Jumaat, Julai 17, 2009

Perbuatan yang diulang

Kadang2 aku rasa hidup aku mcm tak best ja..sangat boring..Hari2 aku buat benda yang sama.Takdak perubahan langsung.

Pagi-pagi aku dah gerak pegi keja..dok lepak jap dlm opis..wat keja sket2..pusing2 keliling skool..pukul 12 tengahari aku balik..Sampai rumah aku layan tv sampai pukul 3,pastu kejutkan Encik Bachok dari tidur,dia nak pegi keja pukul 4 lbih...Pastu bawa mak pergi kedai cari barang untuk masak,berniaga esok..balik umah tengok tv lagi..sampai pukul 6 lbih..layan jap msg dari encik bachok..pastu dia lenyap terus..aku layan tengok tv sampai malam, kalau nasib baik dapat msg dari encik Bachok..pastu tido...esok pagi giliran encik Bachok kejutkan aku plak..siap2 pegi kerja dan kejadian seterusnya pun berulang2 kali sampai aku naik bosan..sungguh bosan..

Aku rasa macam kehidupan seharian aku ditentukan melakukan benda yang sama kecuali hari cuti sabtu dan ahad.Tapi sabtu dan ahaad pun kadang2 aku rasa macam sama jugak dengan hari2 biasa cuma hari sabtu dan ahad aku tak payah pegi keje pagi2..

Kadang2 aku rasa macam nak ubah cara aktiviti harian aku..tapi aku tak tahu caranya..
Mybe kalau aku dapat sambung blajar tahun depan..aku akan berjaya menukar corak aktiviti harian aku yang semakin lama semakin bosan nak mampus dan bikin kepala aku pusing.Padahal aku langsung takdak masalah yang hendak difikirkan kecuali aku nak sangat2 kerja dalam sektor kerajaan..
Huhuhuhuhuhuhuhu...

Kalau aku ni sebuah gunung berapi mybe aku dah lama meletus dan aku rasa Penang mesti tak wujud lagi dalam peta Malaysia,mahupun peta dunia...Huhuhuhuhu..

8 ulasan:

ZARA 札拉 berkata...

err..kalau mau meeltus syg, jgn sampai kedah please~

mira amair berkata...

to zara:

ko dok kt kedah ke zara?hohoho..

Cikgu Ibrahim berkata...

Saya dahulu begitu juga semasa mengajar sebagai guru. Hari-hari mengajar. Lepas tu saya mohon kerja di DBP dan dapat. Jadi daripada saya mengajar hari-hari saya jadi penulis pula. Kemudian saya sambung belajar di Universiti sekarang (Master) sambil jadi Totor dan kadang-kadang bagi kuliah. So saya sekarang banyak kerja sebab terus mengajar sebagai guru sambilan (Part time), menulis, buat thesis, mengajar di universiti dan paling best saya mula menceburi dunia perniagaan seperti pertanian penanaman pisang di Sabah, Penternakan dan Insya Allah di Terengganu business Kedai Aksesori Perkahwinan.

Hidup memang bosan jika tidak dipelbagaikan.

mira amair berkata...

to Cikgu Ibrahim:

Cheq nk jadikan Cikgu sbgai cntoh..sbb Cheq rasa idup Cikgu best sgt2 dan tak bosan...
huhuhu..

Cikgu Ibrahim berkata...

Cik Mira, kadang-kadang kita bosan kerana kita belum berjaya mencungkil kekuatan dan kelebihan kita. Sebab itu kita orang Melayu (Tak Semua) boleh berjaya. Kalau orang Cina, dia buat kerja ikut bakat dia, maka tidak bosan. Contoh kalau yang malas belajar, depa tak sambung belajar dan terus kerja kat bengkel(minat dia), lepas itu buka bengkel dan dia berjaya.

Tapi kita paksa dan paksa kerja yang tidak menggembirakan serta tidak pun menyebabkan kita senang dan kaya. Maka di situ kita sudah berbeza.

Kemudian ada orang akan kata, tak apa hidup di dunia sementara. Masalahnya orang kata begini tidak pula semuanya hebat dalam beragama.

Sebenarnya hidup adalah satu pilihan. Kita bekerja hendaklah seolah-olah akan hidup lama, dan beribadat seolah-olah akan mati pada hari esok.

mira amair berkata...

to Cikgu Ibrahim:

kata2 cikgu ni sama seperti yang abah saya katakan dulu pd saya..cuma ayatnya saja sedikit berlainan..tang org cina 2 sama saja..agknya sebab minat kot pada pkerjaannya sekarang abah saya ttp happy wlaupun bebanan kerja yg byk..

penanggah berkata...

btul tu cikgu..gua pernah keja ngan tokey cina maso kat kmpung dulu.. biase la bebudak asyik nak main2 jer.. dio nasihatkan kat gua.. dlam dunia ni ada dua jer cara nak berjaya.. pertamo belajar kedua kerja.. klau lu minat belajar.. lu blajar sampai lu berjaya.. tapi kalau lu tk minat blajar.. lu kerja btul2 sampai lu pun bleh berjaya.. bila gua pikir btul gak cakap apek ni.. lalu gua berenti keja lalu sambung blajar dan sampai la ni dapat ler keja walaupun keja kuli tp bleh laa..

niezza berkata...

memang kdg2 kiter akan rase bosan ngan idup nih...rasa tak berkembang jer..idup mmg bosan...tp ader org kater idup ni singkat...abes tuh, mcm mano ek kalo asek bosan jer...so..hargailah setiap minit....jadi..KITA ENJOY!!!harus ker?

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!