Rabu, Jun 16, 2010

Reunion!!!

Aku sebenarnya malas dah nak tulis pasal reunion ni.Sebab reunion ni lepas lama dah..29/5/2010 noh...Tapi bila kawan aku Anis suh aku tulis gak..aku pun tulis la..

Ni Reunion untuk kelas SKA masa aku belajar dekat Politeknik Kulim dulu.Ingat senang ka nak buat?masa hari kejadian.hujan turun plak dah..hampir-hampir ja aku nak bakaq ayam dalam kereta aku sebab lapaq sangat,tapi mengenangkan balik kejadian kereta aku berbau ayam selama seminggu masa kami buat aktiviti bakar ayam kat sungai Sedim masa kami masih belajar dulu..aku lupakan saja..
Mula-mula cadang nak bakar ayam kat Pantai Queenbay,tapi oleh sebab hujan turun lebat nak mampus,kami pi pulak batu Feringgi,last-last di Batu Feringgi pun kami alami nasib yang sama,pukul 12tghmalam lebih sikit minitnya,baru kami boleh makan ayam..huuuu!

Crita panjang pun tak guna..tengok gambar lagi best..


Lokasi: Pantai Queenbay..
Jam : 5ptg ke atas..




Isda di depan :Apa yang kita semua tengok ni?
Zakiah di tengah : Aku pun taktau..huhuhu..
BF Isda berbaju ungu : I pun taktau..tapi orang dok amik gambar ni..senyum sikit..


Ika berbaju putih: Penat tau aku jawab fon dari tadi..semua pakat taktau jalan nak
mai..mangkuk..
Jannah berbaju hitam: Apala babyboy aku buat kat rumah tu..rindu plak(cakap dalam hati)


Miss Poyo :Hahahahaha..gila hang..badan aku naik 5 kilo..ni naik lagi 2 kilo..hahahaha
Suhana berbaju ungu: Gilak!! berat badan naik pun boleh gelak sakan lagi!!
Isda: Betul la mira..pungkoq hang besar gila..hehehe..



Lan Yusuf: hang rasa elok tak kita bina KLCC atas laut ni?
Ejat : Elok..elok..(ayaq ni awat masin)




Encik Mamat bertopi: Rasa macam nak terjun dalam laut plak...panas ni..
Encik Bachok ditengah : Kawe tak pehe apo demo oyak ni..pura-pura pehe la..heee!
Laki Zakiah dihujung: Bila depa nak bakaq ayam ni..aku lapaq gila ni..tension btoi la..



Lokasi: Medan Selera Pantai Seagate
Jam : 8malam ke atas





Senyum Semua!!





Encik Mamat : Lapar...
Miss Poyo : Sapa Kentut ni?? busuk gila!!
Encik Bachok :Tahan napas!!!!

Encik Mamat : Eh,mira..gila ilmu apa ko pakai ni??bleh jadi blur tiba-tiba
Miss Poyo : Ilmu kuntau!!
Encik Bachok:Itulah gewe ambo!!! (dengan bangga)
Yang lain-lain: Gila hebat!! (secara serentak)


Lokasi :Batu Feringgi
Masa : 12 tghmalam ke atas
Gaya muka orang-orang kelaparan


Mamu: cilaka..depa tinggal aku bakaq sorang-sorang..siap ar..aku buh julap dalam ayam ni..biaq
semua cirit..



Encik Bachok: Kawe nak ayam percik..rindu masakan mama...
Lan 'Harry Potter': Tunggulah filem terbaru gua..
Lan Panjang:Lekas!! hang nak bahagian mana,aku nak amik bakar ni..!!
Lan Yusuf : Aku nak bontot ayam nah..

Muka Hensem dan Comel(betoi ka?) kelas SKA(A) SESI JULAI 2005-JANUARI 2007

Akhirnya kami berjaya jugak bakar ayam walaupun da banyak halangan yang menimpa kami ketika nak bakaq membakaq ni..memang enjoy..Tapi bukan semua yang dapat hadir sebab masing-masing ada hal yang tak dapat nak elak..biasa la,bila semua dah kerja dan ada yang dah berumahtangga,memamg susah nak jumpa balik.Harap reunion yang akan datang semua boleh mai kot??huuuu!
P/s: Dengar cerita depa nak buat Reunion kat Pulau.Pulau mana ceq taktau..harap-harap jadi nah..









Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!