Selasa, Julai 13, 2010

Hadiah untuk abah

Tahun lepas,masa hari jadi abah,aku ada hadiahkan abah sehelai baju kemeja lengan panjang.Jenama apa?tak payah la bagitau..malu! hehehehe...
Masa tu muka abah berseri-seri terima hadiah aku tu..esoknya abah terus pakai pi opis.Seronok jugak bila tengok abah pakai baju hadiah dari aku.Hasil gaji aku.Dan sampai sekarang abah masih pakai baju tu.

Beberapa bulan tapi berlainan tahun..

Satu tengahari lepas tamat meeting.Aku duduk berbual dengan seorang staff TM.Sebaya aku,tapi dia setahun lebih awal dari aku dapat kerja dalam TM ni.Kami berbual pasal tempat kami belajar dulu,poiter yang kami dapat masa belajar sampai lah ke kerja yang kami jawat sebelum dapat kerja bersama TM.

"Dulu aku kerja kat Seberang Jaya.Aku duk unit SMC kat sana.Pastu baru aku ditukarkan kan sini.Masuk unit FOS"

"Tu ka?Abah aku pun kerja kat sana jugak..tapi bahagian AND"

"Aku tau abah hang kerja kat sana..."

"Mana hang tau..?"

"Ala..abah hang hingaq macam hang la..sapa tak kenal..hahahahaha..satu TM Penang kenai dia.."Budak ni dah stat mengarut aku fikir.

"Weh,tahun lepas masa besday abah hang,hang da hadiah kemeja lengan panjang kat abah hang kan?"Fullamak..dia boleh tau apa aku hadiah kat abah aku.Biaq betoi..mana dia tau..takut jugak..

"Mana hang tau semua ni plak?"

"Ala..aku ingat lagi..masa abah hang first time pakai baju tu semua orang pakat-pakat tegur,hensem la..nampak muda la..macam-macam la..Pastu bapak hang dok jawab ank sulung aku beli la..sapa teguq dia..dia jawab camtu..Aku pun tegur sekali.Dia jawab camtu la..Masa tu aku tak kenai hang lagi..la ni baru kenai.."

Owh..macam tu..tapi macam mana pulak dia dapat tau aku yang beli?Padahal aku ada empat orang adik beradik.

"Makcik,hang anak sulung..mesti la hang yang beli.Adik-adik hang semua belajaq lagi..apa punya turrrr la hang ni"

Hahahahahaha..ok2..aku lupa plak yang semua orang tau aku anak sulung abah yang berperangai poyo macam abah..hahahaha..



Tapi tahun ni aku nak beli apa kat Abah hah??Pening dok pikir ni..Nak hadiah tali pinggang,mak dah kasi..dompet pun mak da kasi..kasut pun mak dah kasi..abis tu aku nak bagi apa???
Pening ahh macam ni..Takkan nak hadiah kereta Vios Kot??(Takbleh pakai punya idea..hik!!)
Sabtu ni ni or sabtu depan aku nak pi shopping hadiah untuk abah.Aku rasa kena minta tolong Incik Bachok jugak la nak beli hadiah ni..Sebab Incik Bachok lelaki,abah pun lelaki.Hanya lelaki mengenal lelaki.Tapi kalau idea Incik Bachok pun takbleh pakai..aku tau la nak hadiah apa kat abah..tapi sebab mahal sangat mencecah puluhan ribu..maka aku kena minta tolong Mirul yang dah bekerja sekarang ni.Dia pun pernah menyuarakan hasrat yang sama pasal hadiah tu kat aku.Kena berkongsi la..hikhikhikhik..tapi kena beli lepas raya..sebab masa raya banyak duit nak guna..hakhakhakhak...

2 ulasan:

aishah_conteng_je berkata...

sweetnya abah!

pening kan kalau nak cari hadiah untuk orang laki?


tak suka....

mira amair berkata...

to Aishah..

tu la..ms nk bli bju tu pun bkn main ssah..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!