Khamis, November 10, 2011

AKU DAN DIRIMU KANCIL LUA TUJUH LUA LUA

Aku start pakai kereta kancil MIRA aku masa aku study kat Politeknik Kulim.Time tu,aku tak ingat Semester brapa abah aku beli kat aku..Yang aku ingat abah beli kat aku untuk mudahkan aku pi berulang alik dari rumah aku kat Penang ni,ke Ploliteknik Kulim yang terletak kat Kedah setiap hari.





MIRA aku ni memang hensem gila nak habaq mai..dah la hensem..tak cover cun pun..macam tuan dia..hahahhahha..kalau kereta lain mekap sana sini..MIRA aku relax ja..just tukaq enjin kasi laju..tukaq seat dia..tukaq segala spare part dia ke spare part MIRA..Segalanya aku buat untuk dia..buat aku sayang gila kat dia..dah berapa kali aku berlanggor dengan kereta,dengan motor,langgar pakcik naik basikal mahupun buntut lori..kereta aku steady ja..just calar balar dengan bumper jatuh ja..nak remuk teruk tidak sekali-kali..kalau kancil biasa tatau la kan..jadi macam mana kalau eksiden banyak kali..hahhahahaha..

Dah berapa tahun dah aku susah senang sama-sama dengan dia..Dating dengan Incik Bachok masa first time dia mai Penang nak jumpa aku pun dengan MIRA ni la..last-last semalam..dalam masa sekelip mata.. MIRA aku remuk gila babi gara-gara terbabas dalam longkang besaq..atau mybe sungai kecik kot..huuuuuu!! siap terpacak lagi dalam longkang tu..nasib baik enjin terpacak kat atas nokss..kalau terpacak ke bawah..masuk air..meraung tak berlagu la aku ni..

Cian jugak kat adik aku Si Mirul ni..sebab dia yang bawa kereta aku..kunci kereta dia,aku terbawa sekali pi ke Kelantan,so dia pun pi kerja naik kereta aku..tup-tup eksiden...
Tapi aku tak marah Mirul pun..benda nak jadi..nak buat amacam mana kan..Dia sendiri pun tak sedar macam mana leh jadi macam tu..sebab masa kejadian berlaku,tiba-tiba pandangan dia gelap..sedaq-sedaq dah ada dalam longkang tu,siap ada orang tolong tarik dia kuaq dari MIRA aku lagi..Apa yang aku dengaq la..kawasan tu berapa kali dah eksiden sampai terjunam dalam longkang besaq tu..kes paling baru sebelum Mirul..Dua beradik mati serta merta kat situ jugak..Issshhh!! Alhamdullilah la adik aku yang selalu lawan bertumbuk dengan aku ni selamat..huhuhuhu...

Bila tengok keadaan keta aku ni..Rasa macam nak beli kereta baru ja...Tapi aku sayang gila ngan MIRA aku..gila punya sayang sampai aku tension menangis terkenangkan nsib dia kat bengkel tu..huuuuu!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!