Jumaat, Mac 12, 2010

ni kategori cinta monyet ka?heeeee!

Setiap pagi mak mesti gerak aku bangun tido untuk semayang dan bersiap-siap ke sekolah.Tapi masa aku sekolah dulu.Aku memang liat tahap lepat liat nak bangun tido.Kemalasan untuk pi sekolah pun ada sehingga ke tahap Ungka.Selalunya aku pura-pura tidoq kalau mak kejutkan aku sampai abah aku dukung aku,baringkan aku atas lantai bilik air,pastu sembur muka aku dengan air paip.Ganas tak abah?Apala budak umor enam tahun boleh buat kalau kena sembur macam tu.Bangun jugak la.
Lepas bersiap,Arwah tokwan yang akan antar aku pi tadika,masa tu,aku tadika kat Taski Abim.Budak pompuan wajib pakai tudung.Budak laki mesti pakai kopiah atau songkok.Masa tu kami mana tau main parti-parti politik lagi.Pakai songkok dengan kopiah tu kira sama ja bagi kami.Sekolah aku taklah canggih sangat macam tadika kemas,tadika kemas kerajaan support.Tadika aku buat dari papan ja..tapi 2 tingkat.Tadika Kemas setingkat ja.Jadi tadika aku lagi canggih.Tiap-tiap hari kami belajar pasal agama.Tapi aku kalau bab agama dulu memang hancur.Alip ba ta pun takbleh cam lagi masa tu.Selalu dapat nombor last dalam kelas.Apa kes?budak-budak kat situ suma pandai-pandai.Dah la pandai.Bersopan santun,kemas ja pakaian.comel-comel plak tu.Bukan macam aku,dah la selekeh,pakai tudung nampak rambut,tudung senget,tapi aku comel la..cuma kecomelan aku tertutup dengan coklat-coklat yang berpalit kat pipi aku...huuuuu!
Aku memang malas dah nak pi sekolah tu.Hari-hari menangis nak balik.Tak malu betul.Ganas,tapi menangis jugak.Sampai ustazah pun taktau nak buat apa dah.Satu hari,ada la budak laki sorang ni mai kat aku.Shahril nama dia.Dalam kelas dia tak cakap banyak.mati-mati
aku ingat dia bisu.Rupanya boleh bercakap.Dia tarik tangan aku keluar kelas.Aku pun ikut la.Dia pi kat sebatang pokok nyok.Trus dia pnajat pokok tu.Gila wei,budak enam tahun panjat pokok nyok.tinggi tu..Aku jadi kagum.Sejak hari tu aku tak menangis lagi dalam kelas.Dan setiap pagi aku terima sekor ladybird atas meja aku.Dari Shahril..Cute kan??hehehe..

1 ulasan:

mr.kordes berkata...

aah la.cute juga.bgs si shahril!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!