Isnin, Februari 20, 2012

MISS POYO MEMBEBEL PASAL JODOH PLAK DAH!

Zaman mak ayah kita dulu..atau zaman tok nenek kita dulu la..Jumlah orang baik banyak..Jumlah orang yang berperangai tak baik berapa kerat ja..Sebab tu la walaupun depa berkahwin tanpa depa kenali hati budi pasangan depa dulu sebelum kahwin depa still bboleh hidup bahagia aman damai sentiasa..Takdak gaduh-gaduh..takdak cerai berai..kalau berselisih paham pun..sat ja..pastu baik semula..


Tapi zaman sekarang ni.. Awat Walaupun pun kahwin ataih dasar cinta..Tapi still lagi boleh bercerai berai..Ada jugak yang kawin atas pilihan family..Taupun kawin dengan siapa-siapa yang depa kenal tanpa bercinta dulu ka..Tapi still lagi boleh bercerai berai..bergaduh berparang..naik mahkamah turun mahkamah bagai..


Sebabnya ialah orang zaman dulu..kebanyakkannya baik hati nuraninya,baik budi pekertinya..baik tingkah lakunya dan baik la segalanya pun memang ramai..Yang berperangai tak baik berapa kerat ja.Tapi zaman sekarang ni..oarang yang berperangai tak baik memang ramai gila babi..paling bahaya yang muka baik tapi rupanya perangainya Ya Allah..simpang la malaikat 44 dapat orang macam tu.Orang yang baik perangainya berapa kerat ja..boleh dibilang dengan jari..hanya orang yang bernasib baik ja dapat orang baik macam tu.


Sebab tu walaupun orang bercinta 10 tahun lamanya..belum tentu dia dapat tau perangai sebenarnya pasangannya kecuali bila dia dah kawin nanti baru dia tau perangai yang sebenarnya.Sebab memang lumrah manusia..bila dengan pasangan kita ja bila kapel-kapel ni..semua benda dia nak kontrol..Bagi nampak baik ja..Tapi bila dah kawin..dah duduk sekali dalam satu rumah,satu bilik..memang tak boleh nak kontrol dah..Kalau dapat pasangan yang suka berak merata atau pun kencing malam..tu nasib la..hahhahahahah..

Dan walaupun kita berkahwin tanpa bercinta dulu dengan pasangan kita jangan harap la korang akan jadi pasangan terbahagia dalam hidup yang fana ni macam orang dulu-dulu sebab macam aku tulih kat ataih tadi..Orang zaman sekarang ni nak jumpa yang baik-baik pun payah...Walaupun mamat/minah tersebut tu pilihan parent..belum tentu jamin kebahagian yang sewajarnya..Mau terkena yang gay takpun lesbian ka..Kaki jantan atau kaki betina ka..ataupun terkena yang taik dadah ka..lagi naya bai..lagi naya...


Sebab tu la orang kata nak pilih pasangan pada zaman la kena hati-hati..Jangan main rembat ja..Takut makan diri kita...Siapa yang susah..kita jugak..

Sebenarnya nak pilih pasangan yang perfect pada zaman la ,memang susah...nak ikut kita punya taste memang payah la..kalau macam tu memang tak jumpa la...Setiap manusia mesti ada kekurangannya..Sedangkan diri kita sendiri pun ada kekurangan,macam mana pulak kita nak cari yang perfect macam watak drama korea kan..hahahhahaha...
Jodoh tu dah ditentukan oleh Allah..Jangan la sebab kita dok kalut cari jodoh yang perfect seperfectnya..Last-last kita terlepas jodoh yang sepatutnya untuk kita..Bila kita dah terlepas jodoh yang sepatutnya dan berkahwin dengan orang lain..Tu yang jadi kes bercerai berai tu..huuuu! Nak jumpa balik dengan jodoh sebenar kita balik tu bukan senang tu....

Harta,pangkat,darjat,muka cute nacam pelakon korea,badan tough macam The Rock bukan penentu kebahagiaan kita...Tapi agama dan hati nurani yang baik tu penting..Bila hatinya baik..dia boleh jaga kita dengan elok walaupun hidup dia tak seberapa,sebab kalau hatinya baik dia boleh jaga mak bapak kita yang dah makin tua dan tak sihat tu dengan baik dan sebab hatinya baik dia juga boleh bergaul dengan adik beradik dan sedara mara kita dengan elok.

Harta boleh dicari,pangkat boleh dapat kalau berusaha dan rajin,muka cute macam pelakon korea boleh dimekapkan,badan tough macam The Rock boleh dibina di Gym..Tapi hati nurani yang baik dan imam yang ada tu memang tak boleh dicari..tak boleh nak dibeli dan tak boleh nak dibuat..


So,pandai-pandai la kita sama-sama berpikir yang baik dan yang buruk untuk diri kita..
Jodoh bukan benda main-main..nak kawin jangan gopoh-goph..takut tersilap pilih..merana..

Sekian terima kasih..TQ..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!