Isnin, Mei 18, 2009

Aku tinggal diatas pagar..kamu?

Aku memilih untuk tinggal diatas pagar...
Aku tepis godaan Encik Songkok Hitam..
Aku tepis godaan Encik Kopiah Putih..
Aku tepis godaan Encik2 cerdik pandai..yang jadi pembela..kononnya pembela rakyat..dengan cara kekerasan..
Kenapa pula aku yang salah..kamu semua yang salah..kamu suka bagi tekanan pada aku..penipuan yang hanya orang-orang yang tinggal diatas pagar seperti aku sahaja yang nampak..bukan orang2 yang tinggal dibawah,yang taksub kepada kamu..yang sanggup membuta tulikan mata,telinga dan hati..semata-mata kerana lambang kamu..

Encik songkok hitam memberi auta..kononnya hanya orang bersongkok hitam seperti kamu saja mampu menjaga orang2 seperti aku..tapi aku tak nampak pun semua tu..kamu hanya menjaga orang-orang kamu..Harapan orang-orang seperti aku,kamu curahkan pada orang2 kamu,saudara2 kamu?Mereka menjadi orang ada-ada..sedangkan orang seperti aku..semakin banyak menjadi kebanyakkan..belayar tanpa layar..terumbang ambing dilautan tenang ciptaan kamu..aku benci padamu..

Encik Kopiah Putih memberi syarahan..atas dasar agama kononnya kamu boleh bantu orang seperti aku..tapi aku lihat agama bukan lagi no 1..yang penting kejayaan..kamu tidak kisah Encik Sepet mempermainkan kitab kamu..kamu tidak kisah Encik Gelap mengikat nama tuhan kamu di dahinya..sambil menari kesukaan..atas kejayaan kamu..sambil memegang botol air setan..yang penting kejayaan..Aku benci penipuan kamu atas dasar agama..yang aku cintai..
Aku benci padamu..

Encik Cerdik pandai memberi hujahan..hanya orang cerdik pandai seperti kamu membawa perubahan..tapi perubahan dari segi apa?bagi aku kamu sama sahaja dengan Encik Songkok Hitam..kerana kamu juga berasal dari orang2 songkok hitam..atas dasar apa kamu menubuhkan lambang kamu?atas dasar kerana rakyat atau kerana kegilaan kuasamu..yang terbantut ketika ia hampir pada gemgamanmu..
Ada orang2 seperti aku memberi peluang pada kamu..tapi dimana perubahan itu..kami menuntut janji2 kamu itu..Aku Benci padamu..

Kamu orang yang sama..walaupun kamu berlainan cara..Bersongkok hitam,Berkopiah putih dan cerdik pandai..tapi tempat kelahiran kamu sama,tempat kelahiran moyangmu sama..tempat kelahirang moyang kepada moyang kamu kepada moyang kamu adalah dari tempat yang sama..Si Jantung Pisang...berentap la kamu...

kerana orang-orang yang tinggal diatas pagar seperti aku tidak akan terhasut dengan autamu, syarahanmu dan hujahanmu

6 ulasan:

JohnJenin berkata...

Pakcik hanya akan ambil galah tolong jolokkan :P

penanggah berkata...

satu gaya penulisan penuh emosi yng menggigit jiwa.. berada di garisan yang tersendiri menerobos jauh dari luar lingkungan menghampiri si kopiah putih dan si songkok yg telah memasuki musim tepu.. hehee.. apo yg gua tulis ni hah.. hehee.

Princess Liyana berkata...

hmm tersirat sungguh entry ni..yana cuba memahaminye..hehe ;P

aishah_conteng_je berkata...

kita buat yang baru...

kelab selendang ungu..

kalahkan semua si songkok hitam dan kupiah putih tu..raja drama~

a.b geldofg berkata...

ayam suka tdo kt atas pagar rumah aku hehehehe

mira amair berkata...

to JohnJenin:

hehe..nak jolok..jolok la pakcik..hohoho..

To penanggah:

gua paham skit apa yg lu tlis bro..hihihi..

to Princess Liyana:

sila2 la memahaminya..huhuhuhu..

To Aishah:

aku rasa dorg patut masuk Raja Drama..hohoho..

to ab:

kenapa x tangkap sekor..wat gulai..leh aku rasa sikit..huhuhu..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!