Khamis, Mac 27, 2014

TAKUT TAK DAPAT CUTI

Kalau diikutkan..bulan April ni..4hb...Aku dan family ibu mertuaku akan pergi bercuti ke Langkawi..Benda ni dah lama dirancang..sejak aku mengandung 6 bulan lagi..
Bila dah konfom nak pi..bulan satu ritu aku dah tempah resort yang under TM punya sekali dengan sewa kereta..Semuanya dah dibayar..Tup-tup awal bulan 3 ritu aku kena demam campak..dapat MC dua minggu kau..

Bila dah MC dua minggu...aku taktau apa dah jadi dengan opis aku sehingga aku mai masuk kerja balik hari isnin tu..Aku tengok bilik aku yang berselerak gila babi tu dah kemas..Segala dokumen file dan segala macam lagi hilang tanpa khabar berita..Jadi aku pun pi la tanya pakcik-pakcik kat opis tu siapa yang kemas bilik aku..Depa jawab..


"Bos yang kemas hang tau..dia masuk bilik hang macam tongkang pecah..dia serabut tak dapat cari file..dia kemas teruih..."

Ni yang aku tak gemar sangat ni bila ada orang yang masuk bilik aku kemudian kemas habis semua file sampai aku sendiri tak boleh nak cari file-file dan dokumen tu semua..Tapi aku rasa best jugak bila ada orang kemas bilik aku..sebab aku nampak bilik aku dah sesejuk mata memandang..hahahahha..

Lepaih tu aku dapat tau bila dia mengamuk sebab tak dapat cari file..(padahal ada ja dalam bilik tu..aku sorang ja tau mana file-file dan dokumen tu dok..) Dia mula cakap takmau lulus cuti aku untuk bulan April ni sebab banyak kerja bertangguh..

Waaaaaa!! aku sedey sangat la..bukan aku sengaja tangguh..aku terkena demam campak...kalau tak mesti dah setel..sekarang dia dah nampak macam aku bad girl plak dalam opis ni dok tangguh-tangguh kerja...
Aku rasa sedih sangat..konfom Incik Bachok pi Langkawi tanpa aku dan Nayli...
Boleh la dia berkawan dengan Abang dia hat Cikgu tu..Bini dia pun tak pi jugak pasal kerja punya pasal kan..

Tapi aku sedeh laaa..aku dah berangan nak snorkeling bagai..
punah Impian aku..
Waaaaaaa!!!


Laaaaa..Poyo..Hang tak jadi mai ka??Aku tunggu hang mai amik gambaq ngan aku ni..Punahh!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!