Selasa, Mac 16, 2010

Pelakon mana yang sesuai pegang watak abang pon-pon(twilight versi melayu da..)

Sekarang ni sana sini orang bercerita pasal Edward Cullen.Si pontianak tu.Sampaikan sepupu aku si Fahmi tu pun mula buat rambut macam budak Edward tu.Macam sama..huhuhu..La ni pun Hollywood rancak dok buat pengambaran filem ni untuk siri ketiga plak.Orang cakap si Edward tu Hensem nak mampus la..tapi aku tengok tak mati-mati pun si Edward tu walaupun orang kata dia hensem nak mampus.Mybe dia tak cukup hensem kot,sebab tu tak jadi apa-apa kat dia.Aku rasa Incik Bachok lagi Hensem dari dia.Huahuahuahuahua...

Bawak bersabaq semua,oleh sebab anda semua minat saya,nanti saya belanja roti canai kat kedai mamak tepi Telekom Malaysia Bukit Mertajam.Ok?

Apa aku dok merepek ni labu...


Aku tertanya-tanya jugak la..kalau la Orang melayu jadi pontianak.Agak-agak Hensem tak.Tak pun mana tau si David Teo nak buat cerita Twilight versi bahasa melayu,agak-agak sapa la mampu nak pegang watak tu.Kalau takat si Awal tu ataupun si Ikram tu pegang watak pontianak hensem memang tak payah la..(walaupun aku minat Ikram)Pontianak melayu mesti ada muka melayu tulen,tak mau jambu-jambu..mesti nampak gagah,bukan badan ja sasa tapi nampak lembik macam lepat liat.

Dalam banyak-banyak pelakon yang aku dok ushar-ushar,cuma 4 orang ja aku rasa layak kot jadi abang pon-pon ni..

Calon-calonnya..jeng..jeng..jeng..




1. Remy Ishak






Gua tak sangka miss Poyo calonkan gua kat tempat pertama.Sayang sama lu la miss Poyo.Lu jadi awek gua,gua janji tak pukul lu.


Mamat ni aku kenai sejak dia berlakon dalam filem pendek yang bertajuk Cemolot.Masa tu aku rasa geli gila kat mamat ni.Apa kes berlakon dalam crita macam ni.Pastu lama-lama muka dia banyak muncul kat drama tv.Tambah menyengat bila dia berlakon dalam crita Nur Kasih,menyentap jiwa wanita aku gua cakap lu.Dia ni boleh berlakon macam-macam watak la..gay ka,pak ustaz ka,penipu,penagih dadah,perogol,mamat skema,jahat yang sadis suma dia sapu.Muka pun muka melayu tulen.Tarak jambu-jambu punya stail.Ok la tu..Tapi muka hang matang sangat la bang,abang pon-pon kan budak skool lagi.huuu!






3. Fizz Fairuzz





Watak Bella gua rasa Almy Nadia sesuai.
Betul gua cakap lu,Almy memang sesuai.
Lagipun dia sama Penang dengan lu,takkan
takleh ejas kot..pLEZZZZ!!

Fizz Fairus ni aku kenai dia sejak di awal kemunculan dia lagi.Kalau tak silap aku dia jadi pelakon undangan dalam siri gerak khas 4 ,5 tahun yang lalu.Masa tu aku tengok gaya lakonan macam laki si Diana Rafar tu.Tapi lama-lama aku tengok dia ada gaya lakonan yang tersendiri.Tapi tu la bang,hang dah berumur dah,apa kes.?





3. Shafie Naswip


kak,ada pape ke kak dok ejas saya layak jadi
Abang pon-pon ni?Lain macam ja..Saya bawah umor kak.
papehal akak yang kena nanti.


Budak ni,semua orang kenai.Dia kan pelakon cerita Mukhsin tu.Budak ni memang berbakat besar.Ada kualiti orang kata.Oleh sebab umor dia pun dalam belasan tahun jugak.Memang sesuai la kalau dia pegang Watak abang pon-pon ni.Muka pun muka melayu tulen.Takdak campur-campur carca merba.

(orang yang bagi komen ni pun campur-campur carca merba,tak sedaq diri la plak.)





4. Beto Kushairy


Ni yang gua rasa macam nak cium lu Miss Poyo.Tapi memandangkan badan Incik Bachok lagi besar dari gua,gua batalkan saja niat gua.Apa-apa pun trima kasih la semuanya yang terlibat.Lihat lah dunia!!




Beto ni aku rasa mesti ramai yang tak kenai dia.Aku stat kenai mamat Beto ni masa aku tengok cerita Lima kat Astro Prima bulan puasa tahun lepas.Dia pegang watak bapak ayam.Macam sial je watak tu.Memang geram betul.Tu tandanya dia pandai menjiwai watak.Pastu aku tengok dia berlakon kat Slot Suatu ketika di Astro Citra sebagai pejuang kemerdekaan,Rosli Dhoby.Cerita tu buat aku menangis,dah la muka dia ngan muka Rosli Dhoby macam nak sama ja.Dan stat dari tu walaupun dia ni pendek,tapi muka dia yang macam budak-budak sikit tu melayakkan dia pegang watak abang pon-pon ni..heeee!









































































2 ulasan:

pakcik kordi berkata...

kakakahh!!!klaka2!!!!

beb...beto kushairy:?

mcm nama pakci kordi,mohamad kusyairi =)

mira amair berkata...

to pakcik:

xpa..nanti ceq buh pakck sbagai senarai ke 5 plak..bru sempoi,abang pon-pon pandai bermain gitar..hehehe..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!