Sabtu, Februari 27, 2010

Ni tak puas hati ni

malam ni sakit kepala pulak dah..baru nak stat cerita best..esok mesti lupa nak tulis apa..bengong betoi la...huuuuu

Khamis, Februari 25, 2010

gigi hilang..rasa pelik..

Satu batang gigi geraham aku kat bahagian atas dah di cabut oleh doktor gigi yang hensem..
Nampak sangat aku dah makin diambang ketuaan dengan kehilangan gigi itu...
huhuhuhuhu..

Isnin, Februari 22, 2010

Dalam satu bilik ada 2 perempuan 10 laki-laki..

Sekeliling aku semuanya laki-laki kecuali seorang perempuan pakai tudung pink dok cebek muka kat aku..sejuk katanya..memang bilik ni sejuk..sejuk yang amat sampai aku rasa nak terkencing..mengadap aku seorang pakcik..mata dia kuyu nak tidur..sebelah kiri pakcik tu..ada seorang lagi pakcik..jari dia dia dari tadi dok tekan keypad henset..sebelah kiri pakcik keypad henset ada seorang laki muda..badan tegap..pakai baju kemeja belang-belang menegak..terhangguk-hangguk kepala sambil tengok laptop dia..sesekali dia tanya soalan kat lelaki pakai spek mata dok sebelah kiri dia..sebelah kiri laki pakai spek mata tu la aku sendiri..huhu..sebelah kanan pakcik mata kuyu ada pakcik pakai topeng tutup mulut macam kena H1N1.Dari tadi dok potpet bagi penerangan..dia senyum ka..masam ka..aku pun tak tau..dan sebelah kanan pakcik topeng H1N1 ada lagi beberapa pakcik dan seorang pemuda pakai spek mata gaya macam cikgu..terhangguk-hangguk sama buat-buat paham padahal ngantuk..Tiba-tiba laki muda ada laptop tu bangun dari tempat duduk dengan penuh gaya lalu berkata

"kita rehat sat..sambung meeting pukoi 2 suku nah.."

Alamak....sambung lagi..bila mau abis meeting da....

Ahad, Februari 21, 2010

Perempuan mengandung

"Eh,mcm perempuan mengandung plak"

"sapa-sapa??"

"orang ni la..hahahahaha"

"apa???!!!"dengan gaya panik tengok badan sendiri.Rasa diri seperti Zizie Ezette dah hilang.

"Betul la..bagus jugak"

"Awat?pasapaipa?bagitau sikit?"

"Kali ni memang betul-betul orang takkan berkenan dah..hahahahahahaha!"Gelak jahat,macam jin dalam cerita Ahmad Albab.

"Takpa....takpa..."nada bengang...

Pasni kena tingkat daya usaha untuk kuruskan badan.Ni la akibatnya asyik makan free kat opis...Ayoyo..ammaaa!!!

Jumaat, Februari 19, 2010

KAYA KA?

"dah makan ke belum?

"dah makan pun..."

"makan apa?"

"makan nasi la...i bukannya kaya sangat sekarang ni sampai boleh pi makan mekdonel..."

"huuu!"

Khamis, Februari 18, 2010

Senang Saja

"Abang,boleh tak adik pinjam duit abang jap..seratus ja..hujung bulan 3 adik bayar balik..boleh ka???"

"Boleh adikku sayang,esok abang tranfer kat akaun bank adik"

Untung kan?bukan abang kandung pun..angkat mengangkat ja..tapi bila aku nak pinjam duit mesti kasi..
Sekarang tak susah hati dah...
Hahahahaahhahaha! (Gelak Jin)

RM8.70 jek!!

Aku sekarang tak makan tengahari dah..nak jimat..ingat senang ke nak tunggu gaji hujung bulan 3 nanti..huuuuu!nak membina kerjaya baru memang susah..tambah2 kereta aku baru eksiden buat kali yang ke berapa pun aku tak ingat..duit gaji aku banyak dibelanjakan kat kedai pomen Wilson yang lari entah ke mana sebab hutang along..la ni adik dia yang jadi tokey..
Tapi tengahari tadi dikala aku memandu secara merbahaya di depan Politeknik Seberang perai sambil usha awek-awek cun untuk paksu aku,tiba-tiba ja aku nampak lambang mekdonel besar punya kat depan..dahaga..teringin nak makan sundae..aku pecut kereta aku belok kiri terus kat drive thru..terbayang dah aku bawa kereta sambil makan sundae belok masuk kawasan opis aku..tiba di kotak order..


"Dik..double ciss burger 1 set..medium ek..."


serta merta bajet aku untuk minggu depan lari...
huuuuu!

Rabu, Februari 17, 2010

Seliparku dibibirmu..

"Eleh..baru pakai kancil turbo dah bising2 pasal harga roadtax ngan insuran...tu belum pkai Evo lagi tuuu..huuHH!"

Aku rasa ada orang nak rasa selipar ticket yang aku baru beli 3 hari lepas niii....

Rm30 je....

Sedang aku duduk bersila di atas kerusi empuk kt bilik aku di opis usang ini..tiba-tiba adik aku hantar mesej kat aku guna henpon sepupu aku.sengkek betul.

call balik..

Dengan pantas dan cepat aku dial no sepupu aku guna telefon opis..ada dua plak tu atas meja aku..tak sia-sia aku menjawat jawatan juruteknik kat telekom ni..suka hati aku ja nak guna telepon ni bila-bila masa...heeee..


"awat?"
soal aku ganas bila adik aku dah menjawab panggilan aku.dengan nada terketar umpama dok melepak dalam lori ais,adik aku menjawab dengan yakin dan tanpa ragu-ragu..

"angah dah tukaq no maxis ni jadi bil..esok dia suruh bayar rm30 jeee....."
"oooo..hang nak suh akak bayaq la??akak mana ada duit!!"
serta merta aku teringat duit dalam bank aku yang tinggal 2ratus ja..nak cover sampai hujung bulan 3.ni lah akibatnya dapat gaji awal sangat sempena raya cina.dengan nada sedih,adik aku berkata..

"ok..bye2"

Lima minit kemudian aku call balik adik aku.

"esok akak bayar kat hang.ok bye2"

dengan nada sebak di hujung percakapan aku,aku matikan talian..
untung adik aku sebab dapat kakak macam aku.
huuuu!

Rabu, Februari 10, 2010

AKU SAYANG MAK AKU

Siapa cakap aku tak sayang mak aku?
Aku sayang mak aku..
sayang sangat2 sebab mak yang lahirkan aku,besarkan aku..
kenapa cakap aku tak sayang mak..
aku sedih..pilu...

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!