Jumaat, Mac 05, 2010

There Something About Manap episode 2

Hai..nama saya Minah,saya berusia 32 tahun.Pada episod yang lalu,saya telah menceritakan pasal manap yang menyebabkan saya telah menjadi anak dara tua(dara ke?) dengan rela hati.
Ini episod yang baru..


Selepas saya dapat tau Joyah pun dok ejas-ejas manap,saya merasa sangat sakit hati,sakit jantung,hilang pertimbangan,timbang-timbang berat naik,hilang semangat jati diri dan semanagt kesukanan sebab dikhianati oleh penyiasat persendirian saya sendiri.Tapi saya seorang yang tabah tahap tapir.walaupun Joyah sekrang tidak macam Joyah yang dulu.Joyah sekarang pandai bergaya feminim,pakai skirt pendek,tunjuk peha dan betis dia yang putih gebu umpama Zizie Ezette.Joyah dah pandai pakai-pakai eye shadow warna warni umpama badut hendaknya dan mulut merah menyala sampai bersilau biji mata bila menengoknya.Tapi saya tak peduli.saya tau manap bukan lali-laki yang memandang kecantikan semata-mata.mata memandang kualiti yang ada.dan yang berkualiti itu adalah aku.(rasanya la)

Setiap hari saya pasti menunggu manap di depan sekolah untuk menjemput dia pulang,walaupun Joyah turut serta.Tapi yang menguji kesabaran saya ialah manap ni ikut suka dia nak naik kereta sapa.hari ni,naik keta saya.Esok kereta Joyah pula.Saya tau,manap buat macam tu sebab dia nak buat perbandingan antara kami.saya bersabar.Tapi kadang-kadang saya pikir jugak,manap ni cuma nak main-mainkan saya dengan Joyah saja.Nak amik kesempatan kat kami.Manap takdak kereta,apatah lagi motor.Bukan sebab dia takdak duit,tapi sebab dia takut nak bawa motor or kereta.Saya syak manap fobia sebab masa sekolah dulu,motor yang dibawa manap terjunam dalam kolam taik akibat hilang kawalan.mungkin sebab tu manap tak mau bawa apa-apa pun.Tapi saya tepis pikiran jahat dan syakwangsaka saya terhadap manap.Saya anggap manap cuma sedang menguji kami.

Satu hari,tiba-tiba saja Joyah ajak kami berdua pergi makan tengari hari di sebuah restoren mewah.Rupanya tujuan dia buat begitu sebab dia nak manap buat pilihan antara kami berdua.Saya agak terkejut bila manap bgitau yang dia takmau pilih kami berdua.dia anggap kami macam kawan sahaja.Manap dah adalah pilihan hati.dia dah ada boifren!! Alangkah terkejut yang saya.Rasa macam nak terkencing ja.Tapi saya tahan.Tapi Joyah lagi teruk.Dia terus lari meninggalkan kami sambil membawa pinggan ciken cop dia.tak guna.Kata nak belanja,last2 dia lari dulu.Saya tak pasti samada dia lari sebab betul-betul kecewa atau sebab nak lari dari bayar.last-last saya jugak yang kena bayar sekali dengan harga pinggan dan sudu pisau dia bawa lari tadi.Manap minta maaf pada saya,katanya boifren dia terlampau baik.takkan nak curang kawin ngan perempuan pulak.Tak guna,ahli neraka la engkau!!!

Setahun telah berlalu,saya dah lupakan manap.saya dah kawin sekarang.dengan pekerja saya yang berasal dari lombok.Bersusah payah saya larikan dia dari sana datang ke malaysia.Akhirnya saya kawin jugak dengan dia yang muka macam ariel Peter pan.Baru-baru ni pihak Umno cawangan lombok ada datang nak bawa balik laki saya ke sana,tapi saya tak benarkan.Berita mengenai perkahwinan saya masuk paper selama seminggu.
Joyah pulak sekarang dah berkahwin dengan seorang ahli politik dari sabah sebagai isteri ke 4.Dia sekarang bukan lagi penyiasat persendirian,tapi dah buka prokduksi filem sendiri,hadiah perkahwinan dari laki dia.Dia jugak sekarang jadi pelakon sambilan.

Manap pula?saya taktau pi mana dia lani..apa yang saya tau,dia telah dibuang dari jadi seorang guru sebab masuk pertandiangan ratu cantik pondan 3 bulan yang lalu.

Itulah kisah manap.

2 ulasan:

Penanggah berkata...

klau buat filem pasal kisah si manap ni pasti melotop.. silap2 cerito avatar pun bleh tutup kodai..

mira amair berkata...

tu la..gua pun cdg2 nak buat filem gak..nk tmbah gk efek2 yg bersesuaian..tp xdo bajet ha..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!