Khamis, Mei 23, 2013

BERAT BADAN TURUN

Sejak akhir-akhir ni..Incik Bachok selalu ja cakap nak beli penimbang..Nak timbang berat badan dia..Al Maklumlah sejak berkahwin dengan aku ni..berat badan dia naik mendadak..walaupun dia tak nampak gemuk sangat..tapi kalau berat badan dia dah naik ni mestila dia runsing kan..tambah2 bahagian yang naik mendadak tu tang tetek..dah macam tetek anak dara baru baligh ja aku tengok..Wakakakakkaka..

Maka satu hari dia pun beli la mesing timbang jenis ada jarum tu kan..dia beli kat Kedai Dua Ringgit..tapi harga timbang tu bukan la harga dua ringgit walaupun nama kedai tu Kedai Dua Ringgit..harga timbang tu RM30...Maka laki aku ni pun dok timbang la setiap pagi..hari-hari..
Tapi apa yang musykil sekali ni ialah setiap kali laki aku timbang..sat badan dia naik sampai 20kg..Esok plak tiba-tiba turun 2 kg..Esok-esok lagi trun 10kg..lepaih naik 5kg..Apahal berat badan laki aku tak sama ni hari-hari..kalau kurang atau lebih dua tiga KG takpa jugak..ni main sampai puluh-puluh bai...laki aku main sihir ka boleh tukaq berat badan sampai puluh-puluh KG dalam satu hari..hahahahhahahahahahahahha...

So,tak puas hati..dia pi pulak Cosway..beli penimbang eletronik..harga RM186 tu..mahai gila kot..tapi oleh sebab dia pinjam kad ahli adik aku Si Mirul tu...harga penimbang jadi RM89 ja...maka pagi tadi beliau telah memulakan aktiviti menimbangnya..bila tengok berat badan dia tu,,dia puas hati..dia kata penimbang ni betul..Elehh..kalau berat lebih dia cakap penimbang tu rosak..kalo berat kurang kata mesin tu betoi plak..tak boleh terima kenyataan langsung yang diri tu mok..mok..ngeee!

Jadi aku pun test jugak la timbang berat aku..tapi apa yang aku musykil ni ialah berat aku turun plak..hari tu pi klinik naik dua kilo...ni dah turun sekilo..Aku kalau aku tak mengandung...dah lama aku melompat tinggi la kalau berat turun..ni aku mngandung..berat turun plak..awat anak aku diet ka dalam perut ni?huhuhhuhu...

Takpa..esok pagi aku timbang lagi..kalo turun lagi aku syak penimbang tu rosak kot..muahahahhaha!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!