Khamis, Ogos 16, 2012

TOKWAN NON

Tadi..masa Subuh..Dalam pukul 6.30 pagi tu..aku bangun dari tidoq,teruih aku menangis..Menangis gila babi punya..
Aku menangis bukan sebab bergaduh dengan Incik Bachok ka..bertumbuk dengan Aloyah ka..Aku menangis sebab aku bermimpi...

Yaaa...aku mimpikan arwah Tokwan aku..Sebiji memang muka dia..dan dia tak cakap apa-apa pun..tengok aku ja sambil senyum..Lama jugak la..sampai la aku terjaga dari tidoq..Bila dah terjaga baru aku tau aku mimpi rupanya..Sebab tu aku menangis..Sebeb aku rasa dalam mimpi tu macam betoi ja..
Kecewa gila..tapi apa nak buat..Orang yang dah meninggal mana boleh hidup balik kan..
Serius..lama jugak aku mengis macam orang kecewa..


Aku dengan Arwah Tokwan(ayah mak aku) memang baik gila..dan dalam entri sebelum-sebelum ni pun aku bayak bercerita pasai dia..kegemaran dia..apa dia suka buat..semua aku suka cerita..
Dan sampai la dalam family mak aku..bila depa bersembang apa-pa hal pun..mesti akan sebut pasal tokwan jugak..Sebab tu la aku dengan family aku dok rasa macam arwah hidup lagi..padahal dah tiga tahun dia pi..
Kadang-kadang aku nampak jugak mak aku nangis sorang-sorang dalam bilik dia..aku tau mak aku mesti nangis pasal teringat kat tokwan aku sebab sebelum ni mak buat pengakuan kat kami adik beradik..benda yang buat dia paling senang menangis ialah bila dia teringat kat Arwah..Dan yang paling dia ralat sekali..masa beberapi hari sebelum Arwah meninggal..dia tak sempat nak pi melawat Tokwan sebab dia sibuk dengan kedai makan dia..Lepaih tokwan meninggal..teruih dia jual kedai tu..

Yala..dalam banyak-banyak anak..Mak aku la paling dekat dengan Arwah Tokwan.Dok satu kampung.Masa kami dok kat Ipoh dulu..Tiap-tiap bulan tokwan dengan tok mai tidoq kat rumah kami.Kadang-kadang kalau abah pi outstation kat Penang,bila abah balik mai Ipoh..Tengok-tengok arwah dengan Tok mesti ada sekali tumpang mai..Sebab tu la kami rapat dengan Arwah Tokwan...

Aku tengok abah aku macam sedih jugak la kalau depa semua mula sembang pasal tokwan walaupun dia cuma menantu ja..Sebab Arwah tokwan baik sungguh dengan dia walaupun nampka macam depa tak mesra berbanding Tokwan dengan menantu yang lain..tapi bila ada apa-apa hal pasal keluarga..Tokwan akan rujuk abah aku,pasal abah aku ni menantu sulung dia walaupun mak aku anak ketiga..Dan Usia abah aku lagi tua dari usia paklong aku..Paklong aku sendiri hormat abah aku macam abang dia..walaupun paklong aku punya status abang sulung..

Masa abah demam panas teruih gila..dia la pi cari air penawaq bila ubat doktor yang abah makan berbiji-biji tu pun stail tak baik lagi..Dia la pi bagi mandi abah aku dengan air asam jawa..Bila dia pi pasar malam Guar Perahu,mesti dia beli kuih Lompang kat situ sebab abah suka..semua makanan feveret abah aku dia tau la..kalau kami pi bercuti..mesti abah bawa tokwan dengan tok sekali..orang kata hubungan depa rapat dalam diam la..huhuhu..


Tu la...aku pun taktau macam mana aku boleh mimpikan Arwah Tokwan..Selalunya time bulan puasa,hanya Aloyah yang selalu mimpikan dia..Kami semua tahu hal ni termasuk adik beradik mak..Kali ni ja aku berpeluang pulak...Kira aku rasa macam beruntung plak..huhuhu..

Semoga Roh arwah tokwan sentiasa dicucuri Rahmat..Aminnn!!

Gambar Arwah Tokwan dengan Tok..yang nampak lengan ja tu Abah aku...huhuhuhu..
Time ni 4 bulan sebelum Arwah meninggal...Tok pun gemuk lagi time ni..sekarang dah kurus..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!