Selasa, September 14, 2010

RAYA KEDUA

Raya kedua,semua adik beradik mak dah berkumpul kat rumah mak aku.Sebabnya ialah nak pi beramai-ramai melawat Kubur Tokwan disamping buat bacaan tahlil kat sana.Agak sedih la sebab ni tahun kedua kami beraya tanpa Arwah Tokwan.Sebab kalau hari raya,Tokwan la paling beria sekali.Semua orang rindu dengan suara tokwan,gurauan tokwan..tapi nak buat macam mana,Allah lebih sayangkan Arwah.Kami Redha...
Sempat jugak aku amik gambar kat Kubur..takut jugak masa amik gambar kat sana,takut da makhluk lain menumpang glamer dalam gambar..naya Ceq..huhuhu..




Menuju ke kubur Tokwan.



Bersiap-siap nak memulakan bacaan Tahlil untuk Tokwan


Masa nak seih-sedih,adik aku si Mirul buat lawak pulak..payung yang dia buka tiba-tiba kembang ke atas,jenuh pakcik tolong betulkan balik.


Selepas bacaan tahlil dikubur tokwan tamat,Family Makcik melawat kubur anak mereka yang meninggal selepas beberapa jam dilahirkan akibat tidak cukup bulan.Menurut kata doktor,Zara(nama anak makcik) kemungkinan akan cacat kalaupun dia hidup sebab masa dia lahir,otaknya belum sempurna..blablabala...aku tak tau sangat..ok..


Diantara kereta yang hadir..huhuhu


Sebenarnya kami ni dah lama tak buat barbeku sesama sepupu sepapat.Last kami buat barbeku masa kami sekolah dulu.Lepas tu,haram tak pernah buat dah..masing-masing jadi sibuk.Kadang-kadang ada yang tak balik beraya.Sebab tugas,kerja..jumpa pun kejap-kejap kan..tah macam mana tahun ni dapat idea nak buat barbeku plak..secara spontan lak tu idea.Jadi,lepas ja balik dari Kubur Tokwan,kami terus bersiap-siap nak pi Tesco,nak beli barang-barang untuk pembakaran.huhuhu..Pakcik pun ikut sekali,sebagaikan perunding makanan kami..hahahahahha...
Setel ja beli barang,kami balik rumah,prepair apa yang patut la..




Ini diantara ahli jawatankuasa majlis pembakaran ayam secara terbuka





Barang-barang dan bahan-bahan yang kami beli untuk aktiviti pembakaran secara terbuka kecuali dua botol pencuci kaler biru tu yerrrr..itu untuk memabasuh baju yaa..



Mirul dan Aiman yang sibuk memulakan aktiviti pembakaran secara terbuka secara berpasangan.

Ok-ok,sesi pembakaran telah divideokan dibawah yaaa...

Gambar-gambar kat bawah ni adalah aktviti melantak setelah beberapa jam kami semua membuang peluh membakar segala ayam,daging lembu,kambing semua..



Ni la cucu-cucu arwah Paknon versi baru..depa ni kurang nakal berbanding kami cucu-cucu versi lama..Kebanyakkan mereka pemalu..pirahhh!





Ni dia kami punya Leftenan.Kebanggaan kami semua..caya la Aiman Najmi..Dia ni sama umor dengan Incik Bachock..tamat je belajar kat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,dia dah layak bergelar Leftenan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.Dah pun berlayar sampai ke India,Andaman Island dan Phuket Island.Tapi yang buat kami geram,tiap kali dia pi belajar,bukan nak bagitau kami pun,kalau tak boleh la nak kirim barang..huhuhu..


Kaum ibu bapa yang makan tanpa pandang kiri kanan ayam bakar hasil titik peluh anak-anak depa.

Kat bawah ni adalah video semasa membakar dan video selepas melantak,kami semua keluar bermain mercun.Mak bapak pun join sekali..lawak tak hengat betul la..








Ok...setel untuk cerita raya kedua..
Untuk raya ketiga punya cerita kita sambung dilain waktu yeerr
tata..

2 ulasan:

chentaMAYA berkata...

skali skale berkumpul besh kan?

Mrs Poyo berkata...

haaa..tau pun..hehehe

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!