Selasa, Jun 22, 2010

Cari Pengantin Laki-laki saya..Part 1

Hai..nama saya Saerah Preet binti Mohamad Preet,namun saya bukan lah pelumba motorcross grand prix,Nama Preet itu adalah nama datuk saya yang berasal dari Siam sebelum berkahwin dengan nenek saya yang berketurunan mamak Penang.Saya cumalah seorang pengganggur yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi.Oleh sebab sekarang ni susah nak dapat pekerjaan dalam zaman serba canggih ni,maka saya tinggal saja di kampung yang yang lerletak di Baling Kedah.Kerja saya hari-hari makan tido,mandi berak sahaja hendaknya.

Saya la Saerah,walaupun dikelilingi orang Siam,tapi cara saya membesar ikut stail anak mami..

Satu hari,rumah saya menerima kunjungan secara kecil-kecilan dari sebuah keluarga dari Penang.Rupa-rupanya kunjungan itu merupakan rombongan meminang dari keluarga sepupu datuk mak saya.Rombongan itu terdiri dari seorang lelaki botak dan seorang mamat hensem sahaja.Rupa-rupanya,mamat hensem itu yang mau berkahwin dengan saya.Wallaweh!!!Mamat hensem tu diberi nama Tenku Danraj..apa ke pelik nama tu,tapi ada aku kisah?amboi..amboi..amboi..Tenku Danraj sudah kehilangan kedua orang tuanya,tapi oleh sebab wasiat dari bapa dia yang mahu dia berkahwin dengan aku,maka dia turutkan saja.Anak yang baik rupanya mamat ni.Tanpa berpikir panjang aku pun terus setuju.Daripada aku dok saja di kampung ni tanpa sebarang kerja,baik aku kahwin saja,tak kerja pun aku dapat duit.Bijak tak aku?hehehe..Selang 3 hari kemudian aku selamat bernikah dengan Tenku Danraj.tak sangka Tenku Danraj agak gelojoh.Takdan nak bertunang terus nak kawin.tapi ada aku kisah?amboi..amboi..amboi..Selesai akad nikah dan buat kenduri kecil-kecilan.Tenku Danraj terus nak balik Penang.Katanya ada urusan perniagaan.Lepas selesai semua kerjanya,dia akan pulang jumpa aku semula.takdan nak hadapi malam pertama..cisss!!



Nama aku Tenku Danraj,bukan bangla jual karpet ok!!



Hari berganti hari,minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan aku lansung tak dapat sebarang berita dari Tenku Danraj.Hanya duit saja yang aku terima setiap bulan dari dia melalui cara tranfer dari akaun meybenk dia ke akaun meybey aku.Aku dapat tau pun cara dia masukkan duit aku secara tranfer tu pun melalui akaun meybenk2u aku.Oleh sebab takdak sebarang berita,aku sering juga menhantar mesej pada inbox facebook dia,myspace,tagged,twitter dan juga friendster dia.Tapi takdak sebarang jawapan.Malah selepas tiga hari kemudian,dia deactivedkan semua akaunnya.Aku mula risau,kot-kot la sesuatu tak baik jadi kat dia,maka aku amik keputusan mahu pergi ke Penang,negeri yang yang tak pernah aku kunjungi,tapi aku tekad juga.

Keputusan aku yang mahu pergi ke Penang menemui laki aku itu ditentang keras oleh bapa saudara aku yang menjaga aku sejak kecil.Katanya alamat pun tak tau,tau serodong ja nak pi.Dan Pakcik aku takut kalau aku pi sana,kena kacau pulak dengan mamat Indon takpun mamat Bangla yang berlambak kat senang sampai beranak pinak hendaknya.Sampaikan orang pun taktau beza yang mana satu mamat Bangla,yang mana satu anak mami pun tak taula..Malah Tenku Danraj tu pun pakcik dia ingat mamat bangla mana nak jual karpet masa dia mula-mula nak mai pinang aku dulu.Tapi dek kerana kedegilan aku yang tahap cipan ini,akhirnya aku dapat pi jugak.Berbekalkan duit yang laki aku bagi tiap-tiap bulan,aku tekad ke Penang,sebuah Negeri yang carca merba dengan penduduknya yang bebilang kaum,suku sakat dan dari pelbagai negeri dan negara itu..


Saerah: ni peta Penang,dan jugak aku google tadi kat tenet..aku tau laki aku dok tang mana,tunggu la..






Bersambung...

2 ulasan:

Penanggah berkata...

perghh!! crita hangpa sungguh suspen hingga ke urat jantung gua.. tapi kalau ada adegan pakcik beca dok kejar-mengejar ka adegan tembak-menembak ngan pistol air ka pasti melotop.. pecah panggung giteww..

Mrs Poyo berkata...

penanggah..


tu baru episod prtama..belum lagi episod ke 3 juta..lu tggu jela..bukan takat pecah panggung..punggung lu pun bleh pecah sebab terkjut dengan adegan saspen gua..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!