Selasa, Mac 23, 2010

Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sndiri.Adakah aku di negeri orang?

Apa yang ditulis kat bawah takdak kena mengena dengan tajuk.Tapi kena la jugak sikit-sikit.Dalam 2 peratus saja.Tak banyak sangat,tapi banyak la jugak...


Semua orang ada semangat cintakan tempat kelahiran.Aku pun macam tu jugak.Dan oleh sebab aku betul-betul sayangkan tempat kelahiran aku ni,jadi masa kecik-kecik aku ada impian.Akan duduk kat Penang ni sampai tua.ingat budak macam aku takdak impian berbaur patriotik ka?Aku berangan kalau boleh bila dah kerja nanti,biar la kerja kat penang saja.beli kereta bernombot plat Penang.Nak beli tanah kat Penang.Beli tanah mesti la beli dekat-dekat dengan rumah mak aku.Bak kata pepatah,duduk di bawah celah ketiak mak la.Peduli apa aku kalau aku nak duduk bawah ketiak mak aku.Bukannya ketiak orang lain.Mak aku jugak.Apa-apa komplikasi yang bakal terjadi kalau aku duduk di bawah udara ketiak mak aku,aku tak kisah.dah ketiak mak aku,bukan ketiak mak orang.
Apa aku merepek ni labu....

Bila dah ada tanah dengan rumah dekat rumah mak aku,dalam Penang,mesti la cari laki pun orang Penang jugak kan...senang nak balik kampung..kalau boleh nak cari satu kampung,sebelah rumah.tak payah gaduh-gaduh merebut nak balik kampung sapa dulu.Tapi mengenangkan kat kampung aku takdak lelaki ciri-ciri yang dikehendaki,aku abaikan.
Tapi bila besar baru aku sedar,impian aku langsung tak boleh menjana masa depan impian aku.Aku dah kerja kat Penang,tapi bila-bila masa ja aku boleh di posting kemana sahaja yang syarikat aku nak suka hati mak bapak depa walaupun tu bukan syarikat mak pak depa.Aku jugak tak dapat kereta no plate Penang sebab kereta aku bernombot plate KL.Bila tahun aku nak pakai kereta Satria Neo bernombot plate Penang pun aku tak tau.Nak beli tanah kat Penang pada abad 21 ni memang payah.Sekurang-kurangnya kalau kau orang Cina baru boleh beli yang mahalnya berganda tu.Nak beli tanah sebelah tanah sebelah rumah mak aku pun mau setengah juta ada kat tangan baru Mr Mercedes mau lepas.Kalau tak aku pandang jela kat tingkap bilik aku.Nak beli rumah reres setingkat pun mau ada seratus ribu dalam tangan.Nak rumah harga murah kena pi Kedah ar..paling dekat.Tapi apa kes?sudah terkeluar dari Penang walaupun Kedah dengan Penang penah bersatu.Tambah-tambah cadangan nak brlakikan orang Penang jugak lari tah kemana.Tiba-tiba pulak muncul Incik Bachok.Haaaaa..apa kes?hihihihi...
Bila dah dengan orang yang jauh berkilo-kilometer ni,macam-macam pikiran muncul.Kalau la ada jodoh,apakah nasib impian aku nak bermaustatin kat Penang ni berjaya?Adakah aku akan ikut laki aku pi bermaustatin ke tempat kelahiran dia,ataupun ke tempat kelahiran aku..?Ataupun kami sama-sama berpindah ke negeri lain.Bila difikir-fikir balik,adakah aku boleh duduk di tempat lain selain Penang.Adakah aku boleh?boleh macam kawan-kawan aku yang banyak bermaustatin ke negeri lain,KL terutamanya bersama-sama laki mereka.Adakah aku boleh sesuaikan diri dengan suasana persekitaran tempat lain walaupun aku setahun 5 kali pi cuti-cuti malaysia bersama family aku?Adakah keindahan semasa bercuti sama dengan keindahan jika kita terus tinggal di tempat itu.Adakah?adakah?adakah?

Kadang-kadang aku rasa aku ialah seorang insan yang takut menghadapi masa depan,takut akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.takut nak kawin..ya,aku takut nak kawin.Sebab tu aku merepek.Dan aku takut orang lain datang pinang aku dahulu sebelum incik Bachok.Waaaaa!



Tiba-tiba ja aku takdak mood nak tulis..
huahuahuahuahuahua....!!



P/s:jangan takut.itu cuma spekulasi liar sahaja.Ingat...27,25..pastikan dalam tangan kita!!

2 ulasan:

pakcik kordi berkata...

klu pakcik kordi??kaakahh!!1

mira amair berkata...

to pakcik kordi:

oh abg kordi..hahahahahahaha!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!