Rabu, Julai 14, 2010

VOKANIKA '04 PART 3

Aku rasa nak sambung balik..kalau tak dok tangguh-tangguh last-last tak sambung sampai bila-bila.Dan kucing aku si Baby ni dok kacau plak..aku menaip,dia pun nak naip sama..sembelih kang..



JENAKA 5 BB/KFL EPISODE 3


"Hantu perempuan cantik paa...boleh buat bini.."kata-kata Rozhan bermain di tingkap telinganya apabila bila dia mulai teringat akan kisah-kisah hantu pontianak.Farhan mula gelisah.Dari kejauhan dia dia melihat samar-samar satu cahaya.Kali ni dia merasa takut yang amat.Dia mula teringat akan cerita Razif tadi.Semakin lama semakin cahaya itu membesar.Pada waktu itu juga Farhan merasakan jantungnya tidak mampu lagi mengepam darah secara normal akibat degupan yang terlalu pantas.
Tiba-tiba Farhan terlihat sesuatu yang tidak dijangkakan.Dia melihat beberapa orang lelaki berpakaian putih sedang mengusung keranda.

"Ayarrrkkk! hantu keranda!!!" jerit Farhan.Dia segera memecut motor kapcainya walaupun dia tahu kapcainya itu tidak mampu memecut lagi.Segala lubang,ranting dan dahan diredah diredahnya.Farhan tidak peduli lagi,dia harus segera pergi dari situ.Tambahan pula bila dia melihat salah seorang dari lelaki itu melambai-lambai tangan ke arahnya.Farhan tidak dapat mengawal motor kapcainya lalu dia melanggar sebatang pokok pisang.Pandangannya gelap.

Farhan membuka matanya perlahan-lahan.Dilihat seluruh ahli keluarganya mengelilingi dia.
"Bangun pun hang.Kami jumpa hang dok terbaring kat pokok pisang tadi"tiba-tiba ayahnya bersuara.
"Bapak,tadi Cheq nampak hantu usung keranda.Semua pakai baju kaler putih"Cerita Farhan dengan suara yang cemas.
"Mangkuk,itu bukan hantu la..Itu orang kampung yang bawa jenazah Pak Man Tempe yang duk kat hujung kampung nuh..Dia meninggal lepas Mahgrib tadi.Depa nak kebumi malam ni jugak"Abangnya pula menyampuk.

"Cheq tak tipu aihh..Hantu tu siap lambai kat Cheq tadi" Farhan tidak mahu mengalah.
" Itu bapak la bodoh!!" Ayahnya yang diam tadi kembali bersuara.Farhan terasa malu.Hilang sudah kemachoannya tadi.Disaat itu juga dia terdengar motor dan suara orang memberi salam.Itu Aliff dan Zawawi.Alamak!! kalau depa tau pasal tadi mesti kecoh satu kelas esok.Disaat itu jugak Farhan pengsan kembali..


Tamat.....



Nama-nama diatas adalah nama-nama Pelajar Kelas 5BB/KFL yang belajar di SMT Butterworth dari 2003 hingga 2004.Cerita saja rekaan semata-mata kecuali Rafidah yang memang penakut dan penah jumpa bomoh.Ahhh..lupa,pasal suruh beli Char Koew Teow tu memang betul dan aku la yang selalu suruh budak luar beli..Kehkehkeh..Semua nama diatas disingkatkan dan nama pangilan di belakang adalah benar belaka.Nama penulis turut ada tapi terpaksa dipendekkan atas dasar keselamatan negara(tipu ja).Kebanyakkan dari mereka dikenal pasti sudah berkerjaya da berumah tangga.Yang lain-lain hilang tanpa khabar berita.Diharap dapat bertemu kembali dengan budak-budak ni untuk mengimbau kembali kenangan kami sebagai budak kelas paling nakal pada masa tu,setiap hari dirotan,mendapat anugerah kelas terkotor setiap minggu dan Bengkel terkotor setiap bulan.
Tiba -tiba aku rasa nak nangis plak..WAAAAAA!


*Edit*

Ada nama budak kelas yang lain tidak disertakan sebab editor cakap cerita panjang sangat.Mau bolot dua muka surat jugak la.Orang lain pun nak hantar karya depa jugak..Dia edit bagi pendek sikit.Aku Pasrah..waaaa!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!