Khamis, Mac 18, 2010

Aku Dan Matematik

Aku memang sejak kecil tak suka dengan Matematik.Dan aku rasa bukan aku saja yang tak suka matematik kat dunia ni.Aku rasa di segenap pelusuk,benua,negara-negara seperti jepun,US mahupun Korea pun tak suka akan matematik.Ataupun di Uganda,somalai,Senegal ada juga yang tak suka matematik maacam aku.Aku selalunya kalau ujian taupun exam memang tak penah lulus matematik,asyik gagal ja.bertambah-tambah la aku tak suka kat matematik.Sebab kerana matematik la,aku selalu dapat no blakang2 sedangkan keputusan aku dalam matapelajaran lain cermelang.Aku heran jugak,macam mana la abah aku boleh anggap menyelesaikan masalah dan soalan-soalan matematik tu umpama bermain PS3.Mungkin sebab abah memang terer matematik kot sampai boleh cipta formula matematik dia sendiri dan jalan kira matematik dia pun ringkas dan padat.Dan semua anak-anak dia kecuali adik perempuan aku langsung tak cemerlang matematik,entah baka mana kami ikut pun aku taktau.

Walaupun abah tau anak-anak dia bengap-bengap belaka,kecuali adik perempuan aku la..dia tetap juga ajar kami matematik.Dan kalau abah aku ajar aku matematik,walaupun nampak lemah lembut,tapi penuh dengan tekanan macam Yoda ajar Luke Skywalker menggunakan kuasa dia menggerakkan jet pejuang tapi tak berjaya jugak sebab sikap putus asa Luke tu dalam cerita Starwars.Dan aku rasa aku ni umpama Luke tapi tak pernah berjaya macam Luke yang akhirnya jadi Jedi yang sejati.


Yoda:Ingat,hang jangan dok wat bengap macam miss Poyo.2+2 brapa?

Luke:Taktau la..tak pehe..kawe tensen ni,jange bagi tekane..huhu

Masa aku sekolah rendah dulu selalunya aku akan dapat D bila exam,tapi mai tang UPSR ja tiba-tiba dapat C.Masa nak naik tingkatan 1 asyik dapat E ja tapi bila PMR dapat D.Dan masa masuk sekolah Teknik aku selalu dapat 9G and then tiba-tiba ja masa SPM aku dapat 8E.Aku rasa tuhan mahu menolong aku sebab rugilah bila cemerlang dalam lain-lain matapelajaran tiba-tiba tang matematik keputusan macam hampeh tahap cipan.
Bila aku masuk Politeknik,aku dengan muka tak malu cari tuisyen untuk ajar aku matematik kejuruteraan dan akhirnya aku jumpa.Bayangkan pusat tuisyen untuk SPM dan PMR aku masuk belajar,cuma dalam kelas aku sorang ja student.Macam bodoh ja kan?tapi sebab aku bodoh la aku masuk tuisyen.Dah lama aku tinggal pelajarn matematik ni,tapi harini tiba-tiba ja adik bungsu aku suh ajar dia matematik.dalam BI plak tu.Apa kes???!

6 ulasan:

Penanggah berkata...

gua paling suka matematik.. terutama bab kira -mengira.. tapi kira duit la.. yang lain tu memng hampeh la.. pling rekod pernah dapat 8 per 100..

Mrs Poyo berkata...

to penanggah:

gua ingatkan gua yang bengap,tapi lu paling bengap dr gua..huahuahua

mr.kordes berkata...

kita sama!

Mrs Poyo berkata...

to pakcik:

yaka?kta bleh bka persatuan bengap matematik la cmni..heeee!

Penanggah berkata...

klau buat prsatuan gua nak jadi presiden.. tmbalan ptesiden.. pemangku presiden.. bendahari.. setiausaha dan segala jawatan yg memblehkn gua mermbat duiit persatuan.. hahaha

Mrs Poyo berkata...

to Penanggah:

Lu mmg gila kuat la...

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!