Rabu, Jun 23, 2010

Serangan mak lebih hebat dari serangan Zombie

Aku dengan abah aku naik kereta Vios kaler hitam(aku ngan abah memang bercadang nak beli Vios kaler hitam pun).Masa tu malam,aku taktau pasaipa aku ngan abah ja ada.Mana pi mak dengan adik-adik aku pun aku taktau.Kami melalui sebuah jalan yang kiri kanan dia hutan dan jalannya sikit bengkang bengkok macam jalan nak pi cameron Highland ikut jalan dari Tapah.Tapi bukan jalan naik ke atas bukit,Cuma jalan di tanah landai ja.Pastu tiba-tiba dari jauh kami nampak ada berlaku satu kemalangan,makin dekat,kami lihat dua kereta bertembung,tapi peliknya tak kemik teruk sangat pun.Turut ada kat situ sebuah kereta polis peronda,dua buah motosikal dan sebuah kereta Honda stream.Masa tu takdak kereta lain yang lalu kat situ,yang ada cuma kenderaan-kenderaan yang aku cerita kat atas tadi.Sebaik saja kami melalui betul-betul dihadapan kemalangan tu berlaku,seorang Pegawai polis tiba-tiba menahan kereta kami.Abah pun berhentikan kereta dan sebaik sahaja kereta abah berhenti,polis itu terus masuk di tempat duduk belakang,muka dia pucat,wajah dia panik..



"Awat ni??!!"abah aku soal panik.Pegawai tu pun cerita,ada serangan binatang pelik tadi,sebab tu kereta yang tu berlanggar,masa dia nak bagi pertolongan,binatang yang berbulu lebat tu tiba-tiba datang menyerang,bawa lari seorang lagi kawan dia masuk hutan.Dan baru dia sedar,yang
orang dalam kereta yang kemalangan tu dah takdak,yang tinggal hanya titisan darah.Lepas tu tiba-tiba kami muncul,sebab tu dia tahan kami.
Aku pun tanya dia pulak,mana pi yang lain lagi?tengok ada kereta honda dengan 2 buah moto,takkan depa pun da kena serang.Tiba-tiba ja ja polis tu berubah jadi zombie plak..dia cuba serang aku,aku pukul kepala dia dengan henset yang aku pegang,darah memancut-mancut keluar dari kepala dia,tapi dia plak makin ganas,abah trus berhentikan kereta dia,kami keluar dari kereta pastu lari-lari sampai penat,pastu dari jauh aku lihat satu cahaya terang menerangi muka kami sampai kami dua terpejam..aku dan abah terdengar satu suara..amat jelas dan menakutkan..


"Bangun!!"jeritan kuat suara tu menggegarkan seluruh tubuh aku,abah dah tercampak entah ke mana.Aku cuba buka mata aku,walaupun payah tapi berjaya jugak.Aku lihat mak aku berdiri sambil cekak pinggang depan aku..Di tangan mak ada sudip..aku cuma amati betul-betul,mak berdiri depan pintu?tengah jalan ada pintu ka?Aku gosok-gosok mata aku..macam mana pulak aku da dalam bilik atas katil ni?Pastu baru aku sedar..
Lahhhhh! aku mimpi rupanya..cisssss!!!!!!

Angker gila mimpi aku...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!