Sabtu, November 19, 2011

MENINGGAL!!!

Kelmarin..masa aku tengah dok undur keta keluar dari parking nak ke Seberang Jaya ada kerja bos aku si Doreamon tu bagi ak kena setel cepat-cepat.Bos aku ni semua nak aku buat cepat-cepat dan pantas..apa dia ingat aku ada power macam Superman?Tengah dok undur baik punya tiba-tiba ja ada dua orang pakcik yang kerja sekali dengan aku tiba-tiba berlari-lari anak sambil angkat tangan..nak tahan aku dari terus bergerak la..Dua pakcik tu,sorang nama Mail,sorang lagi nama Dollah Siam(nama panggilan).Sebab apa orang panggil dia Dollah Siam?sebab bini dia,dia import dari Chiang Mai..ni cerita zaman 80an..aku pun tak lahir lagi..abah aku mybe tau kot kisah macam mana dia boleh import bini jauh dari sana..huuu!


Aku tengok muka si Dollah siam ni punya la panik..panik gila babi punya la..aku pun turunkan la cermin kereta aku(kereta company)..

"Satt!! Sat!!" Dollah Siam jerit kat aku sambil berlari mai..time tu aku tengok dia punya larian sama macam dia berjalan ja..Yala..dah tua...lari pun macam tak lari ja aku tengok..Aku ushar Mail kat belakang dia..muka macam penat gila babi..berpeluh..nampak macam semput..muka merah..Aku syak Mail kena serangan jantung pa..Mail kan ada penyakit tiga serangkai...4 kot..paru-paru berair,kencing manis,darah tinggi ngan jantung..Setahun berapa kali Mail masuk hospital..Dia punya sebab pelbagai la..sat kencing manis..sat jantung..sat darah tinggi..pendek kata macam-macam ada..

"Awat pakcik??!!!"Aku soal panik.Aku soal jugak la..walaupun aku syak mesti Dollah Siam nak aku tolong bawa Mail pI Hospital KPJ..Kami kan kalau masuk hospital swasta free ja..company tanggung..hahahahahahahahaha...

"Pakcik Brahim hang eksiden noh..." Mail jawab tanya aku..Lerrr..aku ingatkan Mail yang sakit.Rupanya orang lain..Dok buat teruk boleh...

"Larr..dia eksiden?bila?kat mana?dok hospital mana?wad brapa?"Aku tanya depa lagi..

"Ni bukan masuk hospital dah ni..ni dah meninggal ni..."Dollah Siam jawab plak dengan suara kuat..Dia punya kuat suara tu sampai pakgud dengaq..orang yang dok lepak kat koridor tingkat 2 dengar..kat koridor tingkat 3 dengaq..Dan secara tiba-tiba orang jadi ramai mai kat kami..amboiihh..magik sungguh..tadi rasa macam kami 3 orang ja ada kat parking ni..

"Bila meninggal?"

"Meninggal mana?"

"Berlanggaq dengan apa?"

"Bila nak kebumi..?"


Macam-macam aik soalan depa semua pakat-pakat tanya..aku tengok Mail sampai semput nak jawab..Aku takut satgi Mail plak yang masuk hospital kot..


"Aku taktau..yang aku tau dia eksiden kat Tanjung Malim..aku pun dapat mesej dari sapa taktau kata dia meninggal..Ni Mira ..hang pi bagitau Rosdi cepat kata Brahim meninggal..aku nak contact family dia aku taktau nombot..Rosdi bos dia..mesti Rosdi ada nombot family dia jugak.."

Aku pun apa lagi..bila semua pakat-pakat suh aku pi bagitau Encik Rosdi bos Brahim..aku pun pi la berlari ke opis Rosdi yang memang seopis dengan aku pun..time tu aku rasa larian aku laju gila..penat pun tarak..emergency punya kes..segalanya jadi magik sat..sambil aku berlari tu aku teringat balik..baru ja semalam Brahim sembang ngan aku kat Pantri..dia cerita dia tak sabaq nak pencen lagi sebulan,baru ja hari isnin lalu aku nampak dia naik kereta dengan Incik Rosdi pi makan kat Machang Bubok.Rabu lepas aku nampak dia sembang gelak sakan dengan kawan-kawan opis yang lain..Aku teringat jugak macam mana dia jadi penyelamat aku bila aku terlewat mai opis..dia tolong punch card untuk aku walaupun aku tak minta tolong punch pun..Macam mana dia tolong orang lain sama bila orang lain susah..Brahim duit banyak..anak sorang ja..tu pun dah kawin..kat mana lagi dia nak salurkan duit dia..betoi dak..?


Sampai ja kat opis..aku tanya orang kat opis mana Incik Rosdi sebab aku tengok dia takdak kat meja dia..Depa semua pun nampak suspen ja tengok aku dengan muka serius macam nak gaduh dok cari Incik Rosdi..

"Awat Mira?"Mak Asyraf tanya..Asyraf yang meja seblah mak dia pun pandang aku dengan muka suspen jugak..yang lain-lain pun sama jugak tengok aku..ada jugak yang tak tengok aku..


"Pakcik Brahim meninggal..Brahim Rosdi.."Aku tambah nama Incik Rosdi kat blakang tu bukan apa..bagi mengelak depa tanya ...Brahim mana?.. mesti soalan tu keluaq punya la..baik aku bagitau nama bos dia..supaya teruih depa tau..tu la Brahim yang aku maksud kan..orang nama Brahim banyak kat company ni..nama pun pakcik-pakcik..nama tu galamer la untuk golongan pakcik-pakcik kan..huuu!

Opis apa lagi..kecoh..ada yang tak percaya..ada yang buat muka sedih..ada yang pi berlari kat parking cari Mail dengan Dollah Siam..aku pun dengan Mak Asyraf pi balik kat parking..
Kat parking semua pakat dok tanya-tanya pasal Brahim..berita sat ja tersebaq satu opis BM ni..Ada seratus lebih staff kat sini..semua pakat tau..


"Aku tak dapat lagi nombot family dia ni..sapa ada bagi la.."Mail dari tadi tak abis-abis dok cari nombor fon familiy Brahim..

"Haa...mira ada nombor fon Pakcik Brahim..sat nak try kol..kot-kot famil dia jawab ka..."Aku pun cepat-cepat la cari nombor telefon dia lepaih tu teruih call..time tu aku dengaq ada yang cakap ..

"Kami pun ada nombot dia..."

Eleh..kalo ada awat tak call kan..sip duit..
Tak lama aku call tu panggilan di jawab..Suara laki..jawab..aku kenai sora tu..

"Pakcik Brahim ka ni?"aku tanya..sambil buka loud speaker..

"Haaa...pakcik la ni.."masa tu ada yang buat muka takut...

"Pakcik ada kat mana?"aku tanya..

"Baru balik dari kubuq.."masa tu semua nganga mulut..aku pun seram ah..teruih bagi telefon kat Mail..Mail yang takmau cakap pun amik jugak..

"Brahim..hang tak meningal kan?" soalan Mail buat aku nak tegelak pun ada..tapi semua buat muka serius..aku pun tahan gelak..ada ka patut tanya macam tu..

"Mana ada..anak menakan(saudara) aku yang meninggal...eksiden kat Tanjung Malim..Ni baru balik dari kebumi la ni..mai mana plak aku meninggal..aku dah bagi mesej kan kat hang..."Jwab Brahim sungguh-sungguh.

"Aku minta maaf..aku ingat hang meningal..hihihihi.."Lepaih gelak..Mail pun matikan talian..Sambil sengih dia pandang kami semua..

"Mai sini hanset hang..nak tengok mesej dia.."Ada sorang pakcik dengan muka bengang minta fon Mail..Mail pun bagi..pakat-pakat baca..nombot yang Brahim hantaq sms tu nombot lain..bukan nombot dia..kami baca..

Mail..Brahim ni,anak sedra meninggal kat Tanjung Malim..Eksiden..


Chaissh..rupanya Mail lupa bawa spek mata dia...sebab tu dia tak berapa nampak tulisan sms tu..dia nampak macam ditulis Brahim yang meninggal kat Tanjung Malim..Dah tu bila kol balik nombot tu..tutup plak..mau Mail tak panik..
Lawak la kalo kerja dengan golongan tua ni.macam-macam hal..hahahahhahaha..

Aiyyooh..petang kelmarin memang gempaq gila..buat gegaq boleh pakcik-pakcik ni..Adoyaiiii!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!