Selasa, November 15, 2011

HANTARAN 10 RIBU..BUKAN SEBAB MATA DUITAN

Dulu..mybe 10 tahun yang lalu..atau 5 tahun yang lalu..Kalau ibu bapa letak hantaran 10 ribu untuk anak mereka..mesti orang cakap..gila mahal..mak pak mata duitan..tak berhati perut..akai tak cukup..sengaja minta sebanyak tu sebab tu cara paling halus nak tolak pinangan..macam-macam lagi la..dan aku sebagai orang perempuan pun rasa macam tak patut la..apa kejadahnya sampai 10 ribu..Kalau takat 5 6 ribu tu..kira boleh tahan dan patut la..




Lepaih tu...tahu demi tahun..harga hantaran makin berganda..makin naik..7 ribu..8 ribu..9 ribu..mula-mula ramai yang pertikai jugak..dia punya tuduhan sama jugak...Dan sekarang..10 ribu adalah harga hantaran paling ramai orang minta plak..patutkah?




Yala..sebagai anak..takkan la hantaran 10 ribu tu kita nak bolot semua kat kita..paling kurang..kita akan beri sikit kepada mak bapak kita untuk buat kenduri..

Dan tak payah nak hipokrit sangat la kalau kata nak buat kenduri simple2 nak jimat dan takmau bazir duit tu semua....tak payah bersanding la..tak payah buat itu la,ini la....ini la..pirah!! kita kahwin sekali seumur hidup ja bai...(isyaAllah..) pikir la sikit..




Bia aku cerita patut ka tak patut hantaran antara 8ribu hingga 10ribu adalah patut pada masa sekarang tanpa pikir kelulusan anak..tanpa pikir pekerjaan anak..tapi pikir atas faktor ekonomi semasa...ni pandangan aku la..kalau tak setuju hampa punya pasai...






1.Kalau dulu..makan-makan kenduri yang masak orang kampung..atau bahasa paling mudah..pakatan kampung..Segala-galanya dibuat oleh orang kampung tanpa caj satu sen pun..dari potong bawang,sembelih lembu..mahupun masak..Tapi sekarang..kebanyakkan tempat..takdak dah pakatan-pakatan ni..budaya tu makin lama makin pupus plak..Kebanyyakn orang dah mula pakai katering..senang,mudah..tak payah buat kerja bayak..rumah pun tak berselerak..tapi cuba pikir..katering caj harga sekepala berapa untuk makan?harga paling murah katering caj untuk sekepala ialah RM8.50..Jika jemputannya ialah 1000..sudah RM8500....



Tak payah dok buat pmikiran pendek la dok kata..


"Eh..apasal mahal sangat katering??!!"



Soalan macam tak pernah pi market beli ikan kan..kalau ikutkan harga sekilo daging lembu RM23 SAHAJA..Sekilo tu..kalau masak untuk satu family aku 6 orang bukan cukup tu..ni kan plak seribu jemputan..lu pikir la sendiri..malas aku nak pikir berapa kilo daging untuk 1000 orang..aku bukan orang katering kan..

Lepaih tu sekilo harga ayam R,8.20..Hampa cuba pikiaq plak berapa puluh ekoq ayam nak kena beli untuk 1000 orang..belum kira harga bawang lagi..setakat ni harga bawang putih paling mahal..rm18.00 sekilo..bawang besaq..bawang merah..rempah ratus..cabai..cabai kering..Beras lagi..gula..garam..


Takkan nak jamu tetamu makan ikan kering..?ikan kering pun mahal sekarang ni..orang susah pun takut nak makan ikan kering..macam mana la suri rumah tak tension sekarang ni..nak minta duit dapur lebih pun tak sanggup kat laki masing-masing..tapi kena minta jugak..inikan dilema pengantin perempuan dan ibubapa beliau kan..





Harga sekilo daging lembu ikut pasaran Penang RM23.00





Harga sekilo ayam ikut pasaran Penang RM8.20







2.Tu aku baru kira untuk katering..belum aku kira sewa kenopi lagi..







Saiz Canopy yang selalu orang guna..








Cuba tengok sain canopy kat ataih..kalau jemputan 1000 orang..satu canopy ni mana cukup..500 orang pun belum tentu muat..Kurang-kurang kena 4 atau 5 buah canopy..kita menjemput orang makan kenduri dirumah kita bukan setakat nak jamu mereka makanan yang sedap untuk raikan perkahwinan kita..tapi keselesaan jugak penting..supaya menhargai tetamu yang sama-sama meraikan hari bahagia kita..betul dak?satu canopy ni..aku dah telefon ok..rm200..kalau 5 buah berapa?RM1000..Tapi biasala dalam bisnes kan..boleh minta kurang..tapi berapa sangat kita boleh dapat sebuh?Rm180 atau rm170..huhuhuhuhu...






3.Kad kahwin plak kita masuk cerita..hahahhaha..Sebenarnya aku kurang setuju dengan sesetengah orang yang berhabis duit dengan buat kad kahwin yang kadang-kadang sekeping sampai 5 6 ringgit..kad ni..sat ja..lepaih kenduri orang campak ja dalam tong sampah..tak pun buat tulis nombor telefon ka..tulis bnda-benda yang penting ka..kalau kad tebal..buat lapik apa-apa ka..bukankah itu satu pembaziran..buat kad yang murah-mudah dah la..yang dapat tulis jemputan kita..alamat rumah kita dengan peta rumah..tu ja..tak payah la sampai liplap bagai..tapi kalau murah tu..jangan la sampai buat sendiri...Ok la..kita kira sekeping rm0.25..kalau 1000 jemputan harganya ialah RM2.50..Ok la tu..jimat di situ yerr kawan2..kad kawin adalah perkara paling kita boleh jimat sekali..




4.Kalau kahwin mesti nak bersanding kan..kalau taknak pelamin bosau-bosau pelamin kecik pun jadi la..janji ada pelamin kan..tak pun makan beradap semua tu kan..orang arab pun buat benda alah ni semua jangan dok kata melayu saja over gila babi nah..orang cakap nak kawin ni kena bajet..ni nak bajet gila babi la ni..sapa kata nak membazir tang pelamin,meja makan suma tu kan..kalau boleh semua orang nak harga yang murah gila babi..tapi murah gila babi pun harga tetap beribu..betoi dak?haaaaaaaaaaaa.......Aiyoh....ok2..tang bilik pengantin kita buat sendiri la..tak payah nak sewa..rugi bai..kalau hang pi sewa rm300 untuk bilik pengantin pastu barang-barang dalam tu depa akan ambik balik..better beli sendiri cadar dan semua barang tu kan..sampai mati boleh pakai..


1.Set Pelamin - RM1400 (ni aku tengok yang diskaun punya)

2.Set Makan Beradab - RM450 (Ni aku tengok yang diskaun punya)




Aku malaih nak tulis dah aihhh..takdak mood nak tulis..tension gila babi nih!!!

1 ulasan:

Nor berkata...

aku rasa budaya jamuan kahwin tu salah la...mmg la keluarga pengantin wanita kena anjurkan tapi mana peranan masyarakat untuk sama2 gotong royong mendermakan rm10 seorang...jangan la harap pengantin lelaki yg tanggung kos melalui duit hantaran

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!