Khamis, Mac 20, 2014

DEMAM CAMPAK

Sebenarnya dah dua minggu aku tak pi kerja..Aku tak pi kerja bukan la pasai aku ni pemalas ka apa..aku tak pi kerja sebab aku terkena demam campak plak dah..Apa kejadahnya dah tua-tua beranak sorang ni tiba-tiba ja terkena demam campak..
Ni semua jangkit ngan abah aku la..apakejadahnya plak abah aku yang dah umuq 55 tahun kena demam campak kan..Tak paham aku...

Aku tak ingat la masa aku kecik-kcik dulu penah kena campak ka dak pasai bila aku tanya mak aku..mak aku jawab..

"Mana aku tau..bukan hal kau sorang ja aku nak ingat.."
Amboi mak..dah macam dialog filem P.Ramlee plak..
Aku nak bagitau..demam campak time tua-tua ni memang sesak..dia punya campak keluaq habis disegala sudut badan aku..dalam telinga dia keluaq jugak..dan jugak dalam-dalam tempat lain yang tak dapat aku certakan kat sini..muahahhahaha...Aku dah tengok macam apom Polkado dah...kesian kat aku..dah la aku sudah berlaki..kalau bujang lagi tak pa jugak...

Dah tu muka aku paling teruk campak keluaq..muka aku yang kulitnya dulu halus mulus bak kuliq teluq takdak sebji jerawat pun pernah timbul walaupun aku nkategori pemalas nak cuci muka la ni dah macam kulit katak puru..apala nasib aku..

Aku rasa n balasan Tuhan la kat aku..dulu aku riak sangat bermuka licin kalah muka bintik-bintik Hanez Suraya tu..Sekarang nah amikk kau!!


Apasal kau nak babitkan aku lak dalam citer ko ni??Incik Bachok Ada Ferrari??Jage ko!!


Ingat senang ka nak hilangkan parut campak kat muka ni..amik masa yang lama tau baru parut hilang..aku rasa raya tahun n belum tentu muka aku licin macam dulu...Waaaaaaa!!

Kadang-kadang aku rasa muka aku ni dah macam iklan cantik muka tu la..yang muka pompuan sebelum licin tu...Huhuhuhu...


Apasal muka aku yang kau pilih poyo oiii??!!


Harap-harap lepaih aku pakai krim apakebenda tah yang ramai orang suggest kat aku kat FB muka aku kembali mulus macam dulu...Kalau tak tak pasal-pasal aku hantaq resume  kat Aura Whie untuk jadi duta depa ganti si Hanez tu...hahhahaahahahahha

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!