Khamis, April 08, 2010

Aku dok teringat kat lagu-lagu.Lagu-lagu teringat kat aku ka?

Aku ni walaupun ganas,tapi sentimental tetap ada.Sebab apa?sebab ada setengah-setengah lagu yang bila aku dengar,akan mengingatkan aku pada sesetengah perkara atau peristiwa.Kalau terdengar ja lagu-lagu ni,memang secara automatik teringat balik benda-benda lama ni.Lucu la mak aiii...

1. Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza)
- Bila aku dengar lagu ni mesti aku ingat balik masa family aku ngan family Tokcik aku pi bercuti kat Kelantan masa aku Darjah 4.Langsung takdak kena mengena dengan percutian tu lagu ni..mybe masa tu aku dah start nak berjiwang kot..shittt!!

2.Gali Lobang,Tutup Lobang (Salleh Yaakob)
- Aku teringat masa aku darjah 3.Masuk pertandingan menari pakai lagu ni.Tak stail langsung..huh!!

3.My Heart Will Go On (Celine Dion)
-Lagu citer titanic ni memngingatkan aku masa mula-mula pindah pi Ipoh.Malam pertama kat rumah baru aku kat Ipoh tu,ada pasar malam.Kami satu keluarga pi.Cina cetak rompak pasang lagu ni kuat-kuat kat pasar malam.Agaknya sebab tu bila dengar lagu ni,mesti ingat first time pindah kat Ipoh.Huuuu!

4. Jeling(Senario)
-Bila dengar lagu ni,aku teringat masa aku sekolah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Pegoh,Ipoh.Meriah oooo...Sambil kayuh basikal pi sekolah,sambil nyanyi lagu ni.Tak rock langsung masa tu.Hahahaha.

5. Season In The Sun (Westlife)
-Lagu ni ingatkan aku kawan-kawan sekolah menengah kat Ipoh.Tambah-tambah si Zura tu.Minat gila kat Westlife,Blue dan kumpulan yang seangkatan dengan depa-depa ni.Masa tu aku dok layan Linkin Park dah.Tapi pasaipa bila dengar lagu westlife ni teringat kat kawan-kawan aku tu.Sepatutnya lagu-lagu Linkin Park ar..tak patut....tak patut..


6. I'm yours (Jason Mraz)
-Lagu ni mengingatkan aku pada peristiwa first time aku dapat mesej dari Incik Bachok.Masa tu puasa ke 7 tahun 2008.Masa aku terima masej dari dia,aku da kat pasar ramadan.Dia pun masa tu da kat pasar ramadan jugak..Pada masa yang sama aku dengar mp3 lagu ni..Wahhhh..!!

7. Superman(Eminem)
-Lagu lucah ni mengingatkan aku kat Roomate aku,Sue dengan Hana,jiran sebelah bilik aku yang hari-hari melepak kat bilik aku masa kat Politeknik dulu.Tiap kali Hana mai,PC aku mesti terpasang dengan lagu ni.Bukan salah kami arrr...hehehe..

8. Kidtheng(Taxi)
- Lagu siam ni mengingatkan aku kat Suphai.Kawan baik aku berbangsa siam.Seronok kawan dengan dia.Tiap kali dengar lagu ni,mesti rindu kat dia.Maksud tajuk lagu ni pun Rindu.

9. Jujur(Radja)
- Ada sorang budak Perdagangan tak silap aku.Masa tu kat Politeknik arr..selalu mai lepak kat bilik aku semata-mata nak dengar lagu-lagu dari kumpulan Radja.Pastu kami sama-sama dok buat cerita bodoh berdasarkan lirik lagu-lagu dari kumpulan Radja ni.Pastu gelak-gelak sampai terkentut-kentut atau kadang-kadang sampai nak terputus urat kentut aku rasa.Mana la budak Wani ni pi dah la ni??

10. Redline (Shizuka) - Dulu masa kat Politeknik,aku da berkenan kat sorang budak laki-laki ni.Nama dia mad Duan.Tiap Kali aku dengar lagu Redline atau si Suphai tu dok nyanyi2 mesti terpandang dia.Sebab tu bila dengar lagu ni teringat dia.Mana la mamat rempit tu pi dah..hhohoho..

11. Dan Sebenarnya (Yuna)
-Ni pasal Incik Bachok lagi.Lagu ni mengingatkan aku masa kami keluar dating untuk kali kedua.Masa tu kami pusing-pusing kat batu Feringgi sambil Hot FM putar lagu ni.Pastu kami sama-sama plak nyanyi lagu ni.Romantik la plak...hohoho..

12. Close To You (Carpenter)
-Lagu ni ingatkan aku pada abang angkat aku Si Munir tu.Gara-gara dapat awek,dia tak pedulikan aku sangat dah.Taktau pasaipa lagu ni ingatkan aku kat dia.

13.Extravaganza(Bunkface)
-Lagu ni ingatkan aku masa hari first start keja kat TM ni.

14.Enjit-enjit Semut (Butterfinger)
- Teringat bos aku masa aku kerja ngan Encik Arkitek dulu.Bos Aku ni jaga site skali dengan aku.Dia memang suka nyani lagu ni kat dalam opis.Sampai caller Ringtone dia pun guna lagu ni.Dia peminat setia Butterfinger.

Ketahuan (Matta)
-Teringat teman-teman sekerja kat site dulu yang gila-gila dan cakap lepas ja.Walaupun aku sorang ja perempuan tapi aku enjoy.Dan depa suma suka lagu ketahuan ni sangat-sangat.Heeee!


Banyak la nak taip.Letih dah jari-jari runcing aku nak menaip.Hohohoho!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!