Rabu, Februari 01, 2012

TEKANAN BILA BERTUNANG

Dulu,sebelum aku nak bertunang ni,ada kawan-kawan yang bertanya kat aku,berapa lama tempoh bertunang aku sebelum aku kahwin.Jawapan aku pada semua kawan yang bertanya mesti sama.Dua tahun baru nikah..dua tahun bertunang baru nikah..Sikit pun tak kurang dan aku memang agak-agak dah dua tahun bertunang baru nikah dah memang konfom.Walaupun ada jugak kawan-kawan dan orang-orang tua yang cakap..tak baik bertunang lama-lama.banyak dugaan,tak manis dipandang orang dan macam-macam lagi la kan yang negetif-negetif depa bagitau aku konon-konon nak bagi aku takut la kan..tapi aku tetap kata dua tahun lepaih bertunang baru bernikah..Ada jugak yang cakap kat aku..

"Senang la cakap macam tu sebelum bertunang,nanti dah bertunang baru hang tau langit tinggi rendah"

Dan aku pun cakap dalam hati..Ellehhhhhhhh!


Dan sekarang baru aku tau macam mana rasanya bila aku dah selamat jadi tunangan Incik Bachok.Aku rasa macam satu bebanan yang berat tiba-tiba jatuh kelepap! kat kepala aku tau dak..sampai aku rasa aku rimas,lemas sampai rasa tak mampu gila nak pikiaq apa-apa dah..Aku pun taktau la apa maksud perasaan ni kan sebab aku bukan orang sastera yang boleh melengun atas batu tepi pantai dok pikiaq inti pati,inti sari hati aku kan..aku orang technikal yang pagi petang siang malam(kecuali masa tidoq la..) dok pikiaq kerja sampai dalam jamban pun dok pikiaq apa lagi kerja yang bos bagi tak setel-setel..huuuuu! Jadi aku pun tak paham la apa maksud perasan aku ni..tekanan aku ni..

Aku rasa status sebgai tunagan orang ni satu benda berat yang perlu aku jaga..Kalau tak jaga..hancuq lebur macam emas kena lebur...huhuhuhu..mau tak rasa berat..dengan dugaan banyak..dari kuasa-kuasa luar..dari kuasa-kuasa keluarga,dari dalam diri aku sendiri,dan mungkin dari dalam diri Incik Bachok yang buat kami boleh gaduh hari-hari dan silap haribulan,benda yang kalau boleh setiap pasangan yang bertunang takmau jadi kat diri depa terjadi kat aku iaitu PUTUS TUNANG(tudia..siap bold lagi tu..haaaaaa)


Sebab tekanan macam ni la buat aku tidoq pun tak lena..sikit-sikit terjaga dari tidoq..sikit-sikit terjaga dari tidoq..lepaih tu berat badan aku bertambah sebab aku jenis kalau susah hati makan banyak..hahahahha..lepaih tu tengah buat kerja tiba-tiba dok pikiaq plak benda ni..buat prestasi kerja aku boleh terganggu sat..kurang keinginan nak bersolek(perlu ka aku bagitau part ni?hahahhahahha),kurang keinginan nak tengok tv walaupun cerita kat tv best gila babi dan jugak kurang keinginan nak memasak padahal tu memasak tu la hobi aku.

Walaupun kawan-kawan opis dok nampak aku ceria..selalu gelak..dok buat perangai loqlaq tiap-tiap hari..Family aku dok tengok aku gelak tiap-tiap hari..selalu buat lawak...selalu usik mak abah aku tapi dalam hati aku ni..Tudiaaaa....Allah ja tau..
Hari-hari aku dok pikiaq..bila la nak kawin ni..tak tahan dah ni..Bukan aku tak tahan sebab aku gatai melerla ka hapa ka..tapi aku nak bebas diri aku dari perasan dan beban ni dan semua aku rasa tau..kalau satu benda yang susah,berat,mendebarkan tu dah jadi..aku rasa..Aaaahhhh! lega....(Ah lega tu adalah ayat yang baik..bukan lucah..hahahaha)

Bila aku dan Incik Bachok rancang nak kawin tahun ni dan dah pilih tarikhnya nak nikah tu..aku rasa lega gila..rasa macam...mau tak lega kan..tahun ni jugak kawin..sip la sikit bebanan aku ni dari nak tunggu sampai dua tahun..
Tiba-tiba bila Incik Bachok kata tarikh yang kami pilih untuk nikah tu tak konfom lagi..Walaupun aku kata kat dia ok la...tapi tau dak malam tu aku nangis..Aku menangis sebab aku rasa macam memang aku dah tahan dah nak tanggung beban ni sampai ke dua tahun(ikut yang Incik Bachok cakap la..) boleh gila tau dak..Hari-hari aku rasa susah hati..Lepaih tu,mak aku yang selama ni aku tengok relax ja tak kisah kami nak kahwin bila..tiba-tiba ja bagitau yang dia susah hati selagi aku tak kahwin sebab dia cakap macam-macam boleh jadi..dah la kami dok dekat..Tu yang buat aku lagi la tension kan sebab kata-kata mak tu ada betoinya..Lepaih tu ada pulak pakcik-pakcik kat opis yang aku boleh katakan ada ilmu agama yang lebih sikit pun dok nasihat aku serba sikit yang buat aku rasa Adoi laaaaa..!! Macam mana nak buat ni...yang buat aku terkilan lagi ialah tarikh yang kami dua pilih tu memang cantik dan kena la..(dapat cuti tiga minggu tu kalau amik tarikh tu) dan kalau tak dapat tarikh tu,memang aku rasa ralat dan terkilan sangat-sangat..

Dan bila aku tension hari-hari dan aku dok luah kat Incik Bachok hari-hari sampai dia pun tension dan buat kami bergaduh sakan sebab ni tu yang buat aku lagi terkilan sebab benda macam ni,kami yang boleh gaduh plak hari-hari..huuuu!! Tambah-tambah lagi bila tarikh tahun ni tak konfom lagi..kalau extend ke tahun depan pun blum tentu lagi pulak dah..tu buat aku rasa lagi tension sampai aku terpikiaq..aku rasa macam aku ni takdak jodoh kot dengan Incik bachok sebab banyak sangat dugaan kan..wuuuuuuu!!

Aku taktau la perasaan Incik Bachok macam mana tapi aku rasa sapa yang pernah lalui benda yang aku lalui ni memang paham la macam mana perasaannya kan..
Dan tadi bila Incik Bachok bagitau yang memang konfom tarikh yang kami pilih tu jadi untuk kami di nikahkan..tu pun aku rasa tension lagi sebab aku rasa macam tak konfom jugak ja..(berdasarkan penceritaannya la..)


Ya Allah!! Teruk betoi la hambaMu ini punya tension..Bantula hambaMu ini..Waaaaaaa!!

1 ulasan:

ctnorhatika berkata...

sabar jgn tensen2 mira..kalau cepat sgt dh ready sume xpe..biar lmbat ckit asalkn sumenye complete n xda maslah akn timbul bila pas kawin nnt..its ok..pejam celik nnt tiba jugak tarikh 2..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!