Rabu, Jun 27, 2012

FILEM HOLLYWOOD YANG MESTI DITONTON SEPANJANG ZAMAN

Aku punya perangai ialah kalau aku baru habis buat satu-satu kerja..aku tak teruih buat kerja yang lain plak..sebab kalau aku buat kerja yang lain plak secara terus menerus..secara otomatik kapla aku blur..So,sementara aku rehatkkan minda aku jap..aku senaraikan 10 buah filem Hollywood yang mesti ditonton dan jugak feveret aku la ni..aku ambil dari pelbagai grene..senang..weee!!!


10. THE POLAR EXPRESS (2004)






Filem ni mengisahkan seorang budak lelaki yang tak berapa percaya dengan kewujudan Santa Claus dan jugak kewudujan rkediaman Santa Claus dekat North Pole..Jadi dia ni dah baca macam-macam pasal Santa Claus ni..tapi tak cukup kuat jugak nak dia percaya Santa Claus tu wujud.Jadi,masa malam sebelum hari Krismas,Sebuah keretaapi magic berhenti dekat depan rumah dia dan destinasi keretapi tu ialah ke North Pole..Budak ni yang macam mamai-mamai ni pun naik la keretapi yang Konductornya ialah Tom Hanks punya suara la..hahahahhaha...So bermula la pengembaraan budak ni dengan beberapa budak lain yang terpilih menaiki keretapi magic ni ke North Pole..Syok ooo tengok filem ni..ada gembira,sedih..macam-macam emosi bercampuq dalam filem Animasi ni..Weee!!





9.EDWARD SCISSORHANDS (1990)





Edwards Scissorhands adalah salah satu filem yang aku suka tengok masa zaman kanak-kanak aku.Dan jugak filem ni hasil karya pengarah yang paling aku minat sekali..Tim Burton.Banyak filem dia yang aku simpan sebagai koleksi filem feveret selain dari filem Edward Scissorhands ni.Filem ni mengisahkan seorang Ibu yang juga seorang direct Selling jenama Avon(hahahahhahahaha..kelakau) secara tidak sengaja telah bertemu dengan seorang pemuda yang agak unik sebab bertangan gunting yang tinggal berseorangan di dalam sebuah rumah besaq di atas bukit..So,wanita ni yang kesian dekat mamat gunting ni(lakonan Johnny Depp) bawa balik ke rumah dia untuk dijadikan anak angkat..San se Edward ni jatuh cinta pada anak perempuan pompuan(Lakonan Winona Ryder,masa ni dia sweet sangat..hahha) direct Selling ni..So,sepanjang Edward jadi anak angkat dia..macam-macam yang jadi pada diri Edward dan jugak keluarga depa yang sehingga satu masa mengancam keselmatan nyawa Edward tu sendiri..Siot je kalau aku tengok filem ni..tang last mesti aku nangis tengok adegan Edward ukir rupa bentuk anak pompuan direct Selling ni dengan ais setiap tahun sampai perempuan tu tua setiap kali krismass mai..Wuuuuuuu!!!





8.STARWARS (1977 - 2005)




Nah Amik!! semua filem aku taruk jadi satu poster..hahahhahahaha




Sama jugak dengan filem Edwards si tangan gunting..Star Wars adalah satu lagi filem yang jadi filem kegemaran aku dari zaman kanak-kanak sehingga la sekarang.Filem ni jugak jadi filem kegemaran adik aku si Mirul.Kami dua orang memaang minat benda yang sama dari kecik macam kembaq..hahahahahha..
Tapi di antara semua filem aku lebih minat kepada filem yang terdahulu lagi..dari Episode IV hingga episode VI dimana time kesemua episode tu adalah di zaman Era Darth Vader berleluasa dengan kejamnya..hohohoho..Dan aku memang minat gila dengan karektor Darth Vader walaupun dia jahat dan jugak karektor si kembar Luke Skywalker dan Princess Lea..Kiranya karektor ketiga beranak ni aku minat la..habis cerita..kalau la aku ada duit..aku dah beli semua barang mainan berkaitan dengan Star Wars ni Aziz M. Osman..hahahahhahahahhahah!!!






7.SAVING PRIVATE RYAN (1998)




Saving Private Ryan adalah salah satatu filem perang yang aku akan nangis bila tang last cerita ni nak abis...hahahhahahahah...Hati aku jenis cepat tersentuh jugak la noh...hahahhahahhaha...
Filem ni mengisahkan setelah kejayaan tentera berikat menawan pantai Omaha pada D-day, Ckaprten John H.Miller mendapat tugasan menyelamatkan seorang Prebet James Francis Ryan dari Unit Payung terjun setelah pihak atasan dapat tau..2 lagi adik beradik Ryan mati dalam perang yang sama..So,bermulalah perjalanan Kapten John H.Miller dan 6 orang bawahan dia menjalankan misi menyelamat Private Ryan ni..Aku rasa aku dah buat Review pasal filem ni ni dlu..so,malas la nak cerita panjang berjela kan..hahahahhahahaha!!



6.TERMINATOR 2:JUDGEMENT DAY (1991)





Dalam banyak-banyak filem Terminator,aku paling suka yang nombot dua ni..
Selepas ja cubaan nak bunuh Sarah Connor gagal dalam filem Terminator.Skynet hantar plak satu lagi robot terminator diberi nama T-1000(Robert Patrick)  yang canggih untuk membunuh anak Sarah Connor iaitu John Connor yang apabila dia besaq nanti dia akan menjadi pemimpim kepada manusia untuk melawan Skynet.Jadi John Connor pada masa hadapan pun hantar plak robot terminator yang telah di program semula iaitu robot T-800(Arnold Schwarzenegger) yang sebelum ni ditugaskan untuk membunuh Sarah Connor mai lindung si John Connor masa dia kecik plak..



5.THE THING(1982)








Filem The Thing adalah filem Horror Sains Fiksyen yang paling menakutkan la setakat ni..Filem ni pernah di remake semula pada tahun lepaih,2011.Tapi aku rasa karya John Carpenter ni paling ganaih la..hahahahhaha..Walaupun filem dibuat dalam tahun 1982..tapi memang cukup horror..siot je tak boleh tidoq malam lepaih tengok filem ni dok bayang makhluk-makhluk tu masuk ikut tingkap bilik aku..tambah-tambah yang kepala orang jadi labah-labah tu..ahahhahahaha...Filem ni ni memgisahkan kejadian menakutkan yang terjadi kepada sekumpulan saintis yang bertapak dekat Reseacrh stesen kat Antartic.Walaupun filem ni berkaintan dengan Alien..Tapi alien ni tak macam filem Alien yang dok dibikin selami ni..Nak cerita pun tak reti..tengok sendiri la..hahahhahahaha...



4.POWDER (1995)






Bila aku tengok filem ni..aku rasa betapa kejamnya manusia..tak kira la dari pelbagai bangsa..sama ja..dari negara mundur..sampai la ke negara yang maju,kalau ada benda yang pelik sikit.Mesti akan jatuh hukum teruih yang pelik itu tak elok dan mesti dijauhi atau dimusnahkan..
Macam filem ni,Mengisahkan Jeremy Reeds, seorang Albino yang disisahkan masyarakat sebab kulit dia itu yang dianggap berpenyakit dan malang.Malah bapak dia sendiri tak terima dengan keadaan dia tu masa dia baru dilahirkan lalu dia dijaga oleh tokwan dia..Jeremy atau nama panggilan dia Powder tinggal dengan datuk dia sampai besaq dan hobi dia membaca.Bila tokwan dia meninggal..Seorang pakar psikology ambil dia dan sekolahkan dia..Malangnya bila dia masuk ke sekolah dia disisih,diejek dan sebagainya yang teruk-teruk tu dapat kat dia..huhuhuhuhu..Tanpa diketahui sapa-sapa yang Powder ni mempunyai akai yang amat bijak,ada power telepathy lagi..berkebolehan baca fikiran orang dan ada kuasa paranormal..huhuhuhu...




3.JURASSIC PARK (1993)





Filem ni mengisahkan seorang billionair yang terlampau kaya telah membina sebuah taman tema yang diberi nama Jurassic Park disebuah pulau milik dia sendiri.Dan taman tema yang macam zoo tu pun terdapat pelbagai dinosour dari pelbagai spesis yang dibuat jugak oleh billionair ni hasil DNA darah dinosur yang terdapat dalam fosil nyamuk zaman dinosour jugak..huhuhuhu...

So,sebelum taman tema tu dibuka...Si Billionair ni telah menjemput beberapa orang pakar untuk memastikan taman Jurassic ni selamat dilawati.Jadi si Billionair ni telah menjemput pakar matematik (Jeff Goldblum),pakar paleontologist,Dr Alan Grant dan kawan baik dia, Dr Ellie Slatter,peguam dia sendiri dan dua orang cucu dia,Tim dan Lex.Tapi malangnya kegemberiaan depa bila tengok dinosour ni hilang sama sekali umpama budak umuq 5 tahun hilang duit dua kupang apabila secara tiba-tiba dinosour bertindak ganaih menyerang depa semua.





2.THE DA VINCI CODE (2006)





Walaupun filem ni penuh kontroversi dengan unsur-unsur keagamaan,kepecayaan,illuminatidan freemason bagai..Penganut Kristian Katolik banyak yang boikot filem ni sebab seolah-olah menghina agama depa,Tapi aku suka tengok jugak.Setakat ni akidah aku tak lari lagi dengan fakta-fakta mengarut mahupun yang menyimpang sebab filem ni ala-ala penyiasatan sikit kan..Filem yang diangkat dari novel yang tajuknya sama jugak macam filem karya Dan Browns ni mengisahkan  pasal menyiasat misteri apakah sebenarnya Holy Grail itu..Umum sedia maklum dari filem-filem lain sebelum ni..banyak yang tunjuk Holy Grail ni adalah cawan yang digunakan oleh Jesus pada malam teralhir sebelum dia disalib.Tapi dalam filem ni..Misteri pasal Holy Grail agak mengejutkan la sebab Holy Grail ni bukan la sebuah cawan.Tapi adalah keturunan dari Jesus yang berkahwin dengan Mary Magdalene.Fuhhhhh!! Tapi nasihat aku..kalau nak tengok filem ni..sekadar tengok boleh la..Percaya jangan..Ini dakyah orang Yahudi nak melemahkan akal fikiran kita dengan fakta yang menyimpang jauh..Sedang orang kristian sendiri tak terima dengan jalan cerita filem ni..apatah kita sebgai orang islam kan...
















1.THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN  BUTTON (2008)






Sebenarnya akal aku ni masa mula tengok filem ni macam tak boleh terima ja kejadian yang berlaku dalam filem ni..Perkataan yang terkeluaq dari mulut aku bila tengok Rupa si Benjamin ni ialah "What The Heck!!"
Konfius aku..hahhahahahhaha..
Filem ini bermula pada era tahun 1918 mengisahkan Benjamin Button yang dilahirkan tidak normal sebab fizikal dia nampak macam orang tua gila-gila walaupun dia masih bayi.Tak dapat terima kecacatan anak dia tu..Maka bapak dia pi letak dia dihapan pintu rumah orang-orang tua.Jadi penjaga rumah orang tua-tua mengambil keputusan membela Benjamin Button ni seperti anak dia sendiri..Yang peliknya kes si Benjamin ialah makin dia membesar..dia semakin nampak muda..hahahahahahha...Macam terbalik pulak kan..dan last sekali...semasa Benjamin Button meninggal..dia dalam keadaan bayi..dijaga oleh awek dia..huuuuu!!!




Ok..takat tu ja..sebenarnya banyak lagi pilihan filem yang aku ada..tapi takat 10 jadi la...cow dulu!!









5 ulasan:

kak ain berkata...

mira ada sume ke crite ni?mcm best je yg benjamin ni?boring x?

Miss Poyo berkata...

Kak Ain..

Semua cerita ni Ceq ada kecuali Benjamin Button..ilang pi mana taktau..
Tapi crita ni memang best..
huhuhu..bagi aku tak boring..ataih org gak yg tengok..
hoho

kak ain berkata...

huhuu ;0 berzaman nak tunggu mira jwb...hahahahahaha xpelh klu xde nk wt cemana kn....

SM berkata...

aku vote saving private ryan di tempat pertama. hahahaa!

Miss Poyo berkata...

SM..

Aku pun rasa camtu gak..tapi nak buat mcm mna..aku rambang mata nak taruk yang mana satu dok tmpat satu..hahahhaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!