Khamis, Julai 12, 2012

ARABIANS NIGHT..LAGENDA PERMAISURI PARSI YANG BANYAK AKAI..(BIJAK LA MAKSUDNYA..)

Aku adalah peminat setia cerita Aladdin,Sinbad..Ali baba dengan 40 orang penyamun.Dan ketiga-tiga kisah ni berkait rapat dengan hikayat 1001 malam atau lebih glamer orang panggil Arabian Night.Kalau siapa penah tengok kartun Aladdin keluaran Disney..Dulu penah tayang kat TV3 pukul 11 pagi setiap hari sabtu..masa aku darjah 2 hingga darjah 3 seingat aku..Bila start Kartun Aladdin ja..mesti ada nyanyian bunyi macam ni..

Oh I come from a land, from a faraway place
Where the caravan camels roam
Where they cut off your ear
If they don't like your face It's barbaric, but hey, it's home
When the wind's from the east
And the sun's from the west
And the sand in the glass is right
 Come on down Stop on by Hop a carpet and fly
To another Arabian night
Arabian nights
Like Arabian days
More often than not
Are hotter than hot
In a lot of good ways
Arabian nights
'Neath Arabian moons
A fool off his guard
Could fall and fall hard Out there on the dunes


Haaaa..siap menyanyi lagi..hahahhaha..Mesti ada sebut Arabian Night kan..
Haaa..sebab cerita Aladdin..Sinbad dan Ali Baba dengan 40 orang penyamun ni berasal dari hikayat 1001 malam atau lebih dikenali sebagai Arabian Night.


Kartun Aladdin keluaran Disney



Kenapa dipanggil Arabian Night..Awat tak panggil hikayat cerita-cerita arab ka..Hikayat cerita rakyat arab ka..hapa kan..awat mesti panggil Arabian night atau hikayat 1001 malam kan...



Sebabnya iala..menurut lagenda rakyat Parsi..di masa zaman Empayar Sasan.dimana ketika itu dizaman pemerintahan seorang Raja bernama Raja Shahryar...Raja Shahryar memang baik gila la dengan Adik dia putera Shah Zaman yang memerintah sebuah negeri bernama negeri Samarkand(negeri ni terletak di Uzbekistan).Putera Shah Zaman ni mengalami masalah..macam masalah jiwa sejak dia sendiri tangkap basah bini dia atas katil dengan lelaki lain(curang la tu..) kalau lelaki hebat takpa jugak..ni tukang masak ja..mau tak jiwa kan..huhuhu..Bila Putera Shah Zaman ni dibawa tinggal sementara dengan abang dia Raja Shahryar..sekali lagi plak dengan mata kepala dia sendiri...Dia nampak Permaisuri Shahryar..(kakak ipaq dia la..) pun main kayu tiga juga.So pada pemikiran dia semua perempuan tak boleh pakai kaki curang.

Berasa sakit hati dan marah macam adik dia..Shahryar bertindak untuk membalas dendam dengan berkahwin setiap hari dengan gadis sunti..dan setiap hari dia akan hantar bini dia untuk di pancung..Tudia..ganaih gila cara balas dendam..orang yang tak bersalah jadi mangsa...huhuhu...Kalau ada raja macam ni zaman la...mampuih la raja tu plak masuk jail..lepaih tu..di kutuk-kutuk kat blog-blog dan laman facebook..hahahhahaha...

Setelah membunuh hampir tiga ribu anak dara sunti..tudia..banyaknya kena bunuh..habis jadi bujang tua la laki-laki time tu..hohoho..Akhirnya..Raja Shahryar diperkenalkan dengan Scheherazad..Anak Perdana Menteri.Mula-mula Perdana menteri tmemang tak bagi anak perempuan dia ni pi kahwin dengan raja..gila ka nak bagi kena bunuh tanpa sebab..Tapi Scheherazad ni nak kahwin jugak dengan Raja Shahryar.Sebab dia yakin..Dia mampu menghentikan perbuatan gila Raja Shahryar dengan adik dia si Shah Zaman tu..Maka berkahwinlah dia dengan Raja Shahryar...

Pada malam perkahwinan dia dengan Raja Shahryar..atas bantuan adik dia Dunyazad..Scheherazad mula bercerita bermacam-macam hikayat pada Raja Shahryar.Raja Shahryar yang suka dengan cerita hikayat si Scheherazad ni pun dengaq la sampai ke subuh..dan bila time subuh ja..Si Scheherazad ni sengaja berhenti bercerita time cerita tu mai tang saspen..Konon-kononnya dia kata takdan nak cerita sampai habis sebab Raja nak pancung dia dah..Raja Shahryar ni yang nak tau kesudahan cerita Scheherazad ni pun tangguh la nak bunuh Scheherazad..


Scheherazad sedang bercerita pada Raja Shahryar


Begitulah yang jadi sterusnya Raja Shahryar ni asyik tangguh ja setiap hari nak bunuh si Scheherazad ni sebab nak dengar macam-macam hikayat..macam Aladdin..Sinbad..Ali Baba dengan 40 orang penyamun..dan macam-macam lagi hikayat..Dia bercerita secara bersambung-sambung setiap malam pada Raja Shahryar sehingga cukup sampai malam yang ke 1001...Sampai dapat putera 3 orang.(Amboi..dan lagi asmaradana noh..hahhahaha)..Akhirnya Raja Shahryar tak jadi la dah bunuh Scheherazad ni bila dia dapat banyak pengajaran melalui cerita si Scheherazad ni..dan yang penting..Dia dah mula sangat sayang pada Scheherazad ni...Maka selamatlah si Scheherazad ni dari dihukum pancung..
Aku rasa anak-anak teruna pun lagi gembira la sebab takdak lagi anak dara sunti dihukum pancung setiap hari..boleh la depa berkahwin..hahahaha...

Shah Zaman plak akhirnya berkahwin dengan Dunyazad..Dunyazad diberi gelaran Puteri Dunyazad dan mereka laki bini ni pun akhirnya tinggal di dalam istana yang sama dengan Raja Shahryar dengan Permaisuri Scheherazad..


Puteri Dunyazad




Dan sebab tu himpunan cerita-cerita hikayat ni di panggil Arabian Night atau dalam bahasa melayu..dipanggil Hikayat 1001 Malam...
Lagenda pasal Permaisuri Parsi iaitu Scheherazad ni bersama dengan cerita-cerita hikayat ni jadi begitu glamer sehingga tersebar di merata dunia sebab time tu banyak-banyak pedagang dari luar datang berdagang kat Parsi..Lagenda Permaisuri Scheherazad ni diceritakan oleh rakyat tempatan Parsi..Jadi sebab tu Lagenda dia dan hikayat dia tu tersebar dengan cepat dan ceritanya tu ditokok tambah..biasala tu kan..Lepaih tu dibukukan plak dalam pelbagai bahasa hikayat dia tu..Dan yang paling glamer sekali cerita Aladdin dan Sinbad la..Dan Ali Baba dengan 40 orang penyamun pernah difilemkan oleh Arwah Tan Sri P.Ramlee dalam bentuk komedi...hohoho..



Versi Melayu




Versi English



Manuskrip Arbian Nights pada tahun 1300s




So,Lepaih ni setiap malam aku nak bercerita dengan Incik Bachok jugak la..hahahahahahaha!!!

1 ulasan:

kak ain berkata...

larat ke nk crite setiap mlm kt ameer nnt....?huhuhuhuhu ;0

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!