdak lansung nak tunjuk Jerman jahat ka..Amerika baik..filem ni tunjuk kesengsaraan yang dihadapi oleh askar2 ni dlm peperangan,terpaksa berpisah jauh dari keluarga..sifat setiakawan wlaupun ada di antara depa bersifat perkauman,penting diri,tamak namun bercampur baur dengan sifat kemanusiaan.Aku menangis tgk citer ni masa last2..mmg sentuh prasaan aku.

2.PLATOON(1986)

Mengambil latar belakang zaman perang vietnam tahun 60an.Mengisahkan 1 Platun askar yang berpuak2 berbahagi kepada 2.Yang agak baik dan agak ganas dan kejam.Sarjan Barnes agak kejam.Bersama dengan anak2 buahnya yang terdiri dr bangsa kulit putih juga kejam sepertinya.Dalam mmburu tentera viet kong,depa snggup bunuh bayi,kanak2,orang tua,wanita,orang buta,binatang ternakan.Rogol/liwat kanak2 dan wanita tu kira hobi depa la.Depa agak psyko.Berbanding Sarjan Elias,wlaupun muka penyangak n muka cam perogol bersiri,tapi dia bersifat kmanusia bgitu jgak dengan anak2 buah dia.Jadi mereka ni bkn saja berperang dengn Viet Kong,malah sesama sendri.Walaupun Sarjan Elias mati,tp aku puas ati sbb Sarjan Barnes pun mati gak dibunuh salah seorang anak buah Sarjan Elias yg juga merupakan pencerita/sparuh hero yg bercerita kpd pnonton tentang peperangan tersebut.Apa yg penting,filem ni la kmunculan 1st time Johnny Deep sbgai anak buah Sarjan Elias(nsib bek wtak baik) sebelum dia beraksi dalam filem seram bertajuk Nightmare on Elm Street pada tahun yg sama gak.

3.GLORY(1989)

Mengambil latar belakang Perang saudara yg berlaku di Amerika syarikat pada pertengahan tahun 1800an.Mengisahkan Colonel Robert Gould Shaw yang terpaksa memimpin tentera kulit hitam yang terdiri dari hamba2 yang melarikan diri dari tuan mereka.Walaupun dikutuk sbb jadi ketua kepada org kulit hitam,tp dia ttap sabar dan tentera pimpinan dia la paling berani berbanding tentera kulit putih dan tentera dia la yang duduk dibarisan hadapan semasa berperang dengan pihak selatan.Dan kisah Colonel ni serta tenteranya masuk dalam sejarah Amerika Syarikat kerana keberanian depa dan kesetiaan depa pada pemimpin depa walaupun sering dihina.

4.CASUALTIES OF WAR(1989)

Cerita ni pun berlatar belakang perang Vietnam.Tapi aku xleh nak tgk citer ni byk kali..agak kejam sebab platun yg di pimpin oleh Sarjan Tony Meserve ni melakukan jenayah perang dengan menculik seorang gadis vietnam,mendera dan merogol gadis itu beramai2 berulang kali sampai gadis tu mati.Huh! nak citer pn x sanggup..Hanya Private Eriksson je yg baik n x sanggup mlihat kerakusan ketua dan kawan2 dia yang lain,jd dia melapurkan jenayah tu pada pihak atasan.Namun dia terpaksa menghadapi tekanan dari pihak atasan yg mcm nak ttup mata atas kejadian tu dan selalu dipukul oleh kawan2 dekat kem depa.Malah Eriksson juga menjadi seorang yg sparuh gila sebab asik teringatkan gadis Vietnam tu dan apa yang depa lakukan pada gadis tu walaupun perang dh tamat .Tapi akhir cerita tu agak romantik sebb Eriksson akhirnya bertemu dengan seorang gadis Vietnam yg mirip mangsa rogol tu dlm train..wiwiwiwiwiwi..

Filem lain yang patut ditonton gak:

1.Behind Enemy Line(2002)
2.The Thin Red Line(1998)
3.Flag Of Our Fathers(2006)
4.Letter From Iwo Jima(2006)

Filem yang mmg aku menyampah tgk yang x mnceritakan kejadian sebenar:

1.Black Hawk Down(2001)
2.The Longest Day(1962)
3.Objective,Burma!(1945)
4.Enemy At The Gate(2001)
5.Kelly's Heroes(1970)
6.The Bridge On The River Kwai(1957)

Selasa, April 14, 2009

Aku dan Fantasi serta khayalanku dalam filem

Aku suka tgk movie sejak dari kecik lagi.Trpengaruh dengan abah.Movie yang abah layan suma movie omputih,filem melayu jgn harap la..kalau drama pun yg belah sana jugak..drama melayu boring abah kata..asik tema yang sama...

"anak saya baru balik dari london..anak datin?"
"Anak saya balik dari india..."

Abah selalu ajuk dialog ni bila trbuka drama melayu kt tv walaupun pelakon dia berdialog pasal lain...
tapi aku bkn nak cerita pasal abh dan ketidaksukaan dia terhadap drama or filem melayu.Aku nak cerita pasal kesukaan aku berangan menjadi watak filem yang aku tgk..
Memang betul aku kuat berangan.Darling juga mengakuinya..
Aku cepat terpengaruh,sbb tu aku suka bermmpi..aku suka alam fantasi.
Masa aku belum skool lagi..mybe dalam umo 4,5 tahun..abah suka beli tape citer star wars,alien,happy ending story..dan mcm2 lagi citer..kami slalu layan berdua sbb adik aku x lahir lagi..
Aku suka betul citer2 tu..jalan cerita dia mmg menarik bagi kanak2 seperti aku ketika tu..aku betul nak jadi Luke skywalker..leh lawan ngn pedang bercahaya..tajam plak tu..best siot!

X sangka gua,miss poyo minat nk jd mcm gua..
dia da
krisis indentiti ka?

Tapi kadang2 aku teringin gak nak jadi Chewbecca.Walaupun dia huduh dan berbulu,tapi dia seorang pengikut yang setia dan kuat.Lagipn lengan aku pun berbulu gak.Xdak beza kan?huhuhu..

Ceq pnya sifat sama ka ngn Miss Poyo?
tang bulu ja kot...

Masa aku tgk filem Alien,mati2 aku ingat hero dia lelaki..tapi rupanya perempuan.Betul wei,aku langsung xnmpak ciri2 pmpuan kat dia..xnmpak langsung payudara dia..wiwiwiwi...Tapi aku x berminat nak jadi dia.Aku lebih berminat nak join ekspidisi depa dlm kapal angkasa tu.Boleh lawan2 tembak Alien,potong kepala alien..Ganas la plak..

Gua pmpuan dia kata laki..Poyo betul la minah nie

Miss Poyo join Crew kteorg..
msti alien pun takut
dgr Miss Poyo ketawa

Aku minat juga tgk filem Zombie..abah pminat zombie..kat umah aku byk DVD citer zombie..wlaupn hantu dia lengai mcm penagih dadah..tp aku syok tgk filem dia..tapi aku suka filem zombie lama..nampak original berbanding zombie skrg..zombie dlu pkai ilmu itam..Voodo..dan ilmu itam bangsa yahudi yg dipanggil apatah..idupkan mayat bg mmbalas dendam..zombie sekarang terjadi akibat virus..malah zombie sekarang x lengai mcm zombie dlu..laju smcm..xdak original dah..tp aku nak sagt jd cam alice,hero citer Resident Evil..dah la seksi siot(Ceq seksi),tangkas plak tu berlawan..(aku blajar taekwando masa drjah 1)cam sesuai ja ngn aku watak tu..wiwiwiwiwi..

Badan hang xckup sempoi ar nak pegang
watak aku..Sori ar Poyo..hang kena tima hakikat beb..

Watak2 ni yg pengaruh idup fantasi aku dari aku kecik sampai aku bsar tua bangka dh ni..byk lagi sbnarnya filem yang dok pengaruh jiwa aku..tp mls ja nk taip..xpa2 aku taip gak..

1. Alice in Wonderland
2. Snow White
3. E.T
4. George Of The Jungle
5. Tarzan
6. 10th Kingdom
7. Back To The Future
8. Conan the barbarian
9. Jason and Argonauts
10. Jumanji
11. The Green Mile
12. The Indian In The Cupboard
13. Sinbad
14. Edward Scissorhands

dan banyak lagi..kna korek ingatan aku nih..huhuhu..

Akulah Model Sensasi

Aku telah di tag oleh Zahidah Dihaz17....wiwiwiwi..



Kenapa aku suke pkai bju ni pegi opis..sbb:

1.Aku keja kat tapak bina.Indon byk mak aiii..kalo aku pakai kemeja..tgh aku manjat mana nk tau terselak baju nmpak pusat..pakat2 xkeja la indon2 2..
2.paha aku agak drumstick..tp fara fauzana lagi la bsar..so aku kna pkai bju yg labuh takat atas lutut sket....
3.Punggung aku besar ala jennifer lopez ngeh.ngeh..ngeh.....mnonggek ja..jd aku nk cover punggung aku...
4.agak seksi pada bhagian dada..aku suka..aku pn nk jd mcm artis gak..kwang3..
5.kalau aku pkai baju ni aku nmpak kurus 2 kali ganda..wiwiwiwiwi..

aku nak tagged:

1.Jennifer Lopez
2.Fara Fauzana
3.Johnny Depp
4.Aishwarya Rai
5.Irma Hasmie
6.Semua Follower aku...

Ngeh..ngeh..ngeh..

Isnin, April 13, 2009

Zaman Sekarang

Zaman la x sama dengan zaman dulu.Sebab pa aku kata mcm ni?sebab zaman la zaman penuh pancaroba walaupun untuk kanak2 kcik sekali pun.Masa aku umor 7 tahun dulu,aku selamba ja pi sekolah jalan kaki sorang2,angkat kain,masuk bendang sat..balik sekolah,singgah kat gerai tepi sekolah beli air sirap dan keropok super ring,pastu jalan balik sorang2 dengan selambanya..sampai rumah berpeluh ketiak2 sebab rumah aku dengan sekolah jauh masa tu..Tapi zaman la cukup payah nak tengok budak2 umo 7 tahun balik jalan kaki sorang2..semua balik naik van,bas,mak pak amik ataupun abg kakak mai amik.Orang mula takut nak bagi anak pi sekolah sorang2...x kira anak laki ka perempuan ka..orang jadi fobia sejak macam2 kes rogol/liwat melibatkan budak sekolah rendah.Orang zaman la byk yg dah psyko.Dengan budak2 kecik pun nak bernafsu.

Masa aku dah mula umo 11 tahun.Mak dh bagi aku pi sekolah naik basikal.Aku pi sekolah dengan happynya.X payah nak jalan kaki lagi sampai berpeluh2 ketiak aku.Aku happy sebab boleh welly(aku xtau eja perkataan sebenar) sampai terselak kain2 sekolah aku.aku boleh lumba dengan kawan2,boleh kayuh basikal dalam bendang yang kering akibat kmarau..tapi budak la naik naik van,bas,mak pak amik ataupun abg kakak mai amik.Orang takut dan fobia sebab banyak kemalangan melibatkan budak sekolah.Kena langgar lori tanah,kontena,kena belah ngn motor mat rempit,motor bapak budak,kena langgar dengan keta..orang zaman la suma nak bawa laju2..smpai kawasan sekolah pun nak bawa laju.

Masa zaman sekolah menengah,aku nak kuar mana2 pun mak bagi..janji sebelum mahgrib sampai kat umah.Tapi zaman la remaja sekolah menengah terutama yang perempuan kita rasa risau bila izin depa keluar dengan kawan2.takut jadi kot lain..kena bawa lari pi negara jiran ka,kena culik dijadikan pelacur ka..pengemis kat negara lain,kena tipu ngn mat rempit ka..kena kenduri beramai2..orang zaman la terdesak nak buat duit sejak ekonomi merudum mcam ni..jual orang la yang paling untung dan pendapatan paling mahal..

Semua x kena zaman la...(dipetik dari kata-kata tok aku)
kalau esok hari bila sampai ke zaman anak2 aku plak macam mana la keadaannya nnti...
takut gua..

Jumaat, April 10, 2009

Aku di hospital 2

Tokwan dah ok..aku pun rs lega..slepas ni aku boleh brkarya smula..wiwiwiwiwwi..

Khamis, April 09, 2009

Aku di hospital

minggu ni aku busy jaga tokwan kat hospital..xdak masa nk update blog..harap2 tokwan cpat sembuh..amin...

Isnin, April 06, 2009

SKANDAL LA TUE

Semalam aku kuar makan dengan family aku.Kami makan di Medan ikan bakar kt Sg. Petani.Lagipun jarak tempat tinggal aku dengan Sg. Petani dekat ja.X jd masalah ke sana selalu wlaupun berlainan negeri.Ketika tu hujan dah berhenti dan kat Medan ikan bakar tu ramai jugak orang yang datang makan dengan Family kebanyakkanya.Tengah kami menikmati makanan yang memang sedap2 belaka tu,tetiba meja disebelah meja kami diduduki oleh 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.2 org lelaki tu berusia dalam 30 lbih dan 2 orang perempuan tu plak lbih kurang sebaya aku.Oleh Sebab meja kami dekat sangat jadi dengar setiap butir perbualan mereka.Dari berbualan mereka tu kami dapat tau yang 2 orang perempuan tu adalah perempuan Indonesia.Tingkah laku mereka berempat menjengkelkan kami sekeluarga dan aku rasa bukan family aku saja,tapi familiy2 lain dan jugak banyak lagi pelanggan pelbagai bangsa kat situ..Yang perempuan Indonesia tu tergedik2 menyendel2 badan dia kat badan laki tu mcm babi hutan betina nak mengawan ngn babi hutan jantan.Aku tgk Pak Aji kt meja depan tu geleng2 pala ja..Malah da jgk kapel melayu yang makan kat situ jeling2 ke arah mereka..mybe mereka pun meluat..nak romen pi bilik hotel la!
Tetiba telefon bimbit salah sorang dari lelaki tu berbunyi..kami dengar perbualan dia tu.

"Ye sayang,sok abang balik.Abang tengah bawa keta ni.nanti abang call lain"Ciss,mmg sah dah berbini.Tgk muka dua orang laki tu pun dah tau mereka dah berbini dan mybe punya anak dah.Lpas ckp ngn fon dia gelak2 ngn kawan dia yang sorang lagi sambil mnyebut perkataan bini.Ya Allah..Skandal ar ni..

Abah aku perhati ja tingkah laku mereka dan abah kata kan lebih bagus kalau lelaki 2 orang tu bawa anak bini mai makan kat sini ataupun bawa sekali ka mak ayah atau mak ayah mentua.Itu lebih bererti dan lebih bahagia kerana dapat abis masa bersama dengan berbual dan bergurau senda jika nak dibandingkan dengan bawa perempuan lain.Semua tu nafsu semata-mata kata abah.

Aku setuju dengan kata2 abah..begitu juga dengan adik2 aku yang lain.Bagi aku hargailah keluarga mulai sekarang sebelum keluarga mula tidak menghargai kita dan memulaukan kita bila dapat tahu perkara macam.Sesungguhnya amat perit bila kita dipinggirkan keluarga.

SEORANG LELAKI YANG MEMBURUKKAN NAMA BAIK LELAKI LAIN

Td bf lma aku call..spt biasa..dia nak ngayat aku..aku xphm ar..dh beribu kali aku ckp aku dh berpunya,tp dia still gak wat mcm ni..dia call,aku jwb.Dia berbudi,aku berbahasa.Tapi bila dari berbudi dia mula mngarut yang bukan2 so aku terpaksa gak berkeras.Bagi aku,dia tidak layak jadi kekasih kpd sesiapa pun.Orang yang kuat penipu seperti dia memang xlayak untuk bercinta atau dicintai.Agak kasar,tapi bagi aku,untuk dia memang patut.Orang seperti dia la membuatkan nama lelaki menjadi buruk.Syakwasangka orang perempuan terhadap orang laki adalah dari orang lelaki seperti dia la.Perkara yang buat aku benci sangat dengan dia:

1.Masa baru berkenalan dengan dia.Dia mengaku yang dia berusia 23 tahun dan belajar dalam bidang bioteknologi di UKM.Tapi sebenarnya dia baru berusia 19 ketika itu dan tidak belajar di mana2 institusi pengajian tinggi.Hanya seorang penganggur yang lepak kt rumah ja.Dia ingat aku x siasat.walaupun amik masa yng lma tp aku berjaya juga.

2.Dia bgtau aku yang fmily dia dr keluarga yang bepecah belah,dia kkurangan kasih sayang.Tapi sebaliknya.

3.Dia bgtau aku yang dia mmpunyai seorang kekasih namun putus sbb kekasihnya ada skandal dengan orang lain.Dia mmbuatkan aku simpati dengan cerita dia..bodohnya aku ketika tu..stelah 4 bulan berkawan dan kami amik keputusan nak berkapel..tp dalam masa 2 bulan kami kapel baru aku dapat tau dia masih lagi berhubung dengan kekasihnya itu dan kekasihnya x pernah curang.Dia yang curang.

4.Bila aku marah dia sbb pa tipu aku pasal awek tu dia cakap dia bosan ngn awek dia..dia suka aku lagi dari awek dia.Dan dia berjanji nak putuskan hubungan dia dengan awek dia demi aku.Aku diam ja..tp aku fikir,cmna bila dia dh bosan dengan aku?mesti dia wat benda yang sama kt aku seperti yang dia wat kat awek dia.

5.Sebenarnya dia dah wat dua nombor,1 khas untuk aku dan 1 lagi untuk awek dia.Dia jugak selalu cerita masalah dia dengan awek dia kat aku dan setiap kali kami keluar bersama,dia asyik bermesej dengan awek dia di depan aku!

6.Dia mengaku yang dia xnak serius dalam hubungan kami.Sebab katanya kalau kapel belum tentu dapat kahwin.Jadi dia cuma nak enjoy dengan aku ja.Dari situ aku dah nampak apa yang dia mahu dari aku sebenarnya.

7.Dia suka marah2 aku bila dia ada problem dengan awek dia dan nak aku ikut cakap dia ja.Dia langsung x fikir hati dan perasaan aku.

8.Sepanjang aku berkapel dengan dia selama 2 bulan dia telah memutuskan hubungan kami sebanyak 5 kali dan mahu kapel semula keesokan harinya.Dia sebenarnya lelaki Psyko!

9.Dia beritahu aku yang dia xkisah kalau aku ada lelaki lain sebab dia pun da perempuan lain gak..tu tandannya dia sebenarnya x sayang aku.Kalau dia sayang,dia mesti xmahu aku da skandal dengan lelaki lain.Tapi bila aku beritahu dia yang aku da rapat dengan seorang lelaki,dia marah plak.

10.Semasa rahsianya mula terbongkar sedikit demi sedikit,aku mula rapat dengan darling.

11.Semasa aku tengah menjaga adik bungsu aku di hospital kerana asma yang teruk dan aku tengah rungsing ketika itu,dia mnambah lagi kerungsingan hati aku dengan mahu memutuskan hubungan kami yg ke 5 kali walaupun dia tahu hati aku tengah susah hati dengan keadaan adik aku.Dia sepatutnya dia mmberi sokongan pada aku bukan mnambah lagi bebanan fikiran aku.Hanya Darling saja yang mmberi sokongan ketika itu dan selalu temani aku.Dan ketika itu baru aku sedar dia mmg x layak untuk aku.

12.Dua hari aku menjaga adik aku dia langsung x bertanya khabar.Setelah adik aku keluar hospital beberapa hari baru dia telefon aku semula kerana mahu sambung semula hubungan kami.Ketika itu aku terima dia kmbali.Tapi aku dah tawar hati.Aku x anggap lagi dia sebagai kekasih aku.Biar la dia perasan seorang diri.

13.Aku putuskan hubungan dia setelah darling melamar aku sebagai kekasih dia.Aku bertindak begitu kerana mahu lari dari dia.Aku tak tahan lagi.


Walaupun tindakan aku menerima darling sebagai kekasih sekadar mahu melarikan diri dari lelaki psyko tu,tapi akhirnya aku sedar yang Darling muncul tepat pada masanya.Terima kasih tuhan kerana menyelamatkan aku dari lelaki seperti itu dengan temukan aku dengan Darling.

Dia pernah call darling berpura2 tanya no fon abg angkat aku padahal abg angkat aku tu kawan baik dia.xkan dia xdak no fon fon abg angkat aku?Dia la lelaki yang teruk seteruknya yang pernah aku jumpa.

Jumaat, April 03, 2009

Suphai yang mamai

pagi2 lagi Suphai call aku n tnya bila politeknik nak cuti lagi.
errkkkk!
sejak bila aku jadi student poli smula..
bermimpikah kau wahai suphai..?
hahahaha....

Khamis, April 02, 2009

Aku Anak Abah

Orang selalu berkata yang aku dan abah amat berbeza..wajah aku tidak seperti wajah abah berbanding adik2 aku yang seiras abah..mereka kata aku seiras mak.Tapi ada jgk mmberitahu aku bahawa aku langsung tidak seiras kedua orang tua aku.Tapi ramai yang tak tahu aku dan abah mempunyai banyak persamaan yang dimana adik2 aku tidak pula ada persamaan itu.Abah adalah anak yang sulung,begitu juga dengan aku.Abah seorang yang agak lucu di sebalik wajahnya yang nampak serius itu.Abah suka mmbuat kelakar shingga kami sekeluarga ketawa terbahak2 hmpir setiap hari mndengar cerita klakar abah.Aku juga seperti abah.Kawan2 sering mmberitahu aku seorang yang klakar dan setiap kali aku bercerita.Mereka akan ketawa terbahak2 juga.Abah seorang yang gila2 juga.Abah tidak malu jika menari2 diruang tamu ketika kami sedang mnonton AF.Abah juga tidak malu mnari2 ketika aku sedang 3G dengannya.Abah sering mmbuat memek muka yang mnjelikkan sehingga kami ketawa smpai nak termuntah..Abah juga sering membuat mak mengejarnya keliling rumah kerana abah suka mngusik mak.Bila aku mnonton filem sepet ketika adegan harith iskandar mengejar ida nerina,begitu juga la keadaan mak dgn abah..cuma abah dan mak berpkaian sopan la..heeee...
Aku pun seperti itu juga.Sering menari2 di depan tv,mmbuat memek muka hodoh dan mngusik adik bungsu aku sehingga dia mengejar aku dengan keadaan marah sambil mmbaling barang permainannya..hahaha..
Abah seorang yang cakap lepas.Cakap tanpa memikirkan perasaan orang lain.Begitu juga dengan aku.Bagi kami kata-kata itu cuma satu gurauan.Perkataan mangkuk ayun,toya la hang,hampeh betul hang,muka hang macam punggung kuali,badan hang macam tong dram dan perkataan yang seangkatan dengannya dalah perkataan rutin harian kami.Bagi yang sudah lama mengenali kami sudah tidak kisah lagi kecuali bbrapa orang yang kadang2 tidak tahan dengan mulut kami ni.Abah juga seorang yang cepat simpati dengan keadaan orang lain.Begitu juga aku.Setiap kali orang datang meminta sedekah dirumah,walaupun kami tahu org itu menipu kami tetap menderma.Kadang2 ada jugak pakcik tua datang mnjual ikan kering dirumah,aku dan abah tetap beli walaupun abah tidak makan ikan kering,cuma aku ja boleh jagan nak makan kadang2.
Abah juga seorang yang agak setia dengan satu2 barang miliknya..abah akan mngunakan sesuatu barang sehingga barang tersebut tidak boleh digunakan lagi.Abah juga seorang yang boros.Abah juga kadang2 boleh menjadi seorang yang pemarah jika kesabaranya hilang.Kesemuanya sifat2 itu ada pada diri aku.Jadi kenapa orang selalu cakap aku berlainan dari abah?Oh,aku lupa..organ sex kami tidak sama la...sebab itu kami berbeza..;p

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!