Memaparkan catatan dengan label satu hari 2 hari sebelum raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label satu hari 2 hari sebelum raya. Papar semua catatan

Selasa, September 14, 2010

RAYA KEDUA

Raya kedua,semua adik beradik mak dah berkumpul kat rumah mak aku.Sebabnya ialah nak pi beramai-ramai melawat Kubur Tokwan disamping buat bacaan tahlil kat sana.Agak sedih la sebab ni tahun kedua kami beraya tanpa Arwah Tokwan.Sebab kalau hari raya,Tokwan la paling beria sekali.Semua orang rindu dengan suara tokwan,gurauan tokwan..tapi nak buat macam mana,Allah lebih sayangkan Arwah.Kami Redha...
Sempat jugak aku amik gambar kat Kubur..takut jugak masa amik gambar kat sana,takut da makhluk lain menumpang glamer dalam gambar..naya Ceq..huhuhu..




Menuju ke kubur Tokwan.



Bersiap-siap nak memulakan bacaan Tahlil untuk Tokwan


Masa nak seih-sedih,adik aku si Mirul buat lawak pulak..payung yang dia buka tiba-tiba kembang ke atas,jenuh pakcik tolong betulkan balik.


Selepas bacaan tahlil dikubur tokwan tamat,Family Makcik melawat kubur anak mereka yang meninggal selepas beberapa jam dilahirkan akibat tidak cukup bulan.Menurut kata doktor,Zara(nama anak makcik) kemungkinan akan cacat kalaupun dia hidup sebab masa dia lahir,otaknya belum sempurna..blablabala...aku tak tau sangat..ok..


Diantara kereta yang hadir..huhuhu


Sebenarnya kami ni dah lama tak buat barbeku sesama sepupu sepapat.Last kami buat barbeku masa kami sekolah dulu.Lepas tu,haram tak pernah buat dah..masing-masing jadi sibuk.Kadang-kadang ada yang tak balik beraya.Sebab tugas,kerja..jumpa pun kejap-kejap kan..tah macam mana tahun ni dapat idea nak buat barbeku plak..secara spontan lak tu idea.Jadi,lepas ja balik dari Kubur Tokwan,kami terus bersiap-siap nak pi Tesco,nak beli barang-barang untuk pembakaran.huhuhu..Pakcik pun ikut sekali,sebagaikan perunding makanan kami..hahahahahha...
Setel ja beli barang,kami balik rumah,prepair apa yang patut la..




Ini diantara ahli jawatankuasa majlis pembakaran ayam secara terbuka





Barang-barang dan bahan-bahan yang kami beli untuk aktiviti pembakaran secara terbuka kecuali dua botol pencuci kaler biru tu yerrrr..itu untuk memabasuh baju yaa..



Mirul dan Aiman yang sibuk memulakan aktiviti pembakaran secara terbuka secara berpasangan.

Ok-ok,sesi pembakaran telah divideokan dibawah yaaa...

Gambar-gambar kat bawah ni adalah aktviti melantak setelah beberapa jam kami semua membuang peluh membakar segala ayam,daging lembu,kambing semua..



Ni la cucu-cucu arwah Paknon versi baru..depa ni kurang nakal berbanding kami cucu-cucu versi lama..Kebanyakkan mereka pemalu..pirahhh!





Ni dia kami punya Leftenan.Kebanggaan kami semua..caya la Aiman Najmi..Dia ni sama umor dengan Incik Bachock..tamat je belajar kat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,dia dah layak bergelar Leftenan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.Dah pun berlayar sampai ke India,Andaman Island dan Phuket Island.Tapi yang buat kami geram,tiap kali dia pi belajar,bukan nak bagitau kami pun,kalau tak boleh la nak kirim barang..huhuhu..


Kaum ibu bapa yang makan tanpa pandang kiri kanan ayam bakar hasil titik peluh anak-anak depa.

Kat bawah ni adalah video semasa membakar dan video selepas melantak,kami semua keluar bermain mercun.Mak bapak pun join sekali..lawak tak hengat betul la..








Ok...setel untuk cerita raya kedua..
Untuk raya ketiga punya cerita kita sambung dilain waktu yeerr
tata..

Rabu, September 08, 2010

dua hari sebelum raya..

Tadi masa aku balik dari opis nak ke rumah,jalanraya punya keadaan hebat gila.Sesak nak mampus.semua pakat bizi-bizi cari kelengkapan raya.Orang cina sama orang India pun buat-buat bizi jugak semata-mata nak menyesak jalanraya.Bayangkan dari Bukit Mertajam sampai ke Tasek Gelugor bizi sampai kaki kanan aku sama kaki kiri aku dah naik jemu main dengan clutch sama minyak..Dia punya lenguh umpama jauhari mengenal manikam.

Dah la bizi kat tengah jalan,kat tepi jalan pun bizi jugak.gerai yang tak pernah wujud selama ni kat tepi jalan tiba-tiba wujud secara membabi buta umpama kulat tumbuh dengan jayanya kat roti gardenia.Yang jual daging lembu,tulang lembu,susu lembu,kuih raya,baju raya...Yang balik kerja macam aku ni apa lagi.berhenti kat tepi jalan ikut suka mak nenek depa ja..buntut berlaga buntut dah jadi lumrah aku tengok.kereta sama kereta pun ada jugak yang berlaga buntut.Lagi la bertambah sesak.

Balik pukul 430ptg tapi sampai rumah nak dekat pukul 5.30.Satu jam kereta aku melayan dengar maki hamun aku.Nasi baik aku tak puasa hari ni atas sebab-sebab yang munasabah.Kalau tak sia-sia aku puasa tak dapat satu sen pahala pa...

Nak Balik Awal

Oleh sebab hari ni hari last,ramai pulak yang dah start cuti..aku dengan yang tak cuti-cuti ni abiskan masa kami menelefon orang ja..mentang-mentang telefon free..cakap 10 jam pun free,depa guna cukup-cukup noh.Tambah-tambah pulak Mr Eksekutif aku dengan Encik Pegawai 1 aku dah cuti hari ni,apa lagi..merdeka semacam ja..Encik Pegawai 2 pun sama naik..dia bergayut lagi sakan hah..

Aku call mak tadi,mak cakap mybe abah balik awal hari ni..sebab projek dia belah pulau sana,budak baru nak ambil alih.Jadi sebab aku pun jeles abah aku nak balik awal,aku pun nak balik awal jugak..tapi boleh ka?

Abah aku takpa la pekerja lama..nak buat apa pun takpa..lagi 4 tahun dia nak pencen..aku ni setahun pun tak sampai lagi kerja kat TM ni..kang tahun depan tak permenant aku..naya aku..
huhuhuhu...

Aku nak balik! nak balik! nak balik jugak!!!!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!