Isnin, Julai 05, 2010

Inikah perasaanya bila kita bakal bertemua family kekasih kita?

Family Encik Bachok akan datang pada awal bulan 8 ni sebab abang ketiganya ada konvokesyen di USM dan Encik Bachok rasa aku patut berjumpa dengan keluarga dia.Memang aku akan jumpa,tapi aku rasa takut ah..takut kalau-kalau keluarga dia tak leh terima aku sebagai teman anak depa.Payah oo nak mengetahui isi hati orang ni.Kadang-kadang aku macam nak menangis ja bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang yang bakal berlaku.Yela..selama ni aku hanya berkawan dengan kakak dia pun melalui facebook ja..nampak ok,boleh satu kepala dengan aku.Umur pun sama.Encik Bachok pun ada bagitau yang dia selalu juga cerita pasal aku pada orang tua dia.Tapi yela kan,cerita tidak sama dengan yang sebenar,mana tau aku boleh jadi bukan yang digambarkan oleh orang tua dia selama ni nanti.Aku bukan sempurna sangat dan aku rasa aku bukan lah menantu idaman setiap mak mentua walaupun aku boleh kamcing dengan orang tua yang aku kenal dalam masa 5 minit.Aku perempuan yang banyak cakap dengan pelat Penang yang agak pekat,kelam kabut,cepat gelabah,loqlaq,,kuat gelak,takdak ciri-ciri terkepit-kepit lemah lembut macam perempuan lain.Baru belajar nak pakai tudung,malas mengemas rumah(rajin memasak..hehehe).

Banyak lagi kekurangan pada diri aku.Tambah pula kami berlainan negeri,tu la punca ketakutan aku selama ni.Yela,aku dengar macam-macam cerita orang.Malah ada 2 3 orang kawan aku mengalami masalah yang sama iaitu bercinta dengan orang Kelantan ni,kasih terputus sebab mak kekasih depa nak menantu satu negeri ja.Macam mana kalau ada perangai-perangai atau tingkah laku aku nanti tanpa aku sedari kurang disenangi family dia.Lagi satu aku tengok Encik Bachok punya family ni life dia boleh dikatakan senang jugak la.Rumah besar banglo lagi,kereta pun banyak,mak bapak dia kerja kerajaan dua-dua,mesti cara hidup depa agak berlain dari cara hidup keluarga aku yang sederhana ja pun..rumah tak besar mana,kereta pun ada 2 ja,satu kereta kancil yang aku pakai sejak aku masuk belajar kat politeknik dan satu kereta gen 2 ja pun.Dah tu abah aku kerja swasta,TM ja pun..pangkat pun takat pembantu pegawai teknik ja pun..atas sikit dari jawatan aku,juruteknik.Mak aku bukannya kerja pun,takat buka kedai makan ja pun.Perangai family aku lebih kurang macam aku la,riuh semacam.Tak sama macam family dia.Aku rasa macam tak sepadan kadang-kadang.Tension gila!!Memang payah la...dah la Encik Bachok boleh dikategorikan sebagai kekasih first aku!!!kalau apa-apa jadi boleh merana sat la(boleh kurus aku kalau macam ni).Wahhhh!!!! tensionnya..!! tak pernah aku rasa macam ni.Takut gila gaban..waaaaaa!!! hati aku tak tenteram ni!!!!!

Hari depa mai aku cuti ka tak hah??

5 ulasan:

pakcik kordi berkata...

cuba dl bru tau!

mira amair berkata...

pakcik..

thank bg nasihat..ceq cuba..huuuu!

Tiera berkata...

hahaha...jpe jela dlu...ceq pon xtau nk kata...cmne taste ma n abah tu..hihihi..gud lUck!

Tiera berkata...

hahaha..jpe je dlu..ceq pon xtau nk kata..cmne taste ma n abah..btw..gUD LucK!

mira amair berkata...

to tiera:

tengah takut ni..dok pk mcm2 maa..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!