Selasa, Ogos 14, 2012

BANI ISRAEL DAN NABI YAAKOB

Selalunya bila mai bulan puasa.Aku jadi agak slow sikit dalam perbuatan.Nak buat gila-gila tu agak jarang-jarang la..kalau nak buat gila pun depan family aku jela..Oh ya..aku rasa Incik Bachok dah mula nampak banyak kegilaan aku yang aku tak tunjuk depan dia selama ini..hahahahhahah..

Oleh sebab bulan puasa..macam tahun-tahun sebelum ni..aku banyak dengar lagu nasyid..tak pun aku baca kisah-kisah nabi dan rasul..kisah ahli keluarga para rasul kita..riwayat hidup..lepaih tu pasal-pasal islam apa semua tu aku baca la..sebagai pedoman kan..

Tadi aku baca kisah Nabi Yaakob..Bila dah baca dok baca dan dok baca..baru aku tau..rupanya 12 suku kaum Bani Israel yang dok orang sebut-sebut selamani..glamer siot tu..rupanya berasal dari Nabi Yaakob yang mana 10 dari Suku kaum tu hilang(The Lost Tribe) dari pandangan dunia tinggal dua saja la ni yang digabung jadi satu..kemudia disebut sebagai YAHUDI..


Haaa...tudia..tudia..ni aku baru ni..taktau la fakta ni betoi ka dak..ni melalui pembacaan aku ja..tak jamin la betoi ka dak..hohoho..

Bani Israel ni merujuk kepada kaum Israel..Israel dalam bahasa Ibrani bermaksud 'Hamba Allah'.
Isra-Hamba,El-Allah..Tetiba ja teringat cerita The Book Of Eli..Eli-El....Huhuhuhuhu...Tapi Cerita The Book Of Eli tu mengarut ahh...Nama pun filem Hollywood kan..hohoho....

Dan gelaran Israel tu diberi kepada Nabi Yaakob sebab ketaatan dia kepada Allah.
Seperti sedia maklum..kita memang tau yang Nabi Yaakob mempunya 12 orang anak dari 3 orang Isteri dia yang bernama Laiya,Leah dan Rahil.Setengah berpendapat yang Isteri Nabi Yaakob hanya dua orang yang bersaudara.Sepupu Baginda sendiri.

Nama anak-anak Nabi Yaakob ialah Rubin, Simeon, Levi (seluar Jeans Levi???), Yahuda(Yahudi), Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Nabi Yusuf, dan Nabi Bunyamin.Apa yang aku baca lagi Kesemua suku kaum ni mendapat tanah serba sikit kecuali Suku Kaum Levi sebab depa ni diangkat oleh Bani Israel sebagai Pendeta dan diberi amanat menjaga tempat kurban yang diberi nama 'Bait Eil'.Oleh sebab dikatakan Nabi Yusuf ada dua orang anak iaitu  Manasye dan Eifram..jad dibahagi dua plak..Suku Manasye dan Eifram..Tu yang jadi 12 suku tu...


Lambang 12 suku Bani Israel..Yang lambang macam pokok kelapa tu dikatakan Suku Yusof


Owh..Lupa nak bagitau..Suku ni maksudnya dari pembacaan aku la..adalah keturunan dari ke 12 orang anak Nabi Yaakob ni la..dah beranak pinak gitu..Bukan Nabi Yaakob tu sendiri yang bahagi tanah kat anak-anak dia..hahahhaha...

Tapi diantara kesemua  12 suku tu..hanya tinggal dua sahaja yang kekal sebab lagi 10 tu dikatakan hilang akibat dari penaklukan bangsa asing(Bangsa Assyiria pada abad ke 8 Masihi)  keatas tanah tempat mereka tinggal iaitu tanah Kana'an samada dibunuh atau di halau keluar dari tempat tinggal depa..Ada sumber berpendapat yang kesepuluh suku ni bertebaran diseluruh dunia termasuk China,India.Hawaiii..Indonesia..dan tanah kita sendiri iaitu Malaysia..Haaaaaaa....Samada yang sedaq atau yang tidaq sedaq yang depa ni berasal dari salah satu Suku yang hilang tu....Ini bermakna Suku yang hilang tu telah berasimilasi dengan masyarakat setempat tempat depa bermaustatin la...Begitulah ceritanya...



Pembahagian Tanah Mengikut Suku



Sama ada betul atau tidak taktau la kan..Sebab bahan bacaan aku ni bercampur dengan hasil kajian orang Yahudi sendiri,orang kristian dan sedikit dari buku-buku berunsur keagamaan islam gitu..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!