Khamis, Julai 08, 2010

Abah ada darah rendah

Pagi tadi,akau datang opis lewat.Pukul 10 pagi bru aku terkocoh-kocoh cari parking bila sampai kat apis..tu pun kawasan yang teduh semua dah penuh dengan kereta,terpaksa la berparking kat tempat panas..kesian gen 2..hitam legam la kau.

Aku datang lewat bukan apa,pagi tadi abah aku pening sampai terjatuh.Jadi sebagai anak yang mempunyai kemahiran membawa kereta yang tinggi,aku pun pantas pecut kereta bawa abah aku jumpa doktor di Seberang Jaya.Sempat jugak aku call Encik pegawai 1,nak maklum yang aku masuk lewat hari ni.Bila aku bagitau sebabnya,Encik pegawai 1 terkejut tahap gaban.All-maklum la..Encik Pegawai 1,kawan abah aku jugak.Sama-sama masuk kerja Dalam TM masa tahun 1981 dulu.Tercerita pasal sejarah plak dah.

Selalu aku menyelit-nyelit kat highway pakai Kancil,Kali ni sebab terdesak sangat,aku menyelit-nyelit pakai Gen 2 dan aku rasa abah aku bertambah pening sampai nak termuntah sebab cara aku memandu kot.Nasib la abah..dulu masa mak mengandung,teringin sangat nak anak perempuan.Tapi sekali terkeluar,dapat aku da...jadi mybe sebab teringin sangat nak anak laki tu,tersampuk kat aku,maka aku jadi begini la..

Menurut doktor darah abah begitu la rendah, 90/60.Kalau abah ni perempuan dan tengah mengandung,dah lama kena tahan dalam wad.Lepas balik dari klinik,aku terus hantar abah kat kedai mak,takkan nak hantar balik rumah kot.Sapa nak jaga abah kan..takkan Tok kot..
Jadi kebetulan kedai mak ada 2 bilik tidur,abah pun berehat la kat salah satu bilik tu.Aku pun pantas balik,mandi-mandi nak pi kerja pulak.Dan aku harap yang aku mesti terlepas masuk meeting pagi ni..hehehehe..tapi bila jejak masuk dalam opis ja,tengok-tengok Encik Pegawai 1 ada...

"Ok..jom masuk meeting cepat..!"


Cisssssssssss!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!