Selasa, Julai 13, 2010

VOKANIKA '04 PART 2

JENAKA 5 BB/KFL EPISODE 2



Bunyi motor kapcai milik ayahnya seperti meriam buluh tidak cukup kabat memecah kesunyian malam.Lampu jalan kampungnya berkelip-kelip seperti tidak cukup elektrik.Sesekali Farhan tersenyum sendirian mengingat kembali peristiwa yang berlaku pada tengahari tadi.Masih dia ingat lagi muka Rizal yang masam mencuka bila motosikalnya rosak semasa pulang dari sekolah.Nah,ejek aku lagi!!

"Farhan buat gaya macho,tapi naik motor kapcai.."masih dia ingat lagi ejekan Rizal dan rakan baiknya Amin.Sudah kedua-dua mereka suka merepek dalam kelas,pastu nak ejek aku plak.Kedua-dua mereka tidak hadir kelas malam tadi.Esok kena la mereka berdua dengan Penolong Kanan,Tuan Haji Razali.Farhan sesekali bersiul tetapi siulannya tidak kedengaran kerana bunyi motor kapcainya yang kuat.Sesekali dia mengingat kembali apa yang dibualkan oleh rakan-rakannya tadi.Semua berkisar mengenai hantu.

"Orang kata hantu langsuir suka melepak kat pokok besar..."Masih terngiang-ngiang kata-kata Syazwan Tapah di telinga Farhan.

"Sape-sape yang lalu bawah pokok tu mesti da benda yang menumpang.Terutama orang yang naik motor"Sambung Hafiz Lumut pulak.Farhan berasa seram sejuk ditambah pula dengan perasaan takut.Sekejap lagi dia akan melalui sebatang pokok tualang.Sebelum pokok tualang dia akan melalui kebun pisang dahulu.

"Hantu suka menyamar jadi pokok pisang"Farhan teringat pula cerita Anaz Lumut.Jantung Farhan mula berdegup kencang.

"Aku pernah jumpa hantu keranda.rupa dia hanya tuhan ja tau"Cerita Razif mula berlegar-legar difikiran.

"Aku pun ada jugak sekali masa tu,sampai tertinggal Syakir kat tempat tu jugak"suara Kamal menyampuk.Farhan tersenyum sendirian.Agaknya macam mana la keadaan Syakir masa tu bila Razif dan Kamal meninggalkan dia.Cerita lucu tadi tidak mampu mengurangkan ketakutan farhan.Suara-suara rakan-rakan yang lain tiba-tiba kedengaran di telinganya.

"Lu tau tak antu cina lompat manyak tinggi ooo..Itu sama tinggi dengan pokok kelapa u tau tak"Aikkk..suara Peter Ong pun ada.Farhan segera mengelap peluh didahinya.Benda yang tinggi-tinggi ni memang dia takut.Tambahan pula Azdlan dan Anas Balik Pulau sering menceritakan tentang hantu galah.Badan Farhan mula mengeletar,tambahan pula dia sedang melalui kebun pisang.Dia memandang kiri dan kanan.Hanya suasana seram menemani perjalanannya.Suara-suara ketawa rakan-rakannya mula kedengaran dimulai dengan suara Akma kemudian Arzuar dan diselang seli dengan suara Amirul dan Aishah.Suara Farhana pun ada?Dia semakin takut...



Bersambung...



Ni nak layan citer Korea plak ni..Dah dua tahun aku tinggal hobi aku.Kena sambung balik..Nanti makin berabuk DVD drama korea aku ni.

2 ulasan:

Penanggah berkata...

aiiyaaa ini celita manyak seram ooo... gua baca baru sikit tp gua punya takut sudah x bleh tahan.. sikalang gua mau titun pun talak boleh ooo... macamana pun ini celita manyak bagus selupa itu celita titanic part 3..

mira amair berkata...

to penanggah:

lu takut nak titun..wa smpai tak berak tiga ari sebab takut maaa...
hgus selupa titanic ka?bgus sbb itu antu jack sma antu lose(rose) belakon sma maa..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!