Khamis, Ogos 09, 2012

HARD DISK ASTRO PVR

Kelmarin..masa aku tengah dok melepakkan otak aku sekejap duhujung-hujung waktu nak balik kerja..Tiba-tiba hanset aku bunyi..So aku pun jawab la...Ada suara orang lelaki..

""Haloo..selamat petang dan selamat berpuasa..boleh saya bercakap dengan Incik Wan Amairrudin.?"

Aiiiihhh...apa plak ni..call nombot hanset aku tapi nak cakap dengan abah aku..so aku pun tanya dia balik

"Tu abah saya tu..awat tak call hanset dia..ni sapa?"aku tanya..

Dia jawab dia dari Astro.Dia pun tanya aku la kat rumah aku pakai Astro Beyond HD biasa ka atau Astro Beyond HD PVR.Aku pun cerita la..aku pakai pakej multiroom la ni..Multiroom tu maknanya dengan satu piring terbang kaler itam yang landing ataih bumbung rumah aku, boleh pasang banyak decoder..yang bestya dekoder yang lain-lain ni tak bersambung dengan decoder asai..kalao decoder asai dok tengok HBO.Aku yang dok tengok TV kat decoder kedua boleh tengok siaran Box Offife la kan..

Balik pada cerita asal..aku cakap aku pkai multi room..decoder pertama ada PVR.tapi decoder kedua takdak..Beyond biasa ja..jadi si mamat ni pun mula promote la..dia ada pakej PVR baru..hat ni tak payah guna decoder PVR.just guna hard disk jenama Western Digital ja..mana yang kita rakam filem-filem tu boleh teruih masuk dalam har disk tu..then kita boleh cucuk kat laptop plak kalo nak tengok..Macam menarik ja kan..so aku cakap kat dia..lagi sejam boleh call aku balik dak..aku nak pikiaq dulu nak ambil ka tak pakej ni..

So..lepaih ja cakap dengan dia..aku Call Incik Bachok.Aku pun cerita balik kat dia apa yang mamat tu cerita kat aku..Lepaih tu tanya dia nak ambik ke dak kan..Yela..decoder kedua ni bill dia Incik Bachok yang bayaq sebab dia yang pasang..Al-maklumlah..sebagai persediaan dia nak duduk kat rumah family aku lepaih kawin ni..Lagi dua bulan ja ni oiiiii...!!! Incik Bachok pasang decoder kedua kat ruang tamu kedua rumah aku bukan apa..bagi mengelakan dia bertumbuk dengan abah aku berebut siaran TV plak..kang masuk berita dalam Metro plak..'menantu dan mentua bergaduh gara-gara siaran TV'...glamer seumur hidup..hahahahhaha..

Jadi Incik Bachok tanya aku berapa memori dia..aku cakap 320GB ja..bayar RM80 sekali ja dalam bill,lepaih tu secara otomatik Hard disk tu jadi milik kita..Tapi macam biasa..Incik Bachok takmau sebab memory dia sikit sangat..kalau 1TG dia mau la..Hamboiihhhh!! bayaq RM80 nak sampai 1TG..cISSS!! Hampeh..


Jadi masa aku bawa kereta nak bali..Mamat tu call seperti yang dia janji la..Aku pun walaupun Incik Bachok kata takmau..aku nak tanya jugak..Hard Disk ni kalau data atau file-file lain dia boleh simpan tak dalam tu kan..sebab tadi dia cerita boleh simpan video yang kita rakam ja..Jadi aku pun tanya..tau apa dia jawab?

"Hihihihi(dia gelak dulu..motif?aku pun taktau..) soalan yang Cik tanya ni.ramai dah tanya..saya pun taktau nak jawanba pa.boleh ka tak boleh..apa kata Cik amik pakej ni..Cik try tengok simpan apa-apa file dalam hard Disk ni.."


Cisss!! Ciss! dan ciss lagi..ada ka patut dia suh aku test dulu..apa barang khaaaaannn!! Kalau takat boleh simpan video yang dirakam ja dari dalam Astro baik tak payah kan..aku pun takmau la amik risiko..RM80 tu boleh beli tudung raya barang seratus helai tauuuu..Yang mamat ni pun sau..sebelum offer kat custumer..Wat la kajian dulu..boleh ke tak..ni bantai taktau..macam mana pelanggan macam aku nak yakin..Apara!! So aku cakap aku takmau.

Bila aku sampai rumah..aku tengok abah aku dah balik dari kerja sambil mengadap TV.Abah dengan muka selenga pandang aku sambil berkata.

"Tadi Astro call abah..dia tanya decoder kedua nak pakai dak Beyond PVR Hard Disk..Abah cakap mau.."

Ayarrkkk!! awat abah aku pi bagitau kata mau taktau..yang Astro ni aku dah bagitau takmau di pi tanya abah aku plak..mentang-mentang la nama akaun ataih nama abah aku..Lepaih aku berletiaq barang dua tiga minit..abah aku pun kata..


"Takpa..hang takmau takpa..tak payah bayaq RM80 tu..Abah yang bayaq.."abah kata.

"Loh..awat??!! tu Decoder Ameer(Incik Bachok)"Aku tanya balik.Musykil gak..abah merajuk ka hapa ni..?abah aku bukan tau erti merajuk selamani..

"Abah order satu lagi decoder Beyond HD taruk dalam Bilik Mirul..nanti Hard Disk tu kita taruk la kat Decoder dia..hihihihi"


Mak Aiiiiii!!! Decoder satu lagi!!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam. Best bce.. tp nk tnye. Cnfm dh ehh nk psg pvr hdisk tu?

Mrs Poyo berkata...

Wassalam..

pasal Astro pun best baca ka?wakakakkakakaka...
Yeeeerrr dah konfom pun!!

Tanpa Nama berkata...

Saya ada 2 decoder dan guna satu piring .. tp kenapa bila satu decoder off yang satu lg xdpt signal yer... blh tolong x camner

Mrs Poyo berkata...

Saudara/i tanpa nama,

saya nak tanya sikit..awat pi Off decoder yg satu tu?on la sentiasa sbb apa yg saya tau astro sntiasa update kita pnya decoder tu(smart card dia la)...lain la kalo hujan guruh kilat mmg kna off trus decoder tu..

Saya rasa kan sbb wiring dia la..sbb umah saya ok ja pun kalo saya offkan decoder dalam bilik saya bila saya balik kmpung blah suami..try call Astro bahagian pmbaikan..bgtau masalah..kalau depa mai repair free ja...hihihi...

Tanpa Nama berkata...

"Hard Disk ni kalau data atau file-file lain dia boleh simpan tak dalam tu kan..sebab tadi dia cerita boleh simpan video yang kita rakam ja" - part yang ni dah di confirm kan ke belom??

qwert berkata...

MULTIROOM NI BOLEH BAWA KELUAR KE?
DECODER TU BAWA P RUMAH LAIN

Mrs Poyo berkata...

bleh..kami dah test bw balik decoder p kelate..mmg bleh dgn syarat piring tu kna yg beyond punya..kale itam..lg satu..smart card dia hnya untuk decoder dia ja..kalo try cucuk smartcard tu pada decoder lain mmg xleh..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!