Jumaat, April 30, 2010

Doket punya pasal

Dalm minggu ni,Keaadan opis aku kelam kabut bila bilangan doket dalam daerah Bukit Mertajam ni naik mendadak sampai seratus lebih..Sakit mata aku bila tengok dalam sistem yang menunjukkan banyak merah.Oh,lupa nak bagitau..Doket bermaksud kerosakan yang dialami tak kira la telefon,internet disebabkan oleh kilat atau apaepun masalah yang yang terjadi di Cabinet TM..Tah betul atau tidak penerangan aku ni..aku terangkan ikut pemahaman aku nah...Dan dalam Seksyen aku ni terdapat satu unit atau kumpulan yang ditugaskan untuk mematikan setiap Doket yang ada..Unit ni digelat unit doket,kadang2 kami gelar team streamyx..Takpun Team DEL.Kalau lambat matikan dalam masa yang di tetapkan masa dOket yang tertulis dalam sistem bertukar warna merah...Bila bos tengok mau tak mengamuk..menjejaskan prestasi syarikat.
Tapi oleh sebab terlampau teruk sangat keadaan,unit2 lain dalam Seksyen aku pun dikerahkan sama buat tugasan doket..Oleh sebab hari2 dok dengar perkataan DOKET ni..
Maka ia muncul dalam igauan dan mimpi-mimpi aku..
Contohnya semalam....(Berdasarkan cerita sebenar yang diceritakan oleh incik bachok)

Pukul 12.45 pagi(masa ni aku dah tidur la dol)
Perbualan telefon ni...

Incik Bachok:Helloo..I tengah rehat ni...(Minggu ni dia shift malam daa...)
Aku:Doket dah siap ka?
Incik Bachok:Apa?
Aku:Hari ni pi buat doket berapa orang?
Incik Bachok:Doket ape plak ni?
Aku:Doket..doket...berapa orang pi buat doket?!!!(terjerit la plak)
Incik Bachok:Ye..Ye...i pi sorang je..pi tidur la...
Aku:Sorang ja pi?takpa ka tido?
Incik Bachok:Ye..ye..tido..tido...
Aku:Ok....ZZzzzzzz


Tengok...terngiang-ngiang sampai ke tidur..apada...

Muncul Semula

Sejak dua menjak ni.Aku tak dan nak tengok blog aku.Sampai berlumut dah pun..
huuuu!
Bila da stat sibuk ni memang buat apa pun tak sewmpat.Buka Facebook pun dalam masa 5 minit ja ,pastu tutup..
Oleh yang demikian..Pasni nak kembali aktif balik..huuu!

Selasa, April 13, 2010

P atau D

"I rasa I nak beli yang bernombor plat 'D' la.."

"Awat tak beli yang bernombot plat 'P'?"

"Ala..bukan sedap pun 'P' tu..'D' la lagi sedap bunyinya.."

"Amboi..banyak cantik..ckap 'P' tak sedap..ramai orang pakai plat 'P' tau..negeri-negeri sebelah pun dok pakai plat 'P' "

"Bakpo U tak pakai Plat 'P'?dok pakai plat 'W'..nak kata orang plak.."

"Kancil turbo second hand ja..tu yang dapat plat 'W'.Kalau baru..memang pakai plat 'P' nah..orang sayang Penang.."

"I sayang Kelantan...."

"Huhh!! Dok Penang tapi nak pakai Plat Kelantan.."

"Suka hati I la...."

"Tah pape.."

"Hehehehe.."

Khamis, April 08, 2010

Aku dok teringat kat lagu-lagu.Lagu-lagu teringat kat aku ka?

Aku ni walaupun ganas,tapi sentimental tetap ada.Sebab apa?sebab ada setengah-setengah lagu yang bila aku dengar,akan mengingatkan aku pada sesetengah perkara atau peristiwa.Kalau terdengar ja lagu-lagu ni,memang secara automatik teringat balik benda-benda lama ni.Lucu la mak aiii...

1. Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza)
- Bila aku dengar lagu ni mesti aku ingat balik masa family aku ngan family Tokcik aku pi bercuti kat Kelantan masa aku Darjah 4.Langsung takdak kena mengena dengan percutian tu lagu ni..mybe masa tu aku dah start nak berjiwang kot..shittt!!

2.Gali Lobang,Tutup Lobang (Salleh Yaakob)
- Aku teringat masa aku darjah 3.Masuk pertandingan menari pakai lagu ni.Tak stail langsung..huh!!

3.My Heart Will Go On (Celine Dion)
-Lagu citer titanic ni memngingatkan aku masa mula-mula pindah pi Ipoh.Malam pertama kat rumah baru aku kat Ipoh tu,ada pasar malam.Kami satu keluarga pi.Cina cetak rompak pasang lagu ni kuat-kuat kat pasar malam.Agaknya sebab tu bila dengar lagu ni,mesti ingat first time pindah kat Ipoh.Huuuu!

4. Jeling(Senario)
-Bila dengar lagu ni,aku teringat masa aku sekolah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Pegoh,Ipoh.Meriah oooo...Sambil kayuh basikal pi sekolah,sambil nyanyi lagu ni.Tak rock langsung masa tu.Hahahaha.

5. Season In The Sun (Westlife)
-Lagu ni ingatkan aku kawan-kawan sekolah menengah kat Ipoh.Tambah-tambah si Zura tu.Minat gila kat Westlife,Blue dan kumpulan yang seangkatan dengan depa-depa ni.Masa tu aku dok layan Linkin Park dah.Tapi pasaipa bila dengar lagu westlife ni teringat kat kawan-kawan aku tu.Sepatutnya lagu-lagu Linkin Park ar..tak patut....tak patut..


6. I'm yours (Jason Mraz)
-Lagu ni mengingatkan aku pada peristiwa first time aku dapat mesej dari Incik Bachok.Masa tu puasa ke 7 tahun 2008.Masa aku terima masej dari dia,aku da kat pasar ramadan.Dia pun masa tu da kat pasar ramadan jugak..Pada masa yang sama aku dengar mp3 lagu ni..Wahhhh..!!

7. Superman(Eminem)
-Lagu lucah ni mengingatkan aku kat Roomate aku,Sue dengan Hana,jiran sebelah bilik aku yang hari-hari melepak kat bilik aku masa kat Politeknik dulu.Tiap kali Hana mai,PC aku mesti terpasang dengan lagu ni.Bukan salah kami arrr...hehehe..

8. Kidtheng(Taxi)
- Lagu siam ni mengingatkan aku kat Suphai.Kawan baik aku berbangsa siam.Seronok kawan dengan dia.Tiap kali dengar lagu ni,mesti rindu kat dia.Maksud tajuk lagu ni pun Rindu.

9. Jujur(Radja)
- Ada sorang budak Perdagangan tak silap aku.Masa tu kat Politeknik arr..selalu mai lepak kat bilik aku semata-mata nak dengar lagu-lagu dari kumpulan Radja.Pastu kami sama-sama dok buat cerita bodoh berdasarkan lirik lagu-lagu dari kumpulan Radja ni.Pastu gelak-gelak sampai terkentut-kentut atau kadang-kadang sampai nak terputus urat kentut aku rasa.Mana la budak Wani ni pi dah la ni??

10. Redline (Shizuka) - Dulu masa kat Politeknik,aku da berkenan kat sorang budak laki-laki ni.Nama dia mad Duan.Tiap Kali aku dengar lagu Redline atau si Suphai tu dok nyanyi2 mesti terpandang dia.Sebab tu bila dengar lagu ni teringat dia.Mana la mamat rempit tu pi dah..hhohoho..

11. Dan Sebenarnya (Yuna)
-Ni pasal Incik Bachok lagi.Lagu ni mengingatkan aku masa kami keluar dating untuk kali kedua.Masa tu kami pusing-pusing kat batu Feringgi sambil Hot FM putar lagu ni.Pastu kami sama-sama plak nyanyi lagu ni.Romantik la plak...hohoho..

12. Close To You (Carpenter)
-Lagu ni ingatkan aku pada abang angkat aku Si Munir tu.Gara-gara dapat awek,dia tak pedulikan aku sangat dah.Taktau pasaipa lagu ni ingatkan aku kat dia.

13.Extravaganza(Bunkface)
-Lagu ni ingatkan aku masa hari first start keja kat TM ni.

14.Enjit-enjit Semut (Butterfinger)
- Teringat bos aku masa aku kerja ngan Encik Arkitek dulu.Bos Aku ni jaga site skali dengan aku.Dia memang suka nyani lagu ni kat dalam opis.Sampai caller Ringtone dia pun guna lagu ni.Dia peminat setia Butterfinger.

Ketahuan (Matta)
-Teringat teman-teman sekerja kat site dulu yang gila-gila dan cakap lepas ja.Walaupun aku sorang ja perempuan tapi aku enjoy.Dan depa suma suka lagu ketahuan ni sangat-sangat.Heeee!


Banyak la nak taip.Letih dah jari-jari runcing aku nak menaip.Hohohoho!

Jumaat, April 02, 2010

Melayu:Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa Part 1

Artikal ini berdasarkan dari blog MistisFiles.Dari melayu untuk bangsa melayu sebagai renungan bersama(sejak bila aku jadi serius ni?cissss!)

AMARAN KERAS.ENTRI PANJANG.TAPI SILA BACA SAMPAI HABIS.


Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan Empayar Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa Inggeris berasal dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris) dari Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadi adakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari planet Zargus??Fikirkan.

Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi oleh orang Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan mereka dan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu menjadi seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh dan mereka dipaksa menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.


ini Pilipina..mahal kita!!


Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?

Beliau mengaku sebagai anak Melayu!

Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556 hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa menjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.



Gua la Jose Rizal..Gua orang melayu.kenapa?tak percaya ka?



Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum yang menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu sama lain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum ini yang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke timur mencapai pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau Papua,Solomon,New Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah Inggeris tiba di sini,Australia diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah terasimilasi dengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham bahawa Bani Jawi yang menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjaga warisan moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu rahsia.

Laki: Sayang,senyum sikit..depa amik gambar kita tu..
Bini:awat muka abang masam!!


Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan 'Brunei' adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah penjajah Inggeris dan Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan' orang Filipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia aborigine ini boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalam ilmu pelayaran?
Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari ini.
Bersambung la ceq oiiii...


Mood datang cepat,[ergi pun cepat.

Sejak dua menjak ni aku jarang nak tengok-tengok blog aku..masa makin kurang.nak tulis pun takdak mood..bila-bila ah tulis balik..

Khamis, April 01, 2010

Kadangkala kita kena serius jugak,tapi jangan serius sangat,sikit-sikit serius jadila..







Sejak berabad-abad lamanya,di dalam kitab-kitab tua,ramalan-ramalan,mitos-mitos purba dan ceritera-ceritera dari mulut ke mulut,terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi.Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi seperti 'ENDGAME','STAR WARS','APOCALYPSE','THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya.Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON.
Ini adalah Jigsclue #05 diberi codename 'Armageddon'Baca dan dengan TELITI."ARMAGEDDON"
Di seluruh dunia,terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,Yahudi,Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti.Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani-disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon.Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini.Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini.Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah merekalah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu'(Revelation) 16:16,


"Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon"


Soalnya sekarang,apakah Armageddon itu?Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?Perang Armageddon ialah:-

Perang besar dan perang penghancuran-Perang universal yang berstrategi-Perang yang dirancang dan dinantikan-Perang yang amat dekat kemunculannya-Perang antarabangsa-Perang yang amat dasyat dalam sejarah-Ia adalah awal dari kemusnahan-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,iaitu:1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit2.'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini.Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka.Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.Bagaimana pula di pihak umat Islam?Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon,terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja.Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.Sabda Rasullullah s.a.w:
"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)Telah bersabda Rasulullah SAW,
“Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah)
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.Sebelum terjadi peperangan ini,terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini ini.Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi kami ingin fokus kepada dua peristiwa ini,Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke Atas Gaza.Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.Hadis Rasullullah s.a.w:
"Hampir saja tidak boleh dibawa makanan ke negeri Irak secupak(qafizh) makanan atau sebuah dirham.Kami(sahabat) bertanya,"Siapakah yang melakukan itu ya Rasullullah ? Baginda menjawab "Orang-orang ajam(non arab)".Kemudian baginda berkata : "Hampir saja tidak dibawa makanan atau sebuah dinar kepada penduduk Syam(Palestin, Syria ,Lebanon,Jordan dan sekitarnya) kemudian sahabat bertanya "siapa yang melakukan itu ya Rasulullah ? " orang orang RUM (Amerika-Eropah)"
Sesungguhnya ini adalah hadis yang amat menakjubkan yang benar-benar menjelaskan urutan situasi sekarang menjurus kepada peristiwa Armageddon.Ketika jigsclue ini ditulis,Israel telah berjaya melobi Amerika dan sekutu Eropahnya supaya menutup laluan penyeludup bawah tanah di mana melalui laluan tersebutlah orang-orang Palestin bergantung harap bantuan makanan dan keperluan lain.Satu berita yang menggemparkan dari Gaza ialah,ada penduduk sebuah kawasan di sana telah mula mengutip rumput-rumput di tepi-tepi jalan sebagai sumber makanan.Dalam istilah moden sekarang,hadis Nabi di atas menerangkan tentang SEKATAN EKONOMI kepada Iraq dan Palestin (Gaza).Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini.Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi,pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama.Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya.Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.Pedulikan golongan antihadis yang sengaja mengelirukan diri sendiri dengan hujah "Dalam AlQuran tak sebut pun?".Bagaimanakah golongan ini boleh menunaikan solat dengan betul jika menolak hadis sebab AlQuran tidak menjelaskan kaedah solat,bacaan dan lain-lain.Hadis sahaja yang mengandungi semua itu.Menolak hadis nabi bermakna menolak Rasullullah.Jika sudah menolak Rasullullah jangan harap hendak mendapat syafaatnya di akhirat kelak.Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka.Mereka mengharamkan arak,babi,zina,rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia.Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas!Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?Mengapa mereka bertindak sebaliknya?Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya).Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya.Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa.Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula.Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan.Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang.Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda.Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. Mereka tidak tahu rasional dari semua itu.
Jika anda mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan,kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan.Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat.Petikan dari hasil kajian mereka:"Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buhan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul.ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited Power)
Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan 'The Hidden Hand' ke atas orang-orang Eropah,China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden,bergaya,status,'high class' dan 'cool'.Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai 'goyyim' (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini.PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI,orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi.Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa.Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir.Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah 'expired' kepada orang Islam antihadis yang dungu ini.Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri.MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas,gila,syaitan,gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya.Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya.Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula.Amat malang golongan ini.Sama ada mereka menjadi hamba Dajal,di'mindcontrol' atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan.Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah,keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.Kepada golongan antihadis,bacalah hadis nabi.Fahamilah sabdanya.Siapalah anda hendak mempertikaikan kata-kata Sang Kekasih Tuhan?INGAT!ALQURAN DAN HADIS TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.TOLAK ALQURAN=KOSONG.TOLAK HADIS=KOSONG.Anda mesti ambil kedua-duanya.Inilah adalah Jigsclue #05, kaji dan ingat ia baik-baik.Perhatikan senario yang berubah.Rujuk Quran.Rujuk Hadis.Anda tidak akan terkejut mengapa ia berlaku.Sesungguhnya ia adalah benar-benar menakjubkan.
Sumber dari:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!