Jumaat, Disember 27, 2013

BUNYI MACAM LEMBU

Pagi tadi masa aku tengah bersiap-siap nak bawa Nayli Bam Bam pi jumpa doktor pakar kat Hospital Kepala Batas tiba-tiba aku terima mesej Whatsapp dari Incik Bachok..mesej dia dalam bentuk audio..tapi aku boh layan ja pasai buat apala laki aku ni nak mesej Whatsapp kat aku padahal kami ni dok satu rumah..satu bilik..satu katil dan satu bantal dalam masa-masa tertentu..muahahahha...jadi kenapa haruih dia hantaq mesej Whatsapp..selalunya kalau aku buka mesti akan degar dia cakap..

"Alicafe satu!!!"

Takpun..

"Nak milo ais bawa mai ke ruang depan arrr"


Jadi aku rasa malaih la nak buka dengar..aku teruihkan aktiviti aku bersiap..bawa Nayli Bam Bam ke hospital then hantaq Nayli pi rumah pengasuh dia...Aku balik dulu rumah aku pasai nak makan nasi dulu baru nak pi kerja..Tengah dok sedap makan nasi, Incik Bachok yang tak pi kerja lagi..(kaki ponteng ni..hahahhahha) mai kat aku sambil tanya..


"Sayang..U buka tak lagi mesej Whatsapp yang I hantaq tadi?"

Aku hanya geleng kepala pasai mulut aku penuh nasi..Lepaih tu Incik Bachok main-main hanset dia..takdak beberapa minit aku dengar bunyi lembu dari hanset dia..

"Bunyi lembu sapa you rakam ni??"aku tanya dia..apekehal laki aku dok tak dok pi rakam bunyi lembu bunyi plak kan...

"U dengar betoi-betoi latar bunyi latar belakang bunyi lembu ni..."Dia suh aku dengaq sambil letak telefon dia kat telinga aku..Aku rasa latar belakang dia macam juruhebah bola dok bercakap..cakap bahasa Inggeris..malam semalam Incik Bachok tidoq lewat pasai tengok bola...

"Bunyi juruhebah bola bercakap..awat lembu mai bertenggek kat tepi tingkap rumah kita ka semalam..?" aku mula ingat lembu milit paktam Brit yang suka merayau serata kampung..

"Dak..ni bunyi you berdengkur..."Incik Bachok bagitau sambil sengih..

Aku diam sat..........lama jugak...diam lagi...diam....


"Demmmmm!!!!!"
lepaih tu aku dengaq Incik Bachok gelak kuat..Demnn!! Demmn!! Dan demn lagi..
Kenapa mesti bunyi macam lembu?? Puii!!



Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!