Rabu, Julai 15, 2009

Kena Tahan Dek JPJ

Semalam,aku bawa la sepupu aku pi interview kat Kepala Batas..Pas dia abis interview,aku cadadg nak pi Taman Bertam Indah sat,nak beli komik kartun bLEACH,dah lama x layan komik..Aku pun pandu la kancil aku dengan relax tanpa memakai tali pinggang keledar..Masa aku amik koner nak masuk kat jalan Taman Bertam Indah tu,tgk2 ada JPJ baik punyer..ada kat situ..alamak,dah la x pkai tali pnggang,kena tahan la plak..Jpj tu muda g..dlm 20 lebih..laki2 la..dia kata..

"Blagak hang..x pakai tali pinggang..!"

Aku dah la cuak..dok pikiaq dh..msti kena saman..aduh,melayan 300 aku..dh la tahun lepas dah kena..

"Hang ada lesen dak ni?"dia soal aku kasaq..aku pun angguk jela..nak terkncing pun ada dah ni..aku pun hulur la lesen aku kat dia..pastu dia tanya lagi..

"Ni kereta sapa?"
"kereta saya la.."aku jawab.

"betul kereta dia?"JPJ tu soal plak sepupu aku..

"Betul la.."sepupu aku jawab.

"Buka bonet enjin sat..aku nak tengok enjin hang"

ALAMAK!!! saat ni yang aku paling takut skali..dia nak Check enjin aku..masa tu memang berpeluh dah ketiak aku..dahi2 aku pun dah berpeluh dah..mampus la aku kali ni..dah la tukar enjin,tak bawa pi Puspakom lagi..tak test JPJ lg..mmg mati la aku kali ni..mmg mati la...

Aku pun buka la bonet enjin aku..dia boleh pi belek2 enjin aku..aku tau la aku pakai enjin besar..hang dok belek2 macam tu,lagi aku bertambah gabra..pastu dia tengok cukai jalan plak..
mmg arwah dah aku masa tu..pastu dia tengok aku,dia senyum..

"Hang keja apa?"Apa kejadah plak soal kerja aku ni..
"Kerani ja Encik.."aku jawab..

"kerani apa?"dia tanya lagi..
"Kerani tapak ja.."

"Hang boleh bayar dak ni?"dia tanya lagi..
"Taktau la encik.."
bodoh betul la jawapan aku ni..gabra punya pasal..jawab pun x betul.

"Aku tanya hang,bleh bayar ka dak..bukan tau ka xtau.."
"saya tak boleh bayar encik..saya orang miskin..."

Bengong punya jawapan..aku pun tak tau macam mana ayat sedih pilu tu boleh terkeluar dari mulut comel aku ni..muahahahaha...lawak kalau di ingat balik..Dia senyum ja dengar jawapan aku tu..

"Takpa la..hang boleh blah.."

Amboi..bahasa..sempoi gila..pas dia bagi balik lesen aku,aku pun belah..tapi memang aku happy sangat la sampai rasa nak cium pipi dia..tapi tak jadi la plak..satgi jatuh cinta plak kat aku..hahahaha..
nasib baik JPJ lelaki..kalo dapat yang perempuan..mmg aku akan nampak duit aku terbang2 kat depan biji mata aku..
huhuhuhuhu..

5 ulasan:

Cikgu Ibrahim berkata...

Bila baca, ingat masa pi Alor Setar dan jalan-jalan ke pekan rabu. (loghat utara).

Kalau begitulah budi bahasa pegawai JPJ tu memang kurang sopanlah. Tapi dalam kurang sopan tu, ada juga baiknya apabila dia tak beri saman. Kalau tidak melayang-layang duit. Mungkin sebab jantina kut.

ZARA 札拉 berkata...

woot~

aku juga kena aritu..sebab dia sangka aku budak sekolah~

JohnJenin berkata...

Tak aci sungguh JPJ. Pilih kasih. Pompuan tak mau saman

a.b geldofg berkata...

ko memang poyo

mira amair berkata...

to Cikgu Ibrahim:

btul tu cikgu..kalo tak Ceq xleh beli enset baru bulan ni..hahahahaha..

To Zara:

hang mmg nmpak cam bdk skolah pun..kalo x pkai spek mata la..hehehe..

To Pakcik:

jgn jeles ek pakcik..
muahahahahhaha!

to ab:

nma pun si Poyo..msti la poyo..hahahahaha..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!