Isnin, November 02, 2009

Aku nakal,kadang2 tidak.Aku aktif,kadang2 tidak,Aku tak glamer,kadang2 glamer la sikit..

Masa aku sekolah dan belajar dulu..aku ni boleh di kategorikan sebagai budak yang kurang glamer atau kurang aktif di dalam kelas walaupun aku sangat nakal bila berada diluar kawasan tempat belajar sampai mak ngan abah aku pun tak larat melayan kerenah aku yang mengalahkan budak laki2..

Masa aku sekolah rendah dulu,aku dikategorikan budak yang agak lembap sikit dari segi pelajaran.Maksud aku lembap tu bukan dari segi otak lembap..tapi agak payah nak menerima apa yang cikgu ajar dengan cepat.Sangat lambat umpama kura-kura yang meronda2 di tepi sawah sambil menikmati permandangan matahari terbenam.Selalunya bila ckgu wat aktiviti memanggil murid2 jawab soalan yang cikgu tanya,mesti aku yang paling gabra..pernah satu ketika aku nyorok bawah meja sebab takut cikgu panggil nama aku.sampai cikgu pulak terpaksa tarik aku keluar dari bawah meja tu...heeeee!

Bila masuk sekolah menengah,aku dikira boleh tahan jugak ar dari segi pelajaran,mula aktif kat sekolah,seimbang jugak di luar kawasan sekolah tu,tapi kenakalan aku mula memuncak bila aku dah masuk ke form 4 dan form 5.Masa tu aku tinggal di asrama sekolah teknik.Antara kenakalan aku yang paling dasyat la pada diri aku ialah aku penah fly dari asrama balik umah secara beramai2 dengan kawan2 baik aku.Last2 pukul 3pagi,penyelia asrama aku dengan pakcik van datang menjemput kat depan umah..hahahahaha..esoknya aku kena cubit dekat perut oleh warden asrama aku,Cikgu Farihah.Gila senak perut aku..huhuhuhuhu..banyak lagi benda nakal aku buat,tapi tidak membabitkan benda2 yang boleh mencemarkan nama aku sebagai seorang gadis macam ikut jantan naik moto ka..keluar lewat malam melepak ka..jadi minah rempit ka,bohsia ka...itu bukan aku,nakal aku cuma berkaitan dengan sekolah saja..melawan cikgu pun tak pernah.Aku jugak agak dikenali la dikalangan junior2 aku dan aku ada ramai kawan dari kelas2 lain jugak..kiranya aku tak suka berkawan dengan yang tertentu saja..aku suka berkawan dengan semua orang tak kira latar belakang atau jahat mana sekali pun org tu..Cikgu2 pun ramai jugak yang nampak aku bila didalam kelas sebab aku mula banyak cakap dan banyak bertanya jugak bila aku tak paham dalam sesuatu perkara.

Bila masuk politeknik,aku jadi kurang aktif semula bila di dalam kelas.Kadang2 ja cakap banyak..tapi diluar kelas aku still lagi orang yang sama..cuma nakal aku berubah mengikut usia..aku suka berlumba kereta malam hari bila aku dalam perjalanan balik ke umah sewa aku dari umah sewa Suphai..bila kat traffic light tiba2 ada lagi kancil turbo tiba2 ja tunjuk isyarat nak berlumba.Atau aku suka mencelah2 kereta aku bila keadaan sesak kat jalanraya sampai kereta lain hon kat aku tanda geram..tapi aku suka sebab saja nak bagi depa geram..heeee!
Dari segi percintaan pulak memang aku tak pernah,walaupun aku da gak admire kat setengah budak laki2 yang memang perangai depa kontra gila ngan perangai aku.Mybe aku tak berkasih masa zaman belajar sebab aku ni bukan kategori pompuan suka melawa atau pandai berdandan diri..nak pakai tudung pun tak reti,senget benget,nampak rambut,baju pun iron ala balai cincai2 ja kedut pun da lagi..kalau tak pakai tudung plak,rambut pun bukan sikat elok2 dan pakai pakaian pun ikut suka hati aku ja.Dan lagi satu aku penah janji ngan mak aku selagi aku tak abis belajar,aku takkan bercinta..janji kena tepati beb,kang tak pasal2 kena sambar kilat..hohohoho..!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!