Selasa, Julai 24, 2012

RESEPI RAMADHAN:MAKARONI BAKAR

Bila mai ja bulan puasa,aku suka sangat nak makan makaroni bakaq yang dijual dekat Pasar ramdhan Bertam Indah kat Kepala Batas,Penang(kena sebut Penang gak sebab kat Kedah pun ada tempat nama Kepala Batas jugak..muahahhaha).Brother yang jual Makaroni Bakaq ni menurut makcik aku adalah bekas Chef kat Mutiara Hotela ka hapa hotel tah..aku tak ingat la..makcik bagitau aku dari time aku kerja ngn Mr Arkitek dulu..mana nak ingat kan...

Tapi bila aku beli Makarono bakaq kat Brother ni..satgi time berbuka mesti ada orang akan pau makaroni aku..huhuhuhu..Memang makan tak puas siot..orang tamak macam aku kena makan banyak-banyak..baru ada kepuasan.hahaahha...

So,sebelum puasa hari jumaat haritu..Bersempena dengan besday abah aku..aku pun belajaq la cara-cara buat Makaroni Bakaq..ingatkan susah..senang siot..aku main gaul-gaul ja bahan-bahan pastu pi bakaq..jadik siot..hahahahhahahah...Nah...mainak bagitau cara buat dia..


Bahan-Bahan:

1.Makaroni (jenama apa pun takpa)
2.Sos Spagetti.(Jenama apa pun takpa..tapi yang aku buat ritu guna jenama Maggi)
3.Telur
4.Daging/Ayamh kisar
5.Sotong(penganti pada cendawan..aku tak lalu makan cendawan)
6.Udang yang dibuang kulit(bogel)
7.Bawang putih(ditumbuk)
8.Minyak Masak
9Mozarella Cheese
10.Sos Cili
11.Mayonis
12.Butter



Cara Membuatnya.

1.Mula-mula rebus Makaroni.Kalau makan seorang ja..rebus setengah paket atau suku pun takpa.sebab nanti dia kembang.Tapi kalau anda seorang pelahap..rebus sampai 5 peket pun takpa..hahaha..Masa rebus tu..sila buh garam dengan Minyak masak sikit ya..Bila makaroni dah kembang dan lembut(masak latu),Tos kan dia.

2.Lepastu,tumis bawang putih dalam kuali..dengan minyak masak la..takkan ayaq plak kan...hahha..Bila dah naik bau..masukkan daging/atau ayam kisar.Pastu masukkan sotong dan udang..kacaukan ia..Pastu masukkan tomato..kacau lagi..Pastu masukkan Makaroni..Kacau lagi..Lepastu masukkan sedikit Sos Spaggeti sebab nak bagi warna makaroni tu merah sikit..Pastu kacau..

3.Bila semua bahan-bahan tu dah sebati..Tutup api..lepaih tu baru buh teluq..Kacau-kacau sampai teluq tu sebati..INGAT!!(Cewahh!) Telur dibubuh bersama bahan bila api dah ditutp tau..


4.Sapu Butter pada bekas yang kita nak guna untuk bakar makaroni..Lepaih dah sapu butter..buh makaroni dalam bekas tu..ratakan dia bagi cantik-cantik..Lepaih tu taburkan Mozarella Cheese ataih makaroni tadi..Lepaih tu buh pulak sos cili ataih Makaroni..Dan last sekali buh mayonis.

5.Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 120 darjah Celcius selama 45-60 minit.

6.Makaroni bakaq selamat landing dalam perut anda..hahhahahahahhaha!!




Kalau nak tengok rupa bentuk Makaroni Bakaq tu macam ni..Sila pi GOOGLE Images..Taip Makaroni Bakar.Akan terkeluaqlah gambaq Makaroni Bakar kat skrin Laptop,PC,Tablet,I phones,Samsung Galaxi anda..Sekian terima kasih.

Klu-Klu Bahan masakanya.:




 Sos Spaghetti



Butter




 Mayonis





Daging/Ayam kisar




Sos Cili



Bahan-bahan yang lain..pandai-pandai la hampa..muahahaha

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!