Selasa, Mei 26, 2009

Jiran aku ganas,bini aku kool

Sejak kecil,Men cukup takut pada jirannya yang berketurunan Cina yang juga seorang gangter di kawasan perumahan tempat dia dibesarkan ini,sebuah flat.Sebelum zaman kegemilangan maknya sebagai pengusaha kantin yang berjaya, sebelum maknya mampu membeli sebuah tanah lot tepi pantai dan sebelum maknya mampu membina sebuah rumah besar di atas tanah lot itu,Men sekeluarga tinggal di flat tersebut.Maknya membeli salah satu unit rumah flat tersebut hasil dari jualan kuih ditepi jalan.Dan kini,setelah berbelas tahun meninggalkan rumah flat tersebut Men serta isteri dan anak sulungnya yang baru berusia beberapa bulan itu menjadi penghuni rumah tersebut.Itupun maknya yang suruh tinggal disitu setelah Men menyatakan hasrat untuk tinggal berasingan.Kalau maknya tidak garang macam singa,jangan harap la dia nak tinggal disitu.

Setiap hari bila Men keluar dari rumah untuk ke tempat kerja,Men akan terserempak dengan jiran Cina gengsternya itu.Men cukup takut melihat wajah bengis jirannya yang pintu rumahnya mengadap pintu rumah Men.Jarak dari pintu Men Ke pintu Cina gengster itu cuma 3 kaki sahaja.Men akan cepat-cepat pergi bila cina gengster itu mula mengusharnya dengan pandangan pelik.Men takut juga nak meninggal isterinya bersendirian bersama anak yang masih kecil itu.Tapi apakan daya,terpaksa.

Ziah berasa bengang yang amat sangat.Sejak berpindah ke rumah flat ini,hatinya tak tenang.Cina yang tinggal berdepan rumahnya itu betul2 melampau.Setiap hari Cina itu akan memasang radio kuat-kuat sehingga menganggu tidur anaknya.Pernah sekali dia menyuruh suaminya pergi menegur cina itu.Tapi suaminya tak mahu.Dia tahu suaminya takut.Semua orang di flat ini taku pada cina itu,cina itu gangster.Malah ada gangster-gangster lain tinggal disitu.Dan kesemuanya cina.Cuma ada beberapa kerat orang melayu dan india sahaja tinggal disitu.Dan semakin lama semakin berkurang.Mereka mula berpindah.Tidak tahan kerana tinggal dikalangan para gangster dan tidak tahan kerana flat ini sering menjadi serbuan pihak polis.Maka tinggal la Ziah serta suami dan anaknya dikelilingi orang cina.
Hati Ziah membara,makin kuat plak radio cina ni.Ini tak boleh jadi,dia mesti lakukan sesuatu.Dengan langkah yang kool,Ziah pergi ke rumah Cina itu yang berhadapan dengan rumahnya.Pintu rumah cina itu diketuk.
Tok! Tok! Tok!
Pintu dibuka luas,cina itu sedang berdiri dihadapannya dengan hanya memakai singlet dan seluar pendek.Ziah nampak ada tatu berlambangkan naga di kanan lengannya.Muka berparut dengan wajah bengis.Ziah tak takut.Dia mencuri pandangan ke dalam rumah cina itu,kelihatan tiga orang anak lelaki cina itu yang juga gengster seperti bapa mereka sedang bermain mahjung dengan ibu mereka.

"Budak kecik,lu mau apa?"

Cis.Mentang-mentang la Ziah itu bertubuh kecik seperti budak tingkatan dua.Berani dia memanggil Ziah seperti itu padahal dia sudah tahu Ziah sudah mempunyai anak seorang.

"Apek,gua mau cakap sikit sama lu"

"Apa???"

"Apek,lu hari2 budak radio kuat2 kalau lagu sedap takpa juga.Ni lagu sepatah haram aku taktau"

"Abis tu lu mau gua buat apa?"

"Apek,lu pun tau gua ada anak kecik,lu lagi mau buka kuat2 ka itu radio?macam mana anak gua mau tido,nanti bila dia nangis2 bising lu marah plak suruh dia diam padahal lu la puncanya.Lu jangan la bagi hidup gua susah,lu bagi hidup orang lain susah lu punya fasal la,tapi jangan bagi hidup gua susah.Nanti gua kasi hidup lu pulak susah baru lu tau!"

Cina itu ternganga,bini dia ternganga dan anak2nya juga ternganga.
Dan Ziah pulak,dengan langkah yang cukup kool masuk semula kedalam rumah meninggal cina itu yang masih ternganga di depan pintu rumahnya.
Sejak itu,cina itu tidak lagi membuka radio kuat2.Setiap kali suami Ziah yang bernama Men itu keluar hendak ke tempat kerja,Cina itu akan tersenyum pada Men.Begitu jugak isteri dan anak2nya yang juga gengster itu.Men hairan,seumur hidupnya tak pernah cina itu sekeluarga senyum padanya dan kehairanan dan kepelikannya itu di ceritakan pada isterinya.

"Loh,hari tu Ziah pi sound dia suh diam sikit jangan wat bising.Sebab tu la dia jadi camtu kot"
jawab Ziah selamba sambil meneruskan aktiviti memasaknya.
Men menelan air liur..mak aiii..Bini aku,kool gila lah!

11 ulasan:

shikamazan berkata...

mak aiii...pn ziah tu pakai ilmu ape saampaiterdiam apek tu..huishh ganas

mira amair berkata...

to shikamazan:

tgk ar mak sapa..muahahahaha

haruan tasek berkata...

ini mesti pakai ilmu penunduk nie,,.... dasyat.

mira amair berkata...

to haruan tasek:

besa la..melayu tulen..hohoho..

MiSs. iEkA berkata...

selud arrr kt dia...
berani bersuara.. hehe..
terbalik plak ngn husband dia
tkut2.. hehe...
bgus2...
menegakkn keadilan..
crite btul ke rekaan semata2 ni??
hehe

Princess Liyana berkata...

huhu memang cooooolll abesla;)trus tersipu2 senyum..ha baru tahu ;P

mira amair berkata...

to eika:

msti la..mak sapa kan..
citer tu cerita btul la..tambah skit ayat nak bg sedap cerita..hehehe..


to princess liyana:

dia ingat sumaorang takut kat dia..tau pun tergaman..hahahaha..

penanggah berkata...

crite ni kalau buat drama bleh dapat 8 siri ni..

mira amair berkata...

To penanggah:

aku wat skrip ko jd directornya..bleh?

iffah hanani berkata...

:)

al husni berkata...

Klo btl mmg hebat ziah tu...tu klo ckp kehidupan gengster itu dh lali bagi aq..dikawan tmpat aq tggl diarea gombak kl..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!