Jumaat, April 02, 2010

Melayu:Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa Part 1

Artikal ini berdasarkan dari blog MistisFiles.Dari melayu untuk bangsa melayu sebagai renungan bersama(sejak bila aku jadi serius ni?cissss!)

AMARAN KERAS.ENTRI PANJANG.TAPI SILA BACA SAMPAI HABIS.


Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan Empayar Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa Inggeris berasal dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris) dari Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadi adakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari planet Zargus??Fikirkan.

Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi oleh orang Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan mereka dan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu menjadi seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh dan mereka dipaksa menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.


ini Pilipina..mahal kita!!


Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?

Beliau mengaku sebagai anak Melayu!

Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556 hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa menjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.



Gua la Jose Rizal..Gua orang melayu.kenapa?tak percaya ka?



Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum yang menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu sama lain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum ini yang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke timur mencapai pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau Papua,Solomon,New Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah Inggeris tiba di sini,Australia diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah terasimilasi dengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham bahawa Bani Jawi yang menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjaga warisan moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu rahsia.

Laki: Sayang,senyum sikit..depa amik gambar kita tu..
Bini:awat muka abang masam!!


Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan 'Brunei' adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah penjajah Inggeris dan Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan' orang Filipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia aborigine ini boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalam ilmu pelayaran?
Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari ini.
Bersambung la ceq oiiii...


4 ulasan:

pakcik kordi berkata...

panjang nye!hehe..

Baijat berkata...

pergh....mantap.....

mira amair berkata...

pakcik:

panjang..bc abis tak?


Baijat:

tak la mantap sangat..hamba pun baru belajar..ewahhh!

syabass berkata...

Bagus..bagus.

Kaitan antara Katolik Kristian dan penjajahan kepulauan Melayu, Malaya, Borneo, Filipina dan Indonesia perlu dihebahkan.

Katolik Kristian ini adalah ugama yang jahat hingga hari ini. Ia dijalankan oleh paderi2 mereka.

Jika mereka tidak berkuasa mereka memberi charity. Tetapi mereka tetap bekerja untuk Vatican mereka di Itali.

Kebencian orang Eropah terhadap Katolik Kristian memberi kebebasan dan keamanan kepada dunia.

Jadi awasilah. Keamanan dunia sejagat ini adalah atas kebangkitan sekular dan agnostic yang tidak bergantung kepada mitos orang Arab 2000 tahun dulu.

Tetapi bagi setengah golongan mitos Arab Islam dan JEw Kristian masih berpanjangan yang menyebabkan peperangan di Iraq
dan Afghanistan berterusan sehingga hari ini.

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!