Jumaat, Mei 04, 2012

TERSALAH TARIKH

Pertengahan bulan April lepaih,abah aku satu tu balik dari kerja ja..terus terjerit-jerit macam seronok lebih ja panggil nama mak aku..Masa tu kami adik beradik ingat ka menatang apa ka yang buat abah aku seronok lebih kan..Rupa-rupanya abah aku dapat jemputan kenduri kawin dari kawan lama dia masa kami dok kat Ipoh dulu..

Abah yang memang habis hati la kalau cerita pasal kawan-kawan kat Ipoh dulu(dia memang suka dok kat Ipoh..masa hari nak pindah mai Penang..nangis..hahahahahaha) seronok la..sebab memang dia nak pi kenduri tu kan..Jadi mak pun tanya la bah tarikh kenduri kahwin tu bila..Abah cakap 28hb..Jadi kami pun tanpa tengok kad kahwin..memang dok pikiaq tarikhnya 28hb..Lagi pun 28hb tu kami nak pi bercuti kat Melaka..dah alang-alang nak pi Melaka lalu kat Ipoh dulu..memang kena la kami singgah dulu Ipoh makan kenduri..Lepaih tu teruskan peerjalanan kami pi Melaka kan..


Hari yang dinantikan pun telah tiba...(cewah..ayat tu..macam jadi pengacara majlis anugerah plak..hihihi)..Awal-awal pagi lagi kami satu keluarga..bertolak dari Penang pi Ipoh..dengan baju kurung bagai..Sampai ja Ipoh..kami pun cari alamat rumah kawan abah tu sebab dulu kawan abah dok satu taman perumahan dengan kami..la ni dia pindah pi dok tempat lain plak sebab dia ada beli tanah lot dan buat rumah ataih tanah tu..

Cari punya cari..nak dekat sejam jugak la kami sesat..Yala..tengok peta kat kad kawin tu macam beyoi dah..tapi takdak pun tanda-tanda ada khemah ka..suasana kenduri ka..sunyi ja..Dah tu..bunga manggar nak tunjuk nama pngatin pun takdak..lagi susah la kami nak cari kan..pusing pi..pusing mai..last-last dah fedup apa semua..abah aku pun berenti la kat satu kedai makan..baik punya mak aku turun pi tanya la..


"Kak..alamat ni kat mana?"

"haaa...depan tu ja..yang ada khemah warna biru tu..Ni kenduri esok hari ni kan..Hussain yang kerja TM tu kan..betoi dak kamu cari rumah hussain..?"Mak pun jawab ya..lepaih ja dia masuk kereta..kami pakat gelak sakan la..Apada abah aku ni..kenduru 29hb..Dia kata 28hb...buat penat ja pakai baju kurung..bersolek bagai..last-last kenduri esok hari..Yang aku ni siap tak makan dari Penang tu..semata-mata nak layan makan masakan orang Perak..Cissssss!!


Last-last kami makan kat kedai mana tah..lapaq punya pasai..kenduri kemana..perut lapaq kemana..hahahahhahahahhaa...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!