Selasa, Mac 09, 2010

Sejuk kat situ

Pagi tadi,tengah dok tido nyenyak dibuai mimpi-mimpi indah tapi tak basah,henset aku berbunyi punyai kuat da...aku pun bangun,heran betul.macam mana kaki aku kat atas katil tapi kepala aku kat bawah lantai pulak?apa kes?Aku check henset aku,da mesej dari encik Sasa da..suh aku bangun la plak,dah pagi.Kacau betul la.Aku pun bangun dengan gaya malas ala-ala panda pi mandi barang 2 3 cedok air,pastu aku kuar semayang,pakai baju kurung.Weh..sejak berkerjaya kat TM ni dok pakai baju kurung plak..lepas aku pakai baju,aku keluar dari bilik,tengok-tengok mak dah berdiri baik punya kat depan bilik.kat tangan dia ada rm10.Aku dah agak,mesti mak aku suruh pi beli sarapan pagi kat abah aku.Dimana aku pun tumpang sekaki beli sarapan pakai duit tu jugak.Untung betul aku.
Aku amik duit tu,pastu aku capai kunci kereta kat atas meja kat ruang tamu.Aku pi stat enjin kancil turbo aku.Kereta laju macam kancil aku kena panaskan dulu,baru ada feel nak membelah jalan hujung-hujung pagi ni.Angin pagi memang sejuk nak mampus sampai menangkap tulang putih aku.Aku masuk dalam rumah balik.buka HBO sat,layan cerita yang tak best mana pun.5 minit kemudian aku kuar umah,mak aiii..angin sejuk sampai aku rasa kat tempat-tempat tertentu ni.Apa kes?Tapi takpa,aku masuk dalam kereta.Dalam kereta,walaupun tak pasang Aircond,sejuk dia dok rasa lagi ni..aiiii,pelik betoi...Aku ushar kat bawah,tengok-tengak tak pakai kain.
Pagi tu,seorang laki tua kayuh basikal balik dari masjid nyaris-nyaris terbabas dalam longkang gara-gara tindakan kurang matang sebuah kereta kancil wat pusingan U turn dengan gaya drift kat tengah-tengah simpang 4 takdak lampu isyarat.

2 ulasan:

pakcik kordi berkata...

gile ganas tido...kakakakhH!!!

mira amair berkata...

to pakcik:

mmg ganas..kdg2 tido berdiri kaki kat atas pala kt bwh..apa hal?

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!