Rabu, April 29, 2009

Hikayat Seorang Lelaki Bernama Zainol

Zainol adalah seorang lelaki yang panas baran ketika muda dan berganjak menjadi lucu dan gila2 sejak beliau mula diambang ketuaan.
Menurut hikayat yang diceritakan oleh anak2 beliau,beliau adalah seorang lelaki yang tegas dalam mendidik anak2 dan isterinya.Tetapi menurut pandangan cucu2nya yang seramai 4+6+4+3+4(-1)+xtau lagi bila nak kawin=?, beliau adalah seorang tokwan yang lucu dan gila2 serta masuk kepala.Zainol amat meminati kumpulan Ahli Fiqir serta suka memakai sweater ala eminem dan berkopiah putih jika beliau cuti2 malaysia di Cameron Highland atau Genting Highland sambil memakai earfon besar ala2 dj radio.

Beliau juga suka makan coklat Cabrury dan Kitkat-berehat sebentar dan juga aiskrim yang didutai oleh pasangan remaja yg bagi cucu2nya x berapa popular,Dafi dan Gita.Beliau juga suka makan Maggi,MAmee Sluurrp Mawi(sebelum ilang mnat stelah mawi kawin ngn Ekin),dan Mee Sedap(suka tgk mila makan masa AF5).Beliau jgk suka makan KFC dan McD(Sebelum memboikot bersama cucu2nya).

Beliau adalah otai peminat bola sepak dalam dan luar negara dan sanggup menjerit tgh2 pagi buta ketika menonton perlawanan bola kelab2 inggeris atau piala dunia sambil penepuk2 lantai simen dengan kuat tanpa berasa sakit dan tanpa rasa malu walaupun suaranya didengari separuh dari keluasan Kg Permatang Manggis.

Beliau tidak suka makan ikan bilis dan ayat paling sempoi yang dicakapkannya ketika waktu sahur 3 tahun yang lalu ialah..

lenguh dagu aku dok kunyah ikan bilis goreng masuk angin ni..!!

Dan Beliau jugak tidak suka makan kepala ikan walaupun beliau pengusaha nasi campur kepala ikan di Penang dan ayat yang menggelikan cucu2nya ialah..

agak2 hangpa suma,ikan ni gosok gigi dak?(sambil menunjuk kearah kepala ikan yang besar terbungkang dalam mangkuk besar)

Zainol juga memiliki mata yang tahan dari serangan percikan bawang2 yang dikupas olehnya walhal jarak bawang itu dan matanya cuma 5cm(beliau rabun).

Beliau terkenal dikalangan kaum melayu,cina dan India yang tinggal di pekan TG dengan gelaran Pak Non Taukey Nasik.

Tapi Beliau sudah tiada.Hanya hikayatnya saja masih lagi diceritakan oleh anak cucunya..

3 ulasan:

MiSs. iEkA berkata...

harimau mati meninggalkn belang..
manusia mati meninggalkn nama..
begitulah perumpamaannye...
hehehe... jd formal plak..
smoga atuk mira mnjd kenangan
yg pling indah..
n plg penting ank cucu yg soleh
mendoakan dia...
ya cik miera bucuk..
hehe..

a.b geldofg berkata...

dia adalah lgenda bgi cucu2nya

mira amair berkata...

to eika:

yes ieka..smoga dia tenang di sana...

to ab:

dialah lagenda mengalah elvis presley bg cucu2nya..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!